Bebola Bulu Kucing

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookies, Kuantan

Hai semua, nama saya ialah Nur Cacing Aurora atau nama manja panggil Aching je. Hari ni Aching nak bercerita pasal tajuk Hairball

Hairball ialah bulu-bulu mati yang meow jilat dari badan sewaktu mereka self-grooming tu. Bila dah terkumpul dalam usus tulah yang dipanggil hairball. Hairball yang dimuntahkan kucing kadang-kadang menjijikkan, yelah sebab diorang muntah kat atas karpet lah, atas katil la, atas lantai la. Ikut dan je kan. Dah tu pulak, masa tu karpet baru pas vacum, lantai baru lepas mop, cadar baru berganti haha.. sabar jelah ye. Tapi bersyukurlah bila hairball tu keluar dan bukannya tersekat dalam usus kucing. Sebab kalau dah tersangkut melekat dalam usus kucing, macam-macam masalah boleh berlaku.

Inilah rupa muntahan hairball
Image: Google

Selalu orang tersalah faham hairball dengan matted hair. Hairball tu dalam perut kucing. Bukan bulu yang bergumpal melekat sampai berketul-ketul kat badan meow tu tau. Yang itu kita panggil matted hair. Biasanya berlaku pada kucing yang berbulu panjang tak kiralah Persian ke, Maine Coon ke. Tapi jangan taktau, kucing bulu pendek pun boleh jadi matted hair jugak. Macam mana pulak kucing short hair boleh jadi matted hair? Kalau lepas dimandikan lepas tu tak keringkan bebetul, tu pun salah satu faktor yang boleh menyebabkan matted hair.

Ini barulah kita panggil matted hair – yang dasyat
Image: Google

Meow ni jadi macam ni sebab tuan dia ada penyakit dementia dan abaikan dia selama dua tahun. Sampai dah jadi dreadlocks dah. Mujur direscue. Kalau matted hair ni kita nak hilangkan kena buat lion cut ye tuan-tuan dan puan-puan. Tapi matted hair adalah perkara yang sangat menyakitkan kulit kucing tau. Bayangkan kalau rambut kita dipintal2 menarik sampai ke kulit, lepas tu dibiar je lama-lama. Sakit kan? Sedangkan kita ikat rambut pun, malam-malam kita lepaskan biar tak sakit kepala kan?

Bila dah botak tu yang kita panggil lion cut 🦁

Eh sambung balik, kalau tak cukup kandungan serat dalam diet harian, nanti meow tak dapat nak eliminate hairball keluar dari badan diorang. Sebab usus kucing tak boleh digest hairball. Hairball biasanya akan dimuntahkan atau keluar melalui najis.

Simptom kucing yang mengalami masalah hairball:

  • selalu berbunyi macam tercekik sesuatu pada kerongkong
  • kurang selera makan
  • lemah semacam
  • sembelit yang serious
  • selalu muntah, tapi tak berjaya keluarkan apa-apa

.Gaya bila nak muntah. Nampak macam tercekik something, kekadang keluar air liur sebab meow cuba nak muntahkan hairball dari perut dia

Macam mana nak buat kalau kucing kita ada simptom hairball ni?

Ada macam-macam supplement untuk bantu eliminate hairball. Yang dalam gambar ni antara contoh la 🙂

Biasanya supplement untuk hairball ni dalam bentuk paste macam ubat gigi tu. Ia bertindak sebagai pelincir supaya hairball dalam usus dapat dikeluarkan melalui najis. Supplement untuk hairball juga boleh kita guna untuk treat masalah sembelit yang tak berapa serious, untuk lembutkan najis.

Treats atau snack untuk kucing pulak, ada juga yang memang ada function untuk hairball control. Tapi biasanya kalau treats ni, untuk prevention lah. Sebab treats kan kita bagi masa bonding dengan kucing.

Macamana pulak kalau kucing jalanan tu? Takde masalah hairball ke?

Mestilah ada, diorang pun jilat bulu-bulu mati jugak kan? Tapi kalau kucing jalanan ni, cara diorang eliminate hairball ialah dengan makan rumput. Bukannya makan banyak macam lembu makan tu. Kekadang seurat ujung tu je. Rumput ni akan buatkan diorang rasa loya dan muntahkan hairball atau apa-apa je yang terlekat dalam perut diorang yang buatkan mereka rasa tak selesa, contohnya bulu burung ke, kulit haiwan ke.. maklum la kucing kan karnivor dan makhluk pemburu yang hebat :p

Tak samalah dengan situasi kucing yang duduk dalam rumah kan. Sebab dalam rumah ni takde akses untuk rumput. So kucing bergantung harap pada kitalah untuk bantu diorang eliminate hairball diorang. Sebab tu kekadang kalau kita lepaskan kucing sekali sekala amik angin kat luar rumah, kita nampak diorang pegi gigit rumput la, gigit daun kat pasu bunga la, haa nak merawat diri la tuu. Dan dan tulah mak menjerit “Hoii jangan lah gigit pokok mak, ni yang mak malas bawak kau keluar nih!”, marah mak kucing pada anaknya yang baruuu nak gigit ujung daun pokok beliau :p

Tu yang sekarang ni kat petshop ada jual grass kit, tanam rumput sendiri kat rumah. Rumput tanam sendiri lagi selamat sebab takde risiko keracunan.

Nah komik ringkas pasal menanam rumput kucing hihi

Selain dari supplements atau treats, makanan yang ada hairball control ialah yang paling mudah sekali untuk mengelakkan risiko hairball ni. Yelah sebab semua dah siap lengkap dalam makanan kan.. Kucing tinggal ngap je. Kita pun tak perlu bersusah payah dah nak risau takut kucing kena hairball problem.

Ahhh.. sedapnya bau Pronature Original ni, tak sabar Aching nak makan. Walaupun pek belum buka lagi tapi dah bau dah, ehekhek tipu jee. Nur Cacing Aurora cuma fefeeling tengah makan, tu yang sampai terpejam-pejam mata macam sedap sangat nampak gayanya.

Ini ialah Pronature Original new formula dari Canada yang datang dalam 3 variasi yakni untuk Kitten, untuk adult ialah Chicken dan Chicken & Lamb. Tersedia dalam size 2.27kg, 5kg dan 20kg. Haa yang Chicken & Lamb ni sangat recommended untuk meow yang dah neutered macam Aching and the gang sebab boleh mengelakkan obesiti, selain dari dah sesiap ada hairball control.

Obesiti ni bahaya tau. Haa next time kita cerita pasal obesiti pulak la, hehe..

Dengan ini Aching menyeru semua meow marilah uols cuba makan Pronature Original ni. Sedap tau. Wow kempen pulak, hehehe. Eh tapi apa salahnya kan, manalah tahu kot serasi. Nak tahu macam mana kucing serasi dengan sesuatu jenis makanan tu? 🤔 Selera makan bertambah, berat badan meningkat, bulu makin gebu, lembut dan fluffy. Selain tu, najis pun solid dan meow boleh kencing dengan lancar tanpa ada sebarang masalah 🐈

Diharap penjelasan panjang lebar Aching ni memberi manfaat kepada acik acik sekelian alam 😊😊

Sookies terletak di Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang. Buka setiap Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam. Tutup setiap Isnin

Related Post