Hai.. mula-mula sekali kena minta maaf sebab lama tak update blog, hehehe.. Hey bukan lupa tau. Tidak sama sekali. Cuma masa sangat mencemburui aku. Kalau ada masa nak update blog pun, lepas jam 12 tengah malam. Tapi kalau tak busy lepas jam 12 tengah malam tu, aku lebih memilih untuk tidur dari update blog hahahaha..
Sorry dong!
Anyway, macam-macam perkara berlaku dalam masa dua bulan selepas last entry aku hari tu. Tapi kita cuba cerita one by one ok. Harap bersabar 🙂
29 March 2014, hari Sabtu. Masa tu jam lebih kurang pukul 5.30 petang kalau tak salah aku. Aku baru lepas babai customer yang datang beli barang. Lepas tu aku dengar dia panggil “Izzzz.. ni ada kucing kena langgar ni haaa..”
Berlari aku pegi tengok. Ya Allah betapa aku terperanjat bila nampak KAKAK!! Kakak mengesot bebetul depan kedai aku, tapi kat atas jalan raya 🙁
Kakak ialah stray cat yang aku selalu feed. Macam Alice jugak, tapi Alice lain. Alice setia, takde merayap. Semua orang kenal dia. Kakak pulak datang dan pergi. Pernah aku suarakan pada suami, nak spay Kakak. Tapi tak kesampaian, sebab setiap kali jumpa kakak, mesti dia tengah bunting, ataupun perut menggeleber dan ada susu. Risau dia baru beranak dan masih menyusukan bayi, tu yang buat aku asyik bertangguh.
Keadaan kakak dalam carrier, sebelum dibawa ke vet
Tengoklah betapa sedih keadaan dia. Dalam hati rasa betapa kesalnya aku tak sempat bawak dia pegi spay. Kalau dia dah dimandulkan, mungkin dia takkan merayap jauh, jadi kuranglah kemungkinan nak kena langgar kan.
Aku bagi kakak makan. Kebulur yang teramat sangat. Nak menitik air mata aku. Entah berapa lama dia tak makan entah. Kakak mesti dibawa ke vet. Nasib baik masa tu baru pukul 6 jadi vet yang biasa aku pegi tu, belum tutup. So aku mintak kawan aku merangkap groomer di Sookie’s Store tolong hantarkan kakak ke vet.
Esoknya hari Ahad, vet pun keje half day. Aku cuba call tapi dia busy. So takpelah kan. Isnin tu, kebetulan nak hantar Muez, Omot dan Diamond pegi spay, jadi aku terus melawat kakak.
Kakak di vet
Doktor cakap kena xray untuk tahu bahagian mana yang terjejas. Tak apalah, aku cakap kat Dr Lean, buatlah apa yang patut. Dalam hati risau, mampukah aku nak jaga kakak nanti? Bukan apa, takut tak dapat beri perhatian je. Apa pun, aku minta Dr Lean terus spay kakak. Dengan harapan dia tak bunting la kan. Kalau dah bunting pun aku rasa vet akan buat abortion kot. Macam mana nak beranak kalau dalam keadaan macam tuh?
Hasil xray kakak
Kata Dr Lean, kaki kakak langsung tak patah. Yang patah ialah spinal cord. Tapi bahagian patah tu dah membentuk tulang baru. Malangnya tulang baru tu membentuk waktu kakak di posisi yang senget. Jadi badan dia pun sengetlah. So tulang baru tu cuma menyambung tulang yang patah tu. Tapi jadi macam simen je. Macam useless sebab senget kan.
Saraf kakak pun semua dah mati. Maka kaki dia jadi keding dan keras. Aduhai sedihnya aku masa tu. Tapi kakak bernasib baik sebab dia boleh kencing dan berak sendiri. Which is a good thing, dan kuih muih dia kemain lawa boleh dikutip je hahaha… Sebab some cats, ada yang lepas eksiden, boleh berjalan semula, tapi tak boleh berak dan kencing sendiri. Kena dipicit pundi kencingnya baru boleh kencing. Picit ususnya, baru keluar najis.
Bad thing is, Kakak tak boleh hold bladder (pundi kencing) dia. So ada kalanya, air kencing dia akan mengalir tanpa dia sedari. Contohnya kalau time dia eksaited kita memain dengan dia. Waktu dia marah, atau waktu kita angkat dia. Pastu dalam keadaan dia macam tu, Kakak akan mudah kena UTD (Urinary Tract Disease). Even masa dia dalam wad pun Dr Lean cakap kencing dia ada nanah dan darah. Tapi dia tak rasa sakit la masa kencing. Tak macam kencing kena batu karang tu.
Kakak suka makan, setiap kali dia makan, memang macam kebulur sangat. Dr Lean pun cakap macam tu. Jadi bila aku datang melawat dia, aku pass kat Dr Lean wet food. Bagi dia happy 🙂 Takde la stress kena duk dalam wad kan.
Kakak sudah di-spay! Pakai kon Queen Elizabeth hahaha..
Nasib baik beliau ni tak bunting. 10 hari Kakak dalam wad. Akhirnya Kakak boleh dibawa pulang. Dr Lean cuma bekalkan antiseptic powder untuk disapu pada luka melecet kat pinggul dia (kesan mengheret badan ke hulu ke hilir). Kakak disyaki dilanggar lebih kurang 2 minggu sebelum dia sampai ke Sookie’s Store!
Bayangkan kesengsaraan dia?
Tak terkata 🙁
kakak di Wad Kurang Upaya kat Sookie’s Store pulak, hehehe..
Maafkanlah Kakak yang comot dan compang camping tu. Aku nak sental memang tak sampai hati langsung. Takut dia sakit. Aku cuma lap badan dia dengan wet tissue, dan spray dengan Supercat Bath Spray je setiap kali bersihkan dia. Nampak tak kaki kiri dia yang straight tu? Kaki tu memang tak boleh bengkok langsung!
Selamat datang ke Teratak Kakak! Sila bayar tol sebelum sentuh kita 😀
Mangkuk makanan tu boleh adjust ketinggian dia, which is good for Kakak. Sebab bila dia makan, boleh la kaki yang straight takleh bengkok tu parking bawah mangkuk tu hehehe. Maka mudah la dia nak makan kan.
Gambar dari sudut lain
Kakak makan Nature’s Protection Indoor. Yang baiknye Nature’s Protection Indoor ni ialah kibbles dia kecik, kakak ni kan makan pelahap. Kalau besar kang tercekik pulak. Kandungan protein tak tinggi, cuma 29%. Kakak tak boleh terlalu gemuk. Pastu good for skin & coat dan ada hairball control. Elok la untuk kakak kan sebab dia nak grooming diri sendiri pun terkial-kial. Paling elok sebab makanan ni control pH kencing. Kakak kan mudah dapat UTD. Jadi kenalah berjaga-jaga 🙂
Syok sangat tido haa.. Ko mampu tido cenggini gaya? Gimnastik sangat. Hahaha..
Lagi satu aksi tidur luar biasa, kahkahkah..
Kat dalam cage tu, bawah sekali aku alas getah yang macam kat tandas awam tu. Lepas tu alas dengan kain alas kaki yang lembut. Lepas tu alas dengan 4-5 keping napkin. Napkin tu aku letak banyak sebab bila dah basah kena kencing, aku tarik keluar je. So tak perlu alihkan kakak banyak kali.
Rupanya menjaga kakak, tidak sesukar yang aku sangkakan! Syukur alhamdulillah, kakak sangat baik. Tak banyak kerenah. Makan minum semua okey. Berak pun lawas 🙂
Hoiii!! Mengumpat kita ke?
Bye, nak sambung tido.. ZzzZzz…
Nampak tak luka kat pinggul dia dah sembuh? Gembira sangat aku masa ni.. Sebab itu tandanya kakak sudah boleh dimandikan!!
Apaa? Nak mandikan kita? Tapi kita seumur hidup tak pernah mandiiii 🙁
Muka budak lepas mandi. Tensen benor muka beliau. hahaha..
Tak dapat nak mandi sampai putih sebab kotoran degil tu wohh.. Buat permulaan, biarlah sikit-sikit kan. Lama-lama nanti putihlah kan. Yang penting wangiiii.. nyum nyummm..
Sebenarnya aku ada kejutan untuk Kakak selepas dia dimandikan.. Iaitu… jeng jeng jengggg…
Diaper untuk Kakak!!!
Yippieee!! Nasib baik Kakak muat. Size XS tu. Tapi lubang untuk ekor tu aku tak berkenan sebab beso nau lubangnya punn.. Kalau tak kena gaya, berak pun boleh keluar ikut celah lubang tu ahahaha..
Kakak okey je pakai diaper, takde masalah. Dia suka je.. Kemain laju mengesot. Dah macam Suster Ngesot dah, hahaha..
Kita posing cenggini comey tak?
Ini ialah tempat bertenggek fevret Kakak – CatIt Comfort Zone
Tiang tu kakak gunakan utk garu muka dia hahahahha..
Dia boleh lepak atas tu dari pukul 7 malam sampai 10 malam okey!! Jadi penyambut tetamu, hehhe..
Kita nak request spender boleh?
Aku yakin dalam kekurangan Kakak, dia membawa seribu kelebihan lain. Kakak jangan risau, insya Allah kami akan jaga Kakak dengan sebaik mungkin, seumur hidup Kakak. Tolong doakan semoga kakak happy tinggal dengan kami 🙂
Aku akhiri entry kali ini dengan video kakak menggaru muka dengan CatIt Comfort Zone, featuring Omey. Hahaha..