Tracker Dikyuh

Sookie’s Store terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Sila layari Facebook kami Sookies

Hai semua, hari ni Dikyuh the fashionista take over blog kakak hari ni. Sebab Dikyuh ada benda best nak kongsikan dengan semua pecinta kucing semua.

Sebagai seekor meow, Dikyuh tahu semua pemilik kucing pasti risau kalau kucing uols hilang kan? Jangankan hilang di luar rumah, hilang dalam kawasan rumah, even dalam rumah pun dah tak tentu hala kan? Dikyuh tahu sangat sebab dulu Bella pernah cerita, masa tu dia tidur kat dalam store, tapi dia menyorok.

Lepas tu semua orang kena carik dia sampai dekat pukul 3 pagi kot. Sebab masa tu, tak tahu sama ada Bella ni terlepas masa customer bukak pintu ke, ataupun terlepas masa lori hantar barang ke, atau hilang dalam kedai ke. Dah la esoknya tu hari Isnin, yakni off day untuk para staff. So memang la kena dapatkan balik Bella malam tu jugak.

Ni la si Bella Belon yang bertuah tu

Tido dalam store senyap-senyap, orang carik dia macam nak gila. Dekat pukul 3 pagi baru jumpa.. Kesian kakak-kakak di Sookie’s Store. Menangis diorang bila dah jumpa Bella. Diorang takut Bella hilang. Tapi Bella kata dia dah minta maaf dah dengan sumorang sebab tido pengsan cenggitu. Hmm.. Dikyuh geleng kepala je la bila dengar cerita Bella tu. Nak kena check telinga tu banyak sangat ke taik telinga sampai tak dengar orang panggil dia? Hahaha..

So hari ni Dikyuh nak perkenalkan gadget fevret Dikyuh yang terkini, yakni Tracker nama dia.. Say hai to Tracker everybody!

Nampak tak mana si Tracker tuh? Yang tergantung seketul kat leher Dikyuh tu la, hehe.. Size dia 37mm x 37mm. Tracker ni boleh membantu kita cari meow dalam jarak lebih kurang 75 meter (tanpa halangan). Kalau ada halangan macam bangunan ke, dinding ke, jaraknya makin pendek lah. Akan tetapiiii, bukankah kita sanggup buat apa sahaja untuk cari kesayangan kita tu?

Loket baru Dikyuh

Berapa banyak cerita yang Dikyuh dengar, tuan kucing mencari meow kesayangan mereka dari rumah ke rumah, naik motor, naik basikal, naik kereta, pusing satu taman, dua taman, tiga taman, pusing sekampung, kampung sebelah. Betapa sayangnya kita pada si manja, nak cari sampai dapat, betul tak? Siap sanggup bagi ganjaran pada orang yang jumpa kucing kita. Jadi walaupun jarak pencarian lebih kurang 75 meter, ia tetaplah membantu kan. Manalah tahu sebenarnya kucing tu kat atas pokok sebelah tempat kita berdiri je ke.

Comel kan Dikyuh pakai? Ringan je tau.. Ada warna pink, putih, hitam, hijau.

Apa yang diperlukan cumalah sebuah smartphone dengan fungsi Bluetooth, tak kisah la pakai Android ke, iOS ke, dedua boleh. Kemudian install application nama iSearching, free je. Lepas tu kita connect lah Tracker dengan phone kita. Yang bestnya Tracker ni ialah dia ada two-way communication. Phone kita boleh call Tracker, Tracker pun boleh call phone kita jugak. Meaning that, kalau ada orang jumpa meow kita, dia boleh double click button pada tracker tu, dan jika kita ada berdekatan, maka phone kita akan berbunyi.

Camni la rupa dia bila phone kita dah connected dengan Tracker.

Boleh rename Tracker tu ikut nama kucing kita, dan boleh letak gambar plak tu. hensem tak gambar Dikyuh? Kalau kakak nak carik Dikyuh kat mana, dia akan tekan button “Alarm” tu dan Tracker Dikyuh akan berbunyik. Boleh connect sehingga 10 Tracker tau. So kalau uols ada 10 ekor kucing, boleh la beli 10 Tracker hehehe..

Ni setting yang kita boleh ubah ikut kesukaan kita. Kat ring tone tu, kakak set bunyik paling panik sekali. Supaya semua orang pun panik sekali bila Dikyuh hilang, hahaha kejamnya :p

Ada Google Map untuk kita check lokasi tracker atau lost history. Boleh nampak tak Dikyuh kat mana? Hehe

Alamak Dikyuh dah sesat! Boleh tolong double click button pada Tracker nih? Nak call kakak jap

Maka phone kakak pun akan berbunyik dengan notifikasi “Dikyuh is looking for you” – Baiklah, kakak datang rescue sekarang!

Paling best ialah phone kita tetap akan berbunyi bila kita double click Tracker, walaupun phone dalam silent mode. Nak tahu apa maksudnya? Maksudnya, kita juga boleh guna Tracker untuk cari phone bila kita tak jumpa phone tu. Biasanya kan kita akan call phone kita untuk cari kat mana phone tu kan. Tapi macam mana kalau phone kita dalam silent mode? Tracker lah penyelamatnya, hehe..

Selain berfungsi sebagai alat untuk mencari kucing (atau haiwan peliharaan lain), Tracker juga boleh diletakkan sekali dengan kunci rumah, kunci kereta, kunci opis, beg tangan, purse dan sebagainya. Inilah antara benda yang time kita carik, selalu tak jumpa betul tak? Bukan itu sahaja, nak letak kat suitcase, nak cari kekanak atau orang tua pun boleh jugak. Bagaimana caranya? Guna kreativiti masing-masing. Masukkan Tracker dalam poket seluar ke, letakkan dalam beg duit ke, sangkut kat stroller ke, diaper bag ke, memacam cara boleh. Sebab Tracker ni kecil dan ringan!

Pastu kan, untuk uols yang suka selfie guna selfie stick tu, takyah la sesusah nak set timer nak amik gambar, sebab boleh juga set Tracker ni sebagai button untuk ambik gambar tau.

Kunci Ferrari mesti kena jaga bebaik

Purse yang banyak kad keahlian dan resit pun tak kurang pentingnya hahaha

Seira pun kena pakai Tracker sebab dia selalu tido tak sedar diri jugak ni haha

Apa serious sangat muka tu Cowboy?

Bluekkk jangan jeles Seira ada loket ada bunyik tet tet tett.. hahahaha

Bella kena pakai Tracker sekarang supaya tak hilang lagi dalam kedai. Lawa sangat buat muka cenggitu?

Dengan setiap pembelian Tracker, uols akan dapat sebiji bateri, manual, dan lanyard cord strap. Bateri boleh tahan sehingga 6 bulan sebelum perlu diganti.

Harga pengenalan untuk Tracker Dikyuh ialah RM49
Free postage (yeay!)
Klik sini untuk Whatsapp; atau
boleh datang terus ke Sookie’s Store, Tg Lumpur Kuantan.
Buka 12pm-11pm, tutup setiap Isnin.

Dikyuh akhiri penulisan Dikyuh hari ni dengan sebuah video berdurasi 21 saat tentang macam mana nak cari Seira dengan Tracker Dikyuh hehehe.. Semoga terhibur!