Amboi tajuk tak menahannn. Nak jugak tajuk ala-ala Wikipedia kahkahkah.. Actually husband dah mula tanya, bila nak buat entry ilmiah sikit? Lalu tertunduk pilu je akak.. sebab nampak nau la entry selama ni tak ilmiah hahahaha..
Selepas di pikir pikir, nak buat tajuk apa lah yang ilmiah.. siap tanya kawan-kawan kat twitter lagi, apa tajuk menarik nak tulis.. lalu aku amik keputusan untuk bagi sedikit guidance kepada mereka yang baru first time nak pelihara kucing, yay! Satu je kalau aku tulis entry ‘ilmiah’, mesti panjang berjela siap membebel bebel lengkap. So pasrah je la yek. Awal-awal warning hahaha..
Sebelum adopt kucing part 1:
Bila kita mengambil keputusan untuk membela kucing, anggaplah korang umpama mengambil anak angkat. Maksudnya kita kena sediakan segala keperluan dia dan mesti ambil berat tentang kesihatan dia dan kebajikan kucing tidak boleh diabai. Jadi bila rasa nak bela tu, fikir dulu, sanggup tak korang belanjakan duit untuk keperluan dia. Ada masa tak untuk dia?
Kenapa banyak sangat requirement? Aku nak jaga kucing pun dah cukup baik. Bagi makan, minum dah lah. Leceh gila pulak nak kena bawak pegi klinik la, bagi vitamin la, entah apa-apa lagi..
Tak boleh ke kita latih diri untuk jadi seorang yang bertanggungjawab? Kucing, anjing atau apa-apa saja haiwan peliharaan ni sebenarnya mengajar kita jadi seorang yang bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Sebab kita kena jaga kebajikan dia, kita kena pastikan keperluan dia cukup, kesihatan dia terjaga. Tak ke sama dengan menjaga anak? Satu hari nanti kan semua orang akan bekeluarga? Atau mungkin juga ada yang sudah bekeluarga. Tak salah pun kalau kita treat haiwan tu sama macam kita treat ahli keluarga sendiri. Kan?
Pastikan yang kita sanggup bersama kucing itu selama dia hidup. Kucing boleh hidup sehingga 15 ke 20 tahun, bergantung pada macam mana kita jaga dia jugak lah. Ingat! Kucing bukan pakaian, bukan mainan, yang kita boleh guna bila suka dan buang bila dah taknak. Jangan pernah terfikir! Jangan bila kucing tu sakit sikit, ah buang lah. Bila bulu kucing kita yang kembang tu dah tak cantik (sebab salah kita sendiri tak jaga betul-betul), ah buang je la kucing ni, dah tak cantik. Grrrrrr..
Make sure kita takde alergi. Family tak alergi. Isteri, suami, anak-anak semua boleh ngam dengan kucing. Jangan pulak sampai satu masa, pegi dump kucing kat shelters atau cari adopter dengan alasan “Saya/isteri/anak allergik dengan kucing. Jadi saya taknak dah kucing ni..” – sampainya hati?
Sebelum adopt kucing part 2:
Poyo sangat siap nak part 2 haha.. Okey, masa ni kita kena buat decision. Nak cari kucing dulu atau nak sediakan barang keperluan dia dulu. Best way is, sediakan barang keperluan dia dulu. Antara barang yang wajib ada ialah:
- Makanan kucing (wet or dry, or both)
- Litter box
- Litter sand
- Scoop
- Bekas makanan dan minuman
- Cage/sangkar kucing (optional, tapi better kalau ada)
- Scratching post dan mainan (optional, tapi dinasihatkan ada)
Macam mana nak pilih makanan kucing yang sesuai untuk kucing tu? Boleh baca sini Tips Memilih Makanan Kucing.
Saya taknak kurung kucing saya, jadi tak perlulah cage.
Aku nasihatkan, better ada satu, sama ada size kecik, ataupun size sederhana. Kalau taknak guna, boleh lipat dan simpan. Bukannya untuk kurung kucing tu. Tapi amat berguna bila kita nak keringkan badan kucing lepas mandi, especially kalau kita sorang je takde pembantu nak tolong pegangkan kucing.. so bila letak dalam cage, tidaklah dia lari. Selain tu, bila kita hantar kucing betina untuk spay (dimandulkan), dia kena banyak berehat. Tak boleh memanjat sebab luka spay sembuh sepenuhnya dalam 2 minggu macam tu. Kalau surirumah dan boleh pantau kucing tu 24 jam, tak pe lah. Selain dari tu, lepas letak ubat kutu. Sama ada yang jenis titik kat tengkuk, ataupun yang jenis spray. Kalau aku pakai yang spray tu, aku pakaikan kucing e-collar (kon) supaya dia tak boleh jilat. Tapi kekadang ada pulak yang baik hati nak tolong jilatkan. Membazir la ubat kalau dijilat sayang sayangkuuuu.. So cara terbaik, kurung dalam cage sampai bebetul kering.
Scratching post
Kucing mana-mana pun suka mencakar. Tak kisah le indoor ke outdoor. Kalau kucing outdoor, biasanya diorang cakar pokok. Kalau dalam rumah, better ada banyak scratching post, letak kat tepi sofa, atau tempat-tempat yang kucing suka cakar. Supaya dia tak mencakar perabot. Kalau kucing tu terkantoi tengah cakar sofa, angkat dia dan letak dia kat scratching post. Biar dia tahu, ni ha tempat cakar wahai sayangku, cakap cenggitu sambil cium dia. Hehehe..
dalam cage pun ada scratch post supaya dia tak boring. hehehe..
Scratching post kat rumah kitorang sampai dah tercabut tali dah pun. Pakai dah 2 tahun. Tahan lama betul. Berbaloi beli. Lady Jemah pun suka bersenam kat sini. Maklum la semenjak jadi sebahagian dari family kami, Lady Jemah dah tak main la kat luar. Paling jauh dia lepak kat depan pintu grill je. Menunggu orang keluar sebab nak tangkap kaki orang, ajak main, hahaha..
Lepas dah sediakan semua yang di atas, moh la kita ke step yang seterusnya iaitu:
Adopt? or Buy?
Terpulang. Adopt is the best. Sebab dapat kurangkan haiwan terbiar. Meh nak tunjuk satu contoh terbaik, di mana seekor kucing terbiar yang keadaannya amat menyedihkan waktu diselamatkan dulu dan keadaan dia 4 bulan kemudian.
ini Gucci, milik Bella Baharom..
4 bulan je, takyah bertahun la.. Tengok gambar dia waktu baby.. Rasa-rasa nak tak adopt dia ni? Mesti ramai yang tak berkenan kan? Dengan kurapnye, dengan comotnya. Tapi pernah tak kita menyangka yang kucing biasa macam tu akan jadi secantik sekarang? Bulu fluffy, ekor kembang, chubby dan super comel? Kalau jaga dengan betul, kasih sayang cukup, kesihatan terjaga, makan makanan berkhasiat, memang apa-apa kucing pun akan jadi sangat cantik. Tak kisah la jumpa dia kat tepi jalan ke, dalam longkang ke..
Hime ni memang jumpanya di dalam longkang. Gambar yang first tu ialah antara gambar dia masa awal-awal tinggal dengan kami. Yang bawah tu gambar dia sekarang.
Memey’s latest photo. Dia memang suka pose camni. Tayang ekor kipas dia hehe
Banyak je orang yang bela kucing terbiar dan akhirnya jadi sangat cantik dan gemuk, gebu.. Yang penting macam mana kita menjaga dia. Tak guna kita beli kucing bulu kembang mahal-mahal tapi tak jaga bebetul, bagi makanan tak menentu. Penyudahnya badan kucing penuh kutu, bulu kusam, badan ringan. Nampak je gemuk sebab bulu banyak, hakikatnya keding je.
Ada juga orang yang beli kucing dari pet shop sebab tak tahan tengok kucing tu macam sengsara je duduk dalam cage, tak terurus dan makan entah apa-apa. Kadang-kadang kesian dengan kucing pet shop ni. Ada yang keadaannya lagi teruk pulak dari kucing terbiar.
Apa-apa pun kalau dah beli kucing tu, jagalah ia betul-betul. Aku ada baca seorang reputable breeder ambik balik kucing yang dia dah jual sebab owner baru tu tak jaga kucing tu bebetul. Badan berkutu, bulu gugur teruk dan makannya dicatu. Amboi amboi.. Mementang dah beli harga beribu, dicatunya pulak makanan kucing tu. Nak mintak kucing tu ganti balik duit ke?
Kalau adopt dari fosterer atau rescuer ke, beli ke, pastikan tanya apa yang kucing tu makan selama ni. Bila balik rumah, jangan terus tukar makanan kucing tu. Sebab nanti dia stress. First, stress sebab tukar rumah, environment. Pastu tukar makanan pulak. Kalau tukar makanan secara mengejut, kebanyakan kucing akan cirit birit. Apa yang patut kita buat ialah, campur makanan baru dengan makanan lama. Mula-mula letak 10% je makanan baru, 90% makanan lama. Perhatikan berak kencing dia okey tak. Kalau okey, tambah lagi 20% makanan baru, 80% makanan lama. Perhatikan lagi berak kencing dia. Sampai la tukar sepenuhnya 100% makanan baru.
Pastikan rumah korang cat-proof
Kalau rasa nak hias rumah dengan benda kaca sana-sini especially di tempat tinggi, lupakan je lah. Kucing memang sifatnya suka pada tempat tinggi. Dia suka memanjat. Dah panjat dan tak reti turun, tu perkara biasa. Sebab tu selalu kucing sangkut atas pokok, atas bumbung dan sebagainya.
Pernah juga terbaca “Saya nak jual/pulangkan/put for adoption kucing ni sebab dia lasak sangat, habis barang-barang kat rumah saya pecah..” – nak gelak pulak aku. Kucing memang la lasak. Kucing aku yang Sookie tu, dalam pada debab dia tu, kuat tido, kalau datang mood dia nak melasak tu, dia lasak jugak. Taknak kucing lasak, baik awak beli patung kucing je. Dah la tak lasak, takyah bagi makan pulak tu. Dah tahu rumah ada kucing, jangan la letak benda-benda yang berisiko untuk dipecahkan merata-rata. Kucing ni macam baby jugak. Cer kalau anak sendiri pecahkan barang, melasak sana sini, nak ke put for adoption? Back to rule number 1, anggap kucing tu ahli keluarga sendiri.
kucing bukan patung. Kita tak boleh paksa dia duduk diam
Saya dah ada kucing! Tapi dia asyik menangis je, Macam mana ni?
Inilah yang kita akan hadapi pada seminggu atau dua minggu pertama kucing tu tinggal dengan kita, especially kalau dia sekor je, takde kawan lain. Jangan risau. Selalunya kucing tu rindukan keluarga lama dia. Rindu pada adik beradik dia, rindu pada mak dia. Kalau ada cage, masukkan dia dalam cage, dan tutup cage dia dengan kain. Biar dia duduk dalam gelap dan menenangkan fikiran. Sebab kalau dia nampak manusia, memang dia akan bising. Kucing yang macam ni, kalau dikeluarkan dari cage, dia akan lari menyorok kat bawah kerusi la, celah rak la.. Sebab dia takut dan stress. Apa yang kita boleh buat, layan dia main. Masa ni la permainan macam teaser tu diperlukan. Supaya dapat tarik perhatian dia, takdelah asik menyorok je..
Kalau stray kittens pun sometimes ada yang trauma dengan kehidupan lama dia, jadi susah nak adapt dengan family baru. Sebagai pemilik baru, kita kena banyak sabar. Bagi dia masa. Kucing pun perlukan masa untuk percaya pada seseorang, especially bila sebelum-sebelum ni life dia sangat suffer dan sebagainya.
Macam mana nak ajar kucing guna litter box?
Cara paling mudah, biar dia duduk dalam cage yang ada litter box. Kucing ni nature dia memang akan kencing berak di tempat berpasir. Tapi ada juga kucing berperangai pelik, nak berak kencing atas surat khabar. Tapi seeloknya gunakan pasir lah. Tak kisah la korang nak guna wood palette ke, crystal ke.. Macam aku, aku gunakan pasir Fussie Cat bau apple. Memang letak pasir banyak dalam litterbox supaya tak mudah terbalik dan kucing kambus pun elok. Kalau boleh ajar dia kencing berak dalam bilik air, pun bagus juga.
ini namanya Jumbo Hooded Litter Pan
Bila kucing dah pandai guna litter box dan kita rasa macam taknak guna cage dah, okey.. letak litterbox kat satu tempat yang mana dia mudah nak pergi. Bila dia dah selesa kat situ, jangan selalu alih litterbox dia. Some cats tak suka. Make sure littebox dibersihkan SETIAP HARI. Macam aku, bersihkan litterbox dua kali sehari. Pagi dan malam. Tapi kalau macam lepas balik kerja tu tengok ada kuih muih dalam jamban, cepat-cepat clear kan. Sebab Hachiko tak suka jamban dia kotor. Nanti sama ada dia tahan kencing/berak, ataupun dia kencing bebetul luar litter box tu. Tunjuk perasaan! hahaha..
Aku jenis yang akan teman kucing kencing berak, most of the time. Sebab aku nak pastikan dia kencing dalam amount yang normal dan kuih muih dia solid. Keji ke? Haha.. tapi ni semua penting especially kalau kucing tau tak sihat, sebab doctor akan tanya “Kencing berak dia okey tak?”
Kucing saya berak tak kambus!
Kucing saya pun sama. Nama dia Sookie. Berak tak kambus. Dia kais kais, tapi dia kais dinding! Apa nak buat, awaklah tolong kambuskan, hahahaha.. Menurut vet, memang ada sesetengah kucing tak kambus berak. Mostly kucing yang perasan cantik. Hahahaha..
Kucing saya kuat cakar la, dah la kuku tajam 🙁
Memang pun, sesetengah kucing macam Sookie, sanggup tangkap tangan orang sebab nak gigit. Cih. Oleh itu, kuku hendaklah dipotong seminggu sekali atau dua minggu sekali. Aku potong err.. tiga minggu sekali kot. Selagi tak kena cakar, haha.. Bukan apa, kekadang terlupa. Nak tahu macam mana nak potong kuku kucing, boleh baca sini: Potong Kuku!
Nak kena mandikan seminggu berapa kali?
Ohoooohoiii.. jangan mandikan selalu kucing.. actually kucing ni haiwan yang pembersih. Lepas makan, dia cuci muka. Lepas kencing berak, dia akan bersihkan private part dia. Cuma kalau kucing berbulu panjang, kadang tu bontot dia comot sikit la. Sookie pun sama, tapi sekarang dia semakin hebat grooming. Kucing mandi sebulan sekali pun dah macam banyak kali dah tu. Maksudnya setahun, 12 kali mandi? Tak berapa elok. Sebab kucing ada keluarkan sejenis minyak dari badan dia yang melindungi badan dia. Kalau selalu mandi, minyak tu akan keluar sekali dan sekaligus menyebabkan dia mudah demam. Kucing kami, selagi tak kotor atau tak busuk, memang tak mandi pun. Lap lap dengan wet tissue je. Sekarang ni pulak ada jual waterless shampoo, kui kui.. lagilah menjimatkan masa.
Kalau mandikan kucing, boleh ikut step kat sini: Kitty Bath. Sookie sangat suka mandi, boleh tengok dia mandi kat sini: Sookie Puteri Mandi
Apa tanda-tanda kucing sakit?
- tak ada selera makan, walaupun makanan kegemaran dia
- banyak tidur
- banyak termenung
- bulu menegak (macam meremang), sebab tak grooming
- tak aktif
- lemah
- suara serak (selalunya tanda nak demam)
- mata berair (tanda selsema)
- hidung berair (tanda selsema)
- cirit birit / muntah (tanda penyakit FPV/hawar kucing)
- berulang kali ke litter box tapi kencing sikit (ini petanda FLUTD atau batu karang atau masalah buah pinggang)
- kencing di luar litter box (petanda FLUTD atau batu karang atau masalah buah pinggang)
- kita sendiri rasa perubahan pada kucing tu
Kucing saya indoor je, memang tak keluar rumah, so tak payah vaccine kan?
Salah tu.. Kucing indoor ke, outdoor ke, mesti vaccine. Basic vaccine yang wajib diberi ialah vaccination 3 in 1 yang cover tiga jenis penyakit:
- Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) – penyakit yang ganggu seluruh saluran pernafasan
- Calici Virus – penyakit yang menyerang upper respiratory mcm hidung, mulut, mata; selalunya macam selsema
- Panleukopenia (FPV) – penyakit hawar kucing. Dikenali juga sebagai Parvovirus. Merebak melalui udara dan berjangkit.
Kucing boleh divaksin seawal usia 6 minggu. Duduk dalam rumah ke, luar rumah ke, wajib vaksinkan kucing anda supaya dia tak mudah jatuh sakit. Tahun pertama kena cucuk 3 kali. Tahun seterusnya cuma setahun sekali. Ada lagi beberapa jenis vaksin yang optional, tu silalah dapatkan pandangan vet anda. Selalunya basic vaccination ni tak mahal. Kalau pegi vet kerajaan, cuma RM20. Kalau vet swasta, dalam RM35 ke atas, bergantung la pegi klinik mana.
Source: http://www.medi-vet.com/felinedisease.aspx
Ubat cacing pun bagi jugak walaupun indoor. Boleh mula bagi ubat cacing seawal usia 6 minggu jugak. Tahu tak walaupun kucing tu cuma menyusu, dia boleh kecacingan juga dari susu ibunya? Ini bukti: Masa Untuk Deworming. Anak-anak Lady Jemah masa tu semata-mata minum susu mak dia je, wet food sikittt je. Takde berjalan keluar rumah pun, tapi tengok cacing beso mana? HAHAHAHA. Ubat cacing paling berkesan ialah yang jenis pil tu. Power! Hahaha
Saya ada 1 kucing betina je, duduk dalam rumah pulak tu. Tak payah la spay.
Tahukah anda, kucing betina yang sedang on heat sangat annoying dan sangat pandai menyelinap keluar untuk cari jantan? Dah tu bila dia on heat, ia akan bunyi bising mencari jantan dan kadang-kadang jantan dari kampung sebelah pun boleh datang. Tak kiralah indoor ke, outdoor ke, spay (istilah untuk pemandulan kucing betina) akan membuatkan ia lebih sihat selain dari tak payah jadi mesin beranak selain dari tak merayau jauh.
Kucing jantan pula perlu di neuter (istilah untuk pemandulan kucing jantan) supaya ia tak mula menanda kawasan, tak bergaduh dan tak merayau jauh. Ada kucing yang dimandulkan selepas matang, akan stop memancut. Tapi ada juga kucing jantan yang masih memancut walaupun selepas dimandulkan. Tapi mostly akan stop the habit la.
Kucing yang tidak dimandulkan, tak kira jantan atau betina, jika dikurung, akan jadi sangat stress dan ada yang jadi kurus, bulu gugur atau overgroom. Kucing yang dimandulkan pula biasanya lebih chubby, debab dan rajin grooming. Makan berselera. Ini salah satu cara kalau nak bagi kucing gemuk la, selain dari makan makanan dengan nutrisi yang baik.
Kalau kita rasa nak biarkan kucing kita beranak, pastikan kita bersedia untuk jaga keturunan dia ya..
Baiklah.. entry ini akan diakhiri dengan sebuah gambar khas untuk semua pemilik kucing di seluruh dunia (wow ucapan!)
credit: DoodleCats
I suke la entri ni. Satu lagi. I encourage to take 2 cats instead of seekor utk peneman main. Kalau taknak, then have to rajin to main with them at least 20 mins a day.
Ya betul. 2 is better than 1. At least diorang ada teman nak berlari, bergusti dan berpeluk waktu tidur, hehehe..
Kucing saya tu 3bulan. Banyak kutu, snts tergaru2 smpai berdarah tempat lapik dia, selalu bersin dan mata bertaik. tak comel dan nampak jijik. tapi obses dgn makanan. mcm mn tu ek
Eh ni yang sama macam kat FB tadi kan. Tang kutu tu memang kena rawat dengan ubat kutu jugak. Kutu ni jahat, dia boleh menyebabkan skin problem, bulu kusam dan stress pada kucing sebab asik tergaru-garu, tak selesa, gatal dan berdarah. Selalu bersin selalunya selsema. Hidung dan mata memang berkait, selalunya kalau selsema teruk, ia akan efek pada mata juga. Saya rasa elok awak cepat-cepat rawat dia sebelum makin parah.
wahh..entri yg sgt berguna bagi mereka yg bercadang hendak adopt makluk tuhan paling comel ini. hehehe…selepas baca entry Iz yg ni, terus saya terfikir nak hantar kucing lumpuh (jantan) untuk di neuter..stress dia kut sbb tak leh nak *tuttt*..hehehe..naik bingit tinga bila dia nyanyi sekuat hati meluahkan perasaan..hahaha…walaupun lumpuh tapi tetaplah berperasaan kan
Ha’ah la wak, kita rasa elok pegi neuter kucing awak tu. Kesian kat dia stress. Kucing ni dia bukan kira, lumpuh ke, sporo ke, kalau dah sampai masa, memang dia nak mengawan punya. Bukan sebab nafsu atau perasaan, tapi memang nature dia macam tu. Tapi jangan risau, neuter cepat sembuh. 3 hari je dah baik. Tambah pulak kucing awak lumpuh, takde masalah nak lari ke apa. Lagi la cepat sembuh 🙂
boleh di jadikan panduan ramai di luar sana
mekasih kak. Harapnya macam tulah, hehe
sy ada bela 2 ekor kucing start umur dia 4 bulan. ambil dr org. dan mereka 2 beradik jantan.
lepas setahun, adik dia hilang. taktaulah org curi atau dh takde -_- *fyi kucin2 sy dibiarkan bebas
lpstu skrg ni abg dia sgt kurus and muka sgt menyedihkan. makan tetap mkn tp badan stil kurus..
mcmna sy nk buat ni? T_T
makan tapi kurus selalunya kecacingan. Muka sangat menyedihkan pasal apa? kurap teruk ke? Rawatlah kucing tu.. kesian dia 🙁 Tempat awak ada veterinar? bawak la ke klinik. Ubat cacing cuma RM5 je, bagi sebulan sekali je. Kalau berkurap pula, ada orang gunakan petua letak minyak baki goreng ikan tu kat kawasan kurap. Tp tunggulah minyak sejuk dulu, jgn sapu minyak panas, hehe.. Tapi kurap ni kalau kita nak rawat, tak boleh miss letak ubatnya. Kalau tidak nanti dia makin teruk. Boleh juga letak minyak gamat.
oh..dia takde kurap sbb duduk dlm rumah, makan, tido. tp kami mmg biarkan dia lepas kalau nk ke mana2.. kalau nk mkn dia mmg dlm rumah.
erm, mgkn dia kecacingan kot. tp mgkn sbb kesunyian? adik dia dh takde kan 🙁
thnx kakak! *dh biasa pggl akk since sookie dan mereka yg lain2 pggl u kakak.. hihi
p/s: yg petua letak minyak ikan tu mmg selalu sy buat kalau kucing2 yg berkeliaran blkg rumah tu kena kurap . x sgka petua tu betul. hehe 🙂
hehehe boleh je panggil kakak 🙂 Kalau awak risau, bawalah dia ke vet, biar doc check 🙂
salam iz…
nak vaksin kucing klu lebih dr 6 mggu takpe kan… sbb kucing ni dah 6 bulan tak penah bwk g vaksin la huhu.. skrg ni idung slalu basah je.. selsema la tu huhu
lagi satu rasa tak nak spay n neuter sbb nak tgk apa kaler anak dia nnti.. tapi kang beranak byk pening plak nak jaga klu duk umah flat ni… iz rasa cam ner yer..adoiii confius sgt la huhu
w’salam.. boleh je.. Lady Jemah tu dah veteran baru pegi vaksin, hik hik.. Kalau kucing dah dewasa biasanya tahun pertama tu cuma 2 kali suntik je. Sebab doktor kata, dalam badan dia dah ada antibodi. So dua kali cukup. Lepas tu setahun sekali. Kalau tak vaksin memang mudah dapat selsema. Kalau saya, memang saya spay neuter je semua hik hik.. Kalau teringin nak kitten, saya adopt. Tapi kalau awak nak bg dia beranak sekali, terpulang la. Lepas tu baru spay 🙂
skrg ni yg mieko (betina) tu dah gatal sgt.. punya la bising ari2.. yg snowvy (jantan) nak kan dia mieko ni tak layan la.. dia duk la memekak siang n mlm.. apa sy nak wat yer??.. dah la sy sakit gigi ni dia memekak je kejenya.. rasa nak marah je hahahahhaa… leh ke tgh menggatal mcm tu anta pegi spay ye.. hehe byk plak tnya…
Kalau vet sini boleh je spay masa on heat. hehehe.. Hime dulu pun saya hantar pegi spay waktu dia on heat. Some of my friends pun ada yang hantar spay masa kucing diorang on heat 🙂
Aku pun suka!
Yang penting, dah bela kena bertanggungjawab
Benar! Tanggungjawab tu kena datang dari diri sendiri. Kalau betul-betul kita sayangkan kucing, memang otometik kita jadi responsible 🙂
suka entry ni…
tengok gambar gucci teringat camtulah keadaan si kitty saya. hubby jumpa dlm lopak minyak itam… dah 3-4 kali mandi baru nampak kaler sebenarnya adalah oren…
Kan.. sebenarnya terpulang pada orang yang menjaga tu. Jaga betul-betul, cantiklah kucing tu. Bagi saya kalau dah mula jaga, baik jaga betul-betul
kak izz..saya dah takut nak vaksin2 ni.2 ekor kucing saya selamatkan dulu dimanja dibelai selama 3 bulan sihat walafiat bila pergi vaksin seminggu lepastu meninggal.
3 ekor baby bengal kat rumah ni pon tak tau nak vaksin ke tak.tak tahan nak rasa kehilangan lagi..
Janganlah serik.. cuba bawak kucing yang 3 ekor tu pegi vet lain & tanya pendapat dia. Bagitahu lah experience awak sebelum ni. Maybe doc boleh explain kenapa kucing awak meninggal lepas vaccine dulu..
bravo! btw 3 kali suntikkan vaksin sebelum usia setahun? kenapa vet kat sepital tu suntik my kittens 2 kali je.. apakah? thanks Iz for the useful info ni.. ada gak doktor kena tarbiah dgn kakak ni nanti.. hiks hiks hiks..
btw, rupa Hachiko (my Hachi ya jgn silap anak Iz..hehe) masa mula2 adopt macam Hime malah lebih teruk lagi.. tapi now.. ai ya ya ariba ariba.. kemain hensem.
Hehehe.. some vets suntik 2x tu akak kena tanya la dia punya justification. Macam vet kat sini, if masa 1st vaccine kita hantar time kittens, diorang akan cucuk 3x. If masa 1st vaccine dah besar or veteran macam Lady Jemah tu, memang 2x je. Tu la strays sometimes memang sangat comel, jelita, macho, handsome. Silapnya dia stray and takde orang jaga. Kalau dijaga, memang diorang kadang-kadang lagi outstanding dari kucing lain kan!
hi,
kucing saya alergik , dia x blh makan ayam. kena mkn fish. klu mkn fish, berat bdn pon kurang, x serancak mkn ayam. ade ape2 suggestion x?
Kalau makan makanan high protein tapi ada unsur ayam boleh? Macam Orijen ke, Taste of the Wild ke..?
Thanks for the tip. Just got ourselves a lil kitten
Yay! Hope it helps. Semoga bergembira dengan kitten baru 🙂 Thank you for dropping by 🙂
perlukn nasihat segera 🙁
kenapa kucing saya cabut kuku dia sampai brdarah? pelik sgt.. dia stress ke?
Kami ada 8 ekor dan kesemuanya adopted; ada yg dtg rumah, yg dibawa oleh abang2nya ke rumah, yg diberi oleh jiran(kalau x dia nk buang kat pasar), yg sakit, dan kucing2 yang kami pilih dari rakan2. Mulanya, hanya nak bela seekor (yang datang ke rumah), kemudian dapat lagi sekor atuk bagi, lepas tu berkenan plak kat budak bulu panjang dan sampai la ke 8 ekor. Tak rancang pun nak bela sampai 8, cadangnya nak stop lepas bela 3 ekor. Tulah rezeki namanya. Saya percaya kalau kucing itu cukup diberi keperluan terutamanya KASIH SAYANG, mereka akan membesar sebagai kucing yang sangat cantik dan sangat besar. Alhamdulillah, isteri saya bekerja di rumah jadi memang ada pemantauan 24jam. Yang penting, masing-masing main peranan dalam menjaga.
Saya nak tanya.. kucing yang datang rumah saya orang buang.. tp keadaan kucing tu kurus sangat.. apa langkah awal saya. Terus htr vet atau bagi mkn dulu.. kalau mknan saya nk bagi mknn apa yg sesuai? Kepala kucing tu pula macam menggigil.. harap dapat reply..
langkah awal ialah kuarantin kucing tu, perhatikan makan minum dan najis dia.. Kalau dalam masa 24jam tu dia normal je aktif, boleh letak ubat kutu dan bagi ubat cacing. Lepas tu baru proceed bawa ke vet utk rawatan lanjut jika perlu
kepala menggigil sebab dia kelaparan ke? kalau dia nampak sakit, cuba bagi makan dulu kemudian segera ke vet.
Hi. Good info. But saya ni baru nk brjinak nk jaga kucing. Saya ni takut kucing actually, but td saya trnmpk anak kucing ni sgt la kurus and org dok sepak2 dia. Walaupun saya takut, but dsbbkan ksian saya bwk balik. Aim saya nak bg dia gemuk and besar dulu, baru nk lepaskan balik. Dsbbkan saya tkde sangkar, saya pakai kotak je and amik pasir kat taman je. Ank kucing ni asyik berak merata eventho saya dh sediakan pasir utk dia dlm kotak tu. Time mlm saya kurung dia dlm kotak, but dia asyik buat bunyi yg mmbuatkan saya rasa sedih and kesian. Again. Bila saya intai dlm kotak, i saw her teary eyes. I cried bcuz of that. Rasa mcm saya baru zalimkan dia instead of selamatkan dia. Saya ni still a student so tkde bajet nk pergi vet or buy other things. But I’ll try to afford one soon.