Kitties,Sookie's Store Kongsi Rezeki

Kongsi Rezeki

Assalamualaikum.. sambil menaip, sambil makan biskut Almond London yang tak habis-habis lagi dari musim raya haritu. Maaflah agak lama jugak aku biarkan blog ni bersawang. Tak sempat nak sapu sawang, dah kena close WordPress, hahaha.. ececehh konon busy ler tu kakakaka..

Hari ni aku nak cerita pasal projek terkini husband aku demi kucing-kucing terbiar di luar Sookie’s Store. Maaflah kakak tak dapat nak bawa korang semua masuk dalam kedai. Walaupun hati ni kesian. Tapi apakan daya, dalam kedai ada salesgirl aku, si Bella yang sedang sarat mengandung, dan jugak Chief Cashier aku yakni Jerry. Kena jaga hati mereka berdua tu. Kang dedua resign kang naya jek. HAHAHA..

Jadi abang long telah memerah otak dan akhirnya, ting!! Tiba-tiba mentol berada di atas kepala tanda idea telah pun sampai.. lalu terciptalah..

Jeng jeng jenggggg……

20130825_170015

 mini buffet station + mini shelter

HAHAHAHAHAHA.. apsal mini? Dah tu memang mini pun. Sebenarnya kotak tu ialah kotak beliau isi barang-barang pertukangan kat stor rumah kami. Dia amik dan dijadikan mini buffet station dan mini shelter. Hik hik..

Depan tu ialah mozek lebihan masa pasang kat lantai haritu. Nak dibuang sayang sebab elok je lagi. So jadikan la alas, hahaha.. boleh la kan..

20130825_170029

 Sebelah kiri ialah bekas minuman.. sebelah kanan ialah bekas makanan

Sebelum ni aku cuma letak food bowl biasa je. Tapi setiap dua ke tiga jam kena pegi tengok kalau kalau dah kosong, kena top up. Sejak letak pet feeder ni senang. Tengah hari sebelum buka kedai tu, aku top up sesiap. Tahan sampai ke malam baru top up lagi, yakni sebelum balik rumah. Botol air tu kena tambah air, 2-3 hari sekali. Baguslah kalau kekucing minum air yang bersih daripada minum air lopak kan.

Tapi kucing ni satu hal jugak. Kita kemain lagi siapkan air bersih, dia bantai minum air lopak hujan. Tahulah air hujan tu air mutlak, tapi kan ke dah jatuh atas tanah tu, jadik kotor la airnya.

Sama jugak macam si Bella. Dalam pada duduk dalam kedai macam tauke (ni kalau big boss Sookie tahu ni, nahas!) pun dia bantai minum air dalam baldi kat bilik air.

20130825_170051

 Pandangan sisi

Kemain siap nak pandangan sisi hahaha.. kitorang letak benda-benda ni semua kat tepi tangga. Yang besi tu ialah grill untuk naik ke tingkat atas. Dua kotak lagi yang kosong tu ialah “katil double decker” hahahahaha.. haip jangan gelak. Ni katil yang cincai laaa.. macam rumah tumpangan la kiranya..

Okeylah dari takde ye tak?

Nak buat besar-besar, takde ruang pulak. Ada ruang yang kecik, kita gunalah sebaik mungkin. Yang penting kucing terbiar dapat makan dan minum, dan dapat berehat kalau penat, cewahhhh..

20130829_002932

 Macam ni la keadaannya di waktu malam

Katil tingkat bawah tu memang dah jadi hak milik Alice. Kucing yang putih dengan grey markings tu. Dasyat tak stray cat aku siap ada nama. Yang kat katil queen size tingkat atas tu, nama beliau Kelly. Nama sebenar, Kelly Clarkson. Sekali pandang macam Aoi versi kerempeng. Beliau tu keding gilaaaaa.. tapi sekarang berisi la sikit berkat aku bagi makan 1st Choice Kitten food. Tambahan pulak beliau tu bunting. Siap la engko lepas putus susu sok, ku hantar spay.

20130827_044709

tengok ni, nipis kan? Siap nampak tulang lagik haaa.. kalau usap belakang dia rasa tulang je..

20130829_002913

Alice: Kakak Kelly, awak duduk tingkat atas dengan katil queen ni, dah check-in ke belum?
Kelly: Diam la Alice, malam-malam ni awak merepek apa? Ni hotel free la. Nak check-in apanya

Nampak tak botol atas katil double decker tu? Tu botol makanan. Husband tulis “RMT” pada botol makanan tu. Maksudnya “Rancangan Makanan Tambahan” hahahaha.. macam sekolah pulak. Zaman aku dulu kalau student yang dapat RMT ni, dapat makanan free. Jeles tau. Makanan memang selalu tukar. Kadang-kadang aku bagi Blackwood Adult, kadang Blackwood Kitten, kadang Star Pro, kadang KisKis, kadang Matisse.. tengok keadaan la. Alhamdulillah diorang tak pilih makan. Semuanya dibedal.

Aku selalu cakap dekat mak, “Takpelah mak, kita kongsi rezeki dengan kucing..” selain perut diorang kenyang, dapat jugak kita buat kebajikan. Yelah nak menderma pakai “cek besar” macam orang kaya kaya tu memang tak mampu. So kita dermalah pada makhluk Tuhan yang kecil ni.

20130829_002852

 Alice keluar dari sarangnya

Nampak tak betapa kurusnya si Alice? Dia tu satu-satunya kucing betina yang tak bunting, jadi aku hantar dia pergi spay. Mula-mula hati berbelah bagi, nak spay ke taknak, nak spay ke taknak.. duit bukannya ada sangat nih.. Tapi aku fikir, apalah sangat duit untuk spay kalau nak dibandingkan dengan nyawa anak-anak dia kalau dia lahirkan unwanted kittens kan.. Kang terbiar, kena langgar, kena sepak. Ishh.. Takut pulak..

So aku tak dulik, hantar jugak pegi spay. Aku boardingkan dia terus sampai dia sihat, supaya mudah aku nak lepaskan dia terus bila balik nanti. Doktor Lean ada call aku dan bagitahu Alice selsema teruk.. So aku cakap takpelah, rawat la dia dulu sampai sembuh. Tapi lepas 10 hari pun dia tak sembuh lagi. Yelah, dia kucing yang tak divaksin, memang payah nak baik kalau demam atau selsema ni.

Aku pergi amik Alice. Tapi aku terpaksa kurung dia sebab aku taknak berjangkit pada Bella. Tapi Alice macam sedih sangat. Keesokan harinya aku bebaskan dia. Tapi aku pandang muka dia dan cakap “Kakak lepaskan Alice jalan-jalan kat luar supaya tak stress, tapi setiap hari mesti balik ke kedai, dua kali ya.. Tengah hari dan malam, sebab Alice kena makan ubat..”

Masa tu aku pasrah je, kalau dia tak balik, aku harap dia cepatlah sembuh sendiri. Tapi sangat ajaib sebab Alice balik dua kali sehari!!! Terharu aku. Setiap hari dia akan surrender untuk diberi makan ubat. So tengah hari lepas aku buka kedai, aku bagi dia makan ubat. Sekali lagi malam, sebelum tutup kedai.

Dan sekarang Alice dah semakin sembuh. Selsema dah kering. Cuma aku masih teruskan antibiotik. Kalau dia sihat sepenuhnya, kita mulakan vaksin pulak ok.

20130827_044649

 Hai.. nama saya Fantaghiro!

Lawa okey Fantaghiro ni, dia macam tortoiseshell tapi kaler dia lebih light. Muka dia bulat, badan dia kecik. Dan bunting. Sobs. Kesian, tapi aku rasa dia ni macam cukup makan kot sebab badan tak kurus sangat.

Grr.. semua kucing betina kat area kedai tu adalah bunting. Esok bila musim beranak tiba, banyak la pulak kittens. Kesian. Sebab kucing ni bukannya jaga anak dia seumur hidup. Bila dah putus susu nanti, dia tak kenal dah anak dia. Pandai-pandai la engkorang nak hidup. Jadik nasihat aku, kalau kita ada banyak kucing, dan kita tahu kita tak mampu nak jaga terlalu banyak, silalah spay diorang. Apa guna kita bela kucing banyak-banyak tapi tak dapat nak jaga kebajikan diorang, betul tak?

Selain kucing bunting, ada macam-macam jenis kucing kat sini. Yang cantik, yang kurus, yang sakit, yang sihat, yang berkurap, semua ada. Yang bawak geng pun ada! Hahaha.. memang kelakar tau memula kucing besar datang makan.. Tak lama lepas tu dia bawak geng. Bawak kucing kecik pulak.. Jalan kulu kilir sesama. Tunjukkan buffet station dan mini shelter hahaha..

Eh by the way, Jerry kimsalam. Kata beliau, semenjak bertugas sebagai Chief Cashier di Sookie’s Store ni, beliau selalu tak dapat tidur siang yang cukup. Banyak betul komplen. Nak kena potong gaji nih!!

28 thoughts on “Kongsi Rezeki”

  1. Salam Iz, lama Iz x update. Rindu. Yana doakan murah rezeki Iz untk bantu kucing-kucing terbiar. Yana kat sini pon setakat bagi makan hari2 kat kucing bawah flat. =(

    1. Tula.. rindu dekat blog ni Yana.. tapi kekadang busy, tak sempat nak ngadap blog. Tu yang bila ada chance je cecepat update heehe

  2. seronoknya baca kisah2 kucing ni,, ada yang hepi,, ada yang sedih,, moga makin murahlah rezeki iz yahya yang memperjuangkan nasib kekucings ni..

  3. salam iz,

    saya pun dah mula bawa treat untuk makhluk comel istimewa ni. seronok tgk diorang mkn pastu kejap2 tengok muka kita… ada tu siap cium2 kaki lepas makan…

    1. wsalam.. kucing pandai tau.. awal2 dia takut dengan kita.. bila dia tahu kita tak sakitkan dia dan bagi makan, memang dia datang nak manja 🙂

  4. Alahai. Siannye kucing2 ni. Tapi kan aku selalu sedey. Kucing2 rupa tortie or yg tabby ala2 Alice ( ngan Bobby aku tu) selalu unwanted cats. Aku ni pon kenkadang memilih gak. Nak adopt yg warna menarik je. Bobby tu pon aku cekup sebab kesian tengok die miau atas lori.

    1. Kucing hitam pun unwanted!! Macam Bella pun unwanted. Yang jenis mackerel tabby tu.. kesian kan. Kalau nak diikutkan, kucing DSH selalu unwanted kat Malaysia ni 🙁

  5. Iz; akak rasa sebak pulak baca posting iz kali ni.. Mudah2an Iz dimurahkan rezki lagi kerana byk membantu makhluk Allah yg kerdil ni. Dia org pun ada hak dia org di mukabumi ni sbb dia org pun makhluk Allah yg sering bertasbih kepadaNya & hak kita adalah untuk tidak menzalimi mereka.

    1. Kan akak. Saya nak jaga semua baik-baik memang tak tedaya. Takat tolong apa yang mampu jelah. Kalau selsema, saya bagi ubat. Ubat cacing pun saya bagi diorang. Supaya bila makan apa yang saya feed tu, jadilah darah daging.. bukannya jadi santapan cacing. Kesian kalau badan keding keding

  6. Nasibla kucing-kucing yang datang tu baik-baik dan tak carik pasal. Dulu kat rumah lama, bila bagi kucing lain makan tetiba diorang lawan tokey nak jadi gangster kampung dusun. Tu yang sampai buta mama tu 🙁

    Kongsi rezeki dengan kucing memang membahagiakan 🙂

    1. Aku risau jugak. Kadang diorang ni berebut jugak makan. Aku selalu bising. Pok pek pok peng cakap jangan berebut, jangan bergaduh, jangan kencing berak merata. Kalahkan bebel kat manusia hahaha

  7. Alhamdulillah…smoga keje amal sentiasa diberkati..Saya syang kucen. Tp bela x la byk. Cuma ada 3 je. Smua pun indoors. Bwa kluar sekejap setiap ptg.. Kat tmpat keje ada bebrape eko kucen… so. sya ada lah bersedekah dgn mereka…kesian…. Sya bagi makan setiap hari…beli makanan untuk mereka,..ikut kemampuan..

    1. takpe.. saya dulu pun waktu masih bekerja, feed kucing yang kat area tempat kerja je. Tapi pakcik yang sapu kaki lima kat opis selalu buang mangkuk kucing yang saya feed 🙁

  8. Semoga rezeki Iz semakin bertambah-tambah. Sedekah tak semestinya sesama manusia je kan? Depan opis I pun ada jugak 3 4 ekor stray. Nak bagi makan kena curi-curi sebab jiran kedai sebelah tak suka kitorang (jiran kedai sebelah lagi pun suka bagi makan kat diorang ni) bagi makan kat kekenit ni. Kononnya kucing2 ni berak depan kedai dia.

    1. Tulah.. kita nak sedekah dekat manusia, singgit dua inggit mana cukup ye tak. Kurang-kurang pun RM10 baru la tak rasa guilty hahaha.. boleh tak nak menderma dekat manusia pun rasa guilty kalau bagi sikit sebab nanti yang terima derma tu buat muka 🙁

      Tapi kalau dekat kucing, bagilah makan apa pun, semua dia bedal. Yang penting kenyang. Alhamdulillah so far jiran kiri kanan tak kisah sebab masing2 pun bela pets. Ada yang bela kucing, ada bela anjing, rabbit.. tapi bela kat rumah la. HAHAHA

  9. respect la kat ko and husband, sbb membela nasib kucing2 terbiar ni. semoga rezeki korg melimpah ruah lg. haha kat rumah ni pun stray cats semua ada nama 😀

    1. nak adopt semua memang tak mampu la.. kitorang mampu bagi makan je. Tu pun nak bagi makan mewah-mewah tu tak la, sebab ramai kan.. so makanlah apa yang kami mampu bagi hehe

  10. A’kum..love ur postings..I stumbled upon ur blog msa tgh google pet shop kuantan..ktorg dr penang nk pindah ke kuantan mid sept ni..so tgh cari pet shop n vet utk our cat la..will check ur place out..insyaallah..

    1. Wsalam.. thanks so much 🙂 Nanti kalau pindah Kuantan nanti marilah datang shopping kat Sookie’s Store ya 🙂

Comments are closed.

Related Post