Selepas menghadapi minggu yang agak busy, aku pun baru lah ada masa nak tengok Instagram.. Hati terdetik nak tengok IG sorang kawan ni.. Ira namanya.. kucing dia memang gebu-gebu, cantik, sihat. Tiba-tiba terpandang satu komen..
villa xduk dgn kita lagi..pnjang citernya.sedih..huhu..mngkin da xde rejeki nk jaga villa.tu yg lama x update.mogok la kenonon..huk huk ^ ^
Terkejut aku! Terus aku Whatsapp dia tanya wat hepen to Villa? Kenapa tiba-tiba dah tak duduk bersama sedangkan aku tahu dia sayang sangat ke Villa tu..
So Ira pun cerita.. panjang ceritanya.. tapi aku bersedia nak dengar..
Katanya memula dia nak bagi salah sekor kucing dia for adoption. Kucing yang dia rescue sewaktu masih kitten dari orang yang nak membuangnya, kemudian dia bawa balik dan besarkan, dia namakan Bumi. Sampai masanya, dia rasa Bumi dah bersedia untuk tinggal bersama keluarga baru, lalu diiklankan di laman web Mudah.my untuk diberi secara percuma. Tambahan pula Ira tinggal di rumah flat. Agak sukar nak handle jika ada banyak kucing.
Tak lama lepas tu, seorang lelaki call. Dia cakap nak adopt Bumi untuk isterinya. So Ira kata okey, marilah datang ambik di rumah. Waktu lelaki tu datang rumah, suami Ira belum pulang dari pejabat.
Tatkala lelaki tu nampak Villa, dia terus nak beli Villa. Tak jadi nak adopt Bumi. Nak tau cemana rupanya si Villa?
inilah Villa
Dengan gebunya, sihat walafiat, gemuk dan sudah di-spay (dimandulkan). Umur tak sampai setahun pun lagi. Bulan September nanti baru setahun. Tapi badan beso. Entah macam mana, tanpa berfikir panjang, Ira terus je bagi Villa dekat lelaki tu yang kemudian membayarnya sebanyak RM400. Langsung tak berbaloi pun.
Bila lelaki tu keluar dari rumah bersama Villa, Ira macam tersedar. Macam, eh apa aku dah buat ni. Itu Villa, mana boleh amik Villa! Ira keluar cuba nak kejar lelaki tu tapi kereta dah jalan. Meraung terus. Terketar-ketar amik henpon, call semula lelaki tu dan cakap nak beli semula villa dengan harga RM500. Lelaki tu cakap nak bincang dengan isterinya dulu.
Lalu Ira call suaminya dan beritahu. Terkejut la husband dia. Bukan husband dia je terkejut, aku ni pun terkejut. Sebab memang tak sangka. Macam itu bukan Ira yang sebenarnya. Macam kena pukau. Sebab kata dia, lelaki tu takde pun pujuk beriya-iya nakkan si Villa tu. Dia terus je bagi macam tu je, macam takde perasaan. Sedangkan yang dia nak beri for adoption ialah Bumi, bukannya nak jual Villa!
Keesokkan harinya, Ira cuba call lelaki tu lagi.. terus tak dapat dah. Ira terus demam, makan tak lalu.. sebab menyesal teramat sangat dan terlalu rindukan Villa.
Aku faham perasaan dia. Aku yang kehilangan Kiko sebab dia sakit dan mati pun menangis hari-hari waktu dia sakit dan bila dia mati. Siap termimpi-mimpi lagi yang Kiko hidup balik dan dalam mimpi tu aku tak kisah macam mana dia boleh hidup balik, terus aku bawak dia pegi klinik untuk check-up. Yarabbi saiko gila mimpi itu. Bila bangun, menangis.
Eh tetibe termasuk cerita sendiri. Grrr..
sampai hati lelaki tu pisahkan Villa dari mama Villa dengan cara keji kan?
Dalam masa dua hari, Ira bukak semula laman web Mudah.my dan dia tengok gambar Villa terpampang kat situ! Lelaki tu jual semula Villa dengan harga RM850. Kurang ajar tak?
Try macam-macam cara call balik, langsung dah tak dapat dah. Meroyan Ira tengok si Villa dijual di Mudah.my oleh lelaki yang membelinya dua hari sebelum tu.
Sebab tu lah aku dan husband Ira syak yang Ira kena pukau masa lelaki tu datang rumah kengkonon nak amik si Bumi. Konon nak bagi wife. Tapi tak datang dengan wife, dia datang dengan member dia. Kitorang syak, dia memang sengaja nak tengok sama ada Ira ada kucing lain tak. Bila dia nampak Villa je, terus je mintak Villa. Dan Ira pun terus bagi! Eh, macam bukan dia lah. Sangat bukan dia.
Aku takdelah kenal rapat dengan Ira, tapi aku pernah pergi rumah dia dan aku nampak macam mana cara dia jaga kucing dia. Macam mana dia sayang kucing dia. Even rumah dia pun langsung takde bau kucing, macam takde bela kucing je. Sangat tidak mungkin yang dia akan bagi Villa begitu saja.
Huk huk.. aku sendiri pun rindu pada Villa 🙁
Ira menyesal gila dan asyik menyalahkan diri sendiri sebab kehilangan Villa. Kesian pada Villa juga sebab jadi mangsa keadaan. Dalam pada hidup gembira, tiba-tiba dijual pada orang lain. Kemudian dijual lagi. Ohh kesiannya Villa..
Betapa Ira rindukan Villa sampai dia kutip bulu-bulu Villa yang tertinggal di rumah. Menangis teresak-esak. Tak dapat peluk Villa, dapat tengok bulu Villa pun jadik la. Ish aku memang nangis masa baca cerita Ira di Whatsapp tu. Bila malam, termimpi-mimpi yang Villa balik ke rumah. Sampai dia taknak bangun dari tidur sebab nak terus mimpikan Villa.
Ini gambar Villa sewaktu lepas di-spay
Tu aku cakap kat Ira, nasib baik la Villa dah spay. At least tidaklah dia dijadikan mesin beranak untuk orang buat baka. Kesian wei. Kalau tengok dekat Internet tu, kucing dan anjing yang dijadikan mesin beranak ni, tinggal dalam kedaifan. Duduk dalam sangkar kecik, kotor dan busuk. Makanan entah apa-apa. Cukup masa, beranak. Setahun entah berapa kali beranak. Anaknya dijual dengan harga mahal pulak.
Gambar kenangan Villa
Villa dan Bumi
Yang kaler oren tu la Bumi. Mulanya lelaki yang datang tu kengkonon nak adopt Bumi la. Tetibe Villa yang jadi mangsa. Lepas berlaku tragedi ni, Ira kata biarlah semua tinggal dengan dia. Tak payah bagi adoption dah. Memang dia sangat-sangat menyesal.
Si comel Villa dan Bulan
Villa masa Baby.. comel gila kan?
Villa dengan Bulan, masa ni Villa kecik lagi..
Tapi sekejap je Villa dah sama besar dengan Bulan hehehe..
Kesian sangat dekat Ira, dia asyik cakap dirinya jahat dan bodoh sebab kehilangan Villa. Dia ada pegi petshop, konon nak cari pengganti Villa. Tapi bila tengok kucing lain, dia jadi tak sampai hati. Sebab rasa guilty dengan Villa. Last-last dia beli Sugar Glider je, supaya tidaklah dia membandingkan dengan Villa. Rindu sangat dia pada Villa, asyik terdengar-dengar suara Villa.
Villa dan adik beradik dia
Aku harap Villa sekarang hidup gembira dengan keluarga baru. Disayangi dan dimanjai seperti mana hidup dia sebelum ini. Ira sendiri yang minta aku ceritakan kisah ni dekat blog. Untuk dijadikan pengajaran pada pemilik kucing yang lain supaya tidak terkena seperti dia.
Kalau nak beri kucing for adoption, seeloknya biarlah kita hantar sendiri ke rumah dia. Dan gunakanlah Petfinder ataupun Facebook, supaya lebih secure. Interview sungguh sungguh orang yang nak adopt tu. Kalau bebetul dia sayangkan kucing dan memang nakkan kucing tu, 1000 soalan pun dia sanggup jawab.
Ira cakap, dia menangis air mata darah pun, Villa tetap takkan kembali pada dia. Sebab dia sendiri tak tahu di mana Villa sekarang. Menyesal tak sudah.
Aku pujuk dia, dan cakap yang Villa pun mungkin tidak menyalahkan dia.. Apa lagi bila dia serahkan Villa tu, dia macam bukan dirinya sendiri. Walaupun Villa jadi mangsa, tapi jomlah kita berdoa dan harap yang hidup Villa sekarang lebih baik dari yang sebelumnya..
Babai Villa.. walau di mana Villa berada, mama Villa tetap rindu dan sayangkan Villa sampai bila-bila