Kitties Kena Gigit

Kena Gigit

3 Januari 2014

Amboi, tak boleh lama lagi cerita engko? Hahahaha.. sadap you! Banyak cerita nak flash back nih hahaha.. 3 Januari itu, kengkonon aku bagi si iPad, Mini dan Muez duduk dalam play room bawah tangga kat kedai ni. Cemana rupa play room bawah tangga tu? Tunggu la lenkali aku cerita cemana rupanya hahaha.. Dalam play room itu ada cat tree, litter box, water fountain, toys, dan tidak ketinggalan, Lilo, Ichii dan Aoi.

Niat aku meletakkan 3 bujang lapok itu bersama Lilo, Ichii dan Aoi ialah sebab kengkonon nak bagi diorang tinggal bersama. Sebelum tu memang la ada la bagi diorang main sesama, okey je, happy jek.

Petang tu aku nampak iPad asik meow meow.. ingatkan dia mintak keluar. Tapi bila dah keluar malam tu, aku tengok dia jalan hincut. Eh dah kenapa pulak budak ni. Kaki nampak sedikit bengkak. Risau pulak. Si iPad ni jatuh dari cat tree ke? Nak kata tercucuk benda tajam, kitorang memang dah make sure play room itu selamat dari benda-benda tajam.

Aku assume dia terseliuh. Sebab tak nampak luka ke apa kan. Cakap kat iPad, takpe.. besok kakak bawak awak pegi klenek ok. iPad makan masih berselera cuma jalan hincut tak jejak lantai.

Esoknya aku tengok kaki dia tersangatlah kembangnya, bengkak melampau. Cecepat letak dalam carrier dan rupanya luka kakinya dah jadi bisul dan pecah.

20140104_111121

 Nampak darah tu?

Wah bila masa pulak boleh kena bisul ni kan? Kaki dia kan memang hitam paws apa semua. So masa aku check kaki dia malam sebelum tu memang tak nampak apa-apa la kecuali bengkak je. Laju-laju la bawak “ambulans” pegi vet. Kete aku tu memang dipanggil ambulans je sebab banyak bawak kucing gi vet.

iPad okey je aktif, meow meow bila aku peluk.. Tak macam sakit pun.

By the time dapat jumpa doktor je, alas dia dah berlambak darah..

20140104_115705

 tadaaaaaa..

Darah bercampur dengan nanah tu. Sebab bisul dah meletup kan. Doc Lean tengok je terus cakap kena sedate si ipad sebab nak kena keluarkan nanah semua. Good thing is, Doc Lean selalu buat je terus, tak payah nak kena masuk wad ke apa. Yang mana dia boleh settlekan, dia settle terus. Dengan itu, kos perubatan pun takde lah tinggi sangat berbanding kalau kena masuk wad ye tak?

Sebelum start, iPad kena check suhu dan timbang berat badan. Dia demam. Kata doktor, memang kalau bisul, definitely akan demam punya.

20140104_114511

 kena cucuk ubat bius

20140104_114549

 tidur.. dengan mata terbukak, hehehe..

20140104_114633

 kena keluarkan lidah macam ni.. kesian menengoknya

20140104_114557

 Haaa.. tudiaaa bisul.. nampak betapa besar bengkak dia? sampai habis kembang paws

20140104_114612

 Iyahhh picit nanahhhh

20140104_114624

 Picit lagiii..

Kalau dah bisul, memang picit nanah je la cara yang paling mudah. Nampak tak berapa banyak nanah dari bengkak tu? Sedih aku menengoknya. Puas pikir macam manalah engko ni boleh jadi cenggini wahai iPad?

20140104_114838

 Bila dah habis picit dan lap, baru nampak lubang

Rupanya lubang kat celah paw. Patutlah aku tak nampak. Sebab masa aku pegang kaki dia yang bengkak tu, dia marah. Aku ni mati matilah ingat retak ke apa. Risau dia jatuh dari cat tree je sebab cat tree tu tinggi. Ropanya bisul.

Tanya doktor. Lubang tu, lubang apa? Doktor kata, lubang kena gigit. Damn. Monyet manalah pulak yang menggigit si iPad ni kan? Selepas puas berfikir, maka saspek utama ialah.. jeng jeng jeng..

C360_2014-02-08-22-34-42-230

 Aoirolina!!!

Tengoklah muka dia dengan telinga terkelepet macam tu. Konfiden sangat pandang kamera lepas cuci muka kan Aoi? Kenapa aku saspek Aoi? Sebab masa aku nampak iPad asik meow meow, Aoi ada dekat dengan dia. Agaknya masa tu Aoi baru lepas gigit kaki dia kot. Monyet punya Aoi.

20140104_115022

 mangsa buli masih lagi pengsan

20140104_115631

 Mangsa buli dah siap bungkus kaki dan diberi suntikan antibiotik

Nasib baik tak banyak ubat. Cuma antibiotik je dua jenis. Letih jugak kalau pegi vet dapat ubat sebakul kan? Dah la nak kena bersilat bagi ubat.

20140104_115800

mangsa buli telah dimasukkan ke dalam carrier untuk dibawa pulang

Dalam kereta dia dah sedar dah. Okey je iPad ni.. dia baik.. tak bukak pun bungkusan kaki dia tuh. Setiap hari aku cuci kaki dia dengan iodin.

Macam-macam hal tau bebudak ni. Sesama dia pun bergusti apa entah sampai macam ni jadinya. Si Aoi tu kemain gangster engko ye dengan adik kecik. Dasar anti-sosial hoh.

Tapi iPad dah sihat dah pun. Lepas je keluar nanah tu semua, dah sihat sangat dah. Takde jalan hincut dah 🙂

 

4 thoughts on “Kena Gigit”

    1. Amboi hang aoi..kaki pembuli. Nasib la si ipad reti mengiau..klu diam aje..harus kakak x perasan sbb awak hitam merelit..

      Best la doc lean tu. Kenapa la kat KL ni xde yg best cam gitu

Comments are closed.

Related Post