Semalam, aku pergi ke Nationwide sebab nak hantar pet bedding yang Bella order untuk JLo dan Gucci. Masa tu lebih kurang pukul 2 petang. Sampai sana, nasib baik takde orang. Aku pun discuss dengan diorang sebab nak bukak account dengan Nationwide. Barang-barang aku kan besar je lebih, tapinya ringan. Tu yang discuss tu.
Pastu Manager situ tanya, “Memang ada banyak kucing ke kat rumah?”. “Ya, ada lah jugak..” – jawab aku. “Kat sini ada lagi 3 ekor anak kucing, jumpa semalam. Nak tak? Mak dia tak datang datang langsung. Kesian diorang..”
“Saya tengok dulu la besar mana, maybe boleh carikan adopter..”
Sekali tengok, kecik gila weiiii.. Baru bukak mata. Paling paling pun baru dua minggu kot Β usia diorang. Ada tiga ekor. 2 tabby, 1 hitam. Yang hitam tu belum bukak mata pun lagi. Kesiannya..
Tekejut beruk aku bila diorang cakap diorang bagi makan krim coklat dari roti π Kesian diorang tak tahu cemana nak bagi 3 ekor ni makan. First of all, kucing besar ni, tak boleh makan lagi, mesti minum susu. Sama ada susu ibu ataupun replacement milk. Bagi susu pun kena pakai syringe sebab diorang kecik sangat, puting botol susu kucing terlalu besar untuk diorang.
Paling utama, tak kisah untuk anak kucing ke, bapak kucing ke, mak kucing ke, kucing tua ke, apa jenis coklat pun diorang tak boleh makan. Boleh membawa maut. Sebab bahan dalam coklat adalah racun bagi kucing sebab ia boleh sebabkan muntah-muntah, cirit birit, sawan, kencing berlebihan, rasa tak selesa, hyperactive dan akhirnya mati sebab kegagalan jantung.
Terus aku amik diorang. Walaupun dalam otak ni takde apa-apa plan pun lagi. Staf kat situ amikkan kotak dan aku suruh letakkan shredded paper. Sebab itu je yang ada. Takkan nak letak plastik pulak kan.
si malang bertiga
Aku harap sangat sangat diorang tak makan pun krim coklat tu. Masa aku angkat salah sekor tu, dia tengah kencing. Kesiannnn awak. Patutnya masa usia ni, mak awak jilatkan kencing berak awak kan. Sedih aku. Apa pun aku ucapkan terima kasih kat staf Nationwide tu sebab selamatkan tiga ekor kenit ni walaupun diorang tak tahu nak jaga macam mana. At least selamat la dari anjing, tikus, panas dan hujan.
Aku syak mak kucing ni asyik alihkan anak-anak dia sebab cuaca sekarang tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Tapi bila dia alihkan anak dia, mungkin dia lupa mana dia letak anaknya. Sebab kata staff situ, dah tunggu emaknya since the day before lagi. Maknanya dah lebih 24jam kot tak menyusu. Asik meow je kelaparan.
Masuk kereta, aku buntu. Mana nak cari ibu susuan ni. Walaupun ada replacement milk, tapi tak sama dengan ibu kan. Haaa… tetibe teringat sorang customer merangkap followers kat FB aku, dia cakap haritu kucing dia baru beranak. Nama dia Ain. So aku pun call Ain, tanya dia boleh tak aku nak tumpangkan 3 ekor kenit ni. Dia cakap boleh, sebab ada 2 ibu yang baru beranak. Tapi anaknya cuma empat ekor je sebab ada yang mati. Tapi Ain tengah kerja, sampai pukul 9 malam.
Takpe, aku hantar kat Dr Lean dulu. Mintak dia susukan dan tumpangkan diorang kat klinik sampai pukul 7 malam (tu pun sebab klinik dia nak tutup time ni hehe). Aku balik office dan kepala otak serabut memikirkan si kenit bertiga ni. Dalam hati doa diorang selamat la hendaknya. Masa aku cerita kat twitter, dah ada yang nak adopt diorang bertiga ni. Sedap sikit hati aku.
Dah tukar alas..
Dekat pukul 7, aku pegi klinik. Diorang baru pas menyusu dan dah kencing. Masuk kereta, aku selongkar boot belakang dan jumpa kain alas kaki yang aku guna khas untuk alas carrier kekenit aku dulu. Tengoklah habis alas kaki tercabut benang, kerja si Ichii. Dalam kete diorang meow lagi. Tapi dah kurang sikit la maybe sebab alas tu dah mula panaskan badan diorang kot.
Sampai kat opis, aku tutup aircond dan lampu yang terang benderang tu semua, bagi gelap sikit. Cewahhh.. macam kita la jugak kan, mana boleh tidur dalam terang. Mesti nak gelap sikit baru syok.
bergambar atas printer, anyonyonyonyo
Badan semua boleh tahan. Yang tabby dua ekor ni, muka agak bulat dan bulu pun boleh tahan meriah. Yang hitam tu bulu pendek dan perut buncit sikit. Nanti bila besar sikit, kakak bawak awak pegi deworm ye. Sian dia.
kita comel kan? kesian kita takde mommy.. wuu wuuu..
Comel kan. Huruf M bukan main clear kat dahi dia. Aku harap Kuro Chan (kucing Ain) boleh la terima diorang bertiga ni sebagai anak angkat. Sementara je ye Kuro Chan. Nanti bila budak bertiga ni dah boleh makan sendiri, kakak bagi diorang for adoption ye.
tengok diorang tidur..
Patutnya dalam dakapan ibu. Bawah perut emaknya. Macam anak-anak Mak Jemah dulu beruntung sebab perut Mak Jemah banyak lemak tepu kat perut dia. Maka lebih banyak body heat, hehehe..
Ni je rumah diorang..
Nasib baik la Manager Nationwide bagi kotak baru yang tinggi cenggini ha. Idok le diorang lemas kan.. Aku tutup atas tu dengan surat khabar supaya gelap, tapi tak melemaskan, still udara boleh masuk la.
Sampai rumah Ain, mula-mula Kuro Chan macam taknak layan. Dia cium, tapi takmau baring. Ain ada 2 ekor ibu kucing yang baru melahirkan. Kuro Chan dan Neko. Tapinya anak ada 4 je sebab ada yang arwah. So diorang gilir gilir menyusukan. Ni tambah lagi 3 pulak anak angkat. Hehe. Pastu lama sikit, nampak Kuro Chan angkat baby sekor dalam kotak satu lagi. Rupanya nak menyusu beramai-ramai. Kotak satu lagi tu ada Neko dan 4 ekor newborns tu. Konon memula ingatkan nak bagi si Kuro Chan ni nursing 3 budak ni la kan.
sekali rupanya nak cenggini haaaa.. bergotong royong..
Lawak pulak rasanya. Hahaha.. Yang dua emak tu kemain mesra jilat jilat dan pegang satu sama lain. Macam kawan baik sangat. Bila dah masuk dalam kotak ni, baru la nampak Kuro Chan mula menyusukan dan jilat badan diorang. Tapi menyusu dah cacamarba dah. Asal jumpa puting je diorang nyonyot terus. Tak kisah la Neko ke Kuro ke.
Bukan main riuh rumah Ain dengan kekenit ni menjerit-jerit. Yang newborns rumah tu, suara belum nyaring sangat sebab baru few days je. Yang budak bertiga tu ha. Lapar pun iya kot. Bukan main kuat menjerit. Nak nak yang hitam tu. Tak padan dengan belum bukak mata, kemain nyaring.. Nasib baik la Ain tinggal sorang je. Kucing dia yang lain pun semua baik dan handsome. Semua strays yang dia kutip. Dan semua dah divaksin. Syabas!! Hehe..
Bila aku sampai rumah, Ain sms. Dia cakap ada yang dah tidur, ada yang masih menyusu. Yang hitam tu suara paling kuat, menyusu paling lama, hehe. Pagi ni Ain sms cakap yang hitam tu dah bukak sebelah mata. Hehe cutenya bukak sebelah mata je.
Terima kasih bebanyak kat Ain, Kuro Chan dan Neko sebab tolong Kak Iz dan tiga ekor kenit tu. Syurga lah tempat Kuro Chan dan Neko (ini sudah pasti, hehe).
Murah rezeki Iz ni. Selalu je orang bagi anak kucing. Kalau rumah akak dekat, akak pun akan gotong royong dgn Iz ni selamatkan anak2 kucing. Memang tembamlah anak2 kucing tu. InsyaAllah panjang umur tu.
Kelakar pulak tengok ibu susuan 2 ekor tu. Dah macam nursing room pulak kotak sekangkang kera tu. Iyaalah tentu nak gossip2 sambil menyusukan anak kan. Takkan nak tengok tv pulak. Hahaha.
Hahaha tu la kak, lawak kan tgh diorang sanggup berhimpit-himpit tu padahal ada je kotak lain. Nak jugak duk gosip bersama- Anak sape la yang engko peluk ni kan, tetibe je mintak simpati, hahaha. Akak, saya baca dah blog akak pasal Milo. Tapi cam biasalah takleh komen. Saya komen kat sini boleh ke?
Saya baca ayat last akak tu terus meremang bulu roma, air mata bergenang. Insya Allah panjang umur Milo kak. Ni taip ni pun dah sebak pulak π Akak ada cuba bawak Milo ke vet lain tak? mintak 2nd opinion? Milo ni masalah gusi ke? Sbb ada kucing yang sampai cabut semua gigi sbb gum problem. Tapi masih boleh makan kibbles & elok je gemoknya. Pastu ada pulak yang gigi taring besar sangat sampai terkeluar dari gusi, so kena surgery buang gusi, baru okey. Kesian betul Milo dari 8kg tinggal 5.5kg je. Drastik betul tu kak π Sedih saya.. Apa pun moga Milo cepat sembuh dan chubby semula..
alahai comeynye menyusu bersama-sama..baik sgt neko n kuro chan..
semoga semuanya sihat2!!! π
Neko & Kuro Chan ibu penyayang. Moga semuanya membesar dengan sihat π
alahai..kesiannya.. kuat betul hati Iz nak bagi adopt.. kakak tenguk mata dia je dah terus cair..haha.. bagus lah neko dgn kuro chan tu mau gotong royong..kat rumah ni..Chomel je yang susukan all 9 nine kittens.. Mu’ezza, jeru pun tak mau.. bila bawak dekat asik menderamm je marah.. haishh.. Moga Iz murah rezeki sbb suka tolong makhluk2 Allah yang lemah sebegitu.. aaminn..
ha’ah risau jugak kak. lega bila tengok diorang nak bagi susu. siap jilat apa semua..
Tak marah ke Neko and chan bil dapat anak angkat?
tak marah pun. Dah sayang menyayang dah. Memula je macam taknak layan maybe sebab bau lain. After few minutes, dah okey dah, hehe.. lega π
mase mule2 along (ain) bg tahu kak iz nak bg dia 3 ekor ni untuk susukan kami berdua ni puas duk pikir kot2 la sekali ditampornye budak2 dtg dekat… alhamdulillah dua2 nak layan π
Tulah akak dah susah hati kalau diorang taknak susukan. Sebab akak tak boleh commit nak susukan sebab siang kerja kan. Besar ni nak kena susukan 2 jam sekali. Nak kena bagi dia berak kencing lagi.. nasib baikk la dua ekor mak ni baikkkk budaknye, hehe.. Princess dengan Kakak π
lagi satu kak iz.. kucing yg lain sumer baik dan hnsem ???? kak iz tak nmpk lagi time diorang wat party.. sian kak ain kiter nii…. satu rumah penuh tisu lau terlupe nak simpan tisu dapur yg segulung besar tu…
hehhehe baik sbb kak iz ade kot.. jrg tgk kate kan.. baik lebih..
hahahaha main tisu tu memang faveret diorang la. Rumah akak pun tisu memang sorokkkkkk. Kadang dalam pada sorok pun diorang boleh jumpa. yang paling terer saljikan rumah dengan tisu, si Hime. HAHAHAHA..
Tabik spring laa kat Kakak Iz. Tu yang nak beli barang2 kucing tak nak pos, nak jumpa terus tokey. Nak jugak kenal ngan orang baik hati macam Kakak Iz!!
wahahahahaha amboi malu la kita tauuuuu..
Alahai Is…rasa terharu pulak bila baca posting ni. Baik betul Neko dgn Kuro Chan. Tak marah pun dia dgn baby-baby tu. Btw, which one is Neko, which one is Kuro Chan ?
Kuro Chan yang tortoise shell tu kak.. Neko yang calico tu. Memang diorang ni baik sangat. Sayang sangat kat kekenit tu π syukur alhamdulillah
weeeeee…..tahniah Ain & u Iz..suka sangat!tak tahu pun story pasal ni sebab lately jarang dah online sangat..huk..pe pon semoga dorang semua selamat..sangat2 cute..act kat rumah my mom pun ade newborn baru lahir..tapi yg itu kucing adik i..teringat lak kt gelagat dorang yang bergantung kt puting mommy die..beruntung dorang berdua tu..tapi sian yg ni..hope mereka membesar bagaikan juara lepas ni….
Wow, actually suka tengok kittens yang tengah menyusu ni. Cute sangat. Tapi bila dia dah dapat kaki, adoyaiiiii tak larat nak melayannnn.. laju sangat!
Yang ada huruf M kat dahi tue dah macam Majin Bu Dragonball… kah kah kah… kiut owhh.. XD
Hahahaha.. tabby sangat kan, kemain clear huruf M dia
I wish cikpuan Lala kat rumah ni mcm Kuro Chan & Neko. Few months ago my kakak tumpangkan 2 ekor anak kucing yatim piatu. Lala pun ms tu br ke lepas beranak, ingatkan hati dia lembutlah nak susukan 2 ekor yatim piatu tu.Sampai ke sudah Lala xnak susukan. Siap marah lagi, kesian 2 ekor tu. Sudahnya terpaksa jugak bg minum susu dlm botol tp Allah lg sayang dorg. Both mati 1 week after another. Sedih sbb rasa gagal. π
Alaaa siannya.. anak kucing yatim piatu tu bau lain kot.. tu yang Lala takmo tu. Aritu risau gak kalau Kuro Chan ngan Neko taknak, alhamdulillah okey jugak lepas beberapa menet hahaha.