Kitties Cerita Seram Jerry

Cerita Seram Jerry

Hai.. hari ni aku ada sebuah cerita yang agak seram dan meremang bulu roma jugak lah kiranya.

Pada satu hari ni.. aku perasan Jerry asik macam nak meloya-loya cam nak muntah.

 Ginilah gaya meloyanya

Aku plan nak bawak Bella (kendian la aku perkenalkan sape Bella haha) ke vet sebenarnya keesokan hari tu. So boleh la tunjuk kat Dr Lean video tu. So baik la record cemana dia batuk meloya tu kan. Kesian Jerry sebab dia macam tak tenteram. Nak kata batuk, bukan batuk. At least aku tahulah kalau kucing aku sendiri batuk ke, bersin ke. Ni macam lebih kepada meloya ataupun tersedu.

Malam tu dia tidur atas katil macam biasa. Tapi perasan la dia macam lemah sikit. Suara pun tak keluar.

Besok paginya, aku nak mandi.. tapi mata aku tetibe nampak ini..

IMG-20130814-00085

 muntahan cacing!!!

Gila tak, aku siap pergi cium muntah tu sebab nak pastikan tu betul-betul muntah dan bukannya kencing ke apa. Mau tak scary kalo kencing cacing?! Muntah tu dah kering dah pun. So mungkin dia muntah masa semua orang tengah tidur. Kesian Jerry..

Walaupun aku tak dapat saksikan Jerry muntah. Tapi aku pasti itu memang muntah dia. Sebab dia je yang tunjukkan simptom macam nak muntahkan sesuatu. Pagi tu dia masih makan kibbles dia macam biasa.

Lepas dia makan, aku terus bagi dia separuh biji Caniverm (ubat cacing). Lepas tu terus bersiap, tak sabar nak tunggu pukul 10.30 pagi, waktu klinik buka. Terus tak jadi bawak Bella. Kena utamakan Jerry dulu. Sebab Bella cuma nak check-up biasa.

 perangai dalam kereta masih sama

Jerry memang suka bertenggek tepi tingkap macam tu. Terjerit-jerit tegur orang naik lori la. Orang naik motor la. Dia pikir semua orang nak layan dia agaknya hahahaha

Sampai kat klinik, aku tunjuk dekat Dr Lean. Terkejut dia tengok muntahan cacing. Sebab kata dia, tu kategori banyak, dan cacing dewasa! Padahal Jerry dah dua kali aku de-wormed since tinggal dengan kami (dari zaman dia duduk kat kiosk lagi). Dr Lean check suhu badan dia.. tak demam. Tapi Dr Lean cakap dia mungkin akan lemah sikit sebab sakit perut kesan dari ubat cacing tu. Kiranya dalam perut, cacing tengah berlawan dengan ubat Caniverm laa..

Kata beliau lagi, kalau dah sampai tahap muntah cacing tu kira cacing dah banyak la. Walaupun memang pelik sebab Jerry bukannya pertama kali de-wormed. Aku siap tanya lagi, Jerry gemuk tu, gemuk lemak ke gemuk cacing? Nasib baik Dr Lean cakap Jerry gemuk lemak. Lemak yang tebal. HAHAHA.. Mau tak risau kot gemuk cacing?

Menurut Dr Lean, kalau kitten yang banyak cacing, lepas diberi ubat cacing, akan tunjuk simptom yang amat menyedihkan. Nampak sangat lemah, tak dapat luruskan badan dan tak mampu berdiri. Ada juga yang mati sebab tak mampu melawan kesakitan. Tapi kalau banyak cacing dan tak diberi ubat cacing pun akan mati jugak.

Perhatian kepada mereka yang baru adopt kucing ke, beli kucing ke, pastikan lah korang de-worm kucing tu secepat mungkin dan ikut date yang vet bagi. Kalau kittens pulak, boleh de-worm seawal usia 6 minggu. Jangan tak tahu, walaupun cuma minum susu ibu pun boleh kena cacing tau. Ini buktinya. Scary tak? Jerry ni dah agak lama jugak la jadi kucing indoor, pun masih ada cacing.

Balik rumah, aku bagi Jerry makan A/D. Yang lain pun dah tentulah menyibuk kan. Udah le kenduri A/D pulak hari tu. Lantak lah. Kang tak bagi kang merajuk pulak. Nak nak si Sookie yang semenjak dua menjak ni pandai merajuk pulak. Kalau dia tak dapat apa dia nak, terus nak merajuk, duduk jauh-jauh. Lepas tu kalau kita bagi apa yang dia nak pun, terus taknak dah. Tunjuk protes. Mengada.

 malam itu Jerry demam, siap selsema

Aku punya susah hati, Tuhan je yang tahu. Puas aku google baca kat Internet, apa nak buat kalau kucing muntah cacing. Semua jawab bagi ubat cacing je. Takpelah kan. Aku dah bagi ubat cacing pun. Malam tu aku bagi Jerry pil selsema dan antibiotik. Sebab taknak dia tidur tak lena. Kang dah la perut tengah tak best. Hidung pulak tersumbat kan. Kalau aku pun tensen.

Keesokan harinya baru aku bawak Bella pegi vet pulak. Haish macam dah hari-hari je muka aku ni dekat vet. Aku bagitahu Dr Lean yang Jerry demam dan selsema. Dia suruh continue bagi ubat selsema dan antibiotik, siap tambah lagi bekalan ubat selsema dan antibiotik. Aku risau gile tau. Aku paling takut bila salah sekor kucing aku sakit. Trauma melampau semenjak kematian Kiko 🙁

Aku bagi Jerry makan A/D lagi hari tu. Alhamdulillah dia nampak selera. Cuma macam kurang sikit nak makan kibbles. Dia hidu, tapi lepas tu berpaling. Macam takde selera. Takpe, Jerry cakap je nak makan apa, kakak bagi. So beberapa hari tu, mereka kenduri wet food. Layannnn..  Sebenarnya Jerry tak minat sangat wet food tapi semenjak tak sihat tu, dia jadi suka pulak.

Malamnya, aku cakap kat husband, nak selimutkan Jerry dengan kain pelikat dia lah! Sebab husband dan Jerry adalah bespren. Jerry kalau nampak husband aku, dia boleh jerit panjangggggg sangat. Macam happy gila. Sebab husband rajin melayan dia. Kakak tukak cuci tong taik je, dan paksa makan ubat. Haruslah tak berapa nak sayang kan.. sobs sobs..

 Saya dah sihat!

Muka dah sihat haruslah berseri-seri kan. Nasib baik badan tak susut. Sekarang selsema dah baik. Demam pun takde. Alhamdulillah selepas tidur berselimutkan kain pelikat bespren beliau, terus sihat. Ya aku tahu ini cuma reverse psychology. Jerry sihat sebab cacing dalam perut dah arwah dan berkat makan ubat selsema dan antibiotik. Hehehe..

IMG-20130822-00129

selepas sihat terus menjadi annoying semula dan kacau sume orang.

Dalam gambar di atas ialah Jerry debab mengacau ekor kakak Sookie yang lebih debab. Apa lagi, kena marah la kan. “Apa engko ni dah takde keje lain ke asik nak mengacau ekor kita ni dah kenapaaaaa ha Jerrryyyyy??!” kata kakak Sookie yang berang.

26 thoughts on “Cerita Seram Jerry”

  1. warghhh.. horrornye muntah cacing. Goli pon ade. Tak pernah tgk pulak kucing2 ni berak cacing ke or muntah cacing. Kalau ade mesti aku menggeletis. Naseb baik tengah tak makan baca post ni. Huhuhu/

    1. memang weii.. aku sendiri geli. Nasib baik cacing dah mati. Tapi tatau la masa baru keluar dari perut dia tu, hidup ke tak. And lepas muntah tu pun dia takde la terus stop meloya ke apa. Macam ada lagi. Tapi lepas bg ubat cacing, slowly kurang loya dan akhirnya stop within 24 hours. Tapi sambung pulak dengan demam. Tu yang aku risau gila

  2. salam… syukurrrrrr dah sehat. Cacing je puncanya kan… peringatan utk aku jgk sbb haritu ada gak culas x bagi obat cacing lantas kucing ku bercacing.. hukhuk..

    1. Tulah wei. Kemain panjang lebar luahan perasaan aku haritu kat ko kannn.. Takut weii kalau dah sampai tahap muntah. Siap demam lagi. Mau tak panik 🙁 Ni doc suh ulang bagi ubat cacing lagi 2 weeks lepas bagi haritu

  3. Salam kak, anak kucing sy yg bru adopt pun muntah cacing jgk hritu. Maybe sbb dari mak dye atau sbb mak sy bg makan ikan rebus. Tp dah bawak check vet and dewormed. Sekarang dye mmg x lalu makan n nampak letih je. Kesian plak. Mcm mana ea kak?

    1. Dah berapa lama since dewormed? Macam Jerry haritu lepas bagi ubat cacing je immediately lembik, terus demam dan selsema. Tapi bagi makan antibiotik dan ubat selsema. Sehari lepas tu dah baik dah. Now dah aktif. Vet akak cakap if sampai muntah cacing, kena ulang bagi ubat cacing every 2 weeks. So jerry nanti pun kena bg ubat cacing lagi. Mungkin ada lagi cacing kat kitten awak. Kitten memang lebih lemah nak lawan cacing. Akak rasa bukan sebab ikan rebus, tapi punca dari mak dia. Susu mak dia kotnya

      1. 5 hari dah since dewormed, tp dye ttp lembik, kuat minta mkanan, bertahi mata. Kesian betol tengok. Kadang2 je time dye aktif main dengan kucing lain tp kejap je. Risau jgk wlpun dah dewormed.

        1. kalau risau, cubalah bawak ke vet lagi sekali. Sbb mcm vet akak cakap, kitten memang lemah sikit nak lawan cacing. Even Jerry pun sampai demam demam.. cuba awak bagi dia A/D.. mungkin boleh cepat recover

    1. tulah yang vet pun tekejut. Nasib baik la dia muntah. Kalau tiba-tiba sakit misteri ke, lagi seram. Kalau dia tak muntah cacing tu, memang tak tahu la dia kecacingan macam tu sekali 🙁

    1. Semalaman aku Google baca macam-macam. Sebab dia siap demam lagi tu yang takut tu. Lega bila demam dia surut sekaligus stop meloya tuh. A/D tu makanan dalam tin untuk critical care. Aku memang spare kat rumah ni. Bagi kucing makan bila diorang tak sihat. Sbb bila kucing sakit kan selalu mogok makan kan. Kalau bagi A/D, kadang ada selera skit. Dalam dia ada complete nutrition, so kalau diorang tak makan kibbles time sakit pun takpe. Biasanya aku dilute dengan air masak skit biar tambah water intake time demam, especially. ni ha A/D – http://www.hillspet.com/products/pd-feline-ad-caninefeline-critical-care-canned.html

  4. Komen ada kaitan: ngerinya tgk cacin2 tu.. Huish!!!

    Komen xde kaitan: aaaaaarrghhhh!!!! Histeria tgk saiz pwincess sookie… Hahaha

    1. Hahahaha.. Sookie memang serba serbi lebar! scary kan cacing tu 🙁 masa muntah tu entah hidup lagi ke mati dah.. tak sanggup nak imagine

  5. Memang scary je tengok video tu. Kalau akak pun macam Iz jugak. Lajuuuuu je bawak jumpa vet. Risau kot. Dulu masa memula bela Milo, dia pun pernah muntah cacing. Besar dan panjang dekat 1 kaki, Iz. Takut tengok.
    Iz, pesan kat Jerry jangan derhaka dgn Kak Sookie nanti berdosa besar sapa nak tanggung haaa.

    1. Huwaaaa panjangnya sampai 1 kaki!!! Jerry yang muntah pendek2 camtu pun saya dah takut gila. Tu pun masa kuar dari mulut dia, entah hidup lagi ke tak. Tu la Jerry, lepas dia sihat je terus dia mula balik operasi menyakat kakak Sookie dia. Bengang gila minah tu sampai sekarang ni kuat betul menyentap especially time makan sebab Jerry suka nak menyibuk time dia makan -_-

  6. salam iz, tetiba nak tanya kat entry jerry ni lah. izz bagi dia makan ape ye? saya baru adopt stray. skrg bg makan blackwood, mcm dah boring pulak gaya dia.plus saya bagi wet food fancy feast sebab dia sangat pemalas minum air. dah beli water fountain pun dia buat donno je. kesian berak macam sembelit kalau makan kibbles je.

    nak tanak bagi jugak wet food. masa awal2 aritu gigih jugak merebus ikan/ayam. skg ni x berapa sempat lah… saya dah 1st vaksin n deworm 4 sept aritu. ada jugak unsur2 meloya..tapi x muntah pun. nak suruh dia makan petgrass pun x boleh. jenuh ajak.. dia tanak makan. kalau kita campur2 makanan dia boleh ke? kira kibble tu ada 2 brand ke.. sudi bagi lah pendapat ye. thanks!

    1. wsalam.. walaupun haritu dah jawab kat twitter, ni jawab lagi la ye. Jerry makan RC Kitten masa mula-mula dulu. Lepas tu kami bagi dia Natural Balance. Masa dia makan Natural Balance tu nampak la bulu dia makin lembut dan badan mula naik. Pastu bila kitorang start bawak dia balik rumah, bagi dia makan RC Hair & Skin sebab yang lain pun semua makan yang tu sekarang.

      Kalau tak rajin minum air, memang tambah air dalam wet food je la cara mudah nak tambah water intake dia. Rumput tu kalau kucing rasa tak perlu, memang dia taknak makan. Kalau dia jenis taknak makan rumput tapi bulu dia banyak gugur, boleh bagi dia makan RC Intense Hairball supaya hairball tu keluar melalui najis. If kurang minum air & byk hairball, memang akan sembelit nanti

  7. Hukhuk….kucing saya bnyk cacing antaranya Tiger, Crystal dan Duncan.. Sebab Tiger n Crystal tu kurus sbb cacing, Duncan skit je sbb masih gemuk..

    1. mungkin dia kecacingan. Kalau dah bagi ubat cacing, mungkin dia nak cuba muntahkan hairball 🙂 boleh cuba bagi dia makan rumput, atau makanan yang ada hairball control 🙂

Comments are closed.

Related Post