Aku nasihatkan korang makan dulu sebelum baca entry ni. Muahahaha..
Weekend haritu aku discuss dengan suami, nak bawa kekenit Mak Jemah pegi deworm. Dia cakap okay, bawaklah. Tapi kemudian baru aku perasan, Hachiko pun due untuk yearly vaccination dan deworm. So hari Isnin, aku bawak Hachiko pegi vaccine dan deworming. Mamat tu kat klinik bukan main baik, sebab dia takut ada anjing. Hahaha. Aku dukung, dia peluk sekuat hati. Takut la tu, hahaha.
So hari Selasa, barulah ada chance bawak anak-anak Mak Jemah yang berempat tu. Dalam kereta, ada sekor tu bukan main bising mulut dia. Aku syak Miki atau Pippo. Sebab bila aku pusing belakang, aku nampak Bunny dan Oreo. Takde bunyik pun. Sampai kat klinik, terus senyap. Hahaha.
Budak- budak pengecut. Semua duduk kat sudut hahaha
Diorang makin sihat. Miki, Pippo dan Bunny, 700 gram dah. Oreo je 600 gram, tapi dari segi size badan, Oreo memang kecik molek sikit. Doktor potongkan kuku diorang sekali. Excited sangat sebab Sookie dulu masa umur 10 minggu pun baru 500 gram je. Diorang ni makan selera, mana taknye. Sookie dulu masa awal-awal, cerewet gila bab makan. Sampai sekarang pun dia tak boleh makan benda bukan bukan, kang cirit.
Β Oreo dengan muka terperanjat beliau. Yang sekor lagi pandang tu, taktau la Pippo ke Miki haha..
Β Yay dah dapat medical card.
Aku tak letak nama diorang atas kad tu. Sebab manalah tahu kot adopter baru nanti nak tukar nama yang lebih macho atau feminin nanti kan, hehe. Sekarang ni pun diorang bukannya kenal nama sendiri lagi hehe..
On the way balik, aku tak tahulah siapa yang kentut dalam kereta, busuk gilaaaaa. Aku ingat diorang berak. Sekali check, takde pulak berak ke kencing. Monyet betul kentut dalam kereta kakak hahaha. Dulu masa Sookie kekecik pun biasa gak dia kentut dalam kereta. Habis semua tuduh menuduh. Sekali rupanya Sookie. Wahahahaha..
Sampai rumah, Mak Jemah kemain jerit tengok aku usung anak dia dalam carrier. Anak-anak dia pun sama naik bila nampak Mak Jemah. Terpekik-pekik macamkan setahun tak ketemu. Aku bagai sedang menyaksikan pertemuan ibu dan anak dalam Jejak Kasih. Hahaha.
Petang tu lepas balik kerja, aku bagi kekenit tu makan ayam rebus. Sekarang ni, satu tin tu kekenit dan Mak Jemah share. Anak-anak makan dulu. Lepas tu baru maknye habiskan. Alah banyak mana sangat kekenit tu makan kan..
Lepas makan ayam, diorang main-main la cam biasa. Sekali aku tengok, eh apa kebendanya kat bontot si Oreo ni? Adakah begitu rakus makan sampai ayam kena kat bontot? Sekali bila check bebetul….
Cacinggggggggggggggggggg… Eeeeeeeeeee…
Terus berderau darah aku. Yelah, aku mana penah tengok cacing keluar dari bontot kucing. Euww.. Pastu aku pakai sarung tangan, koyak sikit surat khabar lama, tarik cacing tu keluar. Aku ingat pendek je.. sekali panjanggggg uolsssss.. Bukannya halus tau, tebal jugak. Macam getah gelang tu tebalnya. Erghhh ni aku menaip pun meremang bulu roma..
Pastu aku tengok dalam litterbox ada kuih kekenit ni, so aku pun bawak la keluar box tu nak bersihkan.. Haaaa.. nak tahu apa lagi aku jumpa?
Jeng jeng jengggggg…
Segumpal cacingggggggg
Hahahahahahahahahaha.. AKu siap tunjuk kat adik ipar aku lagi.. Yelah kitorang memang tak pernah langsung tengok cacing macam ni, apa lagi diberakkan oleh kucing. Anak kucing pulak tu. Dulu Aoi pun cacing teruk sampai buncit perut, tapi dia cirit birit.. Lepas makan ubat cacing pun takde la keluar cacing solid macam ni. Segumpal pulak tu. Ishhh.. Menjerit Echa tengok gumpalan cacing ni. Memang geli woi. Tegak bulu roma.
Kesian Mak Jemah kan.. Inilah nasib jadi stray cat. Even susu dia pun terjejas dek cacing ni. Kekenit tu kecacingan dari susu mak dia la. Tu aku cakap dekat husband, nasib baiklah aku bawak kekenit ni pegi deworm. At least bila dah keluar segala cacing ni semua, apa yang dia makan tu, jadi darah daging. Bukannya jadi santapan cacing yang akan membiak lagi. Sungguh aku tak sangka cacing macam ni boleh hidup dalam perut anak kucing berusia 6 minggu. Dan aku tak dapat bayangkan benda ni keluar dari bontot diorang π
Aku harap owner baru diorang nanti akan teruskan bawak kekenit ni deworm setiap bulan. Sampai besar. Kucing kami sampai sekarang pun masih deworm walaupun kategori indoor. Sebab sekali sekala diorang keluar kan. Kita tak tahu apa yang dia pijak, apa yang dia kutip.
Pagi tadi masa aku bersihkan litterbox Mak Jemah, ada lagi cacing bersimpul dekat najis kekenit tu. Tak tahu la najis siapa kan, hehe. Cacing tu menyeliputi najis. Kesian kan? Tapi dah takde la segumpal mcm gambar atas ni. Aku harap cepat la keluar semua cacing-cacing tu.
Power gila lah ubat cacing ni. Makan ubat pukul 11 pagi macam tu, petang dalam kul 7 tu dah keluar dah cacingnya. Tak tahulah waktu sebenar diorang berak kul bape kan.
Jadi nasihat aku pada kawan-kawan yang bela kucing tapi belum deworm, especially kalau yang stray cats tu, cepat-cepatlah pegi deworm, dan teruskan deworm ikut due date yang doktor tulis pada medical card tu. Tak mahal pun. Dan tengoklah hasilnya, kalau ada cacing dalam badan kucing tu, memang keluar semua.. Geli, tapi kesihatan kucing tu lagi penting. Apa guna diorang makan banyak kalau makanan tu tak jadi darah daging kan?
waaaa… hebat btol ubat cacing tu… segumpal..
Geli kan? Segumpal tu.. tak tahu macam mana keadaannya masa si kenit tu tengah memberakkan cacing cacing ni
ee cacinggggg huuuuu hope lepas ni kekenit akan makin gemuk gemuk dan gemukk aku suka kucing gemuk2 niii
Ada cacing pun dah gemuk. Lepas ni kalau takde cacing makin chubby la kot hehehe
errrkkk…mmg geli …huhuhu…adik saya pon penah tarik cacing dr bontot baby cat kami… huhuhu
Geli campur kesian kan? Kitorang memang takut gila tengok cacing macam gitu keluar dari bontot. Dah la panjangggg.. Eeeee
salam
nak tanya ni slalu bwk g deworm brape yer??
Hari Isnin tu deworm Hachiko cuma RM5 je. Yang kekenit anak mak jemah ni dapat diskaun lagi sebab buat kerja charity kan, hehe..
ooo murah bangat… selama ni bela kucing tak deworm pun dorang sbb bela lam umah kan… hehehe…
Hehehe.. ye.. murah sangat.. Dalam rumah pun 2-3 bulan sekali boleh deworm π
sbb sy perasan kucing sy ni sgt la kuat mkn tp kurus keding jer.. sy rasa ader cacing la kot.. weekend ni nak bwk g clinic la.. sian plak…
pastu sy ajar 2 ekor kucing sy ni minum guna botol dr kecik.. skrg ni dah dekat 3 bulan pun still nak minum guna botol gak… nak susu je memanjang.. cam ner nak wat yer?
Mungkin jugak tu. Sebabnya cacing je yang makan kot. Hehe.. Minum guna botol tu, minum susu la yek? Kucing Dalina ni besar mana dah? Kalau dah umur 3-4 bulan tu dah tak perlu susu dah, boleh stop je. Maybe boleh stop slowly.. Daripada dua hari sekali, jadikan 1 hari sekali ke.. then 2 hari sekali.. and tiap kali feeding, bagi susu makin lama, makin sikit.. Ajar dia minum air masak pulak.. lama-lama nanti insya Allah boleh..
Kos buat deworm kt klinik brape eh?
Beb, deworm dibuat setiap bulan ke? Deworm ko mkn ubat pil ke enjet ke camne?
Depends. Ada doctor yg cakap kalau indoor cat, boleh dua atau tiga bulan sekali. Tapi kucing aku deworm tetiap bulan sebab kadang diorang keluar jenjalan kan.. lagipun rumah aku tu kawasan hutan, potensi cacing cacing ni lebih tinggi.. Dulu Aoi masa cacing teruk time kitorang baru bela dia tu, doctor bagi ubat air, tapi kena datang makan ubat setiap dua minggu sampai 3x kalau tak silap aku, then baru sebulan sekali.
Yang kekenit ni semalam Doktor Lean bagi ubat pil Caniverm tu. Amik ko, tak sampai 24 jam dah berak cacing. Hahaha..
iz, nak tanya orijen tu barapa kos yer?
Orijen tu harga kat packaging dia normally dalam RM188 atau RM190, tapi saya selalu beli dapat RM170. Intan kat mana? Kalau di KL, saya selalu beli kat Pet Playground kat Dataran Ara Damansara, ataupun Petzone kat Kota Damansara.
iz,
saya kat klang… insyaallah nak cari orijen jugaklah… setakat bagi makan sekor ajer x perlah mahal sket…
Ha’ah kalau macam kami, 7kg tu boleh tahan dekat sebulan untuk 6 ekor. Tapi since Mak Jemah pun kami bagi Orijen, 7kg tu setengah bulan je hahaha. Kalau sekor rasanya boleh tahan lama. Beli 7kg lagi untung tau sbb baru RM180. Kalau pack yang 2.5kg tu, RM90. Imagine kalau beli 2 packs of 2.5kg, sama harga dgn beli 7kg, tapi baru dapat 5kg.
Kalau slalu pegi KL atau yg mmg duduk KL boleh check dgn Dewi Petshop dan Izzat Amirul kat FB. Dua2 ni jual Orijen 7kg ori pack RM160 je π
A’ah aritu ada gak tanya Dewi petshop. Tapi tak sempat nak singgah masa ke KL. Kalau nak pos, dah jadi sama harga macam kat sini je. Hehe
Dah lama akak tak tengok cacing macam tu. Last sekali akak tarik cacing keluar ialah dari bontot Milo. Tu pun masa umur dia baru 3 bulan. Memang panjang dan besar Iz. Memula seram jugak dan tak sure. Biar betul kan. Tapi rupa2nya memang itulah realiti sebenar. Hahaha. Tapi anak2 dia yang dua ekor ni bagus pulak. Tak pernah lagi seplais akak dgn cacing kerawit ke apa. Mungkin keluar kat bahan kumuh dia agaknya. Tu pun kecik2 kot sebab tak nampak pun.
Laa saya baru perasan belum reply komen akak ni. Sori kak. Ingat dah reply, rupanya reply dalam mimpi je hehe.. Tu la saya first time tengok cacing cenggini banyak keluar. Sekor sekor lak tu nampak.Scary π
Gah. Goli aku tengok. Tapi kesian Mak Jemah. Kecacingan. Die pon dah deworm la kan? Aku pon dah lama tak deworm. Tapi selalu aku beli je ubat and sumbat dalam mulut.
Tarik cacing dari bontot tak penah lagi. Ko taw ape aku pernah, tarik rumput panjanggg dari bontot Bobby. Telan sebiji terus rumput tu gamaknye.
OMG tarik rumput! Hahahahahahahaha. Apalah Bobby ni. Dah la rumput pun boleh tahan besar kan! Mak Jemah tak deworm. Semalam aku tak bawak dia. Aku bawak anak-anaknye je. Ngeri pulak nak bwk mak jemah deworm, kang entah apa la yg keluar dari bontot dia hahaha. Tapi ingat nak deworm gak nanti π
tup tap lepas deworm mak jemah…kuar rantai emas…tak ke koma lapan hari kau nanti! heheheh
Gila kalo keluar rantai emas, aku cuci pakai dettol.. lepas tu jual. wakakakakakakakakaka
aku pun penah tarik rumput dari bontot kucem aku. tak igt sape. kahhhhh
Hahahaha tarik rumput macam pedih je kan. Tarik rambut pun aku rasa pedih. Sebab rambut kan halus tajam
ok saya dah habes makan!
hinns hinnss..panjang nye..mase memei ngan bebudak 3c tu takde keluar macam ni..tapi ok lah..cepat sungguh ubat tu memberikan kesan kan…
Tulah, kucing i yang 6 ekor tu pun takde keluar macam gini. Even Aoi ngan Hime dulu pun takde keluar cacing solid macam ni hahahaha..
power power cacing tue… kesian kekenit tue.. agaknye si Coco aka Bulu berapa banyak cacing dalam perut.. dia tinggal kat tong sampah.. huhuhu
amboi amboi nama Coco sekarang ye.. hehehe.. bagilah coco ubat cacing hahahaha
Deworm kat Klinik Haiwan Kuantan tu ya? Kucing saya deworm makan Caniverm tu jugak, tapi selama ni beli je tablet tu kat Jawhari lepas tu bersilat dgn kucing kat rumah sbb kalau mintak tolong doktor bagi, kang dia caj pulak. Huhu~ kalau kat Dr Lean lagi murah ingat nak try bawak.
Saya bawak kucing deworm kat situ, RM5 je sekor. Kucing besar pulak tu, bukannya anak-anak kucing, hehe.. Nak bagi makan sendiri memang tak daya. Sampai basah hancur ubat tu, masuk ke tekak tu tak jugak hahaha
Betul, betul! Sampai basah/hancur ubat tu. Mulut kucing pun dah berbuih mcm tgh gosok gigi. Degil betul nak mkn ubat. Frust gila, tapi kelakar pun ada. Haha XD
Sookie paling teruk nak makan ubat. Bagi ubat selsema yang kecik cinonet pun habis basah kuyup dgn air liur dia. Tak sanggup nak bagi makan ubat cacing yang besar tu sendiri, buat rugi je nanti hahaha
OLive dulu pun sama kak iz. Tapi, warna putih n ber-ewww….biji2…. Memerang bulu roma kitew…
Vet mane kakak??
Klinik Haiwan Kuantan, Jalan Hj Ahmad 2
X mahal. Tapi kite free. Sebab kite beli ubat cacing liquid pastu BAM!! bagi kat kekenit. Yang paling SUSAH nk bagi ubat cacing ialah Tiger, Olive dan Crys. Tiger smpai kene bersilat lagi. Pastu bila dh ngap, keluar alior dia, same mcm Olive, tapi olive x bersilat pun, tapi garang yarabi. Crystal, Tiger n Olive tu sume katipkan gigi x nk bagi org sumbat ubat cacing. Anak Olive keluar dh kuih cair disaluti cacing puting… BERGUMPAL!!!! Eww. :T
kak iz..kucing hamil boleh deworm ke?
Boleh deworm, boleh letak ubat kutu. Vaksin je tak boleh π