Hai.. hari ni nak update pasal anak-anak Mak Jemah yang tersayang. Ya, aku sayang Mak Jemah.. apa lagi anak-anak dia.. Mak Jemah is totally different dari apa yang kami bayangkan satu ketika dulu. Dulu dia garang, dan tak mesra.
Sekarang pun dia tak berapa nak mesra, tapi makin mudah nak uruskan dia. Paling aku suka ialah dia langsung takde banyak songeh duduk dalam cage. Since tangkap dia haritu, takde sesaat pun dia dibenarkan keluar dari cage, kecuali masa aku bawak dia check-up haritu. Tapi langsung takde nak ngamuk ke apa ke. Relax je makan, tidur dan melayan anak-anak. Oh ya, dan juga berak dan kencing. Hehe.
First time baca blog ni dan tak faham cerita? Ok ni entries pasal Mak Jemah dan anak-anaknya:
Mak Jemah
The Babies
Bunting Lagi?
gambar latest anak-anak beliau
Semua gambar ni baru amik semalam. Anak-anak dia dah masuk 6 minggu. Gigi dah banyak, taring pun dah makin panjang. Tetiap petang aku bagi diorang makan wet food. Sama ada Fussie Cat, Burp Premium ataupun Fancy Feast Chicken Succulent. Rotate lah. Pandai dah bebudak ni makan. Bila makan, mulut masing-masing tak reti diam. Anyomnyomnyomnyom, kemain bising macamkan lapar bebenor.
Padahal aku ada je letakkan RC Babycat untuk diorang. Tapi pagi tadi, aku tengok Mak Jemah yang makan Babycat, anak-anak dia belasah Orijen. Hahahaha. Terbalik pulak.
Ya, Mak Jemah masih lagi makan rasuah. Tapi kalau dulu rasuah dua kali sehari, sekarang rasuah sehari sekali je. Sebab aku takut kena marah dengan Dr Lean nanti sebab Mak Jemah gemok sangat masa nak spay nanti. Kikiki..
Ini Pippo!!!
Alololo kesiannya muka. Tapi boleh tahan garang, dah pandai hissing dah hahaha.. Semalam husband ajak diorang main dengan mainan bulu-bulu yang warna warni tu, bukan main dia hissing kat bulu-bulu tu, takut gamaknya. Hahaha.. Mesti belajar dari mak ko la tu kan Pippo?
Diorang ni badan makin panjang. Tapi nampak cam kurus sebab diorang short hair kot, padahal bontot besar. Bulu pun hidup segan je hahaha. Aku rasa kalau bulu kembang, insya Allah nampak chubby hehehe.
Si Pippo ni haritu kawan adik ipar aku cakap nak. Padahal aku dah offer dia amik Bunny. Tapi nak hitam jugak. Tapi bila dia datang tengok, tetibe nak Bunny pulak, padahal Bunny dah ada orang book. Lepas tu terus cancel tak jadi amik si Pippo. Ish budak ni. Nasib ko budak-budak. Kalau dah besar-besar ko buat perangai cat racism macam ni, memang aku kutuk habis-habisan.
Makanya Pippo is up for adoption 🙂
Wuwuwuwuuu.. Mohd Miki dengan muka kesian dia
HAHAHAHAHAHA.. Dah la telinga capang. Hey jangan ingat capang dan hitam itu tak menawan ye. Hehe. Kucing hitam atau tak cantik di mata kau, tak bermaksud dia menyusahkan. Dan kucing yang cantik gebu pulak, tak bermaksud ia sangat menyenangkan. Macam Mak Jemah, hitam, tapi amat amat menyenangkan. Serious, aku sayang dekat dia. Kalau nanti lepas spay if dia nak manja dengan aku macam sekarang pun kakak tak kisah 🙂
Macam Sookie pulak, cantik tapi berak tak kambus. Kau ingat semua orang suka? Hahahaha. Nasib baik kau duduk dalam keluarga aku. Kalau keluarga lain, entah-entah dia suruh kau duduk kat luar rumah je, sape suruh berak tak kambus? Hehehe.. Ha, tapi selain dari berak tak kambus, Sookie memang so far tidak menyusahkan langsung. Baik sangat budi pekertinya. Mudah mesra dengan kucing lain, dan paling penting… suka mandi hehe..
Ahmad Oreo..!!!
Ini budak, memang hari-hari bergaduh dengan aku. Sebab dia lari laju gila macam hotwheel. Bila dia nampak aku cuba nak tangkap dia, siap gostan lagi ketakutan. Bila aku sergah from the other side, siap brake kau!! Ini namanya hotwheel bernyawa. Hahahaha. Dah la super laju lari. Kadang bila pagi-pagi tu, menjerit-jerit aku ke budak Oreo ni. Sudahlah aku ni selalu lambat pegi kerja. Bangun awal macam mana pun, nanti mesti lambat jugak. Si Oreo boleh pulak nak main keliling cage, lari sana, lari sini, lompat sana sini. Ish.. mungkin jugak Mak Jemah ada terkenan ke monyet kat hutan belakang rumah tu kot masa mengandung dulu, hahaha.
Jangan terpedaya dengan muka innocent Oreo ye. Dialah kadang-kadang ketua. Dia dan Bunny. Dedua rajin explore. Makin hari, makin jauh jajahan diorang. Si hitam dua ekor tu nampak je hitam dan gangster, tapi hati tisu. Mainan bulu-bulu pun takut hahaha.
model ubat nyamuk Fumakilla
Ni kalau ada casting iklan ubat nyamuk, boleh pegi hantar Oreo. Muka dah pakai topeng macam pahlawan dah. pahlawan bunuh nyamuk. Hahahaha.
Sorrylah takde gambar Bunny. Semalam nak amik tapi dia macam hotwheel tengah racing. Laju gila tak sempat tangkap. Bila pegang, dia menjerit pulak macam kena dera. Udah le Mak Jemah sound kami. Mak diorang ni memang ibu penyayang. Kalau kita timang anak dia tinggi-tinggi sampai diorang menjerit, ha siaplah kejap lagi mak dia sound. Bukan hissing, tapi cuma bersuara. Seakan berkata “Woi woi, yang ko timang tinggi-tinggi sampai terpekik-pekik tu, anak aku, ingat sikittt..”
Baiklah Mak Jemah. Ha, satu lagi, korang tengok Mak Jemah ni macam gangster kampung je. Tapi sebenarnya kalo tengokkan anak-anak dia main pijak pijak je kepala dia. Pijak perut, gigit telinga dan sebagainya. Rakus anak-anak ko ni Mak Jemah. Tapi dia relax je. Cool kan ibu kucing?
Kita akhiri entry ini dengan video Mak Jemah grooming anak kesayangan dia, si Oreo. Tiba-tiba oreo dah blah, dia groom litter box pulak, hahahaha.. Yang kat dalam litterbox tu pulak entah apa-apa, main korek-korek pasir.
Huish. Nampak bebenar kenakalan Ahmad Oreo ni. Haha…. tapi kelaka pulak yg dedua hitam ni la paling hati tissue. Dedua pon muka kesian je.
Kat rumah aku tu pon Gollywolly yang muka comot tu paling pembersih. Paling pemalas dan tak suke kambus taik adalah Lady Kurap. Mengada betul.
Kan. Padahal kaler sikit punya gangster. Tapi paling pengecut hahaha. Haaa betul kan aku cakap.. yang tak cantik tu la yang pembersih dan paling menyenangkan. Lady Kurap sama je macam Sookie tak kambus berak. Hahaha
super duper comel okehhh…sobbsss macam sama besar dengan Si Garang tu je..dorang ni memang kalau lari macam kite nak terkam die aje kan?bebudak 3C kat rumah tu pon sama..feninnnnn
Tulah, perasan sangat kita nak tangkap dia. hahaha.. tapi kadang-kadang memang nak tangkap pun, sik tak dapat je. Geram hehehe
sokong dgn izz…
kdg yg muka baik tu yg paling nakal yarabbi… sama cam kat umah ni.. muka innocent ajer… tapi suka koyakkan surat khabar, cungkil keyboard dan paling x tahan bila masuk litter box mesti ada adegan pasir terbang…
hahahaha kan kan. Muka innocent je tapi dialah ketua. Diorang ni pun kalau pagi-pagi saya tengok pasir banyak bertabur kat luar cage. Main amende tah sampai terbang pasir
ha……setelah lama akak tunggu akhirnya keluar dh citer si kenit2 ni….comelnya……..tak kirala warna apa, pd akak suma la adorable …tp kan iz…mcm mana awak kenal si Pippo n Mohd Miki tu….mcm sama je…..best kan ada si kenit2….ni main je keje they all………
Pippo girl kak, Mohd Miki tu boy. Sama la macam mana saya bezakan Ichii dengan Lilo. Satu boy, satu girl. Tapi Pippo ekor bersimpul sikit kat hujung. Miki pulak ekor bengkok sikit. Ha gitu jelah nak bezakan diorang haha. Time diorang main lari-lari tu yang kelakar kak, siap accident langgar each other :p
eee…comel da anak2 mak jemah ni…siap ade 2 ekor hotwheels bernyawa plak tu…nasib la Iz..hari marathon kejar hotwheels..hahaha
Hahaha memang cute diorang ni. Kalau dah rushing nak pegi keje tu, takyah la kuarkan diorang dari cage. Memang confirm letih nak menangkap semula haha
Slm kawannn… Sebak aku baca entry nih. Tak sangka kan, dlm susah payah tangkap nak rescue Mak Jemah & anak2, tiba2 bila dah tangkap, mudah rupanya nak jaga. Ada hikmahnya kan? Surprise betol Mak Jemah ni tak kesah langsung tak keluar cage. Agaknya lepas spay nanti, kalo ko buat dia jadi indoor cat harus dia tak kesah, janji cukup makan/minum/tempat tinggal/kasih sayang. Cuma tu la, harus lah Datin Aoi merampus tak sudah2 nanti. Hiiii
Memang dia tak kisah kot.. tapi kucing rumah aku la yang kisah. Hahaha.. Aku akan continue feed dia lepas spay nanti. Tadi aku siap tanya doc, nanti dia akan rindu anak dia tak. Doc cakap tak.. naluri keibuan dia cuma masa dia feeding the babies. Bila dah wean off nanti anak pun dia tak kenal dah hehehehe
rindu update pasal mak jemah.. kejap je kan anak2 die dah besar.. lepas dah ‘serahkan’ anak2 nanti, dah spay mak jemah, Iz akan jaga mak jemah terus ke?
Kami rancang lepaskan je. Sebab lepas spay, dia takde la mengandung dah kan. Tapi Mak Jemah pun bukannya pergi jauh, dalam compound rumah kitorang jugak. Tapi takde la jadi indoor cat sbb kucing kitorang tak suka dia sbb mak jemah garang dengan diorang. Confirm akan continue bagi dia makan macam biasa 🙂
hehehehe.. kalau tak boleh ambik gambo diorang, ko rekod laa guna video wei.. nak tengok gak perngai hotwheel tue macam mana… kih kih kih
Tulah nanti nak record. Tapi masing-masing dah lari laju. Kalau record nanti jadi macam the blair witch project dah hahahaha
waaa!! kalau tak haritu da jumpe sume2 ni..
tak sempat nak pegi umah kak iz!sobs sobs..
Takpelah Ika.. takde rezeki nak jumpa anak-anak mak jemah hehehe. nanti bila-bila Ika datang Kuantan, singgahlah ya 🙂
im sorry, saye tak berapa pasti. but i heard that menamakan binatang dengan nama manusia, lebih2 lagi nama nabi adalah dilarang dalam Islam. apatah lagi bila ia dinamakan dengan nama Allah. Wallahualam. ada 99 nama Allah.
well. unless u’re not a Muslim. i’d totally understand that.
Oh yeke.. baru tahu ni.. Thanks sebab beritahu.. But actually nama ni bukan bebetul pun. Kami panggil diorang nama belakang je.. Miki, Pippo, Bunny dan Oreo. Even dalam medical card diorang pun saya tak letak nama diorang sebab nama ni cuma sementara sebab adopter maybe akan tukar nama diorang nanti.. Anyway, thanks once again for the advise 🙂
By the way, tadi saya google tentang hal ni.. dan ini jawapannya:
“Tidak wajar menamakan nama haiwan dengan nama Nabi sebaliknya namakanlah haiwan dengan selain daripada Nabi dan nama-nama manusia. Namakan haiwan tersebut dengan nama comel, montel dan sebagainya”
Source: http://alhafiz.net/soaljawabagama/binatang-seperti-orang-utan-diberi-nama-adamelyas-apakah-hukum-nyer-dlm-islam-kerana-nama-tersebut-sama-seperti-para-nabi-t-k/
Kejap je dah besar. Tentu nanti rasa sayang nak berpisah. Abang Jem dah jumpa lum, Iz. Akak saspek dia bawak diri ke rumah bini muda agaknya. Takut sangat Mak Jemah ajak dia duduk sekali dalam cage tu. Hihihi.