Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Kiko

Semalam, secara officialnya Kiko menjadi ahli keluarga kami. Cewahhh..

Dah lebih sebulan Kiko tinggal di kawasan rumah kitorang. Tapi semenjak musim hujan, sebelum Maghrib aku masukkan dia dalam cage yang 3 tingkat.. Ala yang dulu-dulu Hachiko duduk masa baru sampai dulu. Ha yang tulah. Kesian woiΒ  sejuk malam-malam dengan hujan lagi. At least cage tu aku cover dengan kain, tak la sejuk sangat kan.

Kitorang tunggu orang cari dia. Tapi takde. Kiko pun hari-hari jalan kat luar, tapi dia mesti balik semula kat rumah kami. Kadang-kadang dia melepak kat sekitar rumah je. Pernah aku tak letakkan dia makanan, dengan harapan kalau dia lapar, mungkin dia balik ke rumah tuan dia. Tapi tak. Dia tetap tunggu. Siap sambut lagi kami balik kerja.

20121031_091731

Β kemanjaan yang buat kami tak tahan

Tiap kali nak makan, dia nak orang teman dia. Kena usap-usap kepala atau badan dia, lepas tu dia makan 3-4 biji kibbles. Lepas tu dia hulur lagi kepala dia mintak usap. Lepas dapat usap, dia sambung lagi makan 3-4 biji. Sampai la dia kenyang. Cane la hati tak cair?

Adik ipar panggil dia Kiko sebab badan dia lebih kurang sama macam corak Hachiko. Tapi Hachiko spotted, Kiko ni marbled. Sekali pandang, dia macam American Shorthair, sebab corak dan size badan dia. Tak macam Bengal.

20121031_092420

Kakak.. nape dia macam kita? – tanya Hachiko

Tu dua ekor budak, tengah mengendap si Kiko yang tengah tidur kat luar, sambil bergossip. Sian Kiko. hari-hari mintak manja. Dia rajin follow Aoi. Tapi Aoi selalu hangin dengan dia. Biasalah Aoi kan. Dengan siapa je yang dia tak hangin? Manusia, binatang, semua makan pelempang dia je.

Sekali sekala, si Kiko buat selamba masuk rumah. Tapi kitorang bawak dia keluar semula. Sebab nak jaga hati Aoi. Minah tu kalau datang meroyan dia, boleh susut badan. Makan tak lalu. Dulu masa Hachiko baru datang, susut sekejap badan dia, stress ada adik baru. Tu yang tak berani dah. Kiko ni baik.. husband pun suka dia.. Kalau panggil Kikooooo.. nanti dia dari jauh datang lari ke arah kita sambil meow meow dengan penuh semangat. Cane hati ko tak cair?

Banyak kali dah discuss dengan husband nak bela je terus Kiko ni. Tapi aku yang takut. Aku takut bila aku dah sayang sangat, nanti orang amik dia πŸ™ Aku tanya ramai orang, diorang kata if dah lebih 2 minggu tak balik rumah, and takde pulak orang cari, amik je la bela. Mungkin dia memang kucing gelandangan, ataupun sesat. Kelmarin, husband Whatsapp aku, dia cakap Aoi ngan Kiko dah geng. Asal jumpa je mesti nak bercium. Lepas tu kantoi lepak sama-sama kat pondok depan rumah. Amboi Aoi, pandai ko pilih pakwe ye. Yang handsome handsome je.

Bila dengar Aoi seolah dah merestui, aku terus buat decision nak amik Kiko. Pagi semalam, aku cakap kat husband, nak bawak Kiko vaccine, deworm, deflea semua. Dia setuju. Yay!!!

20121120_122603 [640x480]

Β Kiko first time naik kereta

Tengoklah kereta aku siap ada scratching post. Hahaha. Mula-mula aku letak dia dalam carrier. Tapi dia macam panik. Terpusing-pusing dalam carrier tu. Tu yang aku keluarkan, terus dia panjat seat belakang tu. Tapi sekejap je dia duduk situ. Kiko panik. Dia mencungap. Tapi sikit pun tak bunyik.

20121120_123523 [640x480]

Β tukar tempat

Dia duduk diam je kat bawah tu. Mungkin kurang gayat. Tapi masih mencungap. Siap meleleh air liur. Alololo shiannya sayang kakak ni. Kiko punya purring, fuhh memang hebat. Kuat gila dan meruntun jiwa. Hahaha..

Sampai kat klinik, dia cool je.. syukur alhamdulillah..

20121120_125400 [640x480]

Hai kakak. Kita di mana ni?

20121120_125420 [640x480]

Mana ni? mana ni? Macam bukan rumah je?

Masuk pintu klinik, disambut Dr Lean. “Ehhh.. you bawa siapa ni..? Cantiknyaaaa..” tu belum keluar dari carrier lagi. Baru depan pintu, haha. Nasib baik time tu takde orang, so terus masuk bilik rawatan. Dr Lean kemain suka. Dia cakap Kiko macam American Shorthair. Ekor macam Japanese Bobtail. Timbang berat, badan dia 3.4kg. Sihat walafiat. Syukur. Dr Lean bagi suntikan vaksin, ubat kutu dan ubat cacing. Next week, insya Allah boleh neuter dia.

20121120_125457 [640x480]

Officially ours

20121120_125635 [640x480]

Mata dah la sepet! Muka tembam!

20121120_161437 [640x480]

Β Yay Kiko dah ada medical card!

Lepas settle urusan klinik, aku pergi rumah mak. Amboi sedap betul mak masak tomyam semalam. Sempat la aku melantak dulu hehehe.. Kiko masuk kereta terus tidur. Biasalah first time kena cucuk, memanglah monyok je. Kalau Hachiko lagi la siap takmo makan, takmo minum, seharian bantai tido je tiap kali lepas vaccine.

20121120_143029 [640x480]

Β budak baik tidur dalam carrier.

Tiap kali aku peluk Kiko, aku berdoa dia akan tinggal dengan kami selamanya, sama-sama dengan enam ekor kucing kami yang lain. Aku berdoa dia sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan bahagia dengan kami. Kitorang akan slowly introduce dia masuk rumah, of course dengan restu Queen Aoi. Tadi aku dah bawa dia masuk sekejap, potong kuku dan cuci telinga. Nanti boleh mandi pulak.

Sayang Kiko πŸ˜€

Comments

comments

35 thoughts on “Kiko”

  1. wah wahhh Kiko best la ade tuan baru dan tuan baru ade banyak geng buluss.

    Lawa laa.. tu la mungkin mix tah mana2. Ekor menarik, bulu menawan. Hihihi.. bab makan tu macam Kurap la duluu. Sekarang Kurap dah independent sejak tuan die kena gi berpantang kat JB. Dah pandai makan sendiri tanpa perlu diusap.

    1. Hehehe.. sorry la lama tak update blog.. ada masalah connection tak stabil kat sini. Nak upload gambar pun susah, tu yang lama dibiarkan bersawang tu hehehe..

  2. Waaaaa…akak sangat jeles. Dah lama akak teringin nak ada kucing belang2 macam ni. Bestnya iz dapat bela kucing ramai2. Akak tak boleh. Asben akak tak bagi. Dah habis modal akak pujuk dia, dia masih guna kuasa veto. Sedih. Memang cantik Kiko ni. Jantan pulak tu. Kat rumah mak akak, stray cats semua gegurl. Semoga Kiko hepi di rumah iz bersama adik badik baru.
    Iz, Milo kim salam kat Sookie. Dia cakap, Amboi, makin kembang nampak badan. Kite dah slim.

    1. Akak duduk kayangan, memang la susah nak banyak pets.. Kalau saya duduk kayangan pun husband tak bagi bela ramai-ramai kot. Takuitt. hehe.. Kebetulan je kak. Aoi ngan Hime dulu gegirl. Mak jemah pun gegirl. Harapnya Kiko happy la tinggal dengan kami πŸ™‚

  3. Laaa…ingatkan Kiko tu nama manja Hachiko. Rupa2nye mmg kucing lain! Pandai2 je i komen kat FB u iz.. Kan dah malu sendiri..hehe. U abaikan je la komen i tu yek! πŸ˜€ Anyway..Kiko ni nampak mcm kucing yang dibela. Tak mcm stray. Elok je bulu dia, sihat berisi je. Agaknya dia sesat kot… Tapi alhamdulillah lah sesat kat rumah orang yang sayang kucing, at least terjaga makan minum dia. πŸ™‚

  4. salam.akak hantar kucing akak pergi vet mana?? and akak beli fussie cat litter tu kat kedai jawhari yg mana?
    sy pun duduk kuantan juga! πŸ™‚

    1. Akak hantar kucing kat Klinik Haiwan Kuantan. Kat Jalan Hj Ahmad 2, masuk ikut belakang Restoran Pak Lim Nasi Arab. Fussie Cat litter tu beli kat Petshop AMR kat sederet Cowboy lama tu. Kat petshop Jawhari pun ada, tapi kalau Jawhari, biasa pergi yang kat Kuantan Avenue sebelah Tutti Fruti tu πŸ™‚

      1. owh.okay2..thank you akak.sy selalu jugak pergi jawhari dekat kuantan avenue tu sbb bwk kucing sy pergi situ.fussie cat litter yg apple tu ok x? sy guna yg rose so saja nak survey yg apple tuh..hehe.:) akak kuantan duduk mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post