Macam nama kedai kain zaman dulu-dulu kan? HAHAHAHA.. Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah Makcik Dayang & Fam kat sampul raya SOOKIES tahun ni? Macam tak pernah pun dengar cerita dia? Hehehe.. Ok meh nak cerita.. Tapi sebelum tu, nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Lama dah kita tak update blog kan? Kita busy update X (Twitter) je hihih..

Tahun ni SOOKIES buat kelainan sikit. Kita buat koleksi sampul raya pulak. Setiap minggu kita akan edarkan sampul dengan tema berbeza. Opkos, temanya ialah kucing-kucing SOOKIES. Minggu pertama, kita pilih Makcik Dayang & Fam.

Actually Acik Dayang ni dia famous tau, tapi dia famous kat X (Twitter) hahaha.. Sebabnya masa kita mula-mula bawak dia masuk sebab ingatkan dia nak beranak, kita pun update kat X. Mana tahu tiba-tiba post tu viral sampai 1.1 million views haha.. Padahal cerita pasal kucing nak beranak je pun :p

Ni lah post pertama pasal makcik ni kat X. Masa ni dia pun takde nama lagi. Kami dok panggil dia makcik je. Makcik ni kucing kat luar. Kami tak bawak pun dia masuk awalnya, sebab dia baik je takde masuk bawah kereta ke apa. Harapannya ada la orang yang sudi adopt dia sebelum dia beranak. Mana tahu sampai perut dah boyot macam belon pun takda sape ambik dia.

So kitorang pun prepare la wad bersalin untuk makcik ni. Kalau wad bersalin kita memang kena pagarkan keliling sangkar sebab takut baby dia terkeluar nanti. Lubang sangkar tu size dia lagi besar dari size baby newborn


Ni lah Ayang dia.. dia ni Korean.. nama dia Park Sang Gup 박상굽. Actually Ayang ni dah mandul pun. So sebenarnya anak-anak dalam perut makcik tu bukan anak dia. Sebab tu lah nama dia Park Sang Gup hahaha. Tapi Ayang ni teramat la baik. Sebab dia terlampau baik, customer selalu belanja dia wet food lah, treats lah. Huntung betul. Ayang ni dengan kucing lain pun dia tak gaduh. Datang la kucing gangster mana pun, dia buat derk je
Lepas beberapa hari, makcik still tak beranak lagi ye. Mak-mak angkat dia kat X semua dah anxious dah. Memasing dok tanya “Wanok dokgi?”
Sebenarnya risau juga sebab apa yang kita tahu, normally kalau dah keluar susu, within 24-48 jam, beranak la dia. Tapi sampai dah 48 jam pun makcik kekal tenang


Even Park Sang Gup pun rasa macam dah tak sanggup tunggu bini kat luar labour room gini. Misi-misi sampai ke “Pengarah Hospital” pun semua dok menge”check” makcik tu, maklumlah wad bersalin kami jarang beroperasi HAHAHAH!!
Satu hari tu kami tak jumpa Ayang dari pagi. Selalunya dia ada je melepak atas carpet ataupun atas kerusi. Kalau tak beramas mesra dengan customer, dia buat taik mata jela. Tapi hari itu, Ayang takde. Desas desus menyatakan Ayang ke masjid untuk solat hajat demi melancarkan proses kelahiran anak-anak makcik. Kami cari Ayang keliling bangunan, sampai ke bangunan sebelah. Takde ye. Agaknya betul dia ke masjid?

Setelah seharian menghabiskan masa di masjid (agaknya), Park Sang Gup kembali dalam keadaan lapar dan dahaga. Lega la kami.. ingatkan dia dah kena catnap dah hukhuk..

Sementara itu, acik ni dipindahkan ke private hospital pulak, bilik sorang. Mungkin hospital sebelum ni tak cukup selesa sebab banyak sangat umat hehe. Semoga dengan perpindahan ini, mudahlah acik ni nak beranak. Habis la duit laki engko bayar bil hospital hahaha..

Pertemuan yang mengharukan antara makcik dan ayangnya selepas sekian lama tak ketemu. Hospital private kan, senang sikit suami nak masuk melawat hehe..

Dah lebih 48 jam sejak masuk wad, makcik still takde tanda nak beranak. Baby masih bergerak dalam perut. Acik ni pun still purring dan tiada tanda-tanda stress ke apa. Dah plan dah kalau esoknya tak beranak jugak, maka ke vet lah kita. Tengok la perut dia kemain beso!

Esoknya, vet belum sampai lagi, kita dah sampai klinik dulu hehe.. sebab nak dapat nombor satu


Kemain santai engko kan? Vet cakap anak-anak acik ni ramai ye. Tapi semua sihat, heartbeat ok. Pregnant dalam 53 hari. Tapi mungkin beranak awal sebab anak ramai. Doktor cakap mungkin dalam 2 ke 3 hari lagi. Baby pulak tak dapat nak confirmkan berapa ekor kalau dengan ultrasound je. Kalau nak confirm berapa ekor kena buat xray. Idok le sampai perlu xray kan, sebab dia pun sihat walafiat je.
Susu dia keluar awal sebab dia tu kejenya beranak je doktor cakap. Umur dia lebih 5 tahun dah, memang kena sangat la panggil dia makcik hahaha.

Setelah beberapa hari unpaid leave tetapi isteri still tak beranak, Ayang kembali bekerja. Pukul 6 petang baru sampai rumah. Takleh cuti lama, nanti tak cukup duit nak bayar bil hospital. Ayang kelihatan muram kerana risaukan isteri, dan terpancar keletihan di wajahnya.

Masa ni lah makcik dapat nama. Sebab bila dia baring tu, nampak mcm Tasik Dayang Bunting. So kitorang namakan dia Dayang. Bukan Dayang Senandung, tapi Dayang Mengandung hahaha..

Sebelum tidur, Ayang sering terkenangkan memori makan lunch bersama-sama kesayangannya.
Ayang 🩷 Dayang
Punya lah lama menunggu makcik beranak, sampaikan sempat la kita buat Peraduan Teka Berapa Ekor Baby Makcik hahaha.. Sapa yang teka dengan tepat, nanti kita lucky draw guna roda impian.

Dari Thaipusam, sampai ke Valentine’s Day, makcik tetap belum tunjuk tanda nak beranak lagi. Tapi since petang 14 Feb tu, kami start pantau suhu badan dia. Dah agak turun la suhu badan dia. Kalau suhu badan normal kucing ialah 38°C hingga 39°C. Jadi malam tu sebelum tutup kedai, kami angkut la private hospital makcik ni, pindah ke pejabat pengarah hospital pulak hahaha. Makin upgrade ye! Kitonyo taknak dia beranak takde orang teman, kang mesti messy. So memang dah plan nak tunggu dia beranak. Sebelum ni pernah teman Bella dan Seira je beranak.

Lepas kedai tutup, kita sambung kerja kat office. Makcik dah start restless. Dia meow kuat sangat. Masa tu blur jugak sebab taktau dia ni meow sebab dah start contraction ke, ataupun sebab dia stress pindah wad lain pulak?
Pastu nampak dia berak dan kencing. Memang plan nak bagi dia guna pet sheet je. Berak kencing la kat situ je, senang kita buang dan ganti je. Malam tu dia berak sikit je.. mungkin nak kosongkan perut sebelum beranak hahaha..

Dah agak dah, mungkin malam tu la makcik nak beranak kot. Hari ke 55. Kucing mengandung biasanya dalam 63-65 hari. Tapi kan doktor cakap dia mungkin beranak awal sebab baby dia ramai. Suhu badan dah turun, mucus plug pun dah keluar. Tapi sakit pulak kepala dengar dia meow bising sangat haha.. So kita tutup lampu, tutup pintu office, dan pegi tengok Kdrama. Cadangnya nak tengok kejap je sambil-sambil jenguk makcik. Mana tahu sekali tertidur terus hahaha!! Sedar sedar je dah pukul 2 lebih. Makcik pun dah senyap. Ingatkan dia pun dah tidur.

Masa tu dia tengah jilat anak ke-4 dah kalau tak salah. Frust sikit sebab terlelap. Tapi ingatkan anak dia 4 je. Kita pun dah angkat la anak dia sebab nak tukar pet sheet tu. Eh rupanya sekor tu tak keluar uri lagi. Terus masukkan balik anak-anak dia, bagi habis beranak dulu.



Paginya tu, barulah Ayang membuat sidang akhbar untuk mewar-warkan kelahiran anak-anaknya.
Salam semua.. finally dapat juga saya menggunakan ayat ni, “makcik done wanok”. Alhamdulillah berkat doa semorang, isteri saya telah selamat melahirkan anak malam tadi mulai jam 2 pagi. Ibu dan anak-anak semua sihat.
Park Sang Gup 박상굽
a.k.a Ayang
Ayang telah dihujani ucapan tahniah dan semua netizen pun merasa lega kerana makcik telah pun melahirkan anak setelah sekian lama kita menunggu, sampaikan netizen Indonesia pun terjebak sekali hahaha

Pukul 1 kang waktu melawat. Ayang tak sabar nak masuk. Guard cakap kalau belum waktu melawat, kena tunggu kat luar. Tapi guard dia tak garang la, sebab hospital swasta kot, hehe. Hari ni Ayang paternity leave, so boleh la teman lama sikit.


Perkenalkan anak-anak kembar 6 Ayang dan Dayang. Walaupun bukan anak kandung Ayang, tapi berkat Ayang mengambil berat dan menyantuni isteri sewaktu mengandung, kesemua 6 ekor anak-anak ikut bulu Ayang hehehe..

Acik ni memang ocd kotnya ek. Setiap kali jenguk, anak dia mesti tersusun ikut warna. Elok pulak tu dia susun hok paling takda ink tu hujung belah sini, yang paling terlebih ink kat ujung satu lagi.
Peraduan Teka Berapa Ekor Baby Makcik mendapat sambutan hangat. Daripada 390 peserta, ada 128 yang teka anak makcik 6 ekor. Tapi ada juga yang teka 22 ekor ye, ingat makcik beranakkan hamster ke? Hahahahahah. Anyway memula ingat nak bagi 1 hadiah je, tapi tetiba tambah lagi 1 hadiah. Tahniah kepada mak bidan @khadijahfadzli dan @yemmeow!


Pada hari ke-7, Ayang sekali lagi membuat sidang akhbar untuk mengumumkan nama anak-anak mereka.
Sempena hari ke-7 kelahiran, Ayang dengan penuh kesyukuran mengumumkan nama anak-anak, yakni ada 4 boys dan 2 girls:
Park Su Long 박수롱
Park An Jang 박안장
Park An Dak 박안닥
Park U-Da 박우다
Park An-Ja 박안자
Park U-Chu 박우추Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Papa tirimu,
Park Sang Gup 박상굽

Hari ni dah hari ke 16 dah. Alhamdulillah semua sihat walafiat. Sempat lah nak ajar diorang salam kaut duit raya nanti hehehe..

Selamat menyambut Ramadhan dari Park U-Da 박우다. Jangan lupa dapatkan sampul raya tema kami sekeluarga di SOOKIES!