updated on 10 October 2024
Bagi mereka yang dah lama follow blog kakak, mesti tahu kan yang kucing kakak semuanya sudah dimandulkan. Currently kami ada lebih kurang 30 ekor kucing, (dulu banyak, now tinggal ni je, yang lama banyak dah takde dah), dan telah memandulkan lebih 100 ekor kucing dah. Eh tapi opkos la vet yang operate kan, bukan buat sendiri ye hahaha..
Masa kakak buat post ni dulu, yang belum dimandulkan cuma Puyuh sekor je sebab dia kanak-kanak riang lagi. Belum cukup umur, hehe..
“Sabar dan bawak bertenang ye, tunggu kita besar dulu,” kata Puyuh.
Kali ni kakak nak share soalan-soalan yang sering diajukan pada kakak berkenaan dengan pemandulan.
1. Kenapa nak kena mandulkan kucing betina? Kesian tau kucing tu pun ada nafsu jugak.
Jawapan:
Kucing tak ada nafsu. Kucing ada kitaran hidup, yang mana hormon mengawan akan hadir pada kucing betina seawal usia 4 bulan.
Pada waktu “on heat”, kucing betina akan menjerit-jerit nyaring untuk tarik perhatian kucing jantan. Selain menjerit dan mengakibatkan owner sakit kepala, sakit hati, dan stress kerana bising, ia juga mengganggu ketenteraman awam, terutamanya jiran tetangga. Pencemaran bunyi you know.. kalau kita yang sayangkan kucing ni pun rasa bingit, apatah lagi telinga orang lain.
Kucing juga akan sentiasa membuat percubaan untuk lari dari rumah (tak kira kucing jantan atau betina) jika tiada pasangan kat rumah sendiri. Selagi kucing betina tidak dapat mengawan dan bunting atau tidak dimandulkan, kitaran “heat” ini akan berlaku setiap 2-3 minggu. Selera makan pun tak ada sebab stress setiap kali tiba heat cycle.
Selain tu, pemandulan kucing betina juga dapat mengelakkan penyakit macam Pyometra, kanser uterus atau kanser ovari.
Pyometra ialah pengumpulan nanah di dalam uterus kucing betina. Biasanya berlaku sebab bila on heat, tak dapat mengawan dan kitaran tu berlaku berulang-ulang kali.
2. Mandulkan kucing betina cukup la kan, kucing jantan takde nak beranak pinak, so tak payah mandulkan pun takpe.
Jawapan:
Antara sebab kenapa kucing jantan perlu dimandulkan ialah:
Kucing jantan yang dimandulkan sebelum usia matang, tidak akan develop habit “spray” merata untuk tanda kawasan. Kalau dalam rumah, habis semua perabot, katil, tilam, langsir, sofa dipancutnya. Bau dia tak payah cakap lah. Pedih dan perit hidung.
Kucing jantan yang dimandulkan takde la kerjanya asik nak bergaduh aje.
tengok ni, harmoni je beramai-ramai campur jantan betina
Kucing-kucing kakak, bukannya semua kenal dan hidup bersama sejak kecik ye. Kebanyakan daripadanya, kakak rescue bila diorang dah dewasa. Kalau tidak dimandulkan, rasanya pertumpahan darah hari-hari kot hahaha..
Selain tu, bila dah dimandulkan, maka kuranglah kucing tu nak merayap sekampung. Kucing jantan ni kuat merayap carik betina yang tengah on heat. Dia boleh berjalan jauh ye, kadang tu hilang sampai berminggu-minggu, sampai ke kampung sebelah dia teroka.
3. Tak berdosa ke mandulkan kucing? Cuba kalau kita jadi kucing tu kena mandul, haa apa rasa?
Jawapan:
JAKIM dah keluarkan fatwa yang hukum memandulkan kucing ialah “harus”, demi kemaslahatan ummah. Kalau bab cop Halal, kita nak sangat Halal dari JAKIM kan, so ni terang lagi bersuluh JAKIM bagitahu hukumnya harus, kenapa perlu ragu-ragu lagi?
Maksud kemaslahatan ummah ialah meraih manfaat dan menolak mudarat. Dalam bahasa mudahnya ialah demi kebaikan kucing tu, sebab penyakit dan lambakan kucing terbiar boleh dikawal melalui pemandulan. Dalam masa yang sama, ia juga dapat menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga. Takde la kita bergaduh dengan jiran sebab kucing kan.
Bila pembiakan kucing terkawal, tak adalah jiran komplen busuk la, kucing berak merata lah. Penderaan haiwan juga mungkin dapat dikurangkan. Ingat, bukan semua orang suka kucing.
Kita jangan bandingkan manusia dengan kucing. Manusia ada otak dan ada akal. Boleh fikir baik buruk sesuatu perkara. Manusia boleh merancang keluarga dengan pelbagai cara. Manusia jaga anak seumur hidup sampai anak besar panjang.
Kucing ada otak, tapi tak ada akal untuk fikir atau merancang keluarga. Yang dia tahu bila sampai musim mengawan, maka dia mesti nak mengawan sebab itu memang kitaran hidup dia.
4. Umur berapa boleh mandulkan kucing?
Jawapan:
Kucing betina boleh dimandulkan seawal usia 4 bulan. Manakala kucing jantan pula biasanya dimandulkan pada usia 6 bulan ke atas.
Proses pemandulan adalah paling elok dilakukan sebelum kucing tersebut mencapai usia matang, yakni sebelum mereka mula mengawan buat kali pertama. Bergantung pada vet juga, ada yang nak complete vaccine dulu baru boleh mandulkan. Tapi ni susah sikit nak jaga la sebab nanti vaksin tak complete lagi, dah bunting. Masa bunting takleh vaksin. So dinasihatkan vaksin la kucing dari awal, seawal usia 6 minggu dah boleh mula vaksin kucing.
5. Kesianlah nak mandulkan kucing. Tak sampai hati, takut diorang rasa sakit.
Jawapan:
Ubat bius diberikan sebelum prosedur pemandulan dilakukan. Kucing tersebut tidak sedar atau merasa sakit sewaktu pembedahan dilakukan. Don’t worry.
Kakak selalu terfikir, manusia nak beranak pun kadangkala diberi bius. Kucing nak beranak relax je takde bius ke apa. Siap boleh beranak celah semak la, dalam longkang la, anak songsang la.. Jadi bila dibius waktu proses pemandulan, mestilah dia lagi relax kan. Dah tentu la tak rasa apa, sedar pun tidak.
6. Berapa kos pemandulan ni?
Jawapan:
Kos pemandulan bergantung pada klinik veterinar tersebut. Ada yang mahal, ada yang murah. Anda berhak memilih.
Biasanya pemandulan di klinik veterinar kerajaan adalah lebih murah berbanding klinik swasta. Ada klinik menawarkan kos pemandulan serendah RM50 bagi kucing jantan, dan RM60 bagi kucing betina. Ada klinik yang buat kempen pemandulan. Kenalah rajin survey ya. Kadangkala ada klinik yang murah tapi waiting listnya berkajang-kajang. Jenuh nak tunggu turn kita berbulan-bulan. Sempat pulak kucing tu bunting nanti kang. Klinik yang sedikit mahal mungkin takde waiting list, boleh walk in anytime je.
7. Kenapa kos pemandulan jantan lebih murah dari betina?
Jawapan:
Sebab prosedur yang dilakukan adalah berbeza. Proses “castration” (pemandulan kucing jantan) adalah lebih mudah. Skrotum kucing jantan akan ditoreh sedikit kemudian kedua-dua testis akan dikeluarkan. Tiada jahitan dilakukan sebab luka kecil, ianya akan sembuh sendiri dengan cepat.
Proses “spaying” (pemandulan kucing betina) adalah lebih rumit. Perut kucing perlu dicukur terlebih dahulu, kemudian torehan sebesar 2 atau 3 inci akan dilakukan untuk proses mengeluarkan ovari dan uterus kucing tersebut. Pastu luka itu akan dijahit semula.
gambar ihsan Google
Kedua-dua proses ini dilakukan dalam keadaan kucing tersebut di bawah pengaruh ubat bius ya. Sebarang cerita dongeng bahawa kucing dimandulkan tanpa bius (tidak dipengsankan / dalam keadaan sedar) adalah komedi semata-mata dan ianya tidak logik sama sekali. Nak bagi kucing makan ubat pun kadang-kadang bersilat, inikan pula nak toreh perut pastu nak cari ovari, pastu nak jahit semula? Tanpa bius? Drama pukul 7 malam kat TV3 pun lebih logik dari dakwaan ni hahaha..
Korang pernah pegang kucing masa proses pembedahan? Hikhikhik
sumber: FB Fad’s Feline Family
ini Cindy sewaktu kena bius sebab kena gigit kat ekor, pastu jadi bisul
Nampak mata memang terbukak, tapi tu tak bermakna dia sedar dan rasa sakit ye. Lukanya kecik je, tapi doktor nak picit bengkak bisul tu untuk keluarkan habis semua nanah, so terpaksa bius supaya lebih mudah urusan.
Beso ni je pun lukanya
Pun doktor bius supaya kucing tak rasa sakit. Macam mana entah boleh keluar cerita proses pemandulan takde pakai bius dan kucing masih sedar. Hahahaha.. Ni nak belah perut tau. Eh merepek sungguh la hahaha..
8. Susah tak nak jaga kucing lepas dimandulkan? Kena pantang apa-apa tak macam perempuan lepas bersalin?
Jawapan:
Menjaga kucing selepas dimandulkan adalah amat mudah sekali. Ni kakak dah buat satu post khas cemana nak jaga kucing lepas pemandulan, boleh baca sini. Tak perlu pantang makan apa-apa macam wanita dalam pantang, hehe..
Kebiasaannya selepas prosedur, kucing masih tidur lagi dalam 15 minit. Bila diorang terjaga, berikanlah senyuman yang paling menawan buat kucing kesayangan kita tu, lalu ucapkanlah tahniah, good job, good boy, good girl, apa-apa saja kata-kata pujian untuk motivate kucing kita hahahaha..
Kalau kat rumah kita ada cage, bolehlah letakkan kucing kita dalam cage. Tak perlu letak makanan atau minuman lagi. Dia tengah pening kepala lagi kesan dari ubat bius, biasanya memang dia tak mahu makan pun lagi.
Pastikan cage selesa dan seeloknya beralas supaya kucing selesa. Tak kisah la nak alas dengan pet sheet ke, dengan alas getah ke, boleh aje.
Kami pakai alas getah dan alas pulak dengan pet sheet macam ni
Tapi biarkan cage kosong je. Litter box pun tak perlu letak lagi. Kenapa? Sebab kucing yang masih pening di bawah pengaruh bius ni, dia akan terhuyung hayang. Nanti pasir ke, mangkuk air ke, makanan ke, entah entah habis tunggang terbalik dibuatnya. Jadi jangan rumitkan keadaan. Biar kosong je. Bagi kucing lepak je dalam cage sengsorang. Kalau dia nak kencing pun, tak apa dia kencing atas pet sheet sebab ia akan menyerap kencing tu. So kucing tak messy dengan air kencing.
Berdasarkan pengalaman kakak, selepas 6-8 jam, baru kucing tu bebetul stabil dan boleh berjalan dengan betul. Masa ni baru kita offer dia minum air dan sedikit makanan. Jangan paksa kalau dia taknak makan. Beliau mungkin mahukan ketenangan sebentar, hehe..
Jika kucing kita kucing jantan, keesokan harinya beliau dah boleh terkinja-kinja dah. Cergas seperti biasa.
Jika kucing tersebut betina, beliau masih lagi dalam proses penyembuhan. Dah boleh makan seperti biasa. Tapi kucing yang manja, mungkin akan sedikit monyok, takde selera makan. Masa ni silalah offer beliau makanan yang best atau fevret food beliau seperti wet food ke, apa-apalah kegemaran dia. Ini dinamakan proses membeli jiwa. Hehee..
Jika doktor ada bagi antibiotik atau ubat tahan sakit, silalah bagi ikut arahan yang ditetapkan. Antibiotik tujuannya untuk mengelakkan infection.
Selalunya luka jahitan pada kucing betina akan sembuh sepenuhnya dalam masa satu minggu. Jika luka jahitan nampak berair atau bengkak dan rasa bengkak tu panas macam demam, mungkin bermakna luka tu kena infection atau bernanah. Jadi silalah ke klinik semula ye.
So far kucing kakak semuanya tak pernah kena infection lagi selepas pemandulan. Alhamdulillah segalanya mudah sahaja.
Ni gambar Eva
Eva direscue satu keluarga. Anak-anak dia semua dah bagi orang adopt. Eva dimandulkan. Yang gambar after tu ialah Eva selepas dimandulkan. Perut bercukur, jahitan yang kat tetengah perut tu. Klinik yang kami biasa pegi, doktornya jahit dari dalam. Benang jahitan pun akan hilang sediri. Memang tak nampak benang, nampak kesan potong tu dah rapat je macam kena gam hihi..
9. Kucing yang dimandulkan ni dah tak gagah lagi. Takut la nanti dia jadi pondan. Pastu nanti jadi macm bodoh je tak aktif.
Jawapan:
Hahaha adakah ini semua salah cerita cina zaman dulu-dulu? Dalam istana ada sida-sida, yakni orang-orang suruhan maharaja. Sida-sida ni semua telah dimandulkan supaya mereka tak ada skandal dengan pekerja wanita dalam istana. Pastu watak sida-sida ni sering digambarkan macam pondan la lembut lemah gemalai. Cakap pun gaya macam pompuan.
Adakah kita takut kucing jantan yang dimandulkan jadi seperti sida-sida? Hahahaha..
Sebenarnya pemandulan tidak akan mengubah kelasakan atau kenakalan kucing kita. Kalau sebelum dimandulkan, beliau ialah seekor kucing yang lasak, kuat memanjat, melompat, playful dan sebagainya, ianya akan kekal begitu walaupun selepas dimandulkan. Pemandulan tidak akan merubah kucing tersebut menjadi bodoh, sebaliknya kucing yang dimandulkan adalah lebih manja.
Kucing kita masih boleh protect diri sendiri walaupun selepas dimandulkan. Boleh je dia nak bergusti dengan kucing lain jika keadaan memerlukan dia fight untuk selamatkan diri. Tak adalah sampai gaduh pun dah tak reti.
Kucing betina pula akan lebih tenang selepas dimandulkan. Tenang di sini bermakna tiada lagi cubaan lari dari rumah. Tiada lagi jeritan annoying memanggil sang jantan. Mungkin akan lebih gemar duduk di rumah tengok tv dan tidur bersama tuannya. Takkanlah perangai semolek ini kita katakan “bodoh”? Bukankah semua orang sukakan kucing yang manja?
10. Kalau bagi kucing pil perancang atau cucuk supaya dia tak mengandung pun boleh jugak kan? Murah sikit. Tak pun asingkan je la jantan dengan betina dalam cage lain-lain.
Jawapan:
Teknik ini biasanya untuk jangka masa pendek bolehla digunakan. Contohnya sebab nak tunggu turn klinik panggil ke.. kan ada klinik yang waiting list panjang kan. Ataupun sebab bajet belum mencukupi ke, jadi kena mandulkan kucing secara berperingkat. Ataupun tengah nak tunggu habiskan dos vaksin ke..
Pengambilan pil perancang atau suntikan secara berterusan ni adalah tak elok untuk jangka masa panjang. Asingkan jantan betina tanpa memandulkan mereka pun akan beri kesan negatif pada kucing tu suatu hari nanti.
Antaranya ialah kucing boleh kena Pyometra yakni rahim kucing betina tu bengkak dan bernanah. Sedar sedar keluar cecair kuning dari private part kucing. Bahaya tau. Biasanya kalau kucing kena Pyometra, doktor akan mandulkan terus kucing tu. Masa ni kos akan jadi berganda. Haa.. mana nak? Bayar untuk pemandulan sahaja, atau bayar lebih sebab kucing dah kena Pyometra langsung kena spay terus?
11. Kos pemandulan mahal sangat la, tak mampu. Kucing saya bela ni pun stray cat je, bukannya kucing saya.
Jawapan:
Tak baik tau kita cakap macam tu. Mungkinkah sebab kucing tu bukan kucing gebu gebas, lalu kita tak mengaku dia kucing kita padahal hari-hari kucing tu duduk makan minum tidur kat rumah kita. Adakah kalau kucing tu berbulu panjang, ekor kembang, kita akan mengaku kucing kita?
Kalau kita tak mandulkan kucing tu, maka ia akan terus membiak dan lama-lama jiran tetangga pun mula nak masam muka sebab bau yang tak menyenangkan.
Bagi kakak, once kucing tu kakak dah bela, maka kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kucing tu. Hak jiran tetangga pun kita tak boleh abaikan. Mereka ada hak untuk hidup tanpa pencemaran bau.
Kalau kita ada banyak kucing, maka lakukanlah pemandulan secara berperingkat, dimulai dengan kucing yang paling tua atau yang paling aktif beranak. Sebulan seekor pun dah memadai. Lama-lama settle jugak.
Cara nak kumpul duit tu bergantung pada nekad kita. Bak kata orang, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kumpul sehari 2-3 ringgit, lama-lama cukup la jugak duit. Sementara nak cukupkan duit tu, bolehlah guna teknik kawalan pembiakan sementara yang kat point ke 10 di atas.
Sebenarnya ada juga badan atau persatuan yang memberikan subsidi pemandulan jika kucing yang kita mandulkan tu, kucing terbiar. Salah satunya ialah Animal Care Society. Boleh baca tentang subsidi pemandulan yang mereka tawarkan kat sini. Dalam tu gambar Luna dan Toti dijadikan contoh untuk submission, hehehe. Sebab kakak juga pernah apply subsidi pemandulan dengan Animal Care Society ni.
12. Sayanglah nak mandulkan kucing ni. Bulu kembang niiii.. baka parsi tau! Beli mahal ni..
Jawapan:
Terpulang kepada anda. Kalau rasa tak mahu mandulkan kucing parsi tu, jagalah kebajikan seluruh keturunannya dengan sepenuh hati. Jangan sekerat jalan sok macam-macam alasan keluar. Tak tahan bulu gugur la, anak allergik la, asma la, semput la, kucing asik beranak la, jiran marah la, bosan bulu kucing asik bersimpul la, kuat kutu la, banyak penyakit kulit la, susah nak balik kampung la, tak tahan kos nak beli makanan/pasir la. Berjuta alasan.
Semua alasan di atas ni boleh diatasi sekiranya kita benar benar sayangkan kucing.
Ini Sookie
Petshop milik kakak, yakni Sookies di Tanjung Lumpur menggunakan sempena nama Sookie ni la. Beliau ni pun tak pernah beranak, dimandulkan pada usia 5 bulan. Latest update, Sookie ni dah takde tau.. Dia pergi pada 1 April 2024, pada usia dia 13 tahun, ada update kat sini.
13. Nak bagi kucing ni beranak sekali dululah. Nak tengok anak dia. Lagipun dia pun nak merasa jadi ibu jugak.
Jawapan:
Tak ada masalah. Tapi lepas kucing tu beranak, kena betul-betul kawal pergaulan dia. Kalau tidak nanti, cepat aje dia bunting semula. Kucing ni once dia dah beranak, memang setahun sampai 4 kali dia boleh beranak. Sekali beranak boleh up to 6 ke 7 ekor tau.
Kucing boleh je bunting lagi walaupun anak-anak dia masih kecik dan masih menyusu. Takdenya dia nak didik anak-anak baca ABC ke apa ke. Kalau kucing jalanan, biasanya bila anak-anak pandai makan ni, tanggungjawab dia menyusukan anak dah habis dah. Anytime je dia boleh tinggalkan anak-anak dia.
14. Tak sayang ke kucing cantik dimandulkan pulak? Tak dapat la zuriat dia.
Jawapan:
Tak apa. Kakak tak kisah. Kakak bukan nak ternak kucing pun. Anak-anak kucing jalanan tu terlalu banyak yang lebih memerlukan. Kalau kakak teringin nak bela kittens, kakak rescue je yang jalanan ni.
15. Memang la banyak anak kucing jalanan, tapi tak comel la macam kucing bulu kembang.
Jawapan:
Preference setiap orang tak sama. ada orang suka bulu kembang, ada orang suka bulu pendek. Definisi comel bagi setiap orang pun tak sama. Bagi kakak, semua kucing comel tak kisah dia hitam ke, kucing jalanan ke, ekor pintal ke, jari banyak ke, takde kaki ke, muka bulat ke, muka tirus ke, kucing buta ke, kucing lumpuh ke.. kalau kita jaga kucing jalanan dengan baik, dia pun boleh jadi gojes.
Tapi kalau kita ada kucing paling mahal di muka bumi ni, kalau kita tak jaga kucing tu, tak guna la jugak kan..
16. Betul ke kucing yang telah dimandulkan ni nanti jadi gemok? Kalau macam tu saya pun nak mandulkan kucing jugak, biar dia gemok.
Jawapan:
Walaupun hukum memandulkan kucing ialah harus, bila kita nak mandulkan kucing tu, biarlah dengan niat demi kemaslahatan ummah. Janganlah sebab nak kucing gemuk semata. Cam terpesong plak niat tu.
Berdasarkan pengalaman kakak, kebanyakan kucing kami memang naik berat badannya selepas pemandulan. Mostly yang betina. Yang jantan ni, takde la jadi gedempol. Tapi jadi besar katang, macam rangka je jadi besar.
Haa.. cukuplah tu ye.. Kemain banyak sampai 16 soalan, mengalahkan buat assignment dah.
Dah, boleh bersurai sekarang, babai