Kitties,Petgrass,Review,Rumput Kucing,Sookie's Store Kenapa Kucing Makan Rumput?

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Artikel repost ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookies, Kuantan

fc9ccabd-f203-4348-9347-cd1640ebc829

Hai, nama kita Hime. Ala, panggil Memey je, barulah manja hehehe.. Kakak kita cakap dia sibuk. Dia suruh kita tolong update blog. Sebab dia cakap kalau kita tak tolong update blog, nanti labah-labah masuk blog ni pun boleh sesat sebab sarang tebal sangat, kih kih kih. Eh lupa pulak, kita ialah yang kaler putih yang macam pakai wedding gown tu tau. Bukannya yang dalam lubang tu. Itu Hachiko nama dia. Dia memang suka menyibuk time kita bergambar, dia pun nak masuk sekali.

Untuk pengetahuan semua, sekarang musim hujan di Kuantan. Cuaca melampau sejuk sampai kipas pun tak payah on. Kerja kami cuma tidur terkangkang seharian. Syok wohh.. Kita harap semua meow takyah la ngengada main kat luar ye musim ujan macam ni, kang demam atau selsema kang lagi susah.

Pada suatu hari…

20161130_223912

kita menjumpai sebuah bekas yang ada tanah di dalamnya

Kita tanya kakak, apa tu? Kakak cakap rahsia. Nasib baik kita tanya dulu. Kita ingatkan litter box baru. Tapi takkan kecik sangat kan, letak tapak tangan je dah penuh, macam mana nak letak bontot kan hahaha.. Kita nampak mula-mula kakak keluarkan tanah dari plastik dan masukkan dalam bekas tu semula. Pastu dia basahkan tanah tu bagi lembap. Lepas tu dia tabur sesuatu atas tanah tu, macam biji benih. Banyak, sampai penuh tanah tu. Lepas tu dia tekan-tekan sikit biji benih tu bagi masuk ke dalam tanah. Lepas tu.. Wahh banyaknya lepas tu. Haha.. lepas tu dia spray tanah dan biji benih tu dengan air.

Kita pelik bila nampak kakak spray bekas tu dengan air setiap pagi dan petang. Dua hari lepas tu, kita tengok ada sesuatu yang keluar dari tanah tu. Rasa saspen juga lah, takut alien yang keluar dari tanah kih kih..

Menjelang hari ke empat, inilah yang belaku…

20121212_101301 (Custom) - Copy

fewitttt.. cantik tak?

Sebenarnya kita tak sangka kakak pandai juga bercucuk tanam. Sebab dia tu selama ni tanam apa pun mati. Hehehe.. jangan bagitahu kakak tau..

20121212_101330 (Custom) - Copy

Hachiko yang mula-mula menjumpai tanaman kakak tu. Β Tapi masa ni baru hari ke 4 atau ke 5..

20121217_093657 (Custom) - Copy

Reaksi pertama kita bila kakak tunjuk pada kita, pada hari ke 7

Sebenarnya kita rasa terharu bila kakak cakap dia tanamkan kami rumput tu untuk kami makan dalam rumah. Mesti dia tahu kita semua boring tak dapat jalan dan golek golek atas batu kan? Mekasih kakak. Kita sayang kakak walaupun kadang-kadang kakak kuat bebel bila kita naughty. Hehe..

20121217_093858 (Custom) - Copy

20121217_093948 (Custom) - Copy

20121217_094018 (Custom) - Copy

20121217_094104 (Custom) - Copy

Kakak Sookie tidak dapat menerima kenyataan

20121217_094120 (Custom) - Copy

20121217_094201 (Custom) - Copy

20121217_094248 (Custom)

20121217_094303 (Custom)

20121217_094309 (Custom)

20121217_094332 (Custom)

20121217_094854 (Custom)

20121217_094939 (Custom)

Padan muka kakak Sookie kena tarbiyah dengan Hachiko, kih kih..

20121217_095444 (Custom)

Tahu pun! Bulu siapa paling banyak, tentulah paling banyak telan bulu, hehe. Selain daripada tu, kadangkala rumput juga boleh membantu kucing muntahkan cacing tau! Haaa.. tapi lagi eloklah bagi meow makan ubat cacing ye, lagi berkesan sebab boleh bunuh semua cacing dalam usus tu.

20121217_095451 (Custom)

20121217_095510 (Custom)

20121217_095606 (Custom)

Kita harap kakak Sookie membuka pintu hatinya untuk makan rumput ni. Mengada-ngada betul dia nih. Oh lupa pulak, kalau nak beli pet grass ni, boleh la beli datang ke Sookie’s Store ye Buka dari Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam. Tutup setiap Isnin. Kalau nak beli online pun boleh, takde hal. PM je kat Facebook Sookies.

Ini ialah repost entry yang telah di-update semula. Entry asal di-published pada tahun 2013. Sebab tu dalam gambar semua meow yakni Sookie, Hime dan Hachiko masih slim hahaha.. Awasss, muka Sookie pun tak berapa hangus lagi masa tu kahkahkah.

22 thoughts on “Kenapa Kucing Makan Rumput?”

  1. senang je tanam pet grass tu ye.. kat rumah ada sepeket tapi tak buat2 lagi for the cats..nnt nak tanam lah.. lenkali boleh ke beli dari Izzy Pets? i tinggal kat KL.

    1. Sebenarnya aku risau juga kalau sookie hempap rumput tu. Si hachiko dah la keje menampor bekas rumput tu Kejap kejap terbalik. Sabo je la. Next time kena tanam dalam pasu.

  2. aah…kakak memey tu memang peramah…sampai lupe nak balas msg kalau dah peramah sangat…kikikiki….pesan dengan kakak memey,kalo dah bukak order utk bed bagutahu tau..jangan ngengada lupe lak..hahaha

    btw,happy new year 2013 buat memey adik beradik…semoga 2013 ni tahun yang jauh lebih baik buat kita semuaaa..aamiinnn…. ^ ^

  3. Banyak betul kemusykilan akak nih tapi musykil tu tang bab menaip entri ni. Runcing jugak jari si memey tu ya. Kalah akak yang berjari tembam ni, nak tekan keyboard pun kadang2 dua huruf sekali kluar. Hahaha.
    Subur jugak petgrass yang Iz tanam tu. Akak punya masih dalam peket. Apa ke malas beno akak ni nak bercucuk tanam. Bukan payah mencangkul pun tapi masih tatap pemalas lipas.
    Ada lagi satulah yang akak musykil. Sookie tu masuk pertandingan Miss Elephant yang macam kat Siam tu ke? Amboiii….soklan akak. Maafkan auntie ya sookie. Gurau2 di tahun baru. Hahaha.
    Iz, kalau iz susah nak masuk dan komen blog akak, tak pe. Akak tak kecik ati cuma winduu sikit kat komen Iz je lah.

    1. HAHAHAHA ajaib tak kucing saya boleh taip entry tanpa banyak typo? hahahahahaha..

      Akak, kalau akak nak tanam pet grass tu saya suggest tanam terus dalam pasu kecik. Pastu yang berat supaya tak terbalik. Sbb bekas yang dia bagi tu ringan. Sekali hachiko tolak ngan paw dia je terus terbalik pokok. HAHAHA. Sookie tu Miss World (kategori elephant) la kak, Marah dia kalau kita baca yang dalam bracket tu kekuat. Sentap nanti terus makan kibbles lagi semangkuk. HAHAHAHA..

  4. Sookie nye muke taleh masuk dlm iklan utk pet grass…confirm sume kucing rase rumput tu x sedap ahhahaha muke diye penuh betul ngan expression ketidaksukaan :p tp hachiko maintain cute… Btw iz, petgrass ni tanam sekali je ek utk satu peket?

    1. hahahaha kannn,, muka dia macam saspen gila nak makan rumput tu.. Ha’ah sekali tanam. Sebab tanah yang dia bagi tu memang cukup-cukup je dalam bekas tu. Biji benih dia memang tabur semua jugak

  5. ok this is funny! gmbr dgn caption sgt kena especially muka si Sookie tu….adoii lah tuan puteri. Anyway, hachiko sgtlah lawa corak beliau….aduhhh pitam

  6. Pingback: Bebola Bulu Kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post