Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Budak Nakal Atas Pokok

Kejadian ni baru je berlaku hari Khamis lepas. Petang tu aku keluarkan kekenit untuk main-main dan amik angin. Tak lama, selalunya sejam je. Tak boleh lama-lama sebab nanti tak larat nak control bila sekor dah ke utara, sekor ke timur, sekor ke barat. Tak boleh jadi. Haha..

DSCN9898 (Small)

Alkisah Cik Hime begitu girang sekali dapat bermain-main di halaman rumah dengan cuaca yang berangin sepoi-sepoi bahasa..

DSCN9899 (Small)

Sementara itu, Lilo pulak tengah sentap dengan si Bobbi. Bukannya Bobbi kaco dia pun. Saja je dia nak emo sorang-sorang. Dia tensen sebab Bobbi suka stalk adik-adik dia dan Lady Jemah. Jadi terganggu la waktu dia bermain sebab kena pegi buat misi menyelamat adik-adik dari jejaka gatal pulak. Tu yang dia hangin sangat tu hahaha..

DSCN9902 (Small)

DSCN9910 (Small)

Bertabahlah Bobbi. Tak lama lagi kakak hantar awak pegi neuter ok

DSCN9908 (Small)

 Lilo memberi amaran keras kepada Bobbi dengan harapan beliau akan kecut perut

 

DSCN9921 (Small)

 tetapi Bobbi apa kesahhhh?

 Di suatu sudut yang lain, Hime dan Aoirolina didapati sedang bersayang-sayangan.

DSCN9905 (Small)

DSCN9906 (Small)

 Hime tiba-tiba bermulut celupar lalu menaikkan darah Aoirolina. Beliau memang pantang jika ada yang mengata tentang bentuk badan beliau. Hihi..

DSCN9909 (Small)

DSCN9914 (Small)

DSCN9923 (Small)

Buat pengetahuan semua, Aoi telah ponteng kelas yoga anjuran Lady Jemah, sebanyak dua kali. Dan sebab itulah badan beliau telah naik secara mendadak, mengikut sumpahan Lady Jemah, “Barangsiapa yang memonteng kelas yoga ini tanpa ada alasan yang kukuh dan diterima oleh Lady Jemah Yoga Club, maka badannya akan menjadi debab mengikut jumlah bilangan hari pontengan,” sebenarnya aku sendiri tak perasan ada terma ni dalam kelab yoga Lady jemah ni, nasib baik la salah sorang ahli, kakak Dalina Khairul yang bagitahu. Mesti dia pun takut nak ponteng. Hehe.

Sebab tu la Aoi didapati telah mok dua kali ganda. Sebab ponteng dua kali.

Di sudut yang lain pula, Bobbi sedang cuba beramah mesra dengan Hime. Sebenarnya Bobbi ni nak berkawan. Tapi kucing-kucing aku ni angkuh sangat. Taknak kucing lain dekat.

DSCN9924 (Small)

Memey telah berburuk sangka dengan niat baik Bobbi dan telah lari apabila Bobbi cuba berjabat tangan. Bobbi pula tersalah sangka dan mengejar Memey kerana menyangka Memey ajak dia main kejar-kejar.

DSCN9931 (Small)

Lalu Memey lari ke sini… bukan yang bawah pokok tu ye. Tu Aoi.. Hime berada DI ATAS pokok Sad smile

DSCN9940 (Small)

 boleh nampak dia takkkk? HAHAHAHAHA.. geram betul aku tau

Lilo merasa berang lalu pergi bersemuka dengan Bobbi

DSCN9927 (Small)

bila aku replay video ni, berkerumun semua kucing datang kat aku. Bz body sangat nak tahu sape gaduh hahaha

DSCN9930 (Small)

 Aoi berniat baik. Tapi bila nak siap kalau nak gali dulu? Huk huk..

DSCN9932 (Small)

 Lady Jemah terkejut tatkala aku bagitahu Memey panjat pokok

Tengok muka bulat Lady Jemah. Nampaknya yoga beliau hanya berkesan untuk dapatkan bentuk badan menarik. Tapi muka makin bulat! Hahahaha.. Aoi, Ichii dan Lilo dah boleh get along dengan Lady Jemah. Sebab diorang tinggal sebilik. Syukurlah. Tapi Ichii kuat menyakat. Padahal badan kudut je pun bukan main berani menyakat Lady Jemah. Kena hempap baru tahu.

DSCN9939 (Small)

 Lady Jemah cuba tarbiyah Bobbi

Mak mertua aku cakap, entah-entah Bobbi tu anak Lady Jemah masa dulu-dulu. Hahaha.. Imaginasi tinggi. Tapi logik juga sebab tak pernah jumpa anak dia selama ni kan. Mungkin ada yang selamat. Entah-entah Jerry pun anak dia ke.. logik tak? Hahaha

DSCN9941 (Small)

 Amboi Lilo, sejak bila pandai menjampi-jampi ni? Hik hik

DSCN9935 (Small)

 Hime sudah ketakutan di atas pokok dan mula menjerit-jerit

DSCN9942 (Small)

 Lalu adik ipar pun datang membawa tangga sebab aku tak larat nak bawak tangga tinggi tu sengsorang.

Sangat tinggi okey si Hime. Even dah panjat step atas sekali pun masih tak dapat nak capai dia. Jam dah pukul 7. Hari makin gelap. Mula la nak naik hangin kann.. Aku pun call Pertahanan Awam. Dia boleh cakap takde kenderaan nak datang ke tempat aku. Amboi kalau macam tu baik tak payah ada orang on duty. Tutup je terus. Sebab kalau takde kenderaan macam mana nak pegi rescue kan? Ke sebab aku mintak rescue kucing, diorang taknak? Ingat aku call suka-suka ke? Hime tu tinggi sangat dan hari makin gelap.

Last-last aku panjat lagi sekali, suruh adik ipar pegang tangga kuat-kuat. Hime nampak aku dan cuba cari jalan turun. Letih betul nak bagi dia motivasi. Sebab dia takut. Maybe gayat. Ha tu lah, naik pandai, turun tak pandai. Last-last lepas pujuk dia dan tunjukkan jalan, Hime datang ke arah aku. Cepat-cepat aku tangkap dia. Nasib baik dia ringan je hoiiiiii.. Kalau macam Aoi ke Sookie ke, macam mana la aku nak kepit dengan sebelah tangan entah.

DSCN9947 (Small)

 banyak songeh pulak bila dah masuk rumah

Ini kali kedua Hime buat hal. Panjat tinggi-tinggi dan tak tahu turun. Yang aku geram, Hime ni suka lari tak pikir mende dah. Dia nampak pokok je, terus panjat pokok. Amende tah.

DSCN9958 (Small)

DSCN9966 (Small)

Sookie jadi batu api

Comments

comments

30 thoughts on “Budak Nakal Atas Pokok”

  1. LiyanaNo Gravatar says:

    hahaha…da dua kali kene rescue Hime atas pokok kan? Hime, Hime, awak suka buat jantung kakak awak bedegup kencang. Hahahah

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      memang wak. Tu pun pokok tu sebenarnya dah kena cantas tinggal separuh. Kalau pokok asalnya lagi tinggi!

  2. lindaNo Gravatar says:

    Kahkahhh… sejarah berulang lagi. Lol

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Tu laaaaaaaaaaaaaaaaa.. geram akuuu.. Si bobbi pun masa kejar Hime, dia panjat pokok jugak tapi dia terus turun. Hime je dah sampai atas, takut nak turun

  3. norNo Gravatar says:

    samalah..

    hime ni…

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Hime naughty!

  4. wooo tinggi sangat tuh… dia mesti dalam ketakutan lariiiii panjat pastu tengok2 da tinggi huuu

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Memang.. lari panjat pokok tanpa berfikir akibatnya. Sabo je aku hahaha

  5. NurulNo Gravatar says:

    huhuhuh…kekenit nurul pon dtg nyerebu bila play video lilo vs bobby tuu..hahhaa…himee himee…nakal bebenorr

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Kan, menyibuk sangat nak tahu sape yang gadoh hahaha.. semua kak nam!

  6. dilsNo Gravatar says:

    Hahaha. Mesti orang kat jabatan tu.. tah hape2 laa. Eleehhh… sangat kan.

    Tapi kalau takleh turun kan die, nanti mesti die akan cari jalan turun gak, cuma takut jatuh je la. Fuh fuh..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Kan… kucing panjat pokok pun nak mintak tolong. Tapi aku memang perlukan sangat bantuan sebab dah makin gelap masa tu. Nasib baik berjaya motivate si kenit tu huhhh. 1st time Hime panjat pokok, sampai kul 9 malam dia dok atas pokok lagi!!!

  7. dilsNo Gravatar says:

    eh.. gambar first Aoi ngan Memey tu, memula aku igtkan kenapa Aoi ni mcm fluffy sangat, sekali tengok balik.. bukan… boroiii Aoi ni dah…

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Omaigod boroi jangan cakap kekuat. Aku harap Aoi tak terbaca la komen kau ni hahahahaha

  8. Kak aidahNo Gravatar says:

    Nasib baik dapat diturunkan. Kucing warna putih ni memang macam tu kot Iz. Si Miki kat umah akak ni pun sama gak. Suka buat keje tak fikir panjang. Sangat pelik.
    Wahh…memang betullah…Aoi dah kena sumpahan cikgu yoga. Tembam betul dia. Buat bantal seronok nih. Hahaha. Jangan marah datin……

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Dulu masa badan Aoi ringan, dia suka panjat atas rail langsir kak. Aduhai, sampai patah rail tu. Tapi sebab kucing yang punya kerja kan, husband saya tak marah pun. Cer kalau manusia yang patahkan rail? Hahahahaha. Aoi alhamdulillah badannya sihat sekarang. Dulu dia rajin stress sebab asik dapat family member baru, tu yang asik slim je. hikhi

  9. dalinaNo Gravatar says:

    Hehehehe… kiter mmg ingt sumpahan LJ smpai bebila… tpkan wlupun tak ponteng yoga naper kita tak slim pun kakak… makin bulat je hahahahahahahhahaha

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Ni mesti ada silap kat mana-mana ni.. Mesti ada kutuk cikgu yoga kat belakang kot? Ni Memey cakap la, bukan kita cakap. HAHAHAHA

      1. dalinaNo Gravatar says:

        hahahhahaa ampeh… oopss mana ader kutuk cikgu yoga.. slalu kakak sookie je kutuk kiter tumpang dengar jer.. hahhahaha

  10. sushiNo Gravatar says:

    hime nakal..nasib kakak gagah tau panjat sampai ke atas..tinggi tuuuu

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Susah payah kakak memanjat pokok. Siap menggigil lagi takut jatoh!! hahaha

  11. jojetNo Gravatar says:

    sookie jugak yg dok kt umah..hahahaha

  12. zuraNo Gravatar says:

    salam akk, nak ckp sikit.. kite jeles tengok adik2 akak ni gebu gebas.. nak2 c sookie tu… mcm mane ek nak bg gebu gebas mcm tu… skrang nie my bella mkn Principle dry food time mlm.. pagi-petang mkn ikan rebus… ok tak? n klinik haiwan kuantan kat mane ek? murah tak ctu.. slalu hantar kat jawhari.. boarding berape rm smlm yer?

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Klinik Haiwan Kuantan kat Jalan Hj Ahmad 5. Masuk ikut simpang Pak Lim Nasi Arab yang sebelah Warung Mazenah tu. Situ harga sangat berpatutan. Boarding 1 malam RM10, makanan bawak sendiri. Kucing akak masa kekecik makan RC. Lepas tu makan Orijen. Sekarang makan RC balik. Sookie tu kena diet sekarang ni. Dia obesity. hehe..

  13. LiyanaNo Gravatar says:

    bace balik….hahaha,suka ulang2 baca, baru perasan gmbr hime last tu muka merenung penuh penyesalan… hehehe

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      KALAU la dia menyesal kan.. Dah kali kedua panjat pokok masih tak menyesal lagi tu, tatau laaaa

  14. AujinzNo Gravatar says:

    kali kedua dia kena rescue dari atas pokok.. wkwkwkkww…

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Tu lahh.. Tapi nasib baik memang nampak dia lari naik atas pokok. Last time dia panjat pokok, malam baru sedar. HAHAHAHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Kongsi RezekiKongsi Rezeki

Assalamualaikum.. sambil menaip, sambil makan biskut Almond London yang tak habis-habis lagi dari musim raya haritu. Maaflah agak lama jugak aku biarkan blog ni bersawang. Tak sempat nak sapu sawang,