Ini cerita sedih. Sedih sikit lah.. hehe.. Sabtu lepas, Oreo telah pun diambil untuk adoption. Jauh tau adopter dia datang dari KL. Awal dia book Oreo ni, sejak kali pertama aku publish gambar Mak Jemah sekeluarga. Hehe. Rindu pula rasanya nak timang Oreo tinggi tinggi macam dulu. Rindu nak jerit sebab letih mengejar dia, lari laju sangat.
Adopter oreo nama KD. Oreo paling last dibawa balik sebab dulu KD duduk Johor Bahru. Lepas tu dia memang cakap lepas dia settle pindah ke KL, baru dia amik Oreo. Aku takde masalah pun. Oreo pun takde masalah sebab dia lagi suka duduk bawah ketiak Mak Jemah.
Oreo, once upon a time.. cuma sebesar tapak tangan..
Dulu Oreo ni paling buat kami saspen. Badan dia paling kecik. Lepas tu masa mata diorang kena infection dulu, mata dia adalah paling teruk. Tapi kejap je lah, lepas rawatan air teh tu, mata dia paling cantik. Amboi, hehehe. Hari kedua lepas amik Oreo, kami tengok dia keras dalam cage. Takut gila hoiiii.. Tapi rupanya dia tidur. Monyet punya Oreo. Tido sampai keras. Hahahaha.
Lepas adik beradik dia meninggalkan Oreo, budak kecik ni makin rapat dengan Mak Jemah. Mak Jemah yang over-protective tu macam biasalah. Anak dia lari laju sikit je, dia dah sound dah. Takut nau anak dia terlanggar apa-apa. Aku selalu nampak Oreo tidur meniarap ATAS badan Mak Jemah. Boleh bayangkan tak? Hahahaha.. Mesti Oreo rasa macam tidur atas tilam Vono sebab maknye empuk sangat. Tapi tak sempat amik gambar sebab pantang nampak aku, dia mesti bangun terus lalu menggelupur nak mintak keluar cage.
Sekali sekala Oreo masuk dalam rumah. Tapi tak boleh dibiarkan. Sebab rumah aku banyak ruang tersembunyi, nanti susah nak carik. So bila bawak masuk Oreo, kenalah teman dia main. Hime tak berkenan dengan dia. Jeles gamaknya. Sookie je cool. Biasalah Sookie kan..
Last meal at rumah kakak
Aku bagi dia makan ayam rebus Fancy Feast. Sebab tahu nanti dia nak jalan jauh, dalam kete takleh bagi makan takut nanti buat kuih. So bagi dia makan ayam, biar kenyang tu bertahan lama. Dengan yang lain-lain dulu pun, sebelum bagi pada adopter, aku bagi makan dulu. Sayu je tengok Oreo berselera je makan.
Mommy nak ke?
Hmmm.. nantilah tunggu kita habis makan dulu yek! Kih kih
Aku ingat aku akan sangat sedih bila melepaskan Oreo pada KD. Tapi KD baik gila. Dia tak datang, amik dan terus balik. Dia lepak lepak dulu kat rumah. Bual bual dengan aku.. Jadi aku masih ada masa untuk bersama Oreo. Bila diorang nak balik, kebetulan ada Aoi, so aku dukung Aoi sambil babai diorang. Mungkin tu kekuatan aku. Dalam hati memang meruntun gila.
Tapi aku tahu Oreo mesti happy dekat rumah KD. Aku memang follow perkembangan Smelly (kucing yang dia adopt dari R&R) dari mula sampai sekarang. Dulu Smelly sakit boleh tahan teruk. Tapi KD jaga dia baik-baik sampai sihat. Sebab tu aku yakin dia akan jaga dan sayang Oreo macam tu jugak..
gambar latest Oreo sebelum jadi budak Key Ell, hahahaha. Handsome kan?
So Oreo, kakak harap awak jangan naughty kat rumah baru tau.. Jaga diri, hiasi peribadi (ewah..) Main elok elok dengan kakak Smelly. Jangan buli kakak Smelly. Jangan bagi kakak Smelly annoyed dengan awak tau. Dulu dia anak tunggal, sekarang dia jadi kakak.. So kenalah bagi kakak Smelly masa untuk terima awak ye. Bila mengantuk, tidur!! Jangan tahan mata tu. Lepas bangun tidur boleh sambung explore rumah.
KD cakap Oreo tahan mata waktu baru sampai. Dah tersengguk-sengguk pun still nak main. Hahahaha..
Ni gambar Oreo dan kakak Smelly dia, aku ambil dari Instagram KD 🙂 Siapa yang nak tahu perkembangan Oreo, boleh la follow kdsaiful di Instagram ye, hihi..
sekali tgk da macam mustash si Eny kan. heeee makincomel.. semoga oreo happy dengan tuan baru,,,
Ha’ah kan macam Mushtash. Tapi bulu Mushtash panjang lagi, hehehe
sedeh plak bile tgk pandangan terakhir mak jemah kepada anaknya. mak jemah x rindu oreo ke Iz?
Mak Jemah tu mcm lost jugak la memula tu. pastu dah okey 🙂
sedey lak baca entry ni…klu akak tu dh Neng Yatimah Iz…..akak tak leh tahan nya….dulu pernah my staff tumpang dok rumah akak for few mths before kawin….dgn 2 ekor bulus2 dia….ms they all nak keluar rumah…akak tak nak tengok pun n nangis dlm bilik air…….mcm budak2……last2 husband staff akak tu…carikan kucing utk akak….tu la datangnya Mama Brown aka Che Lat n Aunty Brown Bubu…….tp Oreo is so handsome….bersih cantik molek….tengok perut dia…..geram
Amboi kak, dramanya siap nangis dalam bilik air hehehehe.. Tapi memang sedih kan. Kita bela dia dari besar tapak tangan. Tengok dia terkedek kedek belajar jalan. Jatuh. jalan. jatuh. Pastu kejap je besar. Takpe, kita doakan semua anak-anak mak jemah bahagia dengan family baru diorang 🙂
Salam,
Menitik ayaq mata baca entry ni :'(
Alaaaa jangan la sedih. Nanti aku pun sedih. wuu wuuu
Hihi. Ala cumil. Aku geli hati tengok gamba instagram kdsaiful yang Oreo pegi penyek rumput Smelly tu. Marah kakak Smelly
HAhaha tu la kan. oreo tak penah tengok rumput. Sampai terbalik terbalik pokok minah tu dikerjakannya. Mana kakak smelly dia tak hangin? hahaha
adoii.. comel nya Oreo.. kat sini ada sekor kucing spy macam rupa Oreo tapi dia cat bukan kitten lagi.. i main panggil je dia tu Zorro.. aiyooo perut Oreo gendut.. bobot betul lah Oreo ni.. gerammnya.. i pun penah hadapi situasi gini.. hujan lebat kat dalam hati.. sob sob sob
Tulah lebat dalam hati. Rasanya kalau tak peluk Aoi masa tu, nangis dah. Bila pegang Aoi, suruh Aoi la babai babai Oreo. Sob sobs.. Kucing tuxedo macam ni memang handsome kan?
Betul..mmg kucing tuxedo yg putih spots itam mmg handsome tapiii kucing tuxedo hitam spots putih pun handsome tapi eksennn.. Hehe
kucing kalau muka lawa, memanglah selalunya eksyen. Hahaha. sama la macam manusia jugak kot. wakakaka
Akak pun sedih jugak. Terasa macam sama2 pulak bela anak2 Mak Jemah. Cantiklah Oreo ni. Macam panda bear pulak. Beruntung KD dapat tambah ahli baru. Mak Jemah dah selamat spay lum Iz?
Hahaha kan. Mana taknye, sibuk nak cite kat blog. Dah tak pepasal dengan readers sekali membela anak-anak Mak Jemah secara virtual. Hahahaha.. Mak Jemah dah selamat spat kak, nanti saya cerita kat blog. Kena selang seli cerita kat blog ni. Maklum la kucing berderet, kang asik cite pasal adik angkat je, adik-adik sendiri kecik hatinya hahahahaha
hensem giler budak nie.. perfffff.. XD
Harapnya handsome dan baiklah budi pekertinya, hehehehe
salam iz,
akak faham perasaan iz, bcoz awal bulan aritu akak ada foster sekor kitten… cumelnya…. badan bambam ekor pendek… dua minggu jaga makan minum & tengok dia lari takut terlajak… maklumlah dok umah tinngi… dan bila adopter dia dtg amik.. siap nangis2 nak lepaskan…
Kan kak.. saya ni tahu dah kalau saya tak cari adopter dari awal, mesti sayang nak lepaskan. Sebab tulah bila mula-mula jaga anak-anak mak jemah, saya dah carikan adopter. Bila dah commit nak bagi dekat orang, nak taknak tu terpaksa la lepaskan jugak. hehe
banyak terlepas entry..sobbss..
oreo yg bsangat comel…jaga diri baik2 ye..tetibe rindu pada si garanggg.. =(
Harapnya Oreo tidaklah naughty di rumah barunya. Tapi macam mustahil je dia tak naughty, hahaha
sebijik mm kucing adah!!! rindu nye pada die… skrg die kat kampung bcoz sy kene athma yang teruk dibbkan die tgh miang…..n bulu2 die masya allah gugurnye… so sad…..
yeke? dia kat kampung sementara atau memang terus duduk kampung?