Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Kitty Castle

Adik-adik kucing aku, memang tak tidur serumah dengan kami.. Sebab diorang pandai berdikari, duduk menyewa kat rumah sendiri. Eheheh.. tipu je.. takkan la menyewa. Imagine kalau kucing duduk rumah sewa. Setiap bulan aku ketuk pintu rumah diorang nak kutip sewa dengan dialog “Hey A-oi, bila nak bayar sewa ni? Hari ni dah 31 February dah. Lu dah due berapa hari ni babe..!! Lu jangan sampai wa curah cat merah kat rumah 4 tingkat lu ni..!!” – ini dialog tuan rumah ke dialog Kak Yong ni? Garang kemain :p

Eh tapi diorang memang ada rumah sendiri. Cuma tidaklah menyewa. Abang long diorang yang belikan rumah tersebut melalui skim rumah 1 Malaysia. Ahahahahahahahahahahah..

Aku tipu lagi.

Skim rumah 1 Malaysia tidak layak dipohon oleh sekumpulan kucing sekalipun kucing itu mempunyai berat 4 kilogram dan ke atas.

Kenapa mukadimah aku penuh repekan? Heheheh..

banglo katanyaaaaa…

Tinggi rumah ni, lebih dari 165cm yakni ketinggian aku, haha. Sebab aku kena menjingkit kalau nak ambik barang kat atas tu. Harga asal rumah ni, RM820. Tapi dapat diskaun RM20 sebab pasang sendiri. Hahaha. Lama juga process nak memasangnya sebab takde manual baiiii.. kena agak-agak sendiri. Nasib baik la suami memang sangat terover rajin dengan hal kucing-kucing ni. Aku siap kena masuk dalam cage tu untuk masukkan skru ok. Terasa lawak pulak.

Dalaman dia tu, memang design sendiri la. Susun sendiri ikut kehendak kau. Kami buat rumah ni jadi 4 tingkat berselang seli.

Interior design, hahahah

Bawah sekali, ada 2 litter box size extra large. Maklumlah 5 ekor nak duduk sini hoi. Walaupun diorang duduk dalam rumah ni masa nak tidur je, tetap la kena letak litter box resaksa tu. Sebab suami syak si Sookie jenis penggeli. Dia kais pasir tu pun sikit-sikit je, lepas tu dia bersihkan tangan dia kat besi grill tu sampai begegar-gegar rumah dia.

Gambarajah di atas menunjukkan kedudukan biasa diorang kalau duduk dalam rumah ni.. tapi kekadang bertukar jugak. Tapi tak pernah la pulak nampak diorang main belasah-belasah sebab berebut tempat, haha.

Dalam hammock tu, tempat Hime. Sebab dia je yang muat dalam hammock tu.. plus dari kecik kitorang biasakan dia duduk dalam hammock. Tapi kadang-kadang Hime tidur berpelukan dengan kakak A-oi dia kat atas kusyen yang beralas kain tuala kuning tu yang kami beli di Carrefour pada harga jualan lelong, RM5 untuk 2kg. Jual dalam kg kau.. bukan kira helai. hahaha. Oh dan sebenarnya tu ialah 2 biji kusyen alas kerusi yang kami beli di Ikea, hahah.

Kemudian di tingkat bawahnya, ada lagi dua bijik kusyen yang biasanya diduduki Ichii dan Lilo. Tapi kadang-kadang diduduki Hime juga. Memang minah ni suka menyempit. Kekadang sanggup tidur bertimpa-timpa padahal bukannya takde tempat lain nak duduk.

seperti ini..

Kemudian di tingkat yang lebih bawah, dengan ruang yang lebih luas, ialah tempat Sookie Stackhouse yang gemok gedempol itu. Tapi sebenarnya Sookie lebih suka duduk kat celah scratching post dia tu. Aku rasa dia cuba nak nampak lebih slim bila duduk di tempat sempit macam tu hahaha.

Scratching post tu, suami dah ikatkan supaya tak bergerak. Sebab kalau tidak, memang tumbang la. Diorang ni bukan reti nak mencakar lemah lembut. Dicakarnya sekuat hati. Di tingkat yang sama juga, ada pet food dispenser dan water fountain.

free flow food

Sekarang ni diorang semua belum setahun.. so kami bagi diorang free flow food. Asal kosong je, kitorang refill makanan. Yang paling suka makan kibbles ni ialah Sookie. Ketara benar dia lebih suka kibbles ni compared to wet food. Kat belakang tu, ada Cat It Water Fountain diorang yang berkapasiti 3 liter air kalau tak silap aku. Kena refill setiap 2 hari. Water fountain ni pakai elektrik dan dia ada penapis air sekali dalamnya.

Itulah dia ye, banglo adik-adik kucing kami. Kadang-kadang kalau ada yang degil atau membuat onar, maka kenalah grounded juga. Tak boleh keluar. Hahaha.

Kebiasaannya, diorang akan masuk rumah dalam pukul 9 pagi.. lepas tu main dalam rumah sampai malam. Dalam pukul 9 malam, barulah hantar diorang balik rumah diorang yang terletak lebih kurang 5 tapak dari pintu rumah kami, kahkahkah.

Oh ya, lupa nak bagitahu.. Hachiko tak duduk sekali dengan diorang. Sebab tak mampu nak bayar sewa. KAHKAHKAH. Tipu je.. Beliau tu duduk dalam rumah. Kat dalam rumah ada satu lagi rumah 3 tingkat untuk Hachiko. Tu pun bukannya dia duduk sangat dalam tu. Dah jarang sangat dia duduk dalam rumah dia. Sebab bila bebudak kucing yang kat luar tu masuk rumah, diorang main sampaiiiiii la ke malam. Kadang-kadang je bila tidur petang, Hachiko tidur dalam rumah dia. Malam-malam, dia tidur dalam bilik kitorang.

okaylah, itu saja. bye-bye

Comments

comments

15 thoughts on “Kitty Castle”

    1. harga besi mahal kot. Kalau beli yang kecik, tapi banyak-banyak pun sama je, lagi menyusahkan aku sebab kena bersihkan banyak cage. Ni sekali harung je..

    1. Ha’ah untuk diorang la tu.. ada filter sekali, so takde la minum dengan habuk-habuk sekali. Harga dia kalau tak silap dalam RM100, boleh letak 3 liter air. kitorang beli kat Pet Safari yang kat Ikano tu 🙂

  1. wow!best baca blog u..i baru tau ada rupernyer water fountain yg pakai electric siap filter lagik and food dispenser..nati nak beli gak laa..tuk anak bulus..huhu..dorg baru dpt umh baru..hehehe..thanks sharing knowledge..love ur blog so much!

    1. Hehehe, ada macam2 benda utk kucing yang dijual sekarang ni. Kalau boleh rasa nak beli semua.. tapi kekadang harga dia boleh tahan mengarut. Hahaha

  2. no wonder la si sookie tu gedebab. tido sebelah kibbles!
    tah-tah, memalam sookie sleepwalk kat food dispenser tu..
    haahhaahhahaha

    1. Hahaha logik jugak kan? Tapi sekarang dah jarang sgt duduk dalam cage. Diorang duduk dalam rumah sekarang siang/malam. Bila kena denda je baru duduk dalam cage, hehe

  3. wee.. Thanks.. Ha.. Cmni la rupe bentuk cage yg da lame dok usha tuk dorg.. Tgk entry ritu nmpk sipi mcm same je.. Ble tgk ni.. Sah.. Mmg ni la yg dicari.. Hee.. Kt ipoh ni die jual 780.. Pstu nk susun2 mcm izy susun tu luas n best sket.. Hee.. Thnks for the entry.. ^^

      1. yeahh.. tepat sekali.. abc pets.. kekekeke… tp x beli lg ni.. tgh tunggu order dkt kedai petshop station 18.. kedai tu order dr kl dalam 580 cmtu.. tp, ni da smnggu x smpi lagi kabar berita… sobs sobs… geram je tgk yg kt abc pets tu ha..

        1. Tu la, kitorang pernah jugak tengok cage kat ABC Pets tu. Tapi tak belilah sebab jauh sangat. Jalan-jalan pun masa cuti raya lah sebab rumah nenek kat ipoh. Jauh bebenor nak beli cage sampai ke ipoh kan, kereta pun tak muat hahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

HadiahHadiah

Biasanya kalau kitorang jalan-jalan, mesti belikan bebudak kucing tu hadiah.. tak kisah la belikan collar ke, mainan ke, tapi mesti ada something untuk diorang. Tapi kalau beli collar, mesti beli