Kitties Adopted Kitten Pun Comel Apa

Adopted Kitten Pun Comel Apa

Ingat tak yang Aoi pegi buat rawatan dekat vet lain masa dia dok batuk-batuk tu? Sape tak ingat memang kejam lah, sebab baru je semalam aku publish cerita tu. Takkan kejap sangat dah hilang ingatan? Hahahahahaha

Kan aku ada cerita yang aku google dulu tentang vet yang aku nak pergi tu. Memang la macam protective mom kan? Bukan apa, sebab kawan aku pernah hantar kucing dia yang sakit dekat few vets, sampai vet terakhir, baru kucing tu dirawat dengan betul. Tapi akhirnya kucing tu meninggal dunia juga sebab sebelum tu tak diperiksa dengan betul. Sebab tu la aku takut hoi..!!

Masa aku tengah buat ‘research’ tu, barulah aku tahu yang doktor yang aku nak tuju tu, presiden untuk Kuantan Animal Rescue & Education (KARE). Function dia lebih kurang macam SCRATCH fka KTAJ jugak la. Nak educate manusia supaya prihatin terhadap haiwan jalanan macam kucing dan anjing. Dan bukak minda diorang ni supaya SPAY dan NEUTER haiwan peliharaan diorang supaya takde la unwanted kittens or puppies pastu buang tepi jalan.

Ha, orang-orang Kuantan yang sayangkan haiwan, moh le ramai-ramai bagi sokongan dekat KARE dengan menekan butang ‘Like’ dekat fanpage diorang ye.. Bukan orang Kuantan pun boleh juga, tak haram pun.. hehehe

Masa aku tengok page KARE tu, aku nampak ada sekor kucing ni comel gila. For adoption pulak tu..

425520_329476933807164_838334670_n

ha comel tak? Sape cakap tak comel, dia gila hahahaha

Lawa gila kan, warna dia macam Russian Blue / British Shorthair. Berkenan betul aku tengok. Tapi aku secara rasminya memang dah tak boleh adopt another kitten sebab kami prihatin terhadap Aoi yang allergik dengan kehadiran kucing baru.

Di klinik, aku tanya doktor tu sama ada kucing tu ada lagi tak? Aku nak tengok. Doktor cakap ada, tapi dia baru few days lepas surgery. Terkejut aku, surgery apa pulak kan.. Rupanya doktor tu spay si kecil tu. Terharu aku.. Baik hati doktor ni. Kata dia, takde adoption fee walaupun dia dah deworm and spay kucing tu. Cuma kalau boleh bagilah donation sikit supaya dia boleh spay/neuter other strays pulak. Berapa nak bagi, itu terpulang.

Aku teringat ada readers aku yang pernah tanya aku pasal Russian Blue. Pasangan Shahrul/Ikin. Both rajin Whatsapp aku borak pasal kucing. So malam tu aku hantar gambar kucing tu bagi diorang tengok. Punya happy la diorang sampai terus nak datang amik. Haha. Tapi aku suh sabar dulu sebab aku nak tengok dulu kucing tu. Sometimes picture can be deceiving kan. Dah la nak datang dari KL, bukannya dekat.

Next day, aku pergi tengok si kenit tu.. Dia tengah berehat..

20120716_124903 [640x480]

Hello sayang!!!

Baik je nampaknya. Cage dia pun bersih je.. Perut dia tu bercukur, sebab spay kan. And kena pakai collar supaya tak jilat luka dan cepat sembuh. Comel kan. Badan dia tak besar sangat la. What do you expect from a stray cat kan. Tugas new owner la nak bagi badan dia naik dan membesar bagai juara..

20120716_124911 [640x480]

Wuuu pretty girl.. muah muahh!!

Cantik kan dia? Macam Russian Blue sikit-sikit kan? Bulu dia super short macam Hachiko. Lembut macam carpet. Mata dia macam Edward Cullen, hehhehehe.. Ni aku ambil gambar dengan pintu cage terbuka. Dia tak lari pun..

20120716_124944 [640x480]

Tapi ekor dia kontot macam rabbit, hehehehe..

20120716_125001 [640x480]

Adorable gila kan? Tahu tak kenapa dia asyik pandang situ?

20120716_125026 [640x480]

sebab pandang jiran depan rumah dia, hehehehe..

Doktor cakap kucing ni pun up for adoption. Pun dah spay juga. So sesiapa yang berminat, please please.. marilah adopt kucing ni. Comel tau. Kesian dia ni sorang-sorang sebab jiran dia dah ada family baru.

20120716_125019 [640x480]

Ahhh comel betul muka awak.. sweeeeeetttttt like chocolate!

Terus aku Whatsapp gegambo ni seme kat Shahrul ngan Ikin. Diorang suka and cakap nak amik the next day. Tapi doktor tak bagi sebab dia nak kucing to one more day pakai ecollar, then nak mandikan dulu, bagi deworm another round and vaccine dulu. Pastu baru boleh amik. So aku pun uruskan la bagi details apa semua kat doktor tu.

Doktor cakap dia dah sebulan kat klinik, makan minum semua okay. Takde apa-apa sakit, ubat cacing pun dah pernah bagi. Kiranya dah sebulan dia bawah pantauan doktor. Takde orang nak adopt dia. Pelik betul aku. Apa orang ni semua ingat kalau stray cat, tak comel ke? Tak sihat ke? Aoi dengan Hime, dedua kucing kutip. Kemain macam datin sekarang ni. Bukak sikit minda tu, bukan kucing Parsi atau yang bulu panjang-panjang je yang cantik okay!!

Tulah lain kali kalau taknak kucing beranak banyak-banyak sampai tak terjaga, sila la spay atau neuter kucing tu ye. Aku ni pantang betul kalau orang biar kucing dia beranak pinak, dia jaga sekejap je masa kucing tu baby. Lepas tu bila kucing tu nak pegi mengawan, kau lepaskan. Lepas tu beranakkkkk lagi.. dan lagi, dan lagi.. Dah tu macam mana?

Aku pun sebenarnya berharap kalau kos pemandulan dapat dikurangkan supaya orang mampu nak hantar kucing untuk dimandulkan. Vet pun, bagi la subsidi pemandulan untuk kucing atau anjing terbiar ni. Korang kan dah dapat untung banyak gila dari orang lain, hehe.

image from: The Cat House on the Kings.com

Ha, ni aku nak tunjukkan korang gambar stray cat kat overseas.

comel gila kan?

Dengan gemuknya. Dengan sihatnya.. Gambar ni aku dapat dari salah sorang yang aku follow di Instagram. Dia selalu amik gambar stray cats. Siap aku tanya dia lagi betul ke ini stray cat. Dia cakap memang stray. Lawa gila kan. Kagum aku.

Masa aku tengok Cats101, Pets101, ada tunjuk yang orang kat luar negara ni memang rajin feed kucing. Tak kisah la kucing jiran ke, stray ke, asal datang rumah je, mesti diorang bagi makan, bagi minum. Walaupun rumah sendiri tak ada kucing. Bukannya macam kat sini, yang jenis takde hati perut tu, dibiar je kucing tu selongkar tong sampah. Nama ko nak hulur makanan kat dia, memang kedekut. Macamlah suruh bagi makan kentaki pun. Lepas tu bila dah berkecah, ko marah, maki hamun kucing tu. Padahal kau tu yang tak ada otak punya orang.

Aku pun takde la bagi makanan mahal-mahal dekat strays rumah aku. Tapi alhamdulillah, mampu kenyangkan diorang. Satu hari aku letak makanan dua kali. Pagi sebelum pegi keja, dan lepas balik keja. Air pun aku letak kat sebelah. Sekarang diorang memang sihat la, bulu pun berkilat. Kadang tu siap ramah berbual dengan aku. Entah apa dia cerita entah dok meow meow. Abang Jem la rajin berbual dengan aku. Aku syak dia bagi report kat aku pasal kucing aku naughty ke, atau cerita pasal perkembangan semasa. HAHAHA.

Eh tetibe menyimpang cerita lain tau. Tak memasal entry ni jadi meleret-leret. Ciss..

Baiklah, sebagai penutup, meh aku tunjukkan gambar keluarga baru si kenit kelabu tu πŸ™‚ Nama baru dia sekarang, Lulu..

20120718_175516 [640x480]

Β Lulu with mummy.. sibuk memandang ke lain

20120718_175553 [640x480]

Β another try Lulu! Pandang sini!!

20120718_175546 [640x480]

Lulu with mummy and daddy. Lulu posing dah sama dah dengan pak hang. Hahaha

Aku risau gak kalau lepas diorang tengok Lulu rasa macam tak seperti dalam gambar kan. Tapi Ikin kata dah more than what she expected. Lulu is super adorable. Macam rabbit bermuka kucing, hahaha. Doktor pun kemain pesan, “You mesti sayang dia yaaaa..” hehe..

Moga Lulu happy dengan keluarga baru dia *kesat air mata sebab terharu*Β 

25 thoughts on “Adopted Kitten Pun Comel Apa”

  1. Comelnyaaaaaa..manja plak tu. Sgt lah cantik! Tak macam stray cat pun.

    Oh btw, speaking of strays, Adu dah lama tak singgah rumah πŸ™ Asyik2 si Semah kaki meroyan tu je.

    1. Ida, serious memang comel gilaaaaaa.. I tak tahulah sape si bangang yang buang kucing secantik itu. Lepas tu sampai sebulan dekat klinik takde sape nak adopt. Kesian gila. Ha ni kalau you nak yang sekor lagi tu pun boleh juga. Dah spay jugak πŸ™‚ Hehe.

      Adu jumpa makwe dekat rumah lain kot. Esok-esok ada la tu. Kucing kan eksyen, bila dia ada companion lain, dia lupa daratan. Hahahaha

  2. thanks iz… πŸ™‚ tatau nak balas budi u cane… untung la ader org kuantan mcm u.. terselamat kucing kat kuantan… hahahhaha…. mintak wakil negeri laen jugak!! heheheheheh…

    btw, she super adorable!! 1st 45minutes perjalanan balik dari kuantan > kl, dia duk bising dalam carrier… i duk peluk2 then pujuk dia… then dia bagi hadiah shishi… lencun hokey…. hahahahah sip baek der lapik ngn napkin tu… so letak dia balik dlm cage….. after 1 hour, dia menyanyi lagik dalam carrier, then me kuar n peluk balik… dia da pose kais2 kt my baju… aku da risau sambil nasihat… “lulu tamo berak kat mami lak ea…..” elok terus 6 ketul kuih kuar…. kuang asammmm…. maybe perutku amat empuk untuk xtvt pembuangan 😐 hahahahah terus segar mata kitorg eh sampai kl lepas kete semerbak bau kuih lulu…. hahahhha

    1. Sama-sama Ikin. Lega I bila Lulu tinggal dengan you. Kalau dapat ke orang lain, jealous juga.. hahaha. Semalam memang dapat hadiah baikkkk punya dari Lulu la kiranya ni. Haha. Merasa la kena kencing dengan berak. Nasib baik kuih ketul-ketul. Kalau kuih tak jadi? Lagi la haru. Hahahaha. Kesian you. Harapnya Kiki dengan Pupu jangan emo dengan kehadiran adik baru ye πŸ™‚

    1. Air muka dia cam sedih je kan, Memang comel sangat sangat sangat!!! Kesian kat kawan dia tu skrg takde sape lagi adopt dia. Kalau ada sesiapa nak adopt dan sanggup datang ambik kat Kuantan, bagitahu ye πŸ™‚

  3. Ha ah lah iz. Mmg mcm russian blue. Stray cats sekarang ni mmg byk yg akak jumpa kacukan dari kucing yg sgt rare. Cthnya mcm kat rumah mak akak tu. Lps tu kalau akak ke pasar teluk kemang tu, byk jumpa yg gebu, bulu panjang semua. Akk rasalah kan, kucing jalanan betina ni taste dia dah semakin canggih. Boipren semua stail anak datuk, tan sri yang bulu kembang agaknya. Mehlah kita ramai2 adopt kucing jalanan je. Lagi byk pahala, kucing pun cantik.

    1. Semalam even doktor pun cakap, orang Kuantan tak pandai hargai kucing yang baka macam pelik-pelik dan jarang jumpa ni. Diorang cuma tahu long hair cats, Persian je. Tapi bila dah bela long hair cats, bila shedding je, hantar pegi klinik suruh doktor botakkan sebab tak larat dengan bulu. Tah pape kan? Kalau bulu pendek pulak, dianggap kucing kampung.. so BUANGGGGGGG jelahhhhhh.. apa kucing kampung tak lawa ke? Padahal kat situ dah salah. Mana wujud istilah kucing kampung, Domestic Short Hair ada la. Hehe. Tu yang sampai sebulan si Lulu kat klinik tunggu orang adopt dia. penyudahnya orang KL yang excited datang dari jauh amik.

    2. Oh by the way kak, kalau ada mana-mana cat lover yang akak kenal dan nak kucing yang sekor lagi kawan si Lulu tu, bagitahu la saya k. Tapi mesti sanggup datang amik kat Kuantan la πŸ™‚ Siap spay ngan deworm dah πŸ™‚

      1. Kak Iz, saya selalu bgi makan dan bela kucing long hair ke, short hair ke, ho doh ke , cantik ke, x kisah bela jelah dengan penuh kasih sayang… Yang hodoh akn jdi yng cantik. Heeheehee πŸ™‚

  4. seronok membaca entry kau.
    aku pun rasa nak adopt kucing. tapi yang bulu biasa ni.
    tapi bila fikir balik. rasa tak boleh.
    sebab aku rasa kaseh ni takleh ada kucing lain.
    nanti dia carik gaduh n buat perangai.
    dia suka feeling dia sekor je ada. princess sgt la konon.

    1. pandai pulak dia layan diri main sorang-sorang yek? Kucing aku if salah sekor takde, diorang macam lost. Macam rindu. Tapi bila semua ada, macam nak roboh rumah tu. Ada-ada je acara panjat grill, berkejaran dalam rumah, panjat almari, ishhh.. macam-macam perangai. Kucing bulu pendek bestttttt dan senang jaga. Aku kucing bulu panjang cukup la sookie sorang je. Yg lain dalam pada bulu pendek pun ada gak yg shedding.

      Kaseh belum bersedia nak jadi kakak tu. InsyaAllah kalo dia dah masuk usia dewasa nanti okay la kot. hehe

  5. Hoh. Belakang rumah aku tu berlambakkk stray yang lawa2. Aku angin gak orang yang tak reti spay kucing ni. Pastu bising2 kate kucing die bohsia asyik beranak je. Bih tuhhhhh…. dah die binatang. Ape lagi die reti buat pon kalau hormon gatal sudah datang.

    Kurap yang bulu panjang tu pon orang buang. Kesian taw, aku rase kalau family tak bagi tempat makan and berteduh, besok tu die mati dah.

    Tu jugak antara reason aku depressed nak makan kat gerai2 Melayu ni. Tak selera taw nak makan tengok kucing sana sini mintak makanan πŸ™ Rase sedih

    1. Kan kan. Kau tu yang tak hantar dia spay, cane dia tak beranak. Takkan kucing tu nak pegi serah diri kat vet, “Doctor, spaylah saya, saya tak sanggup menjadi bohsia lagi” hahaha

      Tu la bila tengok Kurap sekarang bukan main lawa lagi especially bila pose tepi tingkap sambil kena suluh lampu tu hahaha. AKu kalau kat kedai makan, sampai share ayam dengan kucing. Dah tu tak sampai hati. Org lain duk kuis-kuis dia pakai kaki πŸ™

  6. Iz, u are so sweet……alhamdulillah ada org mcm Iz…n mudah2an ada ramai lg mcm u. Alhamdulillah Lulu dpt owner yg baik mcm Ikin n hubby…..betul kan, klu la akak ada kwsan rumah n tanah yg luas mmg nak je amik kucing2 tu n bela…..sian tgk they all bersepah2 n kelaparan…my tripod aka Pod Pod…ada kaki 3 n we found her kat kedai mkn….bila nak beri mkn dia kene rebut dgn the bulus yg ada 4 kaki……tu yg tak sampai hati…bwk balik. Dh la tu mcm ada asthma…nafas dia pendek2…..tp now ni dh action sikit….jgn kacau laluan dia tgh berehat, suka terlebih excited upset…..hahahah….citer psl kucing, mmg best…Iz , u rajin2 la tulis eh……tiap2 hari akak akan cek blog u n Aidag…now dh tgk Dils punya gak…..

    1. YaAllah saya lagi respect akak sebab bela kucing yang ada 3 kaki je. Terharu saya baca πŸ™ Dah lama ke akak bela dia? Nama pun Tripod, style betul. Hahaha. Akak ada FB ke? Saya teringin nak tengok gambar Podpod. Cute betul la panggil Podpod, hehehe.

      Kucing-kucing ni penghibur kami satu family kak, insyaAllah akan terus blog pasal diorang. Blog Kak Aidah dengan Dils pun saya memang baca setiap kali diorang update πŸ™‚

  7. iz…u go to Rozi Sidin …tp dlm Album dh lama tak update.. tgk album The Darlings…tp Podpod tak nampak kaki dia sbb tgh tido. Ada sekor tak de gambar…my Bubu..dia low profile. Masa younger suka sembunyi bwh katil, atas almari… Yg gambar byk, my Brown yg ada kat Timeline tu…hehe, sbb dia tido dgn akak…yg lain mlm titun dlm cage….anak akak kata akak pilih kasih….bukan…klu lepas suma penuh katil nak tido sama…then ada yg tak leh dkt…mcm Noni dgn Lily dok tampar2..end up akak yg tak tido…..
    Awk jgn tak tau, ms u tulis yg buat tilam tu…ya Allah punya la akak ketawa…balik rumah siap share dgn Mak akak……tak pernah ku jumpa Iz….

    1. saya paham kak, ni pun suami cakap saya pilih kasih sbb Hachiko je tidur dalam bilik malam2. Bukan apa, dari kecik dia memang teman saya tidur. Masa tu yang lain tu asal malam je tido dlm cage. Now semua tido dlm rumah tapi luar bilik saya. Sometimes diorg tido bilik adik2. Hachiko je dgn saya. Kalau lebih dari sekor tidur dalam bilik malam2, memang saya yg takleh tido. Haha. Kalau siang takpe.

      Akakkkkk.. siap share dgn mak akak cerita saya buat tilam? Hahahahaha.. maluuuuuuu… nak jimat punya pasal kak. Kat petshop kemain mahal!

  8. hoh…lulu skang dh menggila n suke meroyan sorg2..abes sume abg n akk dia ketuk pastu lari..kire mcm pukul curi kalau org la…dia pandai wat mcm tu..bulan posa ni dia susut sikit sbb dia kena puasa kan..LOL..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post