Kitties Bercanda Di Pasiran Pantai

Bercanda Di Pasiran Pantai

Hai!! Nampaknya mambang malas dah pun dihalau keluar dari badan aku ni. Nasib baiklah Aoi dan Hime tolong updatekan blog kakaknya yang dah bersarang ni. Maaflah kawan-kawan, banyak betul halnya sejak server terbakar aritu. Internet access problem la, nak upload gambar asik failed la, slow sangat lah. Seterusnya shut down je laptop ahahaha..

Sekarang ni kekenit dah boleh main sama-sama. Yakni Kiko, Lilo, Ichii, Hime dan Sookie. Hachiko sekarang jadi anak teruna pemalu. Dia takmo keluar rumah. Puas aku ajak dia main kat luar, takmonya dia. Cabut masuk rumah. Sukati ko lah. Dulu ada jugak dia keluar. Semenjak Lilo dan Ichii garang dengan dia, terus takmo keluar rumah dah.

20121212_174045

budak ni jugak yang bahagia

Sebenarnya Lilo ngan Ichii tu biasalah, poyo kengkonon abang long dan kak long of the house. Tapi Hachiko cam takut pulak. Bila dia lari, opkos la kena kejar. Tu yang dia takut tuh. Cer tengok Kiko. Selamba je. Bila Lilo kejar, dia lari.. stop dan tampar balik Lilo. Terus si Lilo diam. Sekarang dah boleh get along dah.

Kiko berani, sebab tu dia tak heran dekat Lilo tu. Padahal badan dia size Hime je, lagi kecik dari Hime hahaha.. Tapi mungkin juga faktor usia. Kiko lagi tua dari Lilo. Hachiko pulak lagi muda dari Lilo. Badan je beso, hati tisu. Hahaha

20121212_174137

ni rumput kita, jangan curik!

Sebenarnya aku tatau kenapa kucing aku tergila-gilakan sangat rumput yang serumpun macam tu. Padahal bukannya catnip pun. Lalang biasa je haha.. Mana ada rumput yang serumpun gitu, kemain diorang tonyoh tonyoh muka. Tengok Kiko, siap peluk!

20121212_181454

Maharani mestilah dalam ‘kereta’ beliau.

‘Kereta’ Aoi petang tu ialah wheelbarrow. Hahaha.. Dah la wheelbarrow buruk yang kitorang guna untuk kutip rumput yang dipotong. Aoi siap lepak. Sukati ko lah. Aoi suka naik basikal. Kalau basikal ada bakul, boleh la letak dia dalam bakul dan bawa dia jalan-jalan. Memang dia diam. Happy tak payah berjalan kot. Hahaha. Tapi basikal tak boleh stop. Kalau stop, dia lompat.

20121212_181507

Memey, jom naik ‘kereta’ dengan kakak

 20121213_180853

Handsome as always

Kiko ni amat menyenangkan. Baik perilakunya, Tak nakal. Semenjak di-neuter, perangai menanda kawasan dia dah makin kurang. Kalau dulu, selang semeter dipancutnya. Menjerit-jerit aku. Tu yang tak berani bawak masuk rumah. Lepas neuter, bila dah kurang memancut tu, baru la bawak masuk rumah. Tapi kena follow je mana dia pegi dan kasi warning “Kiko jangan kencing. Kiko jangan kencing..” dok berzikir itu je sambil follow dia. Agaknya sakit telinga dia. Hahaha. Tak kira! Janji ko tak kencing.

20121213_181050

Gangster kampung dusun

Tengok la muka dia kemain serius. Mana la Hachiko tak kecut perut? Hahaha. Tapi muka je samseng. Dalam hati ada taman. Kalau dipeluk, si Lilo akan start engine motorboat dia. Purrr purrr.. sambil pejam pejam mata.

20121213_181550

Ada kurus sikit tak?

HAHAHAHAHA.. Mek Sookie ni jalan sikit, duduk. Jalan sikit, duduk. Dan dia tak suka sangat duduk atas rumput. Dia mesti carik batu. Kalau jalan keliling rumah pun, dia jalan kat kaki lima. Takdenya dia nak jalan atas rumput. Geli katanya.

20121213_181610

bandingkan size Sookie dengan Kiko. Macam emak dan anak! Hahaha

20121213_181652

Kiko malu-malu. Sorok muka balik rumput

Dua ekor ni kalo bertemu, manjang nak bercium. Si Aoi siap buat bunyik gedik, ekk ekk ekk. Pang kang! Tapi diorang memang mesra la. Sayang menyayang sangat. Kalau tengok diorang berlari berkejaran tu, macam tengah nyanyi lagu Anita Sarawak dan Sudirman tu. Yang bercanda di pasiran pantai.. *Aoi joget gelek gelek*

20121213_181855

Hime sedang mengkulikan Lilo

Hime tu dia hulur je kepala kat sesape, semua akan jilat dia. Manja bebenor. Paling selalu kena, Lilo. Sayang nau dia kat si Memey ni. Cuma dengan Mak Jemah je Memey tak berani lagi. Dia pernah ada kenangan pahit dengan Maj Jemah. Masa baby dulu, dia penah kena gigit dengan MJ hahahaha.. Tu yang trauma tu. Tapi sekarang dia tak trauma, tapi dia kengkonon garang.

20121213_181910

Monster kacau daun. Hahahaha

20121213_181922

Tengok Sookie, jalan sikit je duduk. M besar betul macam kakaknya, hahahahaha

20121213_182341

Lilo duduk bebetul kat bawah bontot aku yang sedang mencangkung masa ni

Kalau aku duduk tak pandang belakang, alamatnya penyek la Lilo. Hahaha.. Apa pesen entah melepak kat bontot orang.

20121213_182610

tadaaaaaaaa…

Dah kurus sikit dah. Kan? Kan? Mak Jemah cam biasa la, time kekenit main, dia perhati dari jauh je. Dia memang takmo join pun. Pemalas. Doktor Lean suruh engko jogging woi Mak Jemah. Awat la maleh sangat? Satu lagi hobi dia, tidur depan pintu grill. Bila nak keluar, bersilat-silat dengan dia yang sibuk nak pegang kaki orang, nak berebut selipar. Ishhh.. Tapi penyakit main selipar dia tu, memang menurun kat Oreo dan Pippo (kini bernama Tuty). Hahaha.. sebijik la perangai mak korang..

14 thoughts on “Bercanda Di Pasiran Pantai”

  1. bestnye ade kawasan besar macam ni..puas bebudak main2..bebudak kat umah tu dah bosan dah..tu yg dok main bergusti tanda protes..

    MJ ni makin cantik lak sejak spayed kan..gigit hidung kang!

    1. Dia kan lepas spay haritu asyik bersolek je. Mana tak cantiknya. Keje dia kalau tak bersolek dan makan, dia tidur. Hehehehe.. Sebab kawasan luas la diorang kalut nak keluar tu. Tak bagi keluar kang kesian pulak ye dak? Tapi kena pantau la, kalau tidak.. balik rumah macam-macam kaler melekat kat badan, hahaha

  2. aku rase kucing paling kecik disayangi kut. mcm ala2 adik bongsu. Dedua ekor akak n abg ni pon rajin menjilat si Wolly tu.

    Sian Cikooo, rase tersisih. Tamoh exercise dah ye. Jgn besa mcm Sookie sudah. Tak semenggah betul kalau Bengal obese. At least kakak Sookie cumilll

  3. Akak paling suka tengok kucing2 iz bermain kat luar ni. Bestnya….sampai akak pulak rasa jeles. Kira mcm akak jadi wakil kucing2 akak yg tak pernah rasa main luar ni…..jeles sangat tau.
    Iz, kiko tu bulat, cantik. Rezeki betul iz dapat dia. Kucing akak dulu ada jugak yg di neuter lambat….masih lagi tak lupa habit memancut kencing tu. Tapi setakat eksyen je lah….kencing tak kluar pun. Kelakar tau. Hehehe.

    1. Hahahaha saya tak penah pulak check Kiko pancut betul ke eksyen je lepas neuter tu. Memang la gaya macam memancut kan. Nanti kena check la lepas ni hahaha.. Entah entah eksyen je kannn.. Dulu saya pelik camne la dia ni boleh banyak nau air kencing. Selang semeter pancut kak! hahahaha.. Tu la, kalau kucing saya tak exercise petang2 camni, mesti handsome bulat macam Milo hehe. Akak beli roda senaman tu je la kat Milo. Bersenam dalam rumah je haha

  4. bestlah baca blog akak.. tergelak2 dah tengok gelagat dorang sekor2, last2 kne intip dgn kawan sbb over sgt gelakkan adik2 akak nie.. comel.. meriah jek rumah.. wish to have them just like u.. skarang baru 2.. 🙂

  5. Ahaha..terlambat tenguk..adoii Kiko hensem nyaaa.. Sookie cantik ya mcam hamparan je..bestnya kawasan luas..tapi mereka tak plak lmain sampai keluar pagar.. Bagus lh..

  6. hi kak izyahya, hari jumaat lepas saya hantar anak kucing saya pergi klinik kucing sebab telinga dia ada nanah. Dokter enjit dia. Tapi saya tak faham telinga dia banyak warna hitam. Saya takut nak korek. Macam mana nak buat?

    1. hitam hitam tu, ear mites mungkin. Ear mites ada ubat sendiri. Tapi cuba bersihkan dgn wet tissue, letak kat cotton bud, lap kat telinga dia. Selalunya kucing suka kita korek telinga dia. Tapi jangan kuat2 sangat tonyoh tu, dan jangan dalam sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post