Events,Kitties,Kuantan,Kuantan Animal Rescue & Education KARE’s Cat Charity Event 2013–The Event

KARE’s Cat Charity Event 2013–The Event

Mari kita mulakan entry dengan ketawa sikit, hahahahaha.. sebab entry ni entry basi. Nak cerita pasal KARE’s Cat Charity Event 2013 yang diadakan di University College Shahputra pada 17 March 2013 yang lepas. Err.. lebih sebulan lepas. Hey sebenarnya cecita aku tinggi tau, nak update sehari selepas event. Tapi apakan daya, masa amat mencemburui kita. Sedangkan entry sendiri pun berbulan baru update cerita lama. Heh.

Baiklah.

Event bermula jam 8 pagi. Tapi aku dan konco-konco sekalian gerak dari rumah jam 7 pagi kalau tak salah. Hajat di hati nak gerak pukul 6.30, tapi cam tak sedar pulak kahkah. Engko punya alasannn.. macam-macam kan? cakap je la bangun lambat wakakaka..

Sampai je di lokasi, iaitu di University College Shahputra, terus je start bekerja. Nasib baik lah kitorang cari sukarelawan untuk datang bantu. Kalau takde diorang, memang mati berdiri agaknye nak settlekan semua hahaha..

20130317_085957

keadaan waktu awal pagi

Pendaftaran bermula jam 8 pagi. Sebulan sebelum tu KARE dah buat pre-registration melalui Facebook. Masa tu siapa yang berminat boleh register dan buat bayaran melalui internet transfer, cash deposit, atau jumpa sendiri wakil KARE. Pre-registration ni memastikan yang kucing tu confirm dapat cage masa hari pertandingan tu. Bukannya apa, kalau diikutkan penyertaan terhad kepada 40 peserta je. KARE tak mahu orang datang walk-in tapi tak cukup cage. Tak best la pulak kan. So for next year, make sure siapa yang berminat nak sertai, sila pre-register dengan KARE ok.

20130317_090654

Hadiah untuk pemenang!

Cer tengok ribbon tu, comel tak? Hand-made by SweetAlmiraz. Dia ni memang creative gila. She’s a party planner. Nanti dalam entry lepas lepas ni aku akan cerita pasal dia pulak ye. Adoi sebenarnya taktahu cane nak cerita pasal event ni sebab tak tahu nak cerita mana satu dulu haha..

Jom kita menjamu mata dulu ya! Awas, bukan semua gambar ada kat sini ok. So readers, kalau kakak tak letak gambar your kitty (sebab tak kenal which one hehe), please jangan terasa hati ya. Sebab most of the photos ada kat Facebook KARE. Dan hari yang aku buat entry ni, internet slow yarabbi so tak dapat nak download. So kita letak yang mana ada je dulu yeh. Kalau nak tengok semua gambar, boleh tengok di Facebook KARE.

392729_442335185854671_1193040437_n

amboi bulatnya mata awak! terkejut tengok apa tu? hehehe..

27122_442334899188033_1077860856_n

Ahhh.. this is Captain Hook.

Kalau tak silap Captain Hook is 5-6 years old. He’s a rescued cat, and the winner for Best Disabled Cat. See how a stray cat can make you proud. Semua orang puji Captain Hook handsome, sihat, debab, cantik. Oh, nampak macam dia buta sebelah mata kan, but ada yang cakap dia buta kedua belah mata. Apa pun, Captain Hook memang handsome. Siap masuk New Straits Times lagi, hehe.. Congratulations bebeh!

37056_442334792521377_2027337632_n

Haaa.. this is Noona

Memula owner Noona ni daftarkan untuk kucingnya yang satu lagi, named PiPi, tapi aku cakap hey Noona tu gojes jugak la, masukkan la dia sekali. Kasi dia experience, mana tahu next time boleh masuk lagi kan. Hehe.. So inilah Noona di hari pertandingan. Sangat comel dan anggun. Pandai pandang camera, hehe..

Oh, for those who are not aware what KARE is, KARE ni shortform untuk Kuantan Animal Rescue & Education. Sebuah Non-Profit Organization yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 2011. Tujuan utama diorang buat event kucing dan anjing selang setahun ialah sebab nak mengumpul dana. Setiap sen yang KARE dapat dari event ni akan digunakan untuk kempen pemandulan dan misi menyelamatkan haiwan terbiar.

AWAS YE KEPADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MENUDUH KARE MENYUMBANGKAN HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI KEPADA AKTIVITI KEAGAMAAN. Itu tidak benar sama sekali. KARE members siap keluar duit dari poket sendiri sebab tak sampai hati nak mintak duit persatuan untuk bayar certain things. So jangan berani buat tuduhan tidak berasas.

KARE tidak ada shelter home. Selalunya kalau ada ada kucing atau anjing yang diselamatkan, sama ada mereka minta foster tolong jagakan sementara cari adopter, ataupun kalau yang dah dewasa tu if takde siapa sangat nak adopt, akan dilepaskan semula selepas dimandulkan.

Sekarang ni KARE sedang mencari sebidang tanah yang bersesuaian untuk dibuat shelter untuk haiwan terbiar ni. So kalau ada orang Kuantan yang berminat nak bagi tanah mereka pada KARE bagi tujuan kebajikan ni, amatlah dialu-alukan.

164615_442334855854704_1807249161_n

kucing dalam siasatan haha

Setiap kucing diadili 3 panel hakim yang terdiri daripada Dr Aishah dari Jabatan Veterinar Kuantan, Tengku Lukman dari Datuk Shamsiah Shelter Home dan Mr Raja dari Purina Petcare. Setiap kucing diadili dari segi kebersihan, kesihatan dan temperament iaitu tahap kemesraan kucing tu dengan orang lain.

So dalam gambar di atas, itu ialah Sky, seekor kucing yang buta kedua belah matanya. Cantik sangat dia macam Russian Blue tapi pakai stokin, hihi..

163520_442335289187994_1283699574_n

saspen kena belek haha

901676_437250836363106_311544573_o

keadaan di luar bilik pertandingan

Yakni di kafe, pelbagai booth menjual barang. Yang di atas ni ialah booth KARE. Selalunya kalau ada cat or dog event, diorang memang akan jual pada harga yang sangat murah. Jadi ingat ye, kalau nak beli makanan kucing murah, boleh datang next cat event anjuran KARE hahaha.. this year ada Science Plan, Pro Plan, Iams, Araton, Royal Canin dan pelbagai barang keperluan kucing yang lain.

893965_437251166363073_1644527251_o

booth lain

20130317_091939

booth terpaling comel of the day

Aku punya la nak membeli belah kat sini. Tapi busy punya pasal, sedar-sedar owner dia dah packing dah barang sebab dah sampai masa untuk pulang hahaha.. tensen sungguh!! Tapi takpe, dia ada Facebook. So kalau sesiapa nak beli barang-barang handmade yang tersangat comel ni boleh contact D’Masyri Craft di Facebook ya.

20130317_091902

spotted: Purina booth. Tahu apa yang special di situ? Cuba teka..

Jeng..

Jeng..

Jeng..

..

..

..

..

20130317_091850

kenal siapa tak??

Siapa yang berjaya meneka ada Ichii/Lilo di poster itu, sila redeem hadiah anda di kaunter penebusan kat belakang sana ye. Hik hik. Ye laaa, ni first time aku tengok gambar ni size poster tau. Dah la iklan tu tak release kat Malaysia. Nasib baik ada Purina booth. Lalu aku telah berjaya dapat satu pop-up poster yang jenis card board punya tu. Hoyeahhhh..!!

903146_437251699696353_1060446692_o

keadaan dalam bilik pertandingan

KARE memang sangat berpuas hati dengan venue ni sebab bilik luas dan ber-aircond, jadi kucing tak panas dan kurang stress akibat terlalu ramai orang yang kerumun. Macam ni, orang takde la sampai berhimpit-himpit kan. Selesa for the guests, selesa for the cats jugak.

527031_442334605854729_1294017376_n

Roarrr!! Kucing siapa kena check ni? Haha

Rasa-rasanya itu Villa based on bayang-bayang di belakang beliau tu macam mama dia je tu, haha. Kalau tak salah, Villa menang tempat kedua kategori Long Hair Kitten. Memang comey budak villa ni. Sorry Kak Iz tak sempat pegi peluk cium awak.

887121_437251663029690_4366954_o

besarnya mata awak ni, hahaha.. Tak tahan tengok telinga dia cam annoyed je dengan keadaan sekeliling dia wakakaka

538691_442335122521344_1208035100_n

debab.. anak sape nih? Hahaha.. omey angat

Bila tengok balik gambar-gambar ni, aku macam, eh bila masa ada kucing ni? Tak perasan pun? Serious sangat kelam kabut ke sana sini sampai tak perasan sangat setiap kucing yang ada masa hari tu. hahaha

886534_437250876363102_1842548387_o

This is DC

DC ialah kucing kurang upaya milik Chairman KARE. DC join event ni saja untuk suka-suka dan memeriahkan kategori Best Disabled Cat. Mata DC buta sebelah. Umur dia 14 tahun kalau tak silap. DC ni memang sangat molek temperament dia. Sangat friendly. Aku siap peluk peluk dia, memang baik sangat budaknya, hihi..

521771_442334795854710_2031501323_n

Mimi si kucing kabaret hihi

Hahahaha.. Mimi ni memang setiap kali ada event KARE, dia akan join bagi sokongan. Tengoklah baju dia kemain berkilau. Siap pakai crown kecik tu atas kepala yang tak tahan tu hahahaha.. Mimi menang kategori Best Dressed Cat

20130317_111452

Mimi dalam istana dia, hik hik..

893355_436447116443478_415336415_o

hai awak!

First time aku tengok gambar ni terus macam, hoiiii cute gilaaaa.. Dah la mata terbeliak siap berdiri tu yang tak tahan. Nak mengorat jiran sebelah ke bang? hahahaha.. Ni ialah PiPi, dia datang bersama Noona yang gambar atas tadi. Cantik sangat PiPi ni, dia marbled tabby.

20130317_100829

teka siapa saya?

Hahahahahahaha.. ya betul. Itulah Sookie Stackhouse yang didatangkan khas. Sookie tak masuk pertandingan. Eh tak masuk pertandingan? Jadi Sookie buat apa kat event?

20130317_111705

ha apa lagi? Teka lah berat badan kitaaaaaa… hahahahaha…

Sookie memang sangat baik. Dia duduk dalam cage tu dari pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Sangat la behave. Nasib baik kakak buat tilam tebal untuk Sookie malam sebelum event tu hahaha.. Setebal tilam Vono. Tapi sampai satu part dia dah naik stress jugak la sebab ramai orang kerumun dia kan. Masa tu nafas dia dah laju. Nasib baik bilik ber-aircond. Kejap tido, kejap bangun. Memang baik la, takde kerenah langsung. Every now and then husband, adik dan sepupu aku pegi tengok dia dan usap-usap bagi sokongan moral pada Sookie.

216639_442335052521351_398557295_n

Amoi kecik: Hey kakak, berapa berat badan you? Besarnya badan you, macam badan saya dah hehe..
Sookie: Amoi kecik, you jangan la perli saya. Kalau saya duduk atas badan you nanti you terus hilang bawah perut saya, mau ka? HAHAHAHA

Masa ditimbang, berat Sookie ialah 7.21kg. Yakni pencapaian terhebat sepanjang 2 tahun. Sebelum tu Sookie 7.4kg. Pastu selepas berdiet, masa hari event tu kira success la, haha.. Tapi 17 April haritu, aku bawak dia pegi klinik, naik semula jadi 7.6kg. OMGGGGGGGGGG!!!!

Terbeliak biji mata aku. Terbeliak biji mata Dr Lean. Hoi apa ni diet pun tak kurus? Makin naik pulak. Patut la sekarang ni minum air pun meniarap grrrr..

Anyway masa event tu ada 3 orang yang meneka Sookie 7.2kg. So ketiga-tiga mereka dapat hadiah. Ala hadiah kecik je, boleh la kan, acara suka-suka je pun. Hehehe.. Paling kejam ada yang teka Sookie 30kg huwaaaaa, tu dah nak sama berat dengan aku dah.. sedih kak ton. Hahahaha..

893903_437251123029744_374229912_o

Siapakah gerangan budak comel ini? So cantik nampak macam Russian Blue tapi rambut panjang hehehehe

903503_437251349696388_298577504_o

Ni pun omeyyyy angat

163504_442335632521293_1594151824_n

Para pemenang yay!!

EST_5699

ini Qiss. Pemenang Best Long Hair Adult
Credit: Is Mady (owner Qiss)

Muka dia macam kitten kan. Umur dia satu tahun, jadi sebab tu dia masuk kategori kucing dewasa Smile  Masa event tu ada photo booth. So sesape nak amik gambar kucing memang itulah masa yang sesuai sebab caj yang dikenakan adalah sangat minima. Bukan senang jugak nak amik gambo kucing camni kan..

EST_5684a

jadi Sookie pun tak mahu ketinggalan! Hehe..

6 thoughts on “KARE’s Cat Charity Event 2013–The Event”

  1. hi,..firstime tgk blog u.

    wah..mmg geram tgk kucing-kucing ni…saya pun bela kucing.. baru dapat cucu baru.4 ekor..
    kalau dekat opkos join..

    1. Hai.. thanks for dropping by 🙂

      Wow hebatnya baru bela kucing dah dapat cucu 4 ekor, hehe.. Tahniah 🙂

  2. Kalau tenguk sekali imbas tak siapa sangka all of the cats tu rescued cats.. cantik sungguh kakak rasa lagi cantik dari kucing yang pure breed.. kat KL tak ada ke event macam ni? if not boleh gak bawak bebudak kat rumah tu join sekali.. hehe..

    1. Kat KL macam lagi banyak je cat show ni kak. Tak pun next event, mai la datang kuantan hahahahah 🙂

  3. Fuhh..lega. Dah lama akak try masuk blog Iz, tak dapat. Bila sedih2 tu, dapat baca citer Iz dgn kucing2, hilang sedih akak.
    Akak tengok Noona tu rupa Miki akak ni lah, Iz. Dalam banyak2 kan akak paling suka DC. Cantik ensem sangat.
    Amboi, amboi, amboi…Cik Puan Sookie….kemain empuk lagi gebu. Tak de beza tilam dgn yang empunya badan. Hahaha. Jgn marah haaa…Yang penting Sookie tetap potogenik. Pandai betul posing ala2 supermodel.

    1. Hhahahahaha.. nasib baik Sookie tak buat hal kak, risau juga saya. Tapi kalau Aoi tu, dah amukan syaiton agaknye, hehe.. Sookie ni memang cool. Cuma hari tu dia macam stress skit, so nafas dia laju. Noona tu macam Kitteh akak pun ye jugak kan 🙂 Saya pun suka DC, dia tu friendly sangat. Bulu lembutttt je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post