Kitties,Review Table For Two

Table For Two

Product review: Cat It Elevated Glass Diner

Hari itu hari Ahad. Hachiko cakap dia nak ajak Hime pegi dinner. Memula dia ajak Sookie pergi sekali. Tapi Sookie cakap dia malas, sebab dia letih baru balik dari kelas yoga Lady Jemah. So Sookie cakap “Korang berdua jelah pegi dinner. Kita nak tido je, letih sangat la hari ni..”

Hachiko cakap “Okeylah, kitorang pegi dulu. Kalau lapar nanti pandai-pandai lah Kakak Sookie cari makan sendiri ye. Kitorang takdenye nak tapau-tapau ni. Sebab lepas dinner nanti nak terus pegi tengok wayang” – gituuuu.. by the time Hachiko menghabiskan ayat dia tu, Sookie didapati sudah pun terlentang tidur. Letih sungguh beliau.

20130117_000226

Hachiko dan Hime menunggu teksi

Adalah dalam sejam jugak Hime tu bersolek. Sempat la Hachiko tidur se-round masa Hime pilih baju, bermekap dan bergincu.. maklumlah anak dara.. kalau nak pilih baju pun boleh sakit otak. Tu pun puas Hime try baju tu, try baju ni.. semua dia tak suka.. akhirnya Hime mengambik keputusan untuk memakai gown dengan ribbon di pinggang. Memang ayu sangat.

Mereka naik teksi ke sebuah restoran yang popular di kalangan kucing-kucing, iaitu Fussie Cat Fine Dining Restaurant. Sepatutnya kakak yang kena jadi supir hantarkan mereka ke restoran, tapi kakak sibuk jadi kakak bagi diorang duit suruh naik teksi je.

Nasib baik Hachiko dah buat reservation. Jadi tempat untuk mereka berdua sudah pun disediakan. Happy betul Hime. Lalu Hime berfikir, “Eh.. birthday kita bulan May nanti.. kenapa Hachiko baik hati sangat belanja kita fine dining ni?”

Hachiko macam tahu je yang Hime cakap dalam hati lalu berkata “Sebenarnya kakak bagi kita bonus sebab tolong dia spring cleaning minggu lepas. Kita selalu buli awak dengan Kakak Sookie. So ingat nak belanja korang.. tapi kakak Sookie tu nak tido pulak. So belanja awak je lah..”

20130410_005059

“tadaaaaaaaaa..” kata pelayan sewaktu menghidangkan makanan ni

Hime terkejut sebab itulah kali pertama dia dihidangkan dalam mangkuk sebegitu canggih. Maklum lah selama ni kakak hidangkan wet food dalam mangkuk plastic Ikea je. Hime begitu terpesona dengan reka bentuknya yang sungguh elegant lalu dia bertanya pada Hachiko, “Apa kebendenya nama bekas makanan kita ni? Cer awak cite skit”

“Entahlah, kita mana tahu. Jom kita makan dulu..”, jawab Hachiko acuh tak acuh. Hime merasa tensen lalu memanggil pelayan.. “Tolong panggilkan your manager, please.. I nak jumpa sekejap..” Amboi, tak sangka sungguh Hime begitu pandai menggunakan I-you.. Ingatkan Datin Aoi je yang pandai cakap I-you ni.

Tak lama lepas tu, manager pun sampai dan Hime request untuk diceritakan serba sedikit tentang bekas makanan yang sangat menarik minatnya. Memandangkan ‘customer always right’, nak taknak manager tu pun bercerita la tentang bekas makanan tu..

“Kalau Puan Hime nak tahu…”

“Opp.. opppp.. bukan Puan ya.. I ni Cik lagi. Panggil I, Cik Hime..” kata Hime sambil menjeling. Hachiko pulak ketawa tutup mulut. Tak berani nak ketawa kuat. Manager tu mintak maaf sebab tersalah gelaran.

20130407_203646

Kalau Cik Hime nak tahu, ini namanya Cat It Elevated Glass Diner.

20130407_205919

Ia mengandungi dua mangkuk kaca dan sebuah pelantar (pedestal)

Pelantar tu ada dua pilihan warna, hitam atau putih. Dua mangkuk tu pula berbentuk condong. Kenapa bentuknya condong? Bentuk condong direka khas bagi memudahkan kucing untuk grab makanan tu masuk ke dalam mulut. Bawah mangkuk kaca tu pula ada macam ‘tiang’, dan pada pedestal tu pula ada lubang. Bila dimasukkan mangkuk dalam lubang kat pedestal tu ia akan terus grip mangkuk tu supaya tak bergoyang dan mudah jatuh.

20130407_205713

Ini ialah bahagian bawah pedestal tu

Terdapat getah anti-slip pada keliling pedestal ni yang berfungsi untuk tidak membenarkan ia bergerak dengan mudah jika kucing tertolak, tak kira walau diletak di atas lantai kayu, lantai marmar, atau tikar getah sekalipun. So kalau tertolak pun, tidaklah terbalik.

20130407_205951

Reka bentuknya juga sangat elegan dan amat sesuai dengan apa jua tema rumah anda. Klasik? Modern? Semua sesuai πŸ™‚

20130407_210032

Glass Diner set ini jugak adalah selamat jika dicuci menggunakan pencuci pinggan automatik (dishwasher) – tengok kaca pada mangkuk tu tebal kan?

“Okey Cik Hime, silakan makan dulu.. nanti sambil Cik Hime makan, saya akan bercerita lagi tentang Glass Diner ni” – kata manager restoran itu

20130410_005129

“Ini ialah hidangan paling istimewa di restoran kami iaitu Chicken with Vegetables and Brown Rice in Gravy. Encik Hachiko order khas buat Cik Hime sebab katanya ini ialah menu kegemaran Cik Hime. Err.. boleh saya tahu, Encik Hachiko ni teman lelaki Cik Hime ke? Nampak sangat sepadan..”. kata manager restoran itu sambil menunjukkan tanda bagus dengan dua tangan, macam Dr Rozmey. Hachiko ketawa tutup mulut lagi.

“Hishhh you ni mengarut je.. Hachiko ni adik I. Adik lain mak, lain bapak. Hachiko ni maknya kucing KL. Bapaknya kucing Canada. I pula, anak yatim piatu..” jawab Hime sambil mengesat air mata dan menangis teresak-esak. Manager restoran tu terus gelabah dan menghulurkan tisu pada Hime.

“Maafkan saya Cik Hime, saya bebetul minta maaf. Saya tak berniat nak lukakan hati Cik Hime.. Takpe, nanti next time Cik Hime datang, kami akan belanja Cik Hime makan apa saja yang Cik Hime nak. Kami ada pelbagai menu menarik seperti Premium Tuna with Salmon, Premium Tuna with Prawn, Premium Tuna with Baby Clam, dan sebagainya..”

“Baiklah. Kalau macam tu, biar saya dan Hachiko makan dulu ya,” tangisan Hime terus berhenti dan mula fokus pada makanan.

20130410_005311

Mereka berdua makan dengan penuh berselera

Manager restoran itu menambah lagi, “Seperti apa yang Cik Hime dan Encik Hachiko alami sekarang, rasa tak perbezaan bila makan dengan Elevated Glass Diner ni berbanding makan dalam mangkuk biasa?”

“Hmmm.. yelah. Saya rasa lebih selesa sewaktu makan. Maklumlah saya ni tinggi.. Jadi bila makan dalam mangkuk biasa, saya kena menunduk lebih sikit. Sakit jugak la tengkuk ni ha kalau nak makan banyak, sebab kena menunduk lama..” jawab Hachiko

“Haaa.. itulah salah satu kelebihan Elevated Glass Diner ni. Ia memberi lebih keselesaan pada kucing yang tinggi dan berbadan tegap seperti Encik Hachiko ni sebab tak perlu menunduk sewaktu makan”, balas manager restoran itu.

20130410_005256

Mereka berdua nampak begitu khusyuk sekali sewaktu makan. Pasti makanannya sangat sedap

20130410_005238-edit

Bentuk mangkuk yang condong memberi keselesaan pada Hachiko dan Hime sebab ia tidak mengganggu leher mereka waktu grab makanan. Maknanya tidaklah leher tu terkena pada mangkuk tu. Jadi mereka dapat makan dengan tenang dan tanpa gangguan pada leher.

20130410_010039

Hachiko makan sampai licin

Manager restoran itu merasa terharu kerana Hachiko dan Hime begitu menggemari makanan yang dihidangkan. Mereka berdua juga amat berpuas hati di atas layanan yang diberikan. Selepas membuat bayaran, manager restoran itu telah memberikan satu set Cat It Elevated Glass Diner kepada Hime, tanda terima kasih.

mesero7.1color

inilah manager restoran yang baik hati itu..

Oleh kerana sudah kekenyangan, Hachiko dan Hime mengambik keputusan untuk pulang ke rumah saja. Tak jadi pegi tengok wayang sebab tilam dan bantal di rumah lebih menarik dari menonton wayang.

Sesampai saja di rumah.. kakak Sookie mereka didapati masih lagi terbungkang tidur. Amboi apa yang begitu penat ni? Bisik Hachiko dalam hati. Hime pula dengan eksaited sekali membuka buah tangan yang diberikan manager restoran itu..

20130407_205906-edited

wahhhh.. dapat Cat It Elevated Glass Diner yang amat diidamkan Hime

Dia melompat kegembiraan dan tak sabar nak kejut kakak Sookie untuk share kegembiraan itu. Hachiko pula merancang sesuatu, “Memandangkan tadi manager restoran dan brief pasal glass diner ni, boleh la kita berlagak pandai depan kakak Sookie,” kata Hachiko dalam hati sambil tersenyum sendirian.

20130407_213159-edit

Kakak Sookie mereka masih tidur

Hime letakkan glass diner tu kat depan dia dan menggoncangkan bekas makanan. Seperti biasa, tatkala mendengar bunyi kibbles digoncang…

20130407_213209-edited

mata beliau terus celik!

20130407_213316-edited

dan terus mengambil tempat di hadapan mangkuk makanan – genius!

20130407_213640-edited

Hachiko memberi sedikit tunjuk ajar kepada Sookie

“Kakak Sookie, ini namanya Cat It Elevated Glass Diners. Haa, kita yakin ianya amat sesuai dengan awak. Sebab lepas ni tak payah la awak minum air secara meniarap lagi sebab letih nak menunduk lama-lama..”

20130407_214003-edit

“Woah.. canggihnya” – Sookie terpegun

“Mestilah canggih.. tengok ni.. ada dua mangkuk. Satu boleh letak makanan diet awak ni.. satu lagi boleh letak air”, terang Hachiko penuh eksaited. Padahal tadi masa kat restoran, dia yang pemalas nak amik tahu pasal mangkuk tu..

20130407_214126-edited

“Haaa.. cenggini la cara nak makan, nom nom nom krup krap krup krap”

“Hmm.. kenapa la makanan diet pun begitu sedap? Macam mana nak diet ni? Nom nom nom..” – Hachiko makan sehingga lupa diri

20130407_214441-edited

Β “Woi woi! Perlu ke makan makanan kita sampai habis semangkuk? Ni nak demo ke melantak ni?” Kakak Sookie mula berang

“Opppsss.. maaf kakak Sookie.. Bukan apa, sedap sangat makan tanpa perlu terlalu membongkok ni. Takde la lenguh tulang belakang. Tu yang tak sedar dah makan sampai separuh mangkuk. Ampunkan kita ya. Meh kita top up makanan awak. Kalau tak habis, jangan risau.. kita bersedia tolong habiskan..” ujar Hachiko lagi

20130407_214813-edited

Β Turn Sookie pula makan

Begitu asyik sekali Sookie makan. Selalunya Sookie mudah letih waktu makan, sebab dia kena membongkok lama. Biasanya kami tindih satu lagi mangkuk di bawah mangkuk dia supaya tak perlu bongkok sangat. Tapi sekarang tak perlu lagi sebab pedestal tu dah cukup tinggi dan memberi keselesaan pada Sookie waktu makan.

20130407_214849-edited

Β Leher pun tak terganggu

Nampak tak mangkuk tu condong, jadi leher Sookie tak terkena pada mangkuk tu. Lagi pulak, sebab kecondongan mangkuk tu, makanan tu sentiasa berkumpul setempat. Tak perlu grab makanan dari keliling mangkuk. Faham kan? Hehehe..

Sookie begitu senang hati dengan hadiah yang dibawa balik Hime ni, lalu terus mengambil keputusan untuk menjual Cat It Elevated Glass Diner ini di Sookie’s Store!!

Jadi kepada mereka yang ingin mendapatkan Cat It Elevated Glass Diner ni, boleh la datang terus ke Sookie’s Store, B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Sookie’s Store ni terletak di bangunan bersebelahan Restoran Santai. Sederet dengan kedai perabot Lucky Home.

Kalau nak tahu harga, boleh PM/Inbox kami dia fb Sookie’s StoreΒ ya. Ataupun sms/whatsapp 012-9379037. Jangan risau, harganya tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan keselamatan tulang belakang kucing kita, hehehe..

20130407_214907-edited

tengok Sookie makan hingga menjilat muka, dap angatt.. hehehe

13 thoughts on “Table For Two”

    1. Dia makan RC. Tapi kena hadap la. Kalau tidak si Hime & Hachiko yang bedal makanan dia. So bila pergi kerja (tak dapat hadap), kitorang bagi dia makan Taste of the Wild, sama macam yang lelain πŸ™‚

      1. Rc yg mana 1 ye? Utk diet pnya ke? Meow sy bg rc 32 n cmpur ngn rc hair skin.makin debab lak ngn perut mengelebeh.dia jenis taby je

  1. Comelnya baju hime , bkenan plak, tgk kat izzy pet x de pun cm ni akak, …. kih kih dari mula baca sampai habis asyik gelak je, klakar btul πŸ˜€ sgt klakar bila sookie tgk hachiko melantak makanan dia πŸ˜€

    1. Ha’ah baju ni beli sebelum ada Izzy Pets lagi hehehe.. Nanti nak cari jugak. Tapi harga dia boleh tahan la……. hahahaha.. Itu la Hachiko melebih-lebih pulak kan :p

  2. lekanya saya membaca kisah diatas sambil tersengih sampai bos lalu keheranan pun tak nampak..hehehe…menariklah mangkok tu, nanti saya calculate berapa yg perlu untuk kekucing saya yg 11 hekor ni…last2 mungin order satu jew..hahaha…oh..kena order kat izzy pet..ok πŸ™‚

  3. LOL.. bila tiba turn Hachiko brief Sookie ttg Cat It Elevated Glass Diner, sempat gak tersembur air sebab gelak.. sambil bagi briefing sambil sebat makanan Sookie ya Hachiko.. hahah.. very educational info and iklan strategi yang very well presented. syabas Iz.. bila nak buka cawangan kat KL..esp in Ampang..so i senang pergi sana.. oh ya ada soalan, Blackwoods utk adult cats mmg tak ada dalam pasaran ke?

    1. Hahaha tu la kan. Padahal patutnya brief benda lain. Dia pegi ajar cara makan pulak. Padahal setakat cara makan tu, Sookie dah expert. tayah ajar pun dia tahu haha.. Ala kak.. kedai yang ada ni pun bersize mini, sookie pun tak muat masuk.. tak mampu nak buka cawangan hahahaha… Ada je Blackwood adult, takde pulak dengar masalah takde stok ke apa. Kat tempat akak takde ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post