Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Petknode – Hell For Cats

Baiklah, aku akan jadi seorang lagi manusia yang membuat entry berapi pasal Petknode. Bukan sebab nak jadi traffic hunter, blog aku memang tak ramai pembaca pun haha. Tapi sebab aku memang sakit hati dengan apa yang Petknode dah buat terhadap para kucing yang tak bersalah tu. Dan kalau boleh, biarlah semua blogger dalam dunia ni buat entry pasal Petknode celaka ni.

So what/who the hell is Petknode?

Petknode kononnya sebuah pusat jagaan haiwan kesayangan anda. Atau dalam erti kata yang lain, “Hotel for Cats”. So masa hari raya haritu, kan cuti panjang, banyak la orang hantar kucing diorang ke Petknode. Malangnya, ini yang berlaku..

Si penamak Petknode ambik sampai 300 ekor kucing tapi tak dijaga langsung! Bayangkan kucing semua tak diberi makan dan minum 7-8 hari sampai jadi macam ni. Bulu gugur, badan pun naik keding sebab dehydrated. Bagai tak percaya kan kucing di atas ni ada tuan? Nampak macam stray cat.

Ada yang terus dibiarkan dalam carrier je. Tahu tak carrier tu kecik je bagi kucing? Even carrier besar pun, tetap kecik jugak. Kalau kucing besar tu, dia nak angkat badan dalam carrier tu pun payah, inikan pulak duduk dalam tu seminggu? Patah pinggang hoi. Cuba kau meniarap seminggu. Ada pulak 3 ekor kucing besar diletak dalam 1 carrier. Hoiiii.. kau ni gila ke? Seminggu duduk bersesak dalam carrier tu, boleh mati tahu tak?

See, badan dh tinggal tulang, sedih sangat keadaan kucing ni.. Aku paling sedih sebab kucing ni nampak macam kucing aku yang A-oi tu..

A-oi yang sedang main dengan water fountain dia.

 

Ini Emak kucing dan anaknya. Macam mana mak dia nak susukan anaknya kalau tak diberi makan? Susu pun takde. So sekor anak kucing ni mati.. The rest semua macam tak cukup nyawa 🙁

 

Kucing ni pasti trauma yang teramat sangat.. kau ingat manusia je tahu trauma?

Imagine kucing semua bergelumang dengan najis dan kencing, Ya Allah aku tak sampai hati nak bayangkan.

Tengok si kecil yang putih tu, terus aku rasa macam tengok Hime versi comot..

 

Kat dalam cage Hime siap ada hammock..

 

Kesiannya la kucing ni semua dah macam tak bertuan.

 

Tengok ni, sampai jatuh besi dalam cage ni, iskk sedih betul keadaan diorang ni..

Aku ada baca sorang makcik ni komen kat mana tah, katanya kalau tak mampu jaga, jangan la bela kucing, lepas tu hantar boarding. Berasap terus aku. Hello kak, orang hantar boarding bukan sebab tak mampu nak jaga kucing ataupun tak sanggup nak jaga kucing ataupun takde masa. Sebab sayangkan kucing la orang hantar boarding, faham tak kak??

  • orang hantar boarding sebab terpaksa outstation dan takde orang yang boleh tengokkan kucing tu kat rumah.
  • orang hantar boarding sebab taknak kucing kesayangan lari dari rumah bila owner dia takde pada jangka masa yang panjang (outstation, balik kampung)
  • orang hantar boarding sebab percaya kucing tu lebih selamat kat sana sebab ada orang jaga makan minum and tengokkan diorang sepanjang ketiadaan owner
  • masa wedding aritu, aku hantar Sookie boarding sebab masa tu dia kecik lagi and takut pada banyak benda. Bunyi orang pasang canopy pun dia dah takut sampai menyorok-nyorok, kesian.

Masa raya baru-baru ni, aku pun hantar boarding sebab kucing aku ada 5 ekor, semua dah besar kecuali Hime. Selalunya kalau diorang naik kereta je, memang tak boleh letak barang lain dah. Penuh dengan carrier diorang je. Dah la aku pergi banyak tempat, Jerantut, Cameron Highlands, Ipoh, KL. Kau ingat aku nak kucing aku penat kat dalam kereta pergi sana sini? Muntah la diorang wei. Lepas tu mana nak pegi beraya lagi, nak jaga kucing lagi.

Dan sebab itulah aku pun hantar boarding. Mula-mula katanya klinik tu taknak amik boarding, tetibe boleh pulak. Of course aku rasa lebih lega bila aku tahu ada orang yang akan jaga diorang. That’s how these people feel. Diorang harap kucing diorang selamat di Petknode.

Tapi dua orang gemuk di atas, langsung tak betanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan kat diorang. Ingat orang suruh kau jaga kucing tu semua free ke? Hoi orang bayar laaaaa!!! Kalau kau pun sibuk sangat nak beraya, nak makan ketupat, rendang, lemang, yang kau sanggup amik boarding sampai 300 ekor ni apa cerita wei??

Even anak buah aku pun tahu yang kucing tu ialah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W, kita tak boleh sakiti dia. Berdosa tahu?

Nak je aku sumbat dua ekor gemok ni dalam cage lepas tu jangan bagi makan dan minum selama seminggu. Kau berak dan kencing la kat dalam cage tu. Kalau lapar, makan la taik kau tu. Tengok lepas tu badan kau gemok lagi ke tak. Aku takde niat nak perkecilkan orang gemuk or whatsoever so don’t judge me. Aku benci dua mangkuk ni tahu nak besarkan badan sendiri je tapi kucing semua kurus keding tak dibagi makan. Dengarnya, bukannya takde makanan kat situ, ada je, tapi tak diberi pada kucing-kucing ni.

We offer 24/7 Good Care for cats while their owners are not around. Petknode accommodates every boarding guest in a Safe & Sound premise so that each cat enjoys the holiday be it for short or long stay where Privacy is guaranteed. We also provide Grooming services at affordable rates.

Perghh.. janji-janji palsu Petknode. Puiiii

 

Tengok iklan di atas. Siap besarkan perkataan Good Care tu. Padahallllll…

Ada orang yang bayar RM230 untuk 8 hari. Dijanjikan private room kauuu.. Tengok betapa tuan kucing ni sayangkan kucing dia, siap nak bagi private room. That means sehari dia bayar almost RM30 untuk kucing dia, tapi apa yang dia dapat? Kucing dia dibiarkan dalam carrier je sepanjang 8 hari. Sadis gila.

Aku harap mangkuk hayun dua ekor tu hidup mereka akan dihantui ratusan kucing tu semua. Aku ingat lagi mak cakap kalau kita aniaya binatang, di akhirat nanti binatang tu akan jadi besar, kita pulak yang akan jadi kecil. Dan diorang akan balas balik apa yang kita lakukan kat diorang waktu di dunia. Semoga dua mangkuk ni dapat la balasan. Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti, pasti. Matilah kau dalam neraka jahanam.

**Gambar yang takde watermark diambil dari Facebook Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan – terima kasih

Comments

comments

20 thoughts on “Petknode – Hell For Cats”

  1. keji betul la. Kesian aku tgk muka2 kucing tu. kalau aku salah sorang owner kucing tu, teriak weyyyyyyyyyyyyy… penat kita jaga dengan penuh belaian, macam ni dorang buat kat kucing kita. Grrrrrrrrrrrrrrr….

    1. kan.. kekadang kos menjaga kucing lagi tinggi dari budget lunch & dinner kita. Tapi sebab dah sayang tu apa sajalah kan. Tapi bila orang buat macam ni, Ya Allah, kejam gila 🙁

  2. Kesian kucing-kucing tu semua..
    jahat betul si gemok dua orang tu..
    harap badan ke besar, akal ke laut..
    kalau dapat kurung dia dalam cage tu tak bagi makan kan bagus..
    kurang hajar betul..

    1. balas balik kan. Mementang kat Malaysia takde undang-undang yang ketat untuk pendera haiwan. Baca dalam The Star, mak owner tu cakap, anak dia jenis kalau tengok kucing mati, boleh nangis. Konon laaa..

  3. Gem0k2 nie kite sumbat dia dlm carrier! jgn bg mandi ..jgn bg mkn! ko rasakan lah seksaan! duduk sejam je ko dah mati! errrggghh…sakit jiwa ngn isu2 mcm nie. Sape yg tak bela kucing je tak tau perasaan gini..same r ngn makcik tu..komen pandai lah! aku bg kuku kucing calar mulot ko br tau! huhu… == Sy Ezrin Pencinta Kucing Sejati==

    1. Tu la pasal kan. Setakat ada sekor kucing, takyah cakap banyak la. Memang la boleh usung kucing tu sana-sini. Apa la perasaan orang yang dah bela kucing tu berbelas-belas tahun, tetibe kucing dia jadi camni kan.. Mesti trauma

  4. jumaat sampai ahad ni kitorang ada femili day kat fraser hill so dah bercadang2 & berkira2 nak anta dak Tomey ni gi boarding sebab sgt kesian la kalau tinggalkan dia kat rumah. tapi bila baca entri ni, badan terus rasa seram sejuk. kalau nak bawak takut tak terlayan dia plak nanti. haihh.

    so dah gi survey2 tempat boarding kat melaka ni. salah satu tempat, sebuah petshop, tapi nampak area utk boarding tu agak kecik, crowded, congested & tak berapa bersih. masuk je dah berbau. so…rejected.

    satu lagi, kat klinik vet. of coz mahal la sket dari yg kat petshop tu tapi rasanya berbaloi lah kot (?) harap2 lah….

    ni pengalaman kali pertama saya nak hantar boarding. rasa tersayat lah jugak hati memikirkan dia akan terkurung tak bebas bergerak 3 hari tapi apa boleh buat.. hari tu kurung sekejap dlm cage sebab nak bersihkan rumah pun mcm meroyan gayanye.. ni kan pulak 3 hari. bukan kucing je stress, tuannye pun stress jugak memikiorkan.. uhuk3..

    1. Kalau saya, rela hantar dekat vet. Memang mahal sikit, tapi kita tahu kucing kita terjaga. Saya dah pernah few times hantar kucing boarding. Bila amik je, tengok semuanya gegemok belaka. Sebab dalam cage takde activity kan, makan tidur je. Hahaha. Jgn lupa tanya kat klinik tu, makanan kucing nanti macam mana. Whether kena bawa bekalan sendiri atau macam mana. Kalau tempat yg saya selalu hantar kat Kuantan ni, dia memang bg makanan kat kucing tu ikut apa yang kita biasa bagi 🙂

  5. saya memang anta kat vet tu lah kot. takdelah beza sgt sebenarnya, kalau kat petshop rm8, tapi makanan sendiri, tenpat pun mcm tak meyakinkan. kat vet, rm15 tapi food provided. dia bagi RC. ok sgt kan? kat rumah pun mmg bagi dia RC. 3 hari nanti tak tahulah cemane. rasanya ‘mak kucing’ ni yg lelebih risaunye dari anak kucing. hehehe.

    1. Biasanya kalau kat vet mmg gitulah range harganya. Lagipun 3 hari je kan. Sekor je kan? Kitorang masa raya haritu hantar 5 ekor, 5 hari, 400 lebih kalau tak silap. Tapi sebab nak selamat punya pasal, hantar la jugak boarding. Tak berani nak tinggalkan dekat rumah lama-lama. Takde sape nak uruskan pasir & food diorang. Tak sanggup!

  6. terlupa nak tanya. kucing2 you lepas ambik dari boarding ada tak buat perangai tak? mana la tau mcm merajuk ke…tak nak dekat & dipegang ke..atau riang ria mcm biasa?

    1. takde masalah langsung. Tetap happy macam biasa, dan lebih gemuk dari biasa. Haha. Siap bila nampak kita amik dia kat klinik tu, mengiau ngiau happy sangat nak balik rumah 🙂

  7. Kucing saya tak yah bawak gi tempat cat hotel langsung. Kadang-kadang seekor dibawa pergi beraya… Saya rasa saya boleh jaga 2 kucing. Heehee hee. Kucing anda akan dilayan dengan baik. Percayalah. :3
    Kucing anda akan gembira bersama saya. Saya kerja ADOPTER juga jadi saya pastikan haiwan yng nk dibela sihat, cantik,gembira… SAYA SAYANG HAIWAN SELAMA LAMANYA!!!

    1. oh yeke? bagusnya.. semoga maju jaya.. jaga kucing boleh dapat banyak pahala dan dimurahkan rezeki 🙂

  8. aduhhh..x sanggup tgok gambar2 yg iz letak..kesiannyerr kucing2 yang kat boarding giler tu..sedihnyerrr..Ya Allah..emosi akak tgok kucing2 kurus kering..kesiannyerrr x makan sampai 8 hari..bersempit2..bersesak2..duduk dlm cage kecik.. memang celaka laaa owner boarding tu..kena sumpah seranah dek owner cats..menjawap laa dia dgan cats tu kat akhirat nanti..janji Allah itu pasti..sekali kita seksa haiwan..mmg balasan nyer tunggu kat akhirat kelak..mmg ko x boleh lari hokay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Kitty BouncerKitty Bouncer

Menurut Wikipedia, ‘bouncer’ is also known as a doorman or cooler is an informal term for a type of security guard employed at venues such as bars, nightclubs or concerts to provide security. Ini aku copy paste directly from wikipedia sebab