Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Lapar Sangat Ke?

Kebiasaannya memang kalau beli cat food, suami akan ambik paket besar sekali, sama ada 10kg atau 15kg. Sebab senang takyah nak berulang alik banyak kali untuk beli makanan. Kalau ada jual 30kg terus pun aku rasa maybe kitorang beli yang tu je. Mungkin boleh tahan 3-4 bulan hahaha. Secara purata, diorang ni makan 10kg sebulan.

So last weekend aku pergi beli Royal Canin Kitten untuk si kenit sekalian. Oleh kerana terlalu sibuk, maka malam tadi baru aku luangkan masa untuk bukak packaging tu. Cewah busy sangat la kononnya kan hehehe.

Kitorang memang keluarkan semua kibbles tu dan masukkan dalam bekas lain yang kedap udara. Sebab kalau biarkan dalam pack dia tu, sama ada masuk angin, ataupun masuk semut. Kucing aku semenjak makin dewasa ni, makin taknak makan makanan yang masuk angin. Mengada sangat. Yelah aku pun tak suka makan biskut masuk angin kan.

Seperti biasa, Hachiko memang tak boleh nampak aku. Aku kan idola dia. Apa aku buat, mana aku pergi, dia mesti nak amik tahu. Sampaikan kalau tengah makan, if dia nampak aku masuk bilik air, sanggup berhenti makan, dan tunggu depan pintu bilik air. Lepas aku keluar, baru la dia pergi sambung makan.

Obses betul dia dengan aku kahkahkah. Dan sebab tu lah aku sayang bebenor dekat dia ni. Sampai kakak aku ajak pergi tidur rumah dia pun aku taknak sebab tak sampai hati nak tinggalkan si kenit ni.

Makanya, dialah yang tolong aku semalam..

DSCN9269 [640x480]

 tolong makan

Tengok tu, siap berdiri lagi makan dari bekas besar tu hahahaha. Apa la punya perangai ni. Dah la tu, makan dengan sangat berselera pulak. Macam lah first time makan biskut tu. Sampai aku pun rasa berselera tengok dia kruk krak kruk krak mengunyah, haha..

Makanan tu aku keluarkan dari packaging dia dan letak dalam bekas kedap udara yang aku alas dengan plastik hitam dulu. So setiap kali nak tutup bekas tu, aku simpulkan plastik tu dulu, lepas tu baru tutup. Lepas tu aku ada isi food dalam tupperware juga. So tak perlu buka bekas besar tu selalu. Bila nak refill makanan, aku amik yang dalam tupperware tu je. Bila dalam tupperware tu habis, baru bukak bekas besar tu, refill balik tupperware. Banyak step kan? Hahaha. Tapi dah biasa.

Mana pergi kucing lain? Diorang entah ke mana, tapi adalah dalam rumah masa tu. Sookie ada kat sebelah tu. Dia tengok je. Mungkin dalam hati sedang berkata “Walaupun aku suka makan kibbles, namun aku tidaklah pelahap seperti si Hachiko tu ha sampai makan straight dari bekas besar.. sebagai gadis cun, haruslah aku menjaga diri dan menghiasi peribadi..” – Sookie feeling Wardina.

DSCN9270 [640x480]

lapar sangat ke?

 

Comments

comments

12 thoughts on “Lapar Sangat Ke?”

  1. ape la kakak ni.. mesti la biskut tak masuk angin lagik sedapp.. apa kata jadikan mcm cereal mkn dgn susu.. chiko mkn x? mowtipp aku manjakan nama? hahaha

  2. hamboii..sampai pijak terus makanan sendri..syabas Hachiko! dia teruja tu tak penah tgk menggunung kibbles depan mata kot..selalu setompok2 je dlm mangkuk dia..ni kakak tak halang pulak..syiok toi! nyam nyam nyam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

DIY Pet BedDIY Pet Bed

Hai. Seperti yang korang sedia maklum, dari kecik Hachiko memang tidur dengan aku. Peneman setia waktu malam terutama bila suami outstation. Kalau takde Hachiko, memanglah aku ni pengecut nak tidur

Gong Xi Fa CaiGong Xi Fa Cai

Setelah sekian lama blog ni terabai kan.. Syukurlah kita masih belum lupa username dan password blog. Kakakakaka..Gigih sangat mencari masa untuk update blog. Akhirnya masa itu muncul jua. Berjaya jugak