Hai.. ini ialah kucing-kucing kakak berganding bahu membuat entry ini sebab kakak cakap dia pening kepala sikit dan dia nak layan cite Scent of a Woman dekat channel OneHD. Nak tahu tak, kakak tu tengok setiap episod cerita tu, dia mesti menangis. Apa sedih bebenor ke cerita tu? Sampaikan ringtone telefon kakak pun lagu The Dancer.
Kelmarin kakak balik rumah awal sikit, jadi dia kata dekat Hachiko “Jom kita jalan-jalan jom”. Budak Hachiko tu bukan main happy la bila kakak cakap nak jalan-jalan. Selalunya dia tu main dalam rumah je.
Nah kat bawah ni kitorang letak banyak gambar-gambar aktiviti petang kami. Selamat menjamu mata ye kawan-kawan kakak. Setiap sorang dari kami akan tulis entry ni, so selamat membaca juga 🙂
Tuan Puteri A-oi
Sookie: Nampak tak leher A-oi tu dah takde collar? Budak ni, dia hilangkan collar yang Abang Long hadiahkan masa birthday dia tu. Lepas tu kakak belikan dia collar baru sebagai ganti. Tak sampai 24 jam dah hilang lagi. A-oi ni mengada-ngada mentang-mentang la kesayangan ramai, dia selamba je hilangkan collar tanpa rasa guilty. Tahu tak dia la yang ada paling banyak collar? Saya ni, baru pakai collar kedua. Collar pertama tu pun bukannya rosak atau hilang, tapi kakak kesian sebab saya dah lama pakai collar tu, so dia tukarkan.
Budak over excited
Hachiko: Haiiii kawan-kawan kakak. Saya rasa excited gila sebab dapat keluar jalan-jalan dengan kakak. Kakak letak tali dekat leher saya supaya saya tidak over excited dan lari dari rumah, kui kui. Bukan apa, kakak cakap saya ni lari laju sangat. Kalau tak ikat dengan tali tu, sekejap je saya lari dan sampai ke pintu pagar. Kakak cakap bahaya. Takut ada lori.
 padang
Hachiko: Haa tengok tu, kalau kakak tak letak tali dekat leher saya, mungkin saya akan jadi naughty sangat dan lari keluar dari kawasan rumah. Dan mungkin juga akan panjat pokok. Hey saya ni lasak tau. Jadi kakak cakap, memang tak boleh lepaskan saya sembarangan. Takpelah kakak, saya tak kisah pun. Best juga dapat jalan-jalan sambil kakak temankan.
 Hachiko yang gembira
 Hiyarrkkkk..!!
A-oi: Ehem.. maaflah sebab dalam gambar ni saya nampak defensive. Kui kui. Sebenarnya saya ni bukanlah eksyen sangat. Saya sayangkan kakak dan semua ahli keluarga dia. Tapi saya lebih sayangkan Abang Azri. Dan saya ni cepat rasa cemburu pada adik-adik kucing yang lain iaitu Sookie dan Hachiko terutamanya. Dengan Hime saya okey sikit mungkin sebab bulu kami sama-sama warna putih. Hahah. Waktu kakak snap gambar atas ni, Hachiko tengah cuba nak bergurau dengan saya, tapi saya salah anggap pulak dan melompat ke tepi lepas tu saya marah dia. Heheh. Tapi saya takde rasa menyesal pun lepas marah Hachiko walaupun saya yang salah. Saya harus jaga ego saya.
 Hachiko membawa diri lepas kena marah dengan Kakak A-oi
 A-oi lebih suka main sorang-sorang
 Hachiko dan Hime yang best friend forever
Hime: Tahu tak masa tu saya tengah menyiasat sesuatu objek yang berada di atas rumput tu. Tak pasti apa. Rasanya bukan butterfly. Adakah sampah? Tapi macam bukan sampah. Sebab tulah saya dan Hachiko sedang berbincang tu.
 Merenung masa depan
Hachiko: Kalau orang tanya saya, where do you see yourself in 5 years? (wah macam temuduga cari kerja) Jawapan saya ialah, masih bersama kakak dan keluarganya. Walaupun saya baru berusia 7 bulan, tapi saya cukup gembira dan bahagia bersama keluarga ini. Diorang super duper penyayang dengan kami berenam *kesat air mata terharu*
 Kakak A-oi ni mengada
Hachiko: Setiap kali saya cuba nak bermesra dengan dia, mesti dia tak bagi saya dekat dengan dia. Tengok tu dia nak tumbuk saya. Hahaha ngade punya kakak
 hmmphhh..
A-oi: Ada tak pembaca blog kakak yang rindukan saya? Heheheh. Maaflah sebab saya dah hilangkan collar yang kakak baru beli tuh. Sebab tu leher saya nampak begitu jinjang. Sebenarnya saya pun tak tahu masa bila collar tu tercabut. Mungkin masa saya wrestling dengan Lilo. Hmm.. dah hilang dah pun. Kata orang, benda yang lepas jangan dikenang. Maka saya pun malaslah nak mengenang collar yang hilang itu. Kahkah (sebenarnya malas nak cari)
 Helloooo *buat muka paling sweet*
Sookie: Jangan cemburu kerana saya punyai 3 biji loceng di collar. 1 kilometer dah boleh dengar kehadiran saya yang debab ni.
 berbincang nak jalan kat bahagian mana lagi..
 Senangnya dalam hati bila berjoging di petang hari.. ewahh
 Siasat semut
 Amendeeee kakak ni panggil panggil?
 Siasat kaki kakak
 Berehat sebentar di atas dedaun kering.
 Cubaan cium Kakak A-oi berjaya. Tapi lepas tu kena ketuk kepala. Cis
 Panjat tianggggg
 Sayang kakak
Ichii: Assalamualaikum.. nama saya Ichii.. Petang tu saya terlewat join kakak bermain dengan adik-adik. Kakak panggil panggil saya, tapi saya tak dengar kot. Lepas kakak nampak saya, terus dia dukung dan peluk saya. Happy sangat bila dipeluk. Kakak selalu cium cium saya lepas tu cakap saya good girl. Eheheh.
 Cubaan tidur duduk
 Siasat lubang
Hachiko: Saya lahir dengan jiwa penyiasat tertanam dalam diri. Semua benda saya suka siasat, suka hidu. Kalau malam-malam bila kakak tidur pun saya siasat muka dia. Saya hidu rambut dia, hidu pipi dia, hidung dia. Kih kih. Mungkin sepatutnya kakak letak nama saya Hachiko Drew. Macam Nancy Drew, heheh.
 Letih selepas berjoging
Hachiko: Wah kesiannya muka saya. Kenapa begitu sedih? Haha. Itulah muka saya yang kepenatan selepas berjoging selama 1 jam bersama kakak dan kawan-kawan saya yang lain.
Tidur terkangkang
Hachiko: Malam tu saya tidur awal. Sudahlah tidur awal, terkangkang pula. Sebenarnya saya plan nak tengok tv sesama kakak malam tu. Tapi entah macam mana, mata ni rasa mengantuk sangat. Lalu saya pun tidurlah. Tak sangka sampai terkangkang begini. Hahaha.
p/s dari Lilo: Hai.. maaflah sebab masa sesi jalan-jalan petang tu, saya outstation.. jadi gambar saya tiada dalam entry ni. Keh keh keh. Ada ke orang percaya saya outstation? Sebenarnya saya busy sangat petang tu. Rasanya saya ada kat belakang rumah kot masa sesi penggambaran ni. Biasalah saya ni kucing jantan, sibuk mencari rezeki. Kalau saya dapat tangkap burung, saya akan persembahkan dekat kakak. Kekadang menjerit-jerit kakak bila saya hadiahkan dia burung atau biawak kecik. Hehe. Mesti dia terharu kan? Okeylah, saya mengundur diri. Saya dipaksa tulis satu baris juga sebab kata diorang ni, setiap dari kami perlu tulis something dalam entry ni. Hehe. Assalamualaikum..
Komen aku…ko gile!!!!hahahhaaaa
klakor la, menyamar jd kucing plak…
kemslm kt sookie yg debab tu
Sookie cakap “Salam diterima”. Hahahahha
Comeeeeeel je. Rasa nak balik rumah sekarang main dengan Musa dan Jusoh.
Silalah. Musa dan Jusoh mesti happy kalau kakak bawak pergi jenjalan kat padang
Yeay! Finally, dah lama tunggu nak tengok gambar si tuan puteri Aoi tu. Asek asek Hachiko je yang ada. Hihi.=P
Btw, saya musykil la korang, macam mana ye korang type entry ni eh. Ye la, paws korang kan lebar lebar. Mesti banyak typing error. HAHAHA. Jangan marah !
Hahahaha.. bukannya taknak cerita pasal Aoi, tapi tahap keeksyenan dia tu tak boleh blah. Maka susah nak dapat story dan gambar pasal dia. Sebab asal dukung dia je, mesti kena lempang. Hahaha
bestnye bawak adik2 jenjalan! teringin gak nak bawak si kenit ni jenjalan kat padang, tapi takut dia lari la. harus kena pakaikan tali jugak mcm hachiko tu. 🙂 tapi kan..kat rumput2 tu takde hama @ kutu eh? takut nanti dah elok2 takde kutu, balik dari jenjalan terus dah ada kutu melekat. 😛
Dulu i pakaikan dia leash yang mcm jaket tu. Tapi dia tak suka. Dia taknak berjalan. Hahaha. Lepas tu i amik tali dia je, kepit dekat collar dia. Barulah berlari sakan. Kalau u pegang dgn tali tu, jgn la bawak kat tempat yg semak samun. Kalau takat jalan kat padang, shud be okey. Tapi jgn bagi dia mengutip makan bukan-bukan pulak. Kang cacing/sakit perut lak 🙂
OMG so cute!!! sungguh dengar ckp. I pernah bwk my cats g taman tapi mereka malu2 kucing dan tak nak gerak. buat penat beli leash. pastu depa rasa leash tu mcm cekik so lari lintang pukang masa test drive dlm rumah (T_T)
Aoi tu sangat lawa!!! 🙂
hahaha u pakaikan leash yang kena kepit kat ketiak tu ke? Hachiko pun tak suka yg tu. Kalau pakai yg tu, dia tak bergerak macam tugu negara. Sebab rimas kot. Penyudahnya letak talinya aje. Baru dia ok. Kucing i yang lain tayah leash, sebab senang nak panggil balik, walaupun kakak terpaksa terpekik-pekik macam tarzan, tapi depa tahu la kat mana pintu rumah. Haha. Hachiko ni risau sikit sebab dia ada extra energy. Kalau lari pun twice faster dari yg lain. Bahaya. Jadi nah kau, pakailah tali tu.
comey kucing dia..:)
Hehehe terima kasih 🙂
hamboi hachikoooo…ilang keayuan terkangkang gitu..hahaahh!penat sgt aa tu..
memang kan. Tak dan nak termenung. Baring je terus mengangkang gitu. Selalu dia berlari dalam rumah je