Contest,Kitties Pilihanraya Kecil 2012

Pilihanraya Kecil 2012

Hai.. nama saya Aoirolina. Heh, betul. Memang nama saya la yang kakak gunakan untuk blogshop dia tu. Saya tak kisah pun, sebab saya sayang kakak. Saya doakan kakak berjaya dalam bidang perniagaan kecil-kecilan yang dia baru ceburi tu. Ha apa lagi? Pergi la beli contact lens kat Aoirolina Lens. Cantik-cantik tau lens kat situ, hehe.

Okey okey sebenarnya mempromosi barang jualan kakak bukanlah niat sebenar saya pada hari ni. Hmmmm.. sebenarnya saya malu nak bagitahu ni, hihih.. Tapi kan..

Tapi kan.. baru-baru ni kakak masukkan saya dalam Pertandingan Picture Purrfect Whiskas, keh keh keh. Kakak tu ada-ada je projek dia tu tau. Masukkan kami dalam contest sana sini. Dia cakap saja je, cuba nasib. Manalah tahu ada rezeki, boleh menang kan..

DSCN8460 [640x480]

 gambar yang dipertaruhkan

Sebenarnya saya dah terlewat sertai contest ni. Dia bermula 1 March haritu. Tapi kakak masukkan saya masa 15 March. Oh noooo.. saya dah kerugian 15 hari tau. Hmm.. apa nak buat.. takpelah, kita cuba jugak kan.

Tapi apa yang kurang menarik kan, pertandingan ni kena undi undi. Dah macam pilihan raya pulak. Tak kiralah kucing tu comel ke tak, tapi kalau dia dapat paling banyak undi masa hari terakhir pertandingan nanti (30 March), dialah pemenang.

Kesian kakak saya. Sebab dia tak ramai kawan dekat Facebook. Takde orang nak kawan dengan dia. KAHKAHKAH. Okey okey saya gurau je. Hahaha. Kakak add orang yang dia familiar je.

Eh tu lah saya, kui kui.

Kakak cakap, dia masukkan gambar ni sebab gambar ni boleh nampak muka saya, kaki saya, bontot saya yang gedabak tu, dan juga ekor saya sekali. Senang je kalau kawan-kawan kakak kat blog ni nak tolong saya menang. Klik je dekat gambar warna purple kat atas ni. Nanti dia akan redirect ke page Whiskas tu terus. Dan terus ke gambar saya seperti di atas. Tekan je “UNDI” tu. Nanti dia suruh Login pakai Facebook. Kawan-kawan kakak tak payah Like fanpage Whiskas pun takpe. Undi sahaja pun boleh.

Satu hari, boleh undi sekali. Tapi boleh undi setiap hari. Jadi marilah mengundi 🙂

Hehehe..

Wah, berkempen pula saya.

Yelah, kalau dah namanya kena mintak orang undi, haruslah berkempen kan. Tapi tidaklah saya menjanjikan apa-apa kepada kawan-kawan kakak yang mengundi saya. Saya cuma mampu berdoa supaya kawan-kawan kakak hidup bahagia ke akhir hayat dengan keluarga dan haiwan kesayangan mereka. Tak kiralah kucing ke, hamster ke, sugar glider ke, anjing ke, apa-apalah.

Nah terimalah pose istimewa dari saya, Aoirolina kepada kawan-kawan kakak.

DSCN9294 [640x480]

kakak cakap dia pun dah lupa pernah letak gambar ni ke tak. Apa-apa jelah ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post