Kitties,Sick,Video Kasih Kakak Pada Adiknya

Kasih Kakak Pada Adiknya

Kalau nak tahu, balik daripada boarding haritu, Hime mula bersin bersin.. Masa tu aku ingat maybe sebab sejuk kot.. sebab minggu tu, asal petang je hujan. Asal petang je hujan. Siapalah yang menyangka bersin tu petanda yang Hime nak diserang virus demam dan selsema. Kesian Hime. Patutlah dia rajin bersendiri. Kebetulan pulak masa tu kan orang datang beraya lah, apalah. Kucing aku ni kalau orang datang rumah, memang hebat sangat masing-masing menyorok. So aku pun buat kesimpulan yang Hime ni memang style anak dara sangat sebab menyorok bila orang datang rumah. Perasan orang nak masuk meminang dia gamaknya – pikir aku.

Ropa-ropanya salahhhhh telahanku itu. Hime makin kerap bersin. Sampai satu hari tu, hari Isnin.. lepas balik dari kerja, aku nampak mata Hime berair macam menangis. Bulu dia pulak menegak-negak. Haaa.. aku dah saspen. Pegi rasa badan dia.. Panasss.. Macam biasa, mestilah aku panik. Terus call clinic, tapi doctor takde, sebab Isnin memang off day doctor. Aku cakap tak kisahlah, aku nak mintak nurse check suhu badan dia and bagilah apa-apa ubat demam ke selsema ke, sementara nak tunggu doctor hari Selasa tu. Nak pegi klinik lain, dah malam, semua dah tutup.

Masa nurse check, suhu dia 40.5!! Dah tahap bahaya la tu. Suhu normal kucing between 38-39. Kalau 39.2, dah paras-paras dah. 39.3 kira dah demam sikit. Aku dah berdebar. Nurse bagi pil demam kat Hime. Pastu aku pun tanyalah, apa nak buat ni.. sebab badan dia panas sangat kan. Kang dengan aku sekali tak lena tidur.

Nurse cakap dia nak call doctor untuk tanya macam mana nak jaga Hime for that night. lepas call je, nurse suruh aku tunggu, kata dia doctor on the way ke klinik. Sampai je doktor, Hime diberi suntikan dan macam-macam jenis ubat. Kata dia Hime mungkin stress waktu boarding, sebab banyak kucing lain kan. Hmm.. aku pun tatau la betul ke tak. Or maybe ada kucing lain yg selsema kat sana and jangkitkan ke Hime. Cis bedebah betul. Hime ngan Aoi, walau asalnya stray cat, tak pernah pun demam selama ni ye… Hoh.

Anyway, Hime kena kuarantin kat rumah. Malam tu dia tidur dengan adik ipar aku. Siang pulak dia kena kuarantin dalam cage. Selsema dia makin teruk. Mata berair tak henti-henti.Β Sehari dua lepas tu, Aoi pulak tunjuk tanda yang sama πŸ™ Maka dengan itu…

20120829_085039 [640x480]

dedua kena kuarantin..!!~

Tengok la muka pasrah si Hime tu. Seharian dia duduk melepek dalam ‘sofa’ dia tu. Sebenarnya rumah besar tu, rumah Aoi. Rumah kecik tu, rumah Hime. Tapi sebab Hime demam dulu, so aku dah masukkan dia dalam rumah besar. Merasalah Aoi duk dalam rumah kecik, haha. Dedua pesen termenung je. Tapi dedua takde masalah selera makan. In fact Aoi boleh belasah 2 tin kecik Fussie Cat tu. Haha. Kuih muih pun lawa je.

20120830_184001 [640x480]

inilah evening walk diorang waktu demam

Dedua jadi tugu. Tak bergerak. Mungkin kepala pening kot. Tak daya nak jalan. Tapi Hime tu, dalam pada lembik-lembik dia, masih mampu kejar ayam. Aku ada amik video dia kejar ayam. Nantilah letak kat entry lain, hehe

20120830_184534 [640x480]

mata bengkak.

Dah macam menangis lepas putus cinta dah aku tengok minah ni. Srot sret srot sret, air mata menitissss.. Aku dukung dia, siap kena bersin dekat muka. Hampeh tul, hahaha. Nasib baik kata doktor, virus yang diorang kena ni, tak berjangkit dekat manusia. Adik ipar aku risau jugak sebab dia nak trial SPM kan. DIa pun dua tiga kali kena bersin si Hime ni, sabar jelah. Hahaha

20120830_184549 [640x480]

walau mata bengkak, kecantikan perlu dijaga. Cukup masa, mesti kena grooming

20120902_191616 [640x480]

ini ialah air penawar

Mak mertua aku kesian tengok lepas sekor, sekor demam dan selsema. So dia buatkan sebotol air penawar untuk diorang. Haaa tengok la betapa semua orang dalam rumah tu sayangkan diorang ni. Siap air penawar! Aku masukkan air ni dalam water fountain diorang. And force feed diorang minum air banyak-banyak.

Si Hachiko, jangan mimpi la ko nak force feed dia. Marah sangat. So aku letak air dalam wet food Fussie Cat fevret dia. Setin kecik food, setin kecik air. Haaa baru la dia minum airnya.

20120831_225543 [640x480]

dua beradik lain mak bapak sedang berehat

Tengok la mata Hime sepet sebelah. Kesiannn sayang kakak dua ekor ni. Dua-dua baru lepas makan ubat ni. So far, Hime la yang paling senanggg sekali nak bagi makan ubat. Memang dari dulu dia ni ada obsesi pada ubat. Bagi la ubat sedap ke, ubat tak sedap ke, memang semua dia bedal dengan happy. Tak payah nak pegang-pegang kepit sana sini.

hime

force feed air masak

Tapi aku bagi air masak yang penawar tu. Ingat manusia je boleh minum air penawar? Kucing pun bolehlahhhh. Setiap kali feed, aku bagi dia 15ml. Semua kucing aku bagi. Takut gak badan diorang panas ke apa kan. lantaklah korang. Selagi belum sihat sepenuhnya, korang minum la air masak banyak-banyak. Maka dengan itu, litterbox penuh dengan bom bom diorang. Mana taknya, litter sand tu kan clumping. Sekali kencing bukan main banyak. Berat gila bila aku nak membuang.

Sekarang ni Hime dan Aoi dah okay sikit. Ada selsema tapi dah kurang. Ichii pun nampak dah sihat. Hachiko, aku tak tahu selsema dia terbantut atau memang light je. Sebab setakat ni cuma nampak dia bersin je, tapi tak kerap. Mintak simpang, harap dia tak selsema or demam. Si Lilo yang tengah teruk nau selsema sekarang ni, kesiannyaaaaa.. Harap cepatlah sehat.

Ha, tak percaya Aoi boleh jadi sorang kakak yang penyayang? Nah saksikanlah..

Comel tak? Hehe.. Hime tengah selsema teruk masa ni. Baik nau Aoi tolong groom adiknya tu ha. Sayang sangat awak ke Hime kan? Maklumlah diorang ni senasib. Dua-dua stray dulu. Dua-dua pernah hidup merempat, mengharap belas kasihan orang. Sebab tu la dedua ni sehati sejiwa sangat. Aoi tak pernah pun marah Hime.

Kalau tengok dalam video ni, Hime macam main tipu sikit. Dia jilat Aoi sikit-sikit je. Lepas tu menguap pun nak sama-sama, hahaha. Bila Aoi baru je nak jilat badan sendiri, Hime sondol lagi kepala dia ke Aoi, mintak jilat. Amboiiii.. mengada sangat kan. Mentang-mentang la tengah sakit. Hehe..

Okaylah kawan-kawan.. aku harap korang dapat doakan kekenit aku ni cepat sihat. Kitorang boring jugak tengok depa asik tido sana, tido sini. Dan jagalah kucing korang dengan rapi, bila aku cerita pasal Hime demam kat Twitter & Instagram, tetibe ramai pula yang cakap kucing diorang pun baru baik demam, tengah demam, dan sebagainya.

14 thoughts on “Kasih Kakak Pada Adiknya”

  1. Akak tengok dah gaya mak2 si Aoi tu menjilat Hime. Berapa beza umur diorang ni, Iz? Sayang menyayang sandar pada kenangan betul diorang ni ya. Siap demam pun nak berjanji jugak. Demam raya ni agaknya Iz. Maklumlah ramai rumah jiran2 nak kena ziarah masa boarding dulu. Mesti ada anak2 jiran terkena selsema kan. Tu pasallah menjangkit. Tapi nasib baiklah kucing2 Iz ni vaksin memang tak tinggal kan. Kalau tak, lagi serius pun boleh. Nauzubillah.
    Akak pun bagi air yassin, dik bila kucing akak sakit. Lepas tu kalau nampak kucing melepek je, akak lebih dulu menangis sebelum hantar klinik. Tah hape2. Semoga semua kaum kerabat anak beranak kekenit kat rumah Iz tu cepat sembuh ya, achik aidah doakan.

    1. Hehehe.. macam mak mak kan? Lilo pun sama rajin jilat si Hime. Sebab Hime tu rajin menyondol kepala kat senior senior ni. Memang la dapat layanan VIP. Hime tu dalam 1 thn 4 bulan. Lilo dalam umur 1 thn 10 bulan. Aoi pulak dalam 1 thn 9 bulan.

      Saya rasa maybe la banyak nau jiran tetangga masa boarding haritu. Entah siapa pulak yang bawak virus, kena kat tuan puteri kita. Sian dia. Bengkak bengkak mata dia, hehe. Saya pun tak tahan tengok diorang melepekkkkk je. Sedih kak. Lepas sekor, sekor selsema. Susah hati saya ni. Kat opis pun tak tenang

  2. Aku syak kt klenek tu ada pembawa virus. Dengan disokong hujah ko depa tak penah selsema/demam b4 this.Tak baik lah asal strays je kata kucing tu antibodi tak kuat.Aku dengar pun sentap.Sebab kucem2 aku semua kucem jalanan.Tak baik asek rendahkan martabat kucem jalanan ok dokterrrrrrr

    1. Aku pun syak benda yang sama!!! Kucing aku biarlah asal stray ke apa, tapi aku dah bagi complete vaccine, siap optional vaccine pun. Ubat cacing, ubat kutu semua tak pernah miss pun. Selama ni molek je. Mana aku tak sentap. Dah la mahal, pastu kena tanggung kos sakit ni lagi, frust gila πŸ™

  3. manje betul Hime ngan Aoi ye.. Aoi pon melayan je..
    Biasela Iz, kalo anta boarding mmg takleh nak elak demam selsema ni…
    sbb bukan kucing kite tu ditempatkan dalam 1 bilik khas dan kucing org lain kat tmpt lain kan..
    so jangkitan tu mmg akan ade.
    cuma kuat tak kuat je antibody kucing2 ni je..

    BTW, org kate stray cats la paling kuat antibody & pandai jaga diri & grooming. πŸ™‚

    1. Kalau ada yang private room, memang kami dah lama mintak private room. Ini pun bukannya murah, aritu bayar pun beratus. Tu la macam frust gila bila dah bayar dekat seribu, then demam selsema kena tanggung kos lagi. Stress rasa πŸ™

      Aoi memang sayang Hime πŸ™‚ Hime pandai manja. Lilo pun rajin grooming Hime

      1. hmm.. kalo ade pon, mahal gile Iz.. bukan cam manusia.. boading mahal sbb skali dengan makan diorang kasik… nak buat camana.. dah itu je choice yg ade… tak pon kene la carik org utk jagakan.. tapi, time raya sapala nak tengokkan ye tak? tapi ye la.. stress la gak sbb kite anta die sehat je bile time amek balik sakit plak kan.. hopefully diorang cepat sembuhla.. πŸ™‚

        tak sangka yek.. sekerek-kerek si Aoi tu penyayang rupanya.. πŸ˜‰

        1. Tu la yang tensionnya. Hantar sihat, balik sakit. Kalau sekor kucing je, tak la terasa sangat bengangnya tu. Ni 6 sekaligus, silih berganti selsema. Kesian πŸ™ Kesian kakaknya jugak. hahahaha

          1. ye..
            paling kesian kakaknye la..
            pocket ate lobang..
            miahahaha..

            cepat2la mereka sembuh ye..
            sebelum kakaknye plak jatuh sakit (sbb pocket lobang besor.. hehehe)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post