Pre-Raya 2012

Assalamualaikum! Selamat hari raya kepada semua pembaca izyahya.com. Rasanya aku macam kena tukar domain nanti kot. Sebab no more cerita pasal izyahya. Tapi cuma pasal kucing-kucing kesayangan izyahya, hahaha. Maaf zahir batin ye.. kalau ada terkasar bahasa ke, terpanjang entry, atau termalas update. Hahaha. Kemain ucapan aku, macamkan ramai nau yang dok ternanti-nanti kau update blog kau tu Iz oiii. Jangan nak poyo sangat, please.

Okay okay. Cerita raya lambat lagi la aku update ye. Aku update entry ringan je, memandangkan aku dah dapat email bandwidth reached limit, haha. Kang tetibe blog aku kena block lagi kang sebab tak cukup bandwidth.

20120816_183412 [640x480]

Β jamuan hari raya in advance!

Memandangkan diorang kena sambut raya kat klinik kan, makanya haruslah aku beli jiwa dulu. Kang ada pulak yang sentap makan hati sebab dah la kena tinggal seminggu for boarding. Takde pulak jamuan-jamuan raya. Haha.

Ha, amik kau, dua hari berturut-turut aku bagi makan sedap sebagai jamuan raya. Maafkan size Sookie yang luar biasa tu. Hehe. Ekor mak datin Aoi dengan Hachiko siap bersilang ha.. Macamkan best pren pawever. Padahal bercakar pawever.

Kalau nak tahu, cuma masa makan-makan ni je yang diorang boleh duduk dekat-dekat macam adik beradik. Kalau tidak, Lilo ngan Ichii dokkkk la kejar si Hachiko. Jaki betul depa dengan si Hachiko. Aku pun tak tahu kenapa. Yang si tompok tu pulak, memang takut nau dengan Lilo dan Ichii. Padahal badan dia lagi besar dari dua ekor tu. Hati masih lagi budak kecik.

Lepas acara makan-makan malam yang kedua, jeng jeng jeng..

20120816_210518 [640x480]

Β acara masuk cage pula menyusul..

Tengok muka Hachiko nun, terpinga-pinga sangat.. Aoi pula masa ni dah mulakan lontaran vocal dia. Diselang seli dengan vocal Hime. Pandai betul si Aoi didik Hime. Masa dalam cage tu, kemain depa marah ke Hachiko. Aweks dua ekor tu nak duduk berdua je. Takmo ada Hachiko. Haha. Poyo lah luuuu..

20120816_214746 [640x480]

Β penuh carrier!

Si debab ni pulak, aku yang menjerit-jerit nak masukkan dia dalam carrier. Geram betul. Dia boleh melentik-lentik badan, tolak-tolak, tendang-tendang. Punya la takmo masuk dalam carrier. Ish geram sungguh la. Tapi bila dah berjaya masukkan, okay je dia. Dalam kereta pun diam je. Juara menjerit dalam kereta, pastilah Hime dan Ichii.

20120816_214844 [640x480]

dedua bagi bontot je dekat aku

Hahaha. Marah sangat kononnya. Ichii dalam kereta memang super annoying la, sikit lagi nak kena bacaan ayat kursi. Haha. Jejak je pintu klinik, Aoi dah mulakan perangai syaitonirrojim dia. Menjerit dan hissing kat kucing-kucing lain. Manusia pun kena. Semua tak berani hadap dia. Tapi banyak orang nak tengok Hachiko yang satu cage dengan dia. Tapi semua kena marah dengan mak datin ni. Kesian Hachiko, baru nak feeling feeling artis kpop, dikelilingi peminat, haha.

Aku hantar diorang boarding hari Khamis malam. Ingatkan kami yang awal, rupanya dah penuh klinik masa tu. Ramai beratur nak check-in. Kekenit ni dapat duduk 3-tier cage. So each cage, duduk 3 ekor. Lilo, Ichii ngan Aoi satu cage. Hime, Hachiko ngan Sookie satu cage. So boleh la diorang berbual ye dak? Tak la boring sangat hahaha.

Kebetulan diorang pun due untuk deworming, so aku suruh misi deworm terus. So total kami bayar malam tu, RM720. Phew. Kesat peluh. Senang bayar terus, takde nak kalut kalut masa check-out nanti.

Jumaat tu aku follow husband ke KL sebab dia ada meeting. Terel kan, meeting ari Jumaat sebelum raya. Nasib KL je. Sekali jalan je sebab nak balik Ipoh. Kalau Kota Bharu ke, huru hara jugak la nak arrange perjalanan kan.

Ok bye, nanti sambung cerita lagi..

16 Comments

  1. Semua iz hantar boarding ya. Bagus, bagus. Tak de pilih kasih. Akak ni semua kena bawak sebab dekat sekentut je macam iz cakap tu. Kihkihkih.
    Boleh ke si Hime tu duduk sama2 ngan Hachiko? Datin Aoi tak bagi pesanan keramat ke kat dia? Terbayang2 akak muncung datin menghasut Hime tu. Si Sookie tu memang akak faham sangatlah. Janji perut berjaga je, dgn semua spesies dia boleh cium pipi, kan. Sama macam tan sri Wahau kat rumah mak akak. Punyalah nek moyang penyabar. Bagus buat menantu…Hihihi.

    1. ha’ah kak. Saya punya trip Kuantan-KL-Ipoh-Cameron Highlands-Jerantut-Kuantan. Kalau nak angkut semua mau saya yg muntah dalam kereta hahaha. Lagipun haritu hantar diorang je dah penuh kereta dah. Belum barang2 lagi. Memang kena beli lori

  2. Ya Allah Iz….’montot’ si Sookie…kussmangat…kembang semangkuk penuh…..sian kan bila they all msk cage…..akak hantar 5 ekor je, si simpul neutre kan …pun terbang rm7++….sbb ni kekawan ada pet sop, so dia beri rm13 sekor utk boarding…..nsb lah baik…..tp jgn tak tau, si Pod Pod…kaki 3 tu pandai buka cage, hr raya ke2…telah meloloskan diri….semunyi belakang peti ais……kemain lagi pandai dia…….nsb baik la bilik hotel tu bertutup…..minah tu kemain lagi….

    1. hahaha selambak kan bontot dia. Tu la kan kak, 700 lebih boleh la buat beli handbag baru hahaha. Amboi Pod Pod, pandai bukak cage!! Nasib baik la bertutup tempatnye. Pandai betul haaaa. Nasib baik sedar kehilangan dia, haha. Kemain pod pod, tak padan tripod

  3. Iz, sebelum tu terlupa nak britau yg saya ni silent reader yang takde blog..hehe..suka sgt baca blog2 sempoi mcm iz dan kak aidah dan ada a few (sbb ada kisah kucing)….tapi saya frust sbb tak boleh nak hantar komen kat blog kak aidah. Kenapa ek? Tolong britau dia..hehehe…

    Ok, lupakan diatas, saya nak cakap…”mak aiiii..mahalnya sampai dekat RM800 duit boarding !!!! Tapi takpe lah demi anak2 bulus tersayang kan. Saya pun ada seekor kucing KKU (kucing kurang upaya)…lumpuh, haritu pergi kuantan tak sampai hati nak hantar boarding sebab dia ni ada masalah berak tak boleh kontrol. Takut diorang tak boleh jaga macam yang kita jaga kan. Jadi saya hangkut seekor ni je…puas hati dia depan mata…hehehe. Anyway, antara ramai2 tu, bontot si Sookie paling bagak..hahaha..ok Iz, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin…rajin2 ye update blog (jgn le fikir org tak baca….ramai tau peminat awak ni) πŸ™‚

    1. Hahaha nanti saya bagitahu kak Aidah. Kami ni ada kucing je penghibur duka lara. So tayang cite depa je la, hehe.

      Adoii, memang pun mahal kannnn. Sekor sebenarnya RM18 sehari. Tapi sebab mintak diorang share cage, so dapat la RM15 sekor x 6 ekor x 7 hari. Total boarding RM630. Pastu semua kan dah due deworm. Deworm pulak RM15 sekor sebab diorang dah besar kan. Ubatnya pun gedabak besar, haha. Harga pun mahal la sikit πŸ™ Haa, nak tambah pening lagi, balik dari boarding, 2 ekor demam selsema (setakat ni la. Tatau kalau menjangkit nanti), pastu 3 of them due for vaccine pulak. Huiiii duit berterbangan sana sini. Tapi sebab sayang punya pasal, redha je lah kan. Kalau depa sakit pun, bukannya senang nak jaga ye dak?

      Saya salute orang yang mampu bela kucing kurang upaya dan sangat sayangkan diorang sama macam kucing yang sempurna. Bukan senang nak jaga kucing lumpuh, apa lagi yang tak boleh control berak. Tabik lah. So kucing tu pakai pampers ke macam mana? Kesian dia.

      Ok Yati, selamat hari raya, maaf zahir batin juga. Rajin-rajin la jenguk blog ni, hehehe

  4. hai and selamat hari raya.

    aku saja je google pasal kucing, terkeluar lak blog nih. memang content blog ni bagus untuk aku yang baru nak menapak ni. tenkiu atas entri2 yang superb pasal kucing. banyak bende g aku kene belajar sebelum nak membesarkan kucing kat rumah ku itu.. looking forward for new entry frm u πŸ™‚ btw, selamat berkenalan dan salam Aidilfitri,

    -pija-

    1. Hai Pija, Selamat hari raya jugak πŸ™‚

      Kau baru bela kucing ye? Yay! Bertambah geng kucing lagi, hehehe. Ala takde la nak superb pun. Cerita biasa biasa je pasal bebudak 6 ekor tu, hehe. Tu la penghilang stress. Joker of the house, hehe. Insya Allah akan selalu update blog ni πŸ™‚ thanks tau dropping by kat blog ni, jemputlah datang lagi πŸ™‚

  5. Salaam Iz,

    Saya sgt meminati blog awk ni. syoq baca cita pasal bebudak bulu 6 ekoq tu. Saya pun ada bela kucing sekoq dan menjaga kucing2 yang datang menyinggah kat rumah.

    BTW, sy nak tnya si Sookie tu mmg besar tak badan dia kalo tak dicampur bulu? sbb ada sekoq kucing mai kat rumah berbulu lebat gak, tp bila pegang badan dia betul2 boleh rasa tulang. makan berselera. sy tak pernah bela kucing berbulu sebelum ni, sbb tu nak tahu ni..

    1. Salam Ina.. Selamat hari raya πŸ™‚ Thanks sebab sudi ke blog ni..

      Sookie badannya memang besar. Berat dia 6.4kg. Doctor pun dah declare Sookie tu obese sebab kat perut dia tebal sangat lemak. Tambah dengan bulu lagi, tu yang nampak macam giant tu.

      Tu la masalah kucing bulu kembang ni, kadang dia nampak je beso tapi sebenarnya keding. Tapi kalau dia makan selera, baguslah. If dia memang takde owner, bagi dia ubat cacing. Insya Allah lepas tu badan dia naik semula. Kadang strays ni sebab cacing banyak, tu yang makan banyak pun dok beso tuuuu je.

  6. jadi sookie gak yg best..
    masuk carrier takyah share.
    die sekor je dah penuh carrier tu..
    hahahhaha.

    Iz, after a week mereka boarding, masa Iz amek mereka ok tak?
    ke menjerit meroyan?
    sbb ade sesetengah kucing, kalo lama sikit tak nampak tuan die, die jadi cam takut/garang..

    1. Diorang sampai rumah je, round habis segenap pelusuk rumah. Rasanya dia rindu rumah. And Hachiko, manja gila. berjam2 dia menempek kat sebelah i. Haha. Takde menjerit meroyan sebab tak kenal. Tp meroyan sebab kena naik kereta la, itu biasa hahaha.

  7. Pandai btol u divide your cats kat tmpt boarding tuh… mesti dah timbang tambah tolak nak letak yg mane same cage hehehehe… my cat ade sekor tuh langsung x nak bergaul ngan lain2… gamaknye kalau kene kurung together2 mau meroyan tahap dewa dewi kot …
    Mata I dah ternampak your DIY Pet Bed…. Model2 dlm cage berjaya menampakkan keempukan pet bed itu … nnt kalau u nak amik order please let me know tau… nak order jugeeeee πŸ˜€

    1. Memang dah timbang habis. Ichii, Lilo ngan Aoi boleh dok sekali sebab diorang rapat since baby. Yang junior junior ni semua kena asing, takleh campur dengan senior, hehehe.

      DIY pet bed tu simple je, isi dalam dia fibre. Ringan & senang nak bawak ke mana-mana, nak lipat pun boleh. Memang ada a few yang order dengan i πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.