Hahaha tajuk tak boleh blah. Tips la sangat kan.. Hari ni aku nak sambung cerita pasal pengalaman Lilo dan Ichii waktu nak pergi KL untuk shooting tu. Apa pun, korang kena baca dulu entry aku sebelum ni.. baru la boleh faham sambungan dia ni. Hehe.
After second casting, production house call aku untuk bagitahu yang diorang dah choose Lilo dan Ichii untuk watak Ninja. Tapi sekor akan jadi main actor, sekor lagi akan jadi back-up. Tapi both akan shoot scene yang sama. Actually semua kucing pun ada back-up masing-masing. Cuma untuk watak Ninja ni, both main and back-up guna kucing aku.
Masa dapat jadual tu, aku dah pening kepala fikir.. macam manalah accomodation kami nanti. Sebab shooting dan photoshoot memakan masa 4 ke 5 hari sebab ada gap in between shooting dengan photoshoot tu. Apa pun, semua tu berjaya disettlekan. Yang tu aku akan cerita dalam entry lain lah. Penat nak kumpul semua cerita serentak. Haha.
Aku pergi ke KL dengan Ichii dan Lilo je, tanpa ditemani sesiapa! Korang boleh bayangkan tak betapa saspennya aku? Sebab semua orang kerja. Kazen aku pun tak dapat follow sebab lama sangat kan. Dia takleh nak cuti lama-lama.
Aku letak Lilo dan Ichii dalam satu carrier je. Sebab diorang ni kasih sayang abadi. Takleh berpisah. Maklum la kembar. Diorang sanggup berhimpit dari duduk carrier berasingan. 30 minit pertama perjalanan, Ichii menjerit macam nak tercabut tekak. Dia ni memang ada masalah takut naik kereta.
So aku berhenti jap kat Petronas sebelum masuk highway.
Happy!!
Senyap la kejap sebab aku keluarkan diorang. Pastu aku jalan balik dengan membiarkan diorang freely roaming dalam kereta. Tiba-tiba terfikir “Oii ini kang kalau aku bukak tingkap nak swipe touch n go ni kang, ada yang melompat keluar kat tingkap karang. Bahaya!!”
Lalu aku berhenti kat Esso, masukkan diorang dalam cage balik. Marah betul Ichii. Aku sambil-sambil borak la dengan dia kan. Sudahlah dia tak bagi aku pasang radio. Nak suruh aku melayan dia pulak bersembang. Ishhhh.
Sampai kat hentian Maran, aku berhenti lagi, sebab Ichii dah macam pompuan meroyan dah. Lilo cool je, dia pun pening gamaknya tengok adik dia tak reti diam. Last-last aku keluarkan diorang lagi. Sambil aku berehat kejap. Pening kepala acik memikirkan camne nak tenangkan si Ichii..
Lilo sibuk nak tengok orang
Ichii! Budak yang stress naik kereta. Masa kete stop, kemain tunjuk hebat lagi..
Dua ekor busy body tengok kereta lalu lalang
Tugu Lilo
Cantik tak kucing hitam? Hehe. Dulu aku pun takut dengan kucing hitam. Tapi Lilo dan Ichii amat berbeza. Sangat pandai manja dan pandai bawak diri. So far sangat sihat walafiat. Ichii dan spay, Lilo dah neuter. Anda bila lagi nak spay/neuter kucing?
Apa yang korang sibuk tengok kat belakang tu?
tengok ni.. buat apa-apa pun semua nak bersama-sama
naughty Ichii! Kemain lagi memanjat ye..
Ni lah yang dia nak. Dibiar main dalam kereta. Tapiiiiii dengan syarat kereta tak bergerak. Kalau lepas pun tapi kereta berjalan, sama jugak dia menjerit sampai ko rasa sakit otak. Hahaha..
Susah hati betul aku. Tu baru sampai Maran. Belum separuh perjalanan pun lagi. Macam mana aku nak tenangkan diorang ni kan. Last-last aku tawakal je, peluk Ichii dan baca ayat Kursi depan muka dia.. Terpinga-pinga je dia, haha. Habis baca ayat kursi, aku hembus slow-slow kat muka dia sambil niat “Ya Allah, permudahkanlah perjalananku..”
Lepas masukkan diorang dalam carrier semula, aku cakap dekat Ichii dan Lilo “Korang duk diam-diam ok, jangan buat kakak susah hati. Jauh lagi nak sampai ni.. Ichii tidur ya, rehat-rehat.. sampai nanti, kakak kejutkan.. Lilo peluk adik ok, tolonglah kakak..” Lepas tu aku baca lagi sekali ayat kursi, hembus pelan-pelan kat muka diorang berdua. Senyap. Sumpah! Inilah yang aku buat.
Aku teruskan perjalanan dengan tidak memasang radio, since Ichii tak suka radio. Ok, your highness.
Alhamdulillah, dua-dua ekor senyap. Syukur sangat. Sambil-sambil tu aku baca lagi ayat Kursi, supaya diorang tenang. Lagi sekali aku pusing belakang, tengok Lilo tengah jilat kepala adik dia yang tengah tidur. Boleh tak korang bayangkan betapa miraclenya ayat Kursi dalam kes aku ni? Aku terharu gila tengok moment tu. So every 15 mins, aku ulang baca ayat Kursi lagi.
Sampai dekat Lanchang, Ichi terjaga.. dia mula bunyik.. Aku stop lagi dekat hentian sebelah. Pandang muka dia, sweet talk sikit, dan baca lagi ayat Kursi, hembus slowly kat muka dia. Diam.
Then sambung perjalanan. Sampai KL diorang senyap. Aku terus ke Pet Playground kat Ara Damansara, hantar diorang berdua grooming, as requested by production house. Sementara tu, aku pergi lunch dengan ex-colleague aku yang kebetulan ada kat Tropicana Mall masa tu. Yay! Dalam dua jam jugaklah, barulah budak dua ekor tu siap. Bukan main wangi. Aku tak pernah hantar kucing grooming sebab aku mandikan diorang sendiri je.
Lepas tu sambung perjalanan, ke Glenmarie Cove. Lokasi penggambaran. Nasib baik ada GPS yang aku namakan abang Gary. Kalau takde abang Gary, memanglah aku sesat meraban ke mana entah. Sepanjang perjalanan dari Ara Damansara ke Klang tu, Lilo dan Ichii tidur. Biasalah lepas mandi memang selalu tidur je diorang.
sampai!!
Ha, bagi sesiapa yang nak bawa kucing travel untuk raya ni, aku cadangkan korang supaya:
1) Tak perlu feed diorang 2 jam sebelum mulakan perjalanan. Takut nak terberak, terkencing, ataupun muntah. Alhamdulillah setakat ni aku dah banyak kali bawa kucing aku travel, tak pernah diorang buat kuih, kencing atau muntah dalam kereta. Paling lama diorang dalam kereta ialah 5 jam.
2) Kalau letak dalam carrier atau cage ke, make sure alas tebal-tebal dengan towel ke, kain ke, apa-apalah. Supaya diorang tak rasa gayat sangat. Dan kalau la diorang terkencing pun, at least atas kain tu. Bawa kain spare untuk replace in case terkencing.
3) Tak perlu letak makanan atau minuman dalam cage atau carrier. Buat tumpah je. Kalau perjalanan jauh sangat macam dari Johor ke Ipoh ke, berhentilah kat R&R dan bagi diorang makan sikit. Tak perlu sampai kenyang pun takpe.
4) Janganlah laju sangat masa corner tu. Sedangkan kita pun kalau laju kat corner, rasa senget senget badan, inikan pulak yang duduk dalam carrier/cage tu. Mau terbalik. Bawak bertenang masa drive tu. Biar lambat asal selamat.
5) Kalau kucing tu jenis kuat melalak mcm Ichii, tutup cage atau carrier tu dengan kain. Biar dia bergelap, so dia boleh duduk bertafakur. Hehe. Tapi kalau dah tutup segala bagai pun still melalak jugakkk……
6) Baca ayat Kursi dengan niat moga Allah permudahkan perjalanan korang, lepas tu hembus perhalan-lahan kat muka kucing tu. Lepas tu sambil dalam perjalanan tu, ulang lagi baca ayat Kursi.. Aku tak tahu kalau cara ni berkesan ke tak dekat kucing lain, tapi aku dah cuba dan alhamdulillah kucing aku bagi kerjasama lepas tu.
Eh ehhh.. panjang betul cerita aku. hahaha. Ingatkan nak cerita pasal belakang tabir terus, tapi dah panjang gila pulak. Aku pun dah letih nak menaip kakakakakakaka.. Nanti kita sambung ok..
Kucing dah biasa pegi sekolah ugama namanya tu. Faham je makna ayat kursiy. Kagum akak. Tapi memang kebanyakan binatang macam tu, Iz. Kat rumah ni pun sama. Bila akak bukak surah al baqarah tiap petang kat laptop, kemain nyenyak dia tidur sebelah laptop tu. Macam mendodoi dia lah pulak.
Kan kak. Alim betul diorang ni.. hehehe. Tapi baguslah dia elok diam bila saya baca ayat kursi. Kalau tidak, saya pun dah mati akal tak tahu nak buat apa dah
memang perangai kucing ni lain2kan? Macam kucing saya kalau ajak balik kampung, yang sekor elok je pejam mata yang sekor lagi pusing2 kan badan dalam cage, menjerit tak payah cakap la…4 jam pun dia sanggup sampai serak2 kadang suara. maybe mabuk kot, sian mereka. Nasib ni nak balik raya dah hantar awal kat kampung masa balik pertengahan puasa haritu. selamat……
tq for the tips..:-)
Sebab diorang pusing pusing dalam cage tu la yang buat diorang lagi panik. Macam Sookie ngan Hachiko, diorang relax je duduk. Bila duduk diam, kurang la bergoyang kan. Selalu saya bising ke diorang suruh duduk, jangan berdiri dalam carrier
Fuhh… tabah betul drive sensorang dengan dedua ekor kucing. Baik jugak lah 2 ekor tu bertenang lepas baca ayat kursi.
Kucing-kucing aku yang sekarang ni semua takut kereta. Gollywolly tak try lagi, tapi malas pulak, sebab die suke sangat explore takut pegi bawah driver. Fasha la dulu paling excited naik kereta, kenkadang aku sesaje bawak die jenjalan as die suke tengok kat tingkap.
Nasib baik hoi, Kalau tidak, apa aku nak buattttt? hahahahaha.. Dulu hachiko pun hyper bila masuk kereta. Aku biarkan je. Lepas dia puas meronda dalam kereta, dia duduk diam-diam kat seat. HAHAHA
Subhanallah.. kesian kat Akak dia.. penuh tawaduk ehehehehe.. Congrats!! Tak sabar nak tunggu tgk nanti..
Tak sabar tunggu apa? Iklan tu ke? Dah keluar dah. Cer tengok kat entry before this. Hehehe. Tu la kesian kakak kan, dah la sorang sorang
suka sangat baca cerita kucing akak.. gelak sorang2 teringat gelagat kucing nih kann.. iera selalu gak bawak kucing naik kereta tapi tak pernah sampai jauh2 lagi.. bila kuar malam sorang2 bawak kucing rasa selamat ja heheh ada peneman.. Tapi baru2 nih kucing iera nama syiro hilang macm kucing akak sookie… sedihhnya bila tgok sookie mesti ingatkan syiro..
Terima kasih tipsnya, kadang saya juga suka bingung kalau mau bepergian jauh harus bawa kucing,,
semoga bermanfaat 🙂