Kitties Penampilan Baru Mak Jemah

Penampilan Baru Mak Jemah

Hai.. maaflah lama tak update blog. Aku ni kadang bila tersampuk dek jin rajin, memang hari-hari la aku update blog. Tapi kalau jin malas yang merasuk, memang seminggu dua jugaklah baru dia keluar, hahahaha. Aku tahu ramai yang ternanti-nanti cerita hot mama kita, Mak Jemah.

She is no longer a mama la.. Anak-anak semua dah berdikari.. So apa kita nak panggil dia sekarang? Doktor Lean panggil dia, MJ. Kelas kau. Ala ala Mary Jane gitu. Nak ke Spiderman dekat MJ yang ini? Hahahahaha.. Apa-apalah, aku kat sini tetap panggil dia Mak Jemah sebab dia pun macam kenal je nama dia, hahaha..

Kali pertama Mak Jemah keluar dari cage selepas beranak dulu ialah masa Oreo dibawa pulang. Haaa.. barulah dia merasa jejak tanah. Aku bukannya kejam tak bagi dia keluar. Tapi masa dulu, anak-anak dia semua kecik lagi, masih menyusu dan dambakan kasih sayang seorang ibu. Aku taknak anak-anak dia membesar dengan tak cukup susu, tak cukup ajaran dari emak. Ewah.. Lagipun Mak Jemah kan stray, aku takut dia lari jauh dan tak balik balik sebab taknak kena kurung.

Hey tapi rumah dia selesa tau. Engkorang nak tumpang bermalam pun takde masalah. HAHAHAHA. Anyway, Mak Jemah ni good girl. Dia tak kalut nak keluar pun. Anak-anak dia je yang selalunya terkinja-kinja mintak keluar bila nampak aku.

20121124_174445

 Tengoklah. Baru keluar cage, dah duduk melepak

20121124_174456

 Arghhhhhh.. barulah nak stretch badan yang gemok ini

Mak Jemah sudah selamat di-spay. Seminggu aku bagi dia boarding masa spay tu sebab kebetulan pun aku outstation masa tu. Kalau bawak balik rumah nanti orang-orang kat rumah tak pandai nak jadi nurse menjaga kucing lepas surgery ni. So duduklah dia di klinik. Bila aku amik dia, si Mak Jemah ni tengah duduk melepak relax je. Tak pakai e-collar pun uolssssss.. Doktor Lean cakap dia memang tak kisah nak jilat luka ke apa, so tayah e-collar. AKAN TETAPI… Mak Jemah disuruh diet. Hahahaha.. cane niiiiii? Aku bila masuk tang dietkan kucing memang satu kegagalan besar la 🙁 Si Sookie ni pun entah zaman bila la nak turun beratnya. 50 gram pun entah entah payah. Hahaha..

Fine doctor, fine.. Balik rumah, aku tukarkan makanan dia. Now Mak Jemah makan Blackwood Adult yang aku campurkan dengan Orijen jugak. Seee? Aku konfem tak sampai hati punya. Aku cakap kat husband, “Letaklah Orijen ye dalam Blackwood ni, kesian dia makan tak kenyang nanti..” Hahaha.. Sebenarnya aku mula-mula nak belikan Blackwood Kitten, tapi masa nak beli tu tetibe terngiang ngiang kata-kata Doktor Lean “Jangan bagi dia gemuk sangat, nanti kena heart attack, mati.. how?” Terus aku amik adult food. HAHAHAHA.

20121124_174546

 Omey tak ittew?

Hahaha.. selepas Oreo dibawa pergi dan menjadi budak Key Ell sekarang, dan masa tu pun lepas spay dah.. Mak Jemah memang telah bertukar 100% dari perangai asal dia. Kalau dulu, nampak bayang-bayang manusia pun dah cabut lari. Sekarang nampak bayang-bayang manusia je terus dikejarnya, nak golek golek dekat kaki. Kadang sampai nak pakai selipar pun payah dah dia dok bergesel-gesellll je. Nak tergelak pulak aku melayan minah ni. Boleh bergaduh gaduh dengan dia sebab berebut selipar. Dia ingat kita main dengan dia, hehe..

20121124_174554

 Hey hey heyyy.. Jangan sebut tang perut kita okey!

Perut dia masih gemok lagi. Bagilah masa woi, dia baru je stop beranak selepas sekian lama. Ke ada sesiapa nak sponsor corset ke barut ke nak bagi slim perutnya si Mak Jemah ni? Hahaha.. Kalau orang tak tahu dia ni sudah dimandulkan, mesti ingat dia bunting lagi. Tapi tidak ye kawan-kawan. Tiada sebarang bayi mahupun cacing dalam perut beliau. Aku siap tanya doktor. Kot banyak nau ke cacing si Mak Jemah ni. Mana tahu masa belah perut dia haritu membuak buak cacing ke. Hehehe. Tapi doktor cakap takde. Lemak je yang tebal. Hahaha..

20121124_174841

 Gambar comel kita ni, boleh juga dibuat wallpaper, hehehe..

20121124_174902

 Ni pose lain pulak, hahaha

Nampak sokabar belakang tu? Hancur dikerjakan. Husband cakap masa kekecik mesti takde sape layan dia main. So dia takde hiburan. Sebab sibuk mencari makan untuk terus survive. Bila dah matang, kena bunting pulak non-stop, carikkkk makanan lebih banyak pulak demi anak-anak dalam perut. Sekarang ni ko bagilah apa aje. Tali ke, penyepit ke, memang dia main sungguh-sungguh. Geli hati pulak sebab dia kan cam dah veteran. tetibe main cam bebudak. Kih kih kih..

20121124_174909

 bestnya golek golek

Aku memang sayang la kat Mak Jemah ni, dia baik sangat. Last weekend dia temankan aku mengemas bilik stor. Seharian dari pagi sampai ke malam. Tapi dia bukannya boleh diharap pun. Masa jumpa mengkarung kecik dalam stor, dia buat bodoh je dan teruskan grooming. Oh ya, lepas spay ni, dia rajinnnn sangat grooming. Kalau dulu muka dia selebet je. Sekarang bontot dia kemain bersih. Yela dulu asik bunting je mana la sampai nak jilat bontot ye dak hahaha..

So masa jumpa mengkarung tu, aku terpaksa amik Kiko yang masa tu baru bangun tido. Si Kiko pulak kejar mengkarung sampai ke luar. Bila dapat tangkap, dia nak bawak masuk bilik stor semula, tunjuk kat aku. Menjerit-jerit la aku suruh dia bawak keluar. Nasib baik reti bahasa, dia blah dengan mengkarung tu. Lepas tu dengar dia dush dush membelasah. Kemudian kembali ke store tanpa mengkarung di mulut. Hahahaha. Ok sekian selingan Kiko, hehe.

20121205_095004

 Port baru Mak Jemah

Sekarang musim hujan. Mak Jemah cam biasa la mesti kat kaki lima depan pintu tu. Lalu aku amik besen, letak kain dalam tu. Ha jadilah katil baru dia. Takdelah dia sejuk. Lagipun kucing kan memang suka duduk dalam kotak camni. Alah tapi dulu pun aku sediakan tempat camni ke dia. Harammm dia nak guna. Sekarang je baru mengada-ngada. Hehehe..

20121205_094928

 Warghhhhh.. bila masuk ‘katil’ je mesti kita rasa nak menguap lalu mengantuk..

20121205_094956

Hmmm.. nyam nyam.. best rupanya grooming ni. Tak sangka, hehe..

Aku harap perut boroi dia kempis lah tak lama lagi. Sekarang dia makan dua hari sekali je. Aku top up food dia pagi dan malam. Sekali letak, 1 scoop je. Dietlah katekan.. hehehehe.. Oklah, aku nak bersiap ke klinik, bawak minah ni second vaccination dan deworm. Dah veteran baru nak vaccine. Tak kisahlah kan, janji vaccine 🙂 Hehehe..

22 thoughts on “Penampilan Baru Mak Jemah”

  1. Iz, citer pasal kucing gemok ni..teringat kat majalah Petster #54 bulan nov punye. isu dia pasal makanan utk kucing yg dah neuter. kucing2 i pun sume dah spay, skrg makan orijen. hasilnya, kusssss semangat..mmg debab2 la memasing. so bila baca pasal isu ni, terfikir plak..mmg betul ke kena tukar diet sbb keperluan dah tak sama kan. Patut ke u rasa kita tukar ke RC Neutered food plan? Hmmm.

    1. Ha’ah memang. Tapi tulah nak bagi tu payah. Sebab yang lain tak perlu diet. Nak asingkan makanan tu, payah sbab banyak kucing. Kang yg kurus tu yg makan diet food, yg gemok tetap makan makanan sedap. HAHAHA.. Kalau kucing Az tak kena sound dgn doctor lagi, tayah makan RC neutered tu. Diet food mesti tak sedap, hahahahaha..

  2. waaa,kita dah tak tahu nak bezakan lilo,ichii dan mak jemah kalau takde collar and tengok kan dari gambar je..tapi mak jemah ni ayu benar la..dah tua2 baru nak main2 bagai ye..alololo siannye…heheh

  3. betul jugak kan..kalau ada banyak kucing mmg problem la nak asingkn makanan unless dorang duk dlm cage yg asing2. kucing i skrg dia punya debab dah sejibik mcm sookie tu. perut lg sikit nak cecah lantai. 😀 yg lain2 tu tak lah obese sgt cuma berat mendadak naik lepas spay.

    tapi kan, my concern now is..adakah bila dah obese baru kena tukar diet dorang atau sememangnya RC Neutered tu utk neutered cats, tak kesah la obese ke tak..as long as dah neuter. i pun tak sure, itu yg tanya mana tahu kot2 u tahu pasal ni..hehe

    1. RC neuter tu, kalau tak silap saya, beli atas nasihat doktor. Kalau doktor kata tak perlu, tak payah pun takpe. Hehehe. Dan setahu saya, yang RC jenis ada tulis Veterinary kat pack dia, jual kat vet je. Pet shop tak jual.

  4. Akak pun sama gak, Iz. Mood kemalasan suda mari…maka berbaring2lah akak sambil nonton DVD box set yang melambak2 ni.
    Fuuh! Mengamcam jugak Janda Jemah ni ya. Makin di spay makin gedik. Apa motip? Kihkihkih.
    Akak sejak minggu lepas ni asik menjaga Miki yang dalam pantang ni. Payah nau dia ni Iz. Hari tu macam bawak ambulan asben akak ke klinik kucing sebab luka surgeri dia tu berdarah. Hari ni dah masuk hari ke 10 dia dihukum memakai kolar oleh doktor tu. Ganas dia ni, Iz. Hadoiii!

    1. Bila udah spay ni, kena la pasang badan balik kak. Barulah hot katenya. Nak lawan diva Aoi. Hahaha. Perut tu kena kasik kempis dulu. Dr Lean kata lemak dia bukan main tebal! Adoi si Miki, nape la lasak sangat. Saya tak pernah lagi pengalaman luka surgery berdarah balik. takut! Haha.. sekarang dia dah okey ke kak?

  5. homaigad!!! gemuknye mak jemah!!! ni la akibatnye berkurung 2 bulan dlm sangkar. tak cukup space die nak exercise. hahahaha. iz, kucing ni cam iz salu ckp la mesti ade pengalaman hitam die dgn manusia.. now, bile dah kene kurung, die tgk iz baik je.. siap kasik die makan minum & tempat tinggal, memula tu diee ade hissing gak sbb takot.. tapi dah ari2 kene sogok ngn ayam, iz pon borak2 dgn die, hati die pon cairla.. maka persepsi die pon berubah.. hahahaha suka tengok mak jemah now.. muka tak garang.. hoyeah~!

    1. Hahahaha.. ni dah ada space besar luas pun takdenye dia nak exercise. Malas nau dia. Makan tido je skrg. Tu la kitorang pun rasa macam tu, dulu dia takut dgn humans sebab selalu kena marah kot. Dgn kitorang, sapelah yang nak marah. Sekarang dia guard rumah. Tidur depan pintu. Sape nak keluar rumah, kena gosok kepala dia dulu. HAHAHAHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post