Kitties Playtime!

Playtime!

Hai.. ni Lilo ni.. kalau nak panggil kita abang Lilo pun boleh. Kita tahu watak dalam Lilo & Stitch tu ialah gegirl, tapi nak buat macam mana dah abang Azri namakan kita Lilo, kita pasrah je la. Anak buah kakak yang debab nama Firdee Aqasha tu, panggil kita Yiyo pulak. Maklumlah dia tu pelat, kui kui..

Hari ni kita nak cerita pasal aktiviti waktu petang kita. Biasanya lepas kakak balik kerja dalam pukul enam macam tu, barulah kami dapat keluar bermain bawah pantauan kakak. Kakak tu rajin pok pek pok pek macam mak nenek bila kitorang main-main. Kaco je. Tu tak boleh, ni tak boleh. Tapi takpe, kita paham dia pok pek mak nenek tu sebab dia sayang kitorang kan? kan?

Pada suatu hari kan..

20121124_180006 [640x480]

 kita nampak Aoi sedang bersantai atas rumput..

20121126_181021 [640x480]

Lalu kita merasa macam, wow bestnya kalo dapat kacau Aoi ni. Lalu kita pun merancang strategi untuk menyakat Aoi. Keh keh keh. Sebenarnya bukan semua berani kacau Aoi ni. Yang gagah macam kita je berani mempertaruhkan nyawa. Silap haribulan kena bantai dengan Aoi yang kepala hangin tu, hahahaha.. takpe, kita tak takut pun.. kui kui..

20121124_175800 [640x480]

Lepas sergah Aoi sampai dia tergolek, haruslah cecepat lari menyelamatkan diri wakakakakakakaka. Teknik ini kita namakan sebagai “SAKAT DAN LARI”, heheh. Lebih kurang macam hit and run jugak lah.

20121124_175747 [640x480]

haruslah pegi menyorok dekat manusia terdekat.

Takkan nak lari masuk rumah pulak, jauh sangat tu, hehehe.. Dapat sorok tepi kaki abang long pun boleh la. Sebab kalau Aoi datang nak attack nanti mesti abang long backup lalu cakap “Aoiiiii, takmo wrestling!!” – maka selamat la kita kan? hehe.

Tanpa kita sedari, rupanya kakak memerhatikan kita dari jauh masa kita sergah Aoi tu. Maka kantoilah kita yang mula-mula cari pasal lalu buat Aoi bad mood tu kan.. pastu kita kena tarbiyah dengan kakak 🙁

20121126_181030 [640x480]

Haruslah tertunduk pilu.. maklum la buat salah..

Dalam masa yang sama, rupanya Aoi telah merancang untuk membalas dendam..

20121124_180128 [640x480]

 uikkk?

20121124_180200 [640x480]

20121124_180206 [640x480]

 wahahahahahaha.. rupanya Aoi salah menyerang. Apa benda la dia pegi attack Ichii pulak? Lucunyaaa!!

20121124_180113 [640x480]

 Lalu Aoi kena bebel dengan adik kita, si Ichii. Aoi sedang menanggung malu kerana telah salah menyerang di khalayak ramai..

20121210_180928 (Custom)

Perkara ini juga disaksikan oleh si ekor kipas, Memey.. yang waktu itu sedang mengipaskan ekornya (macam takde keje lain je).

Hime dipercayai mengetawakan Aoi, tapi ketawa di dalam hati kerana dia takut kakak Aoinya itu marah. Maklumlah Memey masih kanak-kanak, sebab tu dia takut dengan Aoi tu, especially kalau Aoi bad mood. Amat menggerunkan. Tapi tidak Ichii. Ichii langsung tak takut pada Aoi.. lalu….

20121124_180106 [640x480]

 Ichii telah menggigit bontot Aoi sebagai pembalasan!

Wahhhh.. ini sudah melampau! Kakak dah pesan kalau nak main gusti gusti ke, guling guling ke, tumbuk tumbuk ke, jangan nak menggigit. Nanti kalau luka nanti, ha sape yang susah? Kakakkkk jugak. Nampaknya kita kena juga bertindak ni..

20121124_175831 [640x480]

kejar Ichii!!

Lepas tu kita bebel kat Ichii. Baru dia insaf sekejap. Itulah tugas sebenar seorang abang. Ingat senang ke menjadi abang ni? Kena jaga semua adik-adik tau. hehehe.. Nasib baik kakak cakap kita ni abang yang penyayang. *kembang hidung*

Selepas puas bermain, kita rasa macam nak jogging. pastu kita pun ajak la Sookie, mana tahu dia nak follow kan.. Sekali ini pulak jawapan dia..

20130107_182754 [640x480]

Dasar berat bontot!

7 thoughts on “Playtime!”

    1. sookie memangg.. datang angin dia malas tu, dia duduk kat kaki lima je tengok dari jauh. Lantak pi lah yang lain nak kejar kejar ke apa. hahahaha

  1. Boleh bayangkan Sookie tu punya suara macamana. Mesti ada lemak2 sikit macam shepah ani kan. Hahaha. Kalau kucing akak baca blog Iz ni, mesti tercengang2. Maklumlah tak pernah jejak tanah pun. Tanah yang dia jumpa tiap hari yang artificial dalam toilet dia tu je. Rumput lagilah pulak tak pernah jumpa sekarang ni. Silap2 dah lupa warna rumput. Haha. Cool betullah rumah Iz ni. Ada playground lagi. Jeles….

    1. Alah kak, rumah kampung, tu pasal ada laman. Kalau rumah mak saya, rumah teres. Dedulu masa belum kawin, Sookie pun tak penah jejak tanah. Lepas kawin dan pindah sini, tetibe ada laman beso pulak kan.. Sampai sekarang pun kalau diberi pilihan, Sookie prefer tak jejak tanah. Kadang jalan atas kaki lima je, hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post