Kitties Sookie ohhh Sookie..

Sookie ohhh Sookie..

Hai, saya Sookie.. selamat berkenalan.. hehehe.. cewah macam la first time kita buat entry kat blog kakak ni kan. Pertama sekali, kita bagi pihak kakak memohon maaf sebab jarang-jarang update blog. Sebab kakak tu busy kengkononnya menguruskan kami adik beradik. padahal baru 7 beradik (termasuk Lady Jemah) pun tak boleh handle, hik hik.

Kesian juga dekat kakak sebenarnya.. sebab dah masuk musim deworm dan vaccine, so kakak hari-hari kena bawak kami sekor setiap hari ke klinik, ikut turn. Terima kasih kakak. We love you. Hehehe..

20130213_180915

terimalah muka terkejut kita sebagai pembuka bicara

Nak tahu kenapa kita muka terkejut tu? Sebenarnya kisah dia cenggini. Masa tu kita duduk depan pintu sambil tengok permandangan. Kakak pun duduk mencangkung sebelah kita masa tu.. Sekali tetibe kita dengar “POMMMM!!!”

Terkejut sangat kita, siap terlompat dan mengembangkan bulu seluruh badan lagi, tanda kengkonon garang.. Manalah tahu kot ada binatang jahat ke yang mengeluarkan bunyi POMMM itu. At least kalau binatang tu nampak kita kembangkan bulu, maybe dia akan rasa takut, hihi..

Tetibe kakak gelak sampai terduduk duduk. Kita tanya la, “Hoi, kenapa kakak?” Lepas tu kakak jawab.. “Kakak kentut la Sookie, wakakakaka.. itu pun terperanjat, wahahaha..”

Bengong punya kakak. Dia kentut rupanya sampai begitu kuat bunyiknya. Kakak kata kita penipu. Kakak tak mengaku dia kentut kuat. Hahahaha. Sebenarnya kita rasa kelakar bila dapat tahu tu sebenarnya bukan bunyi binatang jahat, rupanya bunyi kentut kakak!

Berpeluh kejap hidung hangus kita. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Not funny kakak, sebab buat kita terkejut. Kahkah! Lepas tu bila kita sambung balik duduk depan pintu, kita hadiahkan muka terperanjat kita dekat kakak, seperti yang di atas. Hahahaha.

Sebenarnya kita nak cerita pasal lain. Tetibe cerita pasal kentut. Ni semua kakak punya pasal.

20130211_155640

 Ni cara kita tidur bila sejuk

Walaupun kita bambam, ingat kita ni tak tahu sejuk ke? Selalunya memang kita tidur terlentang dan terkangkang. tapi bila hari hujan dan kakak pasang air-cond pulak, kita cuba la tidur gaya tenggiling pulak, kih kih..

20130213_215841

 tidur di tengah jalan tu memang hobi kita

Kita memang suka menghalang lalulintas. Macam dalam gambar di atas, kita tidur dekat depan tangga kecik tu. Kadang-kadang kita tidur depan pintu. Saje je dengki taknak bagi orang lalu. hahahaha..

Kita selalu perhatikan si Memey tu tidur dalam hammock yang kakak buatkan untuk dia. Hee.. mengada betul budak tu. Feeling baby la tu tidur dalam hammock.

20130216_232504

Budak mengada, citt..

Memang situ la port dia tidur atau menyorok kalau kena kejar dengan Hachiko. So suatu hari tu kita rasa macam nak tahu la apa yang best sangat duduk lepak dan tidur dalam hammock ni..

20130215_234237

 lalu kita pun try.. Hmmm..

Kakak ketawa sampai terbaring-baring atas katil bila dia tengok kita tengah lepak dalam hammock ni. Apa? Kelakar ke? Lepas tu dia cepat cepat kecoh panggil abang long tengok kita. Pastu diorang gelakkan kita secara berduet.

20130215_234343

 Hoi? Tak pernah tengok kucing duduk dalam hammock ke?? Nak kena hempap?

20130215_234412

 Nah ni muka comel.. hewhew..

Sebenarnya kakak letak alas kat bawah hammock tu.. sampai jejak la bontot kita kat alas tu, kihkih.. Diammm!!! Sape ketawakan kita, malam ni semua pegi tidur luar. Hahahaha..

Nak tahu.. masa kita tengah syok syok lepak dalam hammock tu, Memey main berlari berkejaran dengan Hachiko. Diorang ni asyik berlari je. Tak tahu letih ke apa? Banyak betul energy macam pakai battery Energizer.

Pastu cam biasa, Memey menjerit-jerit sambil lari, pastu dia lari menuju ke arah kita. Haa tu nak menyorok dalam hammock la tu. Kita senyapppp je.. Tetibe Memey brake emergency bebetul depan pintu cage, sebab dia nampak kita tengah duduk dalam hammock. Terbeliak bijik mata Memey masa tu. Mesti dia tak percaya kita mampu masuk dalam hammock dia. Wahahaha.. Hey jangan pandang rendah kat kita tau. Walaupun lemak kita banyak, tapi kita masih mampu lepak dalam hammock tauuuu.

20130217_035345

siap boleh tidur lagi tau.. krohhh.. krohhh.. bye!

20 thoughts on “Sookie ohhh Sookie..”

    1. Hehehe.. ala nanti kalau kakak kita rindu kita macam mana? Kita hari-hari tidur dalam bilik dia, hehe

    1. Boleh je, marilah datang jumpa kita, hehehe.. 1 kaki terjuntai tu tanda relax sangat la duduk lepak dalam tu kot hahaha

    1. Sikit je lagi kakak Yana? Okeylah nanti kita diet, turunkan 50 gram je cukup kan? pastu boleh buai buai dah kan? hihihih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post