16 January ialah birthday Sookie yang ke 1 tahun. Tapi dia dah start kena diet sikit-sikit. Sebab dia dah macam.. erm.. overweight. ahahaha.. berat badan dia sekarang ialah 5.23kg. Bila dukung dia, rasa macam tangan boleh keluar muscle. Haha. Yelah, memang la baby lagi berat, tapi nak dukung Sookie bukan perkara mudah sebab dia ni macam sakai sikit bila didukung.
Bila dia berjalan, lemak kat bawah perut dia bergoyang-goyang heiiii.. Kalau time dia berlari, lagi la kelakar. Kekadang kesian aku menengoknya, tapi bukannya aku sumbat dia dengan makanan pun sampai dia jadi montel gitu.
Apakah rahsia kemontelan Sookie?
Dia suka makan dry food (kibbles).
Dry food memang berupaya menggemukkan kucing anda. Kucing aku makan Royal Canin Babycat sejak umur 2 bulan hingga 4 bulan. Lepas tu dari 4 bulan, diorang makan Royal Canin Kitten. Masa Hime dan Hachiko still baby dan makan Babycat, Sookie pun menumpang sama makan makanan diorang. Macam manalah dia tak bulat? Terkebil-kebil Hachiko tengok Sookie melebih-lebih belasah food dia, hahaha.
Sekarang, Lilo, Ichii dan Tuan Puteri A-oi sudah berusia 1 tahun. Dan Sookie pulak in less than one month akan sambut birthday jugak. Kebetulan makanan diorang pun dah tinggal sikit, so husband kata nak tukarkan makanan diorang. Dah boleh makan kibbles for adult. So kitorang pun tanya la dekat vet apa yang patut diorang makan. Nak bagi RC Obesity, tak boleh sebab Sookie belum obesity. Cuma ada potensi nak obes. Lilo, Ichii dan A-oi pun tak obes. Maka RC Obesity tak sesuai.
RC Indoor, untuk kucing indoor yang tidak keluar rumah. Berupaya untuk mengurangkan bau ‘kuih muih’ diorang. Tapi aku rasa macam kurang protection kot. Dan rasa macam tak sesuai jugak sebab kucing aku bukan strictly indoor. Bila petang tu kekadang keluar jugak. Sebab Tuan Puteri A-oi tu kalau tak dapat explore halaman rumah, dia meroyan kat dalam rumah. Naik hangin manjang.
Nasib baiklah ada RC Fit. Untuk maintain badan diorang. So boleh control supaya tak obes dan sentiasa fit!
Kibbles for adult cats juga lebih murah daripada kitten punya
Kitorang beli 15kg punya terus, sebab dia takde yang 10kg. Lagipun katanya Royal Canin nak naik harga so haruslah borong terus kan, hihih. Kucing kitorang ni senang, sebab tak memilih makanan. Tak payah susah-susah nak campurkan ke apa ke. Terus je tukar. Takde masalah apa-apa. Diorang makan je macam biasa.
Kalau Hachiko, memang fussy. Dulu masa baby, dia makan Evo. Lepas tu bila start duduk dengan kitorang, aku bagi Royal Canin. Dia macam takde selera nak makan. Nasib baiklah breeder dia ada bekalkan Evo sebekas. So kena la campur-campur dan tukarkan sesikit.
So sekarang ni, cuma Hachiko dan Hime je yang masih makan RC Kitten. Makanya Hime, aku letakkan dia dalam cage berasingan. Now Hime duduk dalam cage 2 tingkat tu bila nak tidur malam. Awal sangat untuk dia makan adult food. Hachiko pulak, memang strictly indoor, dia tidur dalam gua dia je. Hahaha. Malam-malam pulak menempek tidur sebelah aku sampai separuh katil.
Tapi dalam rumah, diorang masih makan RC Kitten. Payah la pulak nak asing-asing kan. So takpelah tu. Bukannya diorang makan sangat pun bila siang. Masing-masing ada je agenda tersembunyi. Kalau hujan pulak, semua terbongkang sana-sini. Makan pun tak ingat dah.
Sookie yang leher pun dah tak nampak, hahaha
Kucing yang gemuk memang comel. Tapi husband aku taknak kucing dia gemuk obesity. Sookie, kakak harap Sookie faham la niat baik kami ni okeh? Aku tak sampai hati nak sukat makanan dia. Jadi aku harap RC Fit ni memberi kesan yang baik. Kalau tidak, memang kenalah sukat nampaknya.
Sookie, kakak suggest azam tahun baru awak ialah “mengawal berat badan”. Kalau tidak, terpaksalah kakak hantar awak pergi kelas aerobik.
Babai.
Sookieee dhemok nye! Dari ala2 model runaway dh boleh masuk biggest loser cat! Xpe nanti ikut mama assa g aerobic!
aku suka kucen demok2 tapi kucen2 aku tak penah demok..sume slimriver nak gomoi2 pun tak syiok..sookie menjadikan garfield idola dia nih..kompom!
hi…kucing sy sama kale mcm sookie awk bg die RC kitten ke spai die besar mcm tu….huhu..xpe ke bg kitten for adult cat..kucing sy molly ni br setahun lebih tp sy masih xsure makanan ape yg sesuai utk die…sbb vet kate kucing sy ni kurus bulu je tebal..huhu