Memana Pun Boleh

Haiiiii kawan-kawan kakak! Nama saya Hime. Ingat lagi tak entry yang saya tulis kat klinik masa kakak hantar saya untuk di-spay? Hehehe.. saya dah sihat walafiat sangat sekarang ni.

Kakak cakap, mesti sebab saya ni good girl, sebab itulah luka saya cepat sembuh. Eh memang betul pun saya ni good girl. Sebab saya tak pernah protes bila orang dukung saya. Sebenarnya saya memang suka bebenor la kalau ada orang dukung saya, peluk saya. Best gila hoiii.. sebab tak payah jalan sendiri, hahahahah. Jimatlah sedikit peluh saya.

Kalau kakak A-oi tu, bila orang dukung dia, mesti dia nak membebel-bebel. Entahlah dia bebel apa. Lepas tu dia tepuk tepuk muka orang yang dukung dia pakai paw dia. Hish, apalah punya perangai tu. Itulah kakak A-oi ni jenis kuat jealous. Kakak cakap, dulu dia tak macam tu. Tapi bila ada kakak Sookie dan saya, dia mula tunjuk perangai. Nak tahu, kakak A-oi tu tak pernah suka kakak Sookie. Diorang takdelah bergaduh, cuma tak boleh tersentuh sikit, mesti kakak A-oi tu nak naik hangin. Kekadang kesian dekat kakak Sookie.

Wow banyaknya perkataan kakak. Apa nak buat, dah saya memang ada ramai kakak. Hahaha.

Tapi kesian juga dekat kakak A-oi, saya perhatikan dia macam membawa diri, taknak join kitorang main sangat. Tapi bila difikirkan balik, itu bukan membawa diri, tetapi adalah EGO sebenarnya. Wahhhh pandainya saya. Tak sangka saya berjaya membuat ayat menggunakan perkataan seperti ‘ego’ itu.

Saya ni seekor kucing yang manja.. Eh biarlah saya nak bangga diri sekejap, hehe. Masa saya dalam tempoh ‘berpantang’ hari tu, saya habiskan banyak masa melepak dengan kakak Aisyah dalam bilik dia. Tidur dengan dia.. tengok cerita Vampire Diaries dengan dia.. dan yang paling penting, saya tak payah dikurung πŸ™‚

Ada satu hari tu, kakak tak pergi kerja.. lepas dia buat kerja kat dapur, dia pun berehat la sambil tengok tv.. Macam biasalah, saya panjat atas kerusi malas tu dan duduk atas pangku kakak.

Tiba-tiba saya dah terlena, hehe

IMG00694-20111208-1147 [640x480]

Β krohhhh.. krohhhhh..

Kakak cakap macam tu pun saya boleh tidur.. hahaha.. saya pun tak sangka saya boleh tertidur. Padahal masa tu kakak usap-usap pipi saya je.. tiba-tiba je dah lelap, hehe. Sebenarnya tidur macam tu, bukannya selesa sangat. Tapi saya suka πŸ™‚

IMG00696-20111208-1157 [640x480]

kakak betulkan kedudukan saya

Lama jugak la saya tidur atas pangkuan kakak sampai dia tak dapat nak buat kerja lain. Terpaksalah dia tengok tv je, hahaha. Saya sayang kakak saya. Itulah saja cerita saya. Hahaha..

πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.