Izzy Pets,Kitties,Sookie's Kiosk Sookie’s Kiosk

Sookie’s Kiosk

Hai hai.. nama kita Hime. Boleh panggil nama kita, Memey. Rasanya dah lama kita tak buat entry kat blog kakak ni. Hmmphh kalau nak harapkan kakak, memang tahun 2020 la baru dia update agaknya haha.

Haaa.. kita ada satu cerita ni.. minggu lepas kan, 21 March ialah birthday kakak yang ke ehem ehem.. Mestilah kita rahsiakan usia kakak kita hihi.. Kalau usia kita? Baru nak masuk dua tahun 9 May nanti. Ni dah tahu besday kita ni, kena la semuaaaaa orang bagi hadiah masa besday kita tau, kihkih.

Apa-apa pun jom tengok apa reaksi kitorang bila abang long bagitahu hari tu ialah birthday kakak!

20130319_184326 [800x600]

ucapan dari abang lilo yang naughty kaki buli, hehehe..

20130321_094930 [800x600]

ehemmmm.. dari kita, Memey yang omey. Kakak cakap nama kita sebenarnya Omey sebab dia cakap kita comel sangat. Banyaknya nama sebenar kita sampai kita pun kompius mana satu nama kita tah, haha..

20130319_184412 [800x600]

hish kakak Aoi ni bagi ucapan pun sambil posing diva dia tu, eksyen betul

20130319_190146 [800x600]

kakak Ichii marah sebab kita cakap dia lupa besday kakak kih kih

20130320_185645 [800x600]

Lady Jemah tak mahu ketinggalan. Siap jadi yang pertama wish kakak, ishhh.. ngengada betul

20130321_094904 [800x600]

Ini paling poyoooooo.. bagi ucapan dengan 10 kali ciuman? Hachiko ni mesti rasuah kakak, nak mintak wet food la tu kan?

Eh eh, semua dah bagi ucapan dah.. Mana kakak Sookie ni? Penat kita carik dia untuk buat ‘rakaman’ ucapan. Akhirnya beliau berjaya ditemukan. Tapi tahu tak kita jumpa dia dekat mana?

20130220_225738

dalam bilik, atas katil, siap aircond, kipas full blast

Perghhhhh…

Ni kalau kakak Aoi tahu yang kakak Sookie cobe merampas kedivaan dia, haih.. mesti keluar angin puting beliung kakak Aoi. Seram kita. Baik kita rahsiakan.

Sementara itu, di luar nampaknya kakak Aoi sedang merancang sesuatu untuk hadiah hari jadi kakak kami yang tersayang.

 

20130319_190344 [640x480]

20130320_181942 [640x480]

abang lilo suruh diskas, kakak Aoi ni paksa kita cium dia pulak eeeee..

Selepas bermesyuarat selama 1 jam (tak boleh lama-lama sebab nanti dah azan Maghrib semua kena masuk dalam), kami pun bersepakat untuk hadiahkan kakak sesuatu yang amat istimewa. Jadi untuk meralisasikan impian kami tu, maka kami terpaksalah bekerja secara part time untuk kumpul duit.

20130121_182847 [640x480]

abang Lilo buat keje security, hehe.. sesuai sangat.

20130227_181432 [640x480]

kita pula kutip serai dan dijual di pasar….

20130227_181341 [640x480]

bersama Hachiko. Hehe.. dia ni sibuk nak follow kita so follow jelah kita kutip serai..

20130321_181409

kakak Aoi dan kakak Ichii ialah pemburu handalan. Jadi mereka bisnes tupai.

Mereka tangkap tupai dan jual di pasar. Entahlah siapa yang beli tapi nampaknya hasil jualan mereka memberangsangkan. Kita malas nak audit lebih-lebih, yang penting cita-cita kami nak bagi kakak hadiah istimewa sempena besday, tercapai. kih kih..

20130322_182235

gigih sangat kakak Aoi, terharu kita..

20130121_184226

Lady Jemah pula buka kelas yoga

Kesian Lady Jemah. Dia buat kelas dari pagi sampai malam demi nak menambah pendapatan. Ramai juga la kucing-kucing debab dari kampung kampung dan perumahan berdekatan yang datang kelas yoga beliau. Semua nak dapatkan bentuk badan menarik. Bila malam, beliau tidur pengsan kerana kepenatan. Terharu kan?

Kakak Sookie?

20130227_190638

dah la masa besday kakak, dia tido. Tak ingat besday kakak. Lepas tu dia buat tak tahu je bila kita ajak dia join bagi hadiah untuk kakak. Siap lepak atas kereta lagi macam big boss hoh!

Selepas mengumpul duit, kami berpakat pula dengan abang long dan akhirnya kami telah berjaya melaksanakan impian kami untuk bagi hadiah yang amat istimewa untuk kakak sempena besday dia iaitu…..

20130321_000313

Sookie’s Kiosk!!!!

Sookie’s Kiosk ialah sebuah kedai menjual barang keperluan kucing secara kecil-kecilan di Jalan Kempadang-Soi. Dekat je dengan Petronas Sg Soi yang kat Taman Jack tu. Kami tak mampu nak hadiahkan kakak kedai besar, jadi kedai comel pun boleh la kan kakak?

20130325_001115

khas untuk kakak kesayangan kami

Kakak happy. Dah lama dia bercita-cita nak jual barang keperluan kucing. Basically hampir semua barangan yang ada dijual di sini, kami pernah gunakan. Jadi kakak boleh la bertukar-tukar pendapat dgn pelanggan tentang pengalaman dia nanti. Letih sangat kami tolong abang long kemas barang dalam kiosk ni. Sampai berpeluh-peluh hidung kita, kih kih. Kakak seronok. Dia grateful dengan usaha kami untuk bagi hadiah spesel kat dia, hihi..

20130325_001018

tadaaaa..

Kedai comel kakak ni tak dapat memuatkan terlalu banyak benda.. jadi kami order barang-barang yang kakak suka je. Kalau nak tengok catalog apa yang ada dijual di Sookie’s Kiosk, boleh tengok di Facebook Izzy Pets..

20130325_000706

Mereka yang di Kuantan boleh la datang terus ke kedai. Boleh tengok benda lain sekali. Mana tahu kot nak beli baju ke. Boleh jadi macam kita ni ha.. Baju kita je dah penuh satu almari. Hish hish tu semua kerja kakak la suka belikan kita baju.

20130325_000738

pandangan bawah pulak, ewahhhh.. hehehe

01. Banner 9 x 4

banner depan kiosk macam ni la rupa dia.. so kalau nak cari nanti, cari banner ni tau hehe

Hemm.. Kita tak tahulah macam mana kakak Ichii boleh tahu tentang isu kakak Sookie lalu berkata..

20130322_182119

hah? denda?

20130321_020200

Kakak Sookie kena jadi maskot dan menjadi cashier di Sookie’s Kiosk hahahahahahahahaha..

Padan mukaaa.. tulah sape suruh lupa besday kakak? Kakak Sookie terkejut bila dapat tahu kedai kakak diberi nama Sookie’s Kiosk. Hahaha..

Picture2 117 (Small)

Kakak Sookie kena tolong kira stock Fussie Cat hahahaha..

Dan ini pula ialah keadaan kakak Sookie selepas beberapa hari menjadi cashier di Sookie’s Kiosk..

20130324_111322

minum air pun sambil baring.. hahaha.. letih sangattttt…

Untuk mereka yang berada di Kuantan, jemputlah datang ke Sookie’s Kiosk. Sekarang tengah promosi, dengan pembelian RM50 ke atas, boleh dapat 1 collar free tau. Tapi bukanlah buka hari-hari sebab kakak kita kerja full time lagi waktu siang. Kesian kakak letih nanti.. So dia cuma buka setiap Selasa dan Khamis jam 8 malam hingga 11 malam, Sabtu dan Ahad dari jam 2 petang hingga 11 malam. Tapi boleh je call/sms atau whatsapp kakak di 012-9379037 untuk arrangement lain.

Okeylah sekian entry panjang lebar dari kita. Selamat hari jadi kakak kami yang tersayang 🙂

24 thoughts on “Sookie’s Kiosk”

  1. salam…
    happy besday iz..
    wow best nya dah ader kiosk…tp jauh nya nak pegi 🙁
    tapi kot la tersesat jln g kuantan wajib singgah ni… hehe
    hope iz success ngan bisnes ni yer… :)))

  2. Iz…happy belated birthday. Tahniah dh ada kedai sekrg :). Inn sha Allah, kalau kak nor cuti2 Malaysia ke Kuantan, akan menyinggah di Sookie’s Kiosk. Cik sookie kita ada lepak2 x kat kiosk tu ?

    1. time kasih kak.. tu la bilanya yang nak cuti cuti Malaysia ke Kuantan ni, hahaha.. Rasanya tak dapat la cik Sookie nak lepak sebab ruang terhad. Kedai pulak jenis terbukak je macam tu, tak berpintu. bahaya pulak kan.,,.

  3. Tahniah Iz. Bangga akak tengok Iz dah ada kedai. Tak pe lah kecik pun. Lama2 nanti boleh tambah lagi sampai boleh jadi supermarket, insyaAllah. Kalau dekat boleh akak apply jadi pekerja Iz. Boleh bukak kedai setiap hari kan.
    Entah pe sal nampak datin Aoi tu makin seksi pulak. Posing kemain lagi.

    1. Mekasih kak. Awal-awal nak mula.. tak berani nak terus besar macam supermarket, ahahaha.. tu lah kak, sekarang memang takde pekerja ni. Hahaha. Kalau nak suruh abang Milo apply pun boleh juga, hahaha.. Hmm Aoi tu sekarang alhamdulillah badan makin berisi. Kurang stress gamaknya. Tapi hari2 mesti kasi keluar main petang-petang, kalau tidak nanti meroyan, hahaha

    1. Sookie masa baby makan RC Babycat. Lepas 4 bulan, dia makan RC Kitten. Bila dah masuk setahun lebih, bagi makan Orijen pulak 🙂

    1. Mekasih Heebum and Haebi. Terima kasih tau. Nanti kalau datang Kuantan jangan lupa singgah kiosk comel cik Sookie hik hik :p

  4. happy birthday izz… jauh nyer kuantan tak pernah p sana.. sya org sabah minat sangat kucing.. sya tnggl d shah alam sg buloh… semoga maju jaya dgn kedai sookie’s kiosk 🙂

    1. Mekasih awak.. Ala Shah Alam tu takde lai sejauh Sabah, hehe.. boleh je kalau weekend nak datang picnic kat Cherating ke, boleh la singgah jap ke Sookie’s Kiosk, hihi

  5. aisayyy.. happy belaaaated birthday Iz, moga panjang usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh NYA. in shaa Allah.. aaminn.. tahniah Iz for the opening your cute store!!!! moga maju sentiasa!!! Sookie tu sekali sekala bagi lah dia jadi cashier..hehe.. Hachiko boleh jaga bahagian customer service.. :))

    1. Mekasih kakak! Tu la Sookie tu patutnya jadi cashier. tapi dia cakap letih. So bagi dia work from home je.. Kira stok hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post