Kitties Tu Kotak Kitalahhhh!!

Tu Kotak Kitalahhhh!!

Selamat hari Jumaat!

Sekejapnya dah hari Jumaat. Rasa macam baru je semalam hari Isnin, hahahaha.. Lama dah rasanya takde cerita pasal si budak Sookie. Dia ada je kat rumah. Sihat walafiat. Rajin tidur. Rajin makan. Tapi sekarang ni cuba dikawal lah sikit. Tak pasal-pasal lah room mate dia, yakni Hachiko dan Hime pun ter-diet sekali. Hehe.

20130531_015340

 awak mengumpat kita ye kakak?

Hahahahaha.. hamek ko.. sepenuh-penuh kotak tu ha.. citer dia, semalam aku mengemas sebab ada barang-barang baru sampai. Kotak-kotak ni memang fevret diorang la kan. Selalunya Hime la yang pantang nampak kotak, semua dia nak masuk, lepak dan jahanamkan. Geram pulak aku. Aku punya simpan kotak-kotak tu. Dia selamba pegi gigit-gigit kotak, buat salji dalam rumah. Grrrrr..

20130531_015313

“Herm.. seronoknya duduk dalam kotak ni. Besar dan selesa. Mana kakak dapat?”

Aku tengah sibuk mengemas, tiba-tiba nampak si Sookie dah duduk berehat dalam kotak ni. Padahal sebelum tu, kotak tu bertutup! Bila masanya yang engko masuk ni Sookie? Pandai buka sendiri pulak tu?

20130531_015318

“Apa? Ingat kita tak pandai ke?”

Tahu pulak dia, kotak ni besar dan dia muat masuk haha. Selalunya kotak kecik tapi panjang, dia memang tak masuk la sebab sedar diri. Kang terperangkap dalam kotak kecik pulak kan. Kotak-kotak kecik ni semua Hime dah sign kontrak dah. Memang dia lah yang akan keluar masuk buat main. Sabar je kakak.

20130531_015447

 “Ala apa ni kakak? Tetibe si kenit ni masuk menyibuk ni kenapa? Ni kotak kita!”

Amboi sesuka hati je panggil Hime kenit ye? Padahal sebaya je tau! Tengok lah beza badan dia ngan Hime. Hime tu kecik molek je, bersize mini. Kakak Sookie? Size mini jugak. Mini-monster hehehe.. Jangan marah Sookie, kakak gurau je..

 20130531_015419

“Mengadanya kakak Sookie.. Sampai hati dia taknak duduk sekotak dengan kita?”

Memey kecewa ditinggalkan sendirian sebab Sookie tetibe nak merusuh sengsorang pulak sebab Hime menumpang kotak dia. Hahaha. Poyo punya Sookie. Sejak bila pandai nak berfeeling diva nih?

20130531_015424

“Kakak nak jual Memey ke? Nak kena bungkus dalam kotak? Kita boleh tolong bungkuskan,” tanya Hachiko

20130531_015434

“Sedihnya kita, takde sape nak teman kita berehat dalam kotak ni ke?”

20130531_015409

 Hachiko: Takpelah Memey, biar abang temankan awak dalam kotak ye?
Memey: Poyonya, sejak bila awak tu abang? Kita lahir dulu ok
Hachiko: Ops! Yeke? Sorry. Siapa suruh badan kenit sangat?

20130401_221834

“Woiiii.. jangan la lepak dalam kotak kita. Ingat senang ke nak dapat kotak yang sama size dengan kita? Berambus la weiii..!! Nak kena hempap ke?”

Kemain marah Sookie. Tapi marah pun sambil terlentang. Molek sangat perangai kan? Siap ugut lagi tau! Hahahaha..

Tetapi akhirnya….

20130531_015334

“Yahooo yahooo kita dapat balik kotak kita!!!”

Ada sesiapa nak beli? Siap duk dalam kotak dah tu.. HAHAHAHAHAHA..

8 thoughts on “Tu Kotak Kitalahhhh!!”

  1. Memanglah Iz. Kucing kat umah akak ni punnn. Suka sangat dgn kotak. Lagi satu plastic bag. Bila akak balik beli barang, semua pakat nak masuk dalam plastic bag tu.
    Sookie bertambah makmur nampaknya. Hehehe.

    1. Diorang plastik kurang sikit kak. Kotak tu yang tak tahan. Kadang saya sampai sorok2 kotak sebab asal nak pos barang je, kotak seme dah jahanam -_-

  2. waahh.. sookie duduk je terus tak muat dah sesape nak masuk join sekaki. Aku yang suke sangat kotak ni Gollywolly. Pantanggggg.

    1. Kedekut pulak tuuu.. Bila Hime masuk kotak tu, kemain dia jeling. Lepas tu dia keluar. Bengang la konon hahaha.. Bila Hime keluar dari kotak, baru dia masuk semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post