Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Off to the Rainbow Bridge


Selepas hampir setahun Mak Jemah menanggung penyakit buah pinggang, ia tinggalkan kami jua akhirnya. 1 May 2018, pagi yang sangat menyedihkan buat kami semua.

Tetapi kakak takkan cakap yang Mak Jemah menderita menanggung sakit, sebab kami jaga dia dengan sepenuh kasih sayang, setiap hari. Tiada satu hari pun yang kami tak berikan kasih sayang padanya. Mak Jemah sentiasa, selalu dan sepanjang masa disayangi. Kami panggil dia babygirl sebab kemanjaannya. Mak Jemah pergi pada usia lebih kurang 14-15 tahun.

Kami peluk Mak Jemah setiap hari. Kakak perhati dan tengok dari camera macam mana sayangnya staff kakak pada Mak Jemah. Berdukung, berpeluk, bermain. Terharu. Dan berterima kasih. Di saat kakak sibuk dengan urusan kerja, staff kakak tak pernah abaikan Mak Jemah.

Kakak takkan cakap yang Mak Jemah terseksa sebab kena makan ubat setiap hari sepanjang ia sakit. Sebab Mak Jemah bukan jenis kucing yang susah nak makan ubat. Bukan jenis menggelupur atau mengamuk bila makan ubat. Tidak pernah air liurnya keluar hingga berbuih mulut bila makan ubat. Tidak pernah luahkan kembali ubatnya.

Mak Jemah tidak mati dalam keadaan kurus kering. Ia masih comel, chubby dan debab.

Gambar 28 April 2018, beberapa hari sebelum kematiannya, bulat lagi.

Mak Jemah ada heating pad yang kami panaskan setiap hari dan letak di tempat tidurnya. Sampai satu tahap, heating pad tu tak panas lagi. Lalu waktu kakak outstation, kakak teringat pada babygirl lalu belikan dia heating pad yang baru. Namun tak sempat nak bagi padanya. Keesokan harinya kakak terima berita yang babygirl kesayangan kami telah tiada.

Sedihnya tak terkata. Sebab Mak Jemah ialah kucing yang kakak pelihara sejak sebelum kakak buka pet store lagi. Banyak memori dengannya. Dari segarang-garang kucing hingga jadi semanja-manja makhluk. Kakak tahu ia akan tinggalkan kami one day nanti. Memang kakak dah bersedia, tapi kesedihan tetap tak tertanggung. Menangis? Tentulah. Sedih. Sebak. Pasrah. Semua ada.

Sejak Mak Jemah takde, kakak tak mahu cerita tentangnya. Hanya kawan-kawan rapat je yang tahu. Sebab kakak taknak sedih.

Bila ada orang tanya soalan pasal umur kucing ni di Instagram, baru kakak sedar yang kakak dah bersedia untuk cerita pasal MJ

Itulah antara gambar terakhir MJ dengan kami. Dan ini pula ialah kenangan kami bersamanya. Boleh klik link untuk baca:

Mak Jemah dan Kiko
Mak Jemah
The Babies
Bunting Lagi?
Penampilan Baru Mak Jemah
Bersama Ratu Yoga
Baby Girl
Kucing & Kegagalan Buah PInggang

Selamat tinggal sayang

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post