Contest,Happiness,Kitties Hadiah Kemenangan

Hadiah Kemenangan

Ingat tak si kenit Hime pernah masuk contest Whiskas dan menjadi salah satu pemenang dalam pertandingan tu? Nah baca kat sini pada sesape yang ada penyakit short term memory lost tu, hehe.

Setelah sekian lama menanti hadiah yang dijanjikan (sampai aku fikir adakah contest ini sebuah scam? Tapi takkan la Hot FM menaja pertandingan scam?), akhirnya pada suatu hari aku terima sebuah panggilan dari Hot FM..

Dia mintak nama penuh, dan alamat, sebab nak courier cheque katanya. Terus la aku bagi kan. Nasib baik la diorang call sebelum rompakan yang menyebabkan telefon bimbit aku hilang dan seterusnya menyebabkan aku terminate terus nombor tu walaupun nombor telefon aku cun. Kalau tidak, macam manalah diorang nak contact aku kan.

Selepas panggilan tersebut, agak lama jugak aku menanti. Sampai naik lupa pulak pasal ni. Haha.

Tapi minggu lepas aku terima ini..

DSCN9276 [640x480]

hoyeahhh.. yahu yahu!!

Cheque bernilai RM100 selamat diterima oleh kakak Hime. Terima kasih Whiskas dan Hot FM. Walaupun nilainya cuma RM100, tapi okeylah kan. At least berjasa jugak kucing aku. Tak payah jadi kucing Parsi pakai skirt pun boleh menang pertandingan. Hehe.

kesian si Scottish Fold ni kena pakai skirt. Muka pasrah jewwww

6 thoughts on “Hadiah Kemenangan”

  1. Hi…

    Tahniah! Kucing awak comel la…pakai skirt lagi hihihi…

    off topic: tgk kucing awak yg scottish fold ni, nak tanya sikit,… kat mana ya nak cari kat malaysia ni org yg bg adopt/beli… saya nak cari seekor, tp tak jumpa2 lagi…kalau awak ada info pasal scottish fold ni …share2 la ya….tenkiu

    ^__^

    1. Dear, scottish fold tu bukan kucing i. Tu i google je. Hehe. Kucing i yang menang tu, kucing biasa je. Kat Malaysia ni memang susah nak dapat scottish fold 🙂

      1. hahaha…i ingat your cat…salah paham la ni…tu la nampak gambar kucin tu dah tak baca betul2 U punya entry…maap… ^__^

        tu la…kat malaysia mmg susah kan nak dapat…hehehe…xpe2… I usaha cari lagi…

        thanx… ^__^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post