Contest,Kitties Saya Menang Motor!

Saya Menang Motor!

Last Friday, aku keluar lunch dengan Along.. masa dalam kereta, dengar iklan pasal contest Whiskas kat radio. So aku pun cakap kat Along, nak masukkan kucing aku la dalam contest tu. Mana tahu ada rezeki kan..

So balik dari lunch.. aku sambung buat kerja.. dah pukul 5 baru teringat pasal contest tu. Tapi apa nama contest tu hampeh aku tak ingat. Maka Google la kite ye.  Aku memang suka Google. Surat nak resign pun aku Google jugak hahaha. Kalau kau tak tahu apa-apa, Google je. Jangan nak tunjuk malas sangat serba serbi nak tanya orang. Bukannya kena bayar pun search kat situ. Search result pun melambak, pilih je nak yang mana.

Tapi jangan pulak kau tanya bila tarikh kematian kau kat Google. Hahaha. Eh ke ada orang yang buat camtu?

Anyway, barulah aku tahu contest ni through Facebook. First of all, kena la kita tengok terms & conditions kan. Kena tahu jugak criteria macam mana diorang nak baru layak masuk contest ni. Syarat dia senang je. Letak gambar kucing kau. Kucing orang lain, tak boleh. Hahaha.

Senang je. Berak sembelit lagi susah.

So aku pun upload la gambar Hime dan A-oi. Takleh upload semua sekaligus. Nanti chance nak menang tu tipis.

Cik Hime

Cik A-oi

Hari Selasa, lebih kurang pukul 7 malam, @chokilala mention aku kat Twitter. Dia cakap kucing aku menang contest Whiskas. Memula aku ingat dia kelentong aku sebab kitorang memang ada sembang pasal contest ni. Rupanya betul hahahahahah.

Contest ni memang bebetul based on luck je. Bukan sebab kucing kau lawa, gebu, bulu kembang or gemuk. Setiap gambar ke 200 yang di-upload, akan jadi pemenang. Gambar Hime ialah yang ke 4600. Aku rasa gambar A-oi ialah yang ke 4601 sebab tu dia kalah. Lepas upload pic dia, baru aku terfikir, patutnya aku jangan upload gambar serentak.

Makanya, Hime menang motor..!!

Hahahaha ok gurau je. Ini pertandingan Whiskas, bukannya Power Root. Hime menang RM100. Atau dengan ayat yang lebih tepat, kakak Hime yang menang RM100, kahkahkah. Hime mana reti nak berbelanja pun kan.

Next, aku akan masukkan gambar Sookie, Ichii dan Lilo pulak. Hachiko dah masuk pagi tadi. Walaupun satu orang boleh menang sekali je, tak kisah la kan. Mana tahu kot berkat gambar yang aku upload, diorang boleh jadi model iklan ke.. keh keh keh.. Ada hati tu nak jadikan kucing sebagai model :p Kalau korang ada kucing, masukkan je la gambar diorang. Takde yuran penyertaan pun. Kalau nasib baik, menang.. Kalau kalah pun tak rugi apa-apa. Tarikh tutup penyertaan 31 Oktober nanti.. Ada masa lagi ni..

Apa yang aku suka pasal contest ni ialah selain takde yuran penyertaan, kita tak perlu nak paksa orang ‘Like‘ gambar kita. Aku malas sikit nak like like gambar ni. First sebab friend list aku seciput. Lepas tu aku tak reti nak suruh-suruh ni. Kalau orang suruh aku pun, melainkan aku memang ngam dengan kau, barulah aku tolong klik like. Itu pun kalau aku bebetul like gambar tu. Hahaha. Kalau tidak aku rasa macam “Kau dah la tak pernah contact aku or whatsoever, tiba-tiba nak suruh aku like pic kau? Kenapa aku nak kena tolong kau menang?”

Pendek kata, aku memang suka contest yang tak perlukan usaha yang gigih macam ni, hahahaha.

1 thought on “Saya Menang Motor!”

  1. Pingback: Hadiah Kemenangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post