Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Header Baru Uols

Sebenarnya aku nak berlagak sikit hari ni. Alah takpelah sekali sekala buat entry berlagak. Orang lain tu satu hari 2-3 kali buat entry berlagak pun orang masih baca blog dia kih kih.

Ermm.. ermm.. tak perasan ke blog kita sekarang dah ada header baru? Dah seminggu dah tukar tau. Kalau tak perasan jugak, aku tak tahulah nak kata apa. Hehe.

izyahyadotcomblog2

tadaaa!!!

Comel tak? Comel takk? Maksud aku, kucing-kucing tu. Hahahaha. Takpelah kalau kau cakap tak comel pun. Hehe. Yang penting aku rasa comel, kih kih.. Aku suka sangat sebab kucing-kucing aku dilukis mengikut personaliti masing-masing. Dilukis oleh seorang blogger yang blog dia pun penuh dengan komik komik jugak. Nama dia Prinz Aunjinz. Prince sangat. Hehe. Blog dia entertaining. Kan bagus kalau aku pandai melukis macam tu. Tapi aku ni lukis orang lidi mampulah. Memula dia lukiskan aku cover photo untuk Facebook page.

First time aku tengok lukisan dia masa dia email tu, macam terpaku sekejap. Sebab sangat sama dengan kucing kitorang, hehe. Aku tunjuk kat husband, dia pun cakap sama. Especially tang gambo Aoi dan Sookie tu, hehe.. sama sangat. Adik ipar aku pun cakap, bukannya senang nak lukis Sookie tu. Actually tak susah la sebab bulat kecil, bulat besar je Sookie tu, haha.. Tapi shading warna bulu dia tu yang payah sikit. Hey, shading tu lah yang buat Sookie nampak slim sikit okay. Sikitlah :p

Sebab dah eksaited tengok Facebook comel, aku pun tanya kalau gambo tu fit untuk header blog. Dia cakap fit kot, cubalah. Aku yang tak pandai WordPress ni pun godek sana, godek sini cuba nak install gambo hehe. Akhirnya berjaya tapi pendek. Ojinz baik gila, adjust pulak ikut size header blog aku. Bila dah siap, rasa weird pulak takde nama blog. Again, dia edit lagi. Eh terharu aku tau. Sanggup luangkan masa untuk enam kekenit ni, hehe.

Maka siaplah header seperti di atas ni, hehe. Aku suka tau. Sebab selama ni blog aku dok pakai theme free je, itu tak kisah la.. Header pun tak tukar, sebab tak reti hahaha. Dari dulu aku carik orang yang boleh lukis gambar kucing aku untuk header namun tak kesampaian sampailah sekarang, baru dapat, hehehe..

Thanks again, Ojinz.. Dah la siap buat entry untuk izyahya.com hehe.. Terharu iols. Siapa nak baca boleh la cekidaut blog dia ataupun terus ke entry tu kat sini, hehe..

Comments

comments

16 thoughts on “Header Baru Uols”

  1. Akak kan hari tu lagi nak komen. Lepas tu bila dah panjang lebar komen pasal n3 Iz langsung lupa nak komen pasal header. Akak rasa yang paling sama kan si Lilo dan Iichi. Dia punya jeling kat Hachiko tu. Dasat. Macam jelingan maut gangster Kuantan dah akak tengok. Si Sookie, macam biasalah, hepi je manjang. Janji makan cukup. Hehehe. Hime dan Aoi pulak dah macam mentor mentee. Posing pun nak sama jugak. Hachiko biasalah cheeky je rupanya. Maklumlah adik paling manja. Menyampah je gangster 2 ekor tu tengok. Berbakat betullah kawan Iz ni Macam memahami isi hati kucing je.

    1. Memang di alam nyata pun, Lilo ngan Ichii tak sebulu ngan Hachiko kak. Sampai naik risau saya ni. Hachiko ni dia macam fobia dengan senior 2 ekor tu. Maybe dalam hati dia masih kanak-kanak lagi walaupun badan besar. So bila kena kejar dengan Lilo & Ichii, dia punya takut tu, sampai kita yg menengok ni kesian. Sayalah tu yang jadi tukang rescue. Memang Ichii tu gangster Kuantan lah kak, tak syak lagi, hahaha. Hime ngan Aoi memang manjang nak sama je. Maklum la geng kononnya. Posing pun nak sama, si Aoi la yang kepalanya nih. Sookie tu kelakar kan kak. Sama sebijik betul dengan personaliti Sookie sebenar hahah. Tu la saya & husband memula tengok gambar tu, kitorang memang eksaited sangat sebab sama dengan perangai diorang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

KikoKiko

Semalam, secara officialnya Kiko menjadi ahli keluarga kami. Cewahhh.. Dah lebih sebulan Kiko tinggal di kawasan rumah kitorang. Tapi semenjak musim hujan, sebelum Maghrib aku masukkan dia dalam cage yang