Kitties Merajuk Ke?

Merajuk Ke?

Si Memey ni, walaupun ada itu batu besar atas dia punya kapla, degil dalam kecomelan, tapi kadang-kadang dia pandai merajuk juga. Satu hari tu aku bising dekat dia. Sebab dia berlari dalam rumah, itu takpe lagi. Dia berlari sambil menjerit-jerit, itu perkara biasa. Tapi kalau berlari sambil menjerit sambil langgar orang sambil melompat tak tentu pasal, itu dah macam onggile tu.

Boleh tak bayangkan? Dah la tiba-tiba berlari sendirian, takde sape kejar. Pastu macam mental pulak haha. Dah la malam. Aku ni mula la nak pikir bukan-bukan je. Sape pulak yang kejar si Memey ni kan. Khayalan dia je ke, atau mata aku yang memang tak nampak?!

Meremang bulu roma..

Pastu aku bising la ke dia. Tangkap dia and suruh dia stop berlari. Sambil beri nasihat dekat depan muka dia seraya berkata, “Awak duk diam-diam Memey, jangan lari-lari macam onggile. Kalau awak lari lagi macam tadi, siap awak..”

Amboi garang la konon. “Siap awak” konon. Apa yang siap entah. Haha. Sergah je tu.

Lalu aku pun dapatlah tonton Running Man dengan tenang. Memey dah diam. Aku rasa dia tidur la tu dalam bilik. Sookie dengan Lilo memang konfem tido. Lilo tidur atas sofa, Sookie tidur atas meja.

Lepas tengok Running Man dan ketawa sorang-sorang, aku pun pegi mandi. Selesai permandian, nak longgok la pakaian kotor dalam laundry bag. Selalu aku main campak je terus. Malam tu aku terasa macam nak jenguk pulak laundry bag tu. Lalu aku ternampak ini…

20120710_234046 [640x480]

ย dangggg…!!!!~~

Memey tidur dalam laundry bag!!! HAHAHAHAHA. Alahai terkejut aku tengok dia tidur bukan main lena dalam tu. Nasib baik aku tak campak baju lagi dalam tu. Campak baju ok lagi. Kalau campak spender? Hahaha. Nasib baik laundry bag kosong hihih. Yang putih dekat kepala dia tu ialah plastik bag ye. bukan spender haha.

Kesian pulak la aku tengok dia merajuk sampai tidur dalam tu. First time tu. Selalu Hime tidur atas katil. Ataupun tidur peluk Lilo. Sekali kena sound dengan aku, terus merajuk sampai tertidur dalam laundry bag haha.

20120708_124838 [640x480]

mengada-ngada niii..

10 thoughts on “Merajuk Ke?”

  1. Akak saspekslah kan, kucing kaler putih ni memang mental sikitlah. Kat rumah mak akak si saguah, lepas tu anak angkat yang nenen kat Wahau tu. Dua2 kaler putih. Yang kat rumah akak ni si Minah Kaktus. Pun sama. Kadang2 tak pasal2 melalak depan pintu bilik mandi. Dah mula nampak ciri2 tak kewarasan tu. Adoiiiyaiii.

    1. Hahaha.. kan kak. Saya ni dah la husband selalu berada di luar kawasan. Bila si Hime start buat perangai gila dia, saya yang naik takut. Semalam pun dia buat lagi perangai mental dia. Heeiiii geram pun ye jugak. Tapi kelakar pun ye jugak. Bila ada suami kat rumah, rasa kelakar la kan. Cuba masa dia takde, hahahaha

  2. hi iz….have been reading your blog quite some times…akak pun cat lover …kenal your blog dr blog Aidah…Milo & gang….
    Suka sgt2 bc blog u all….kelakar n enjoyable….

  3. Hahaha. Kucing mmg kuat merajuk kut. Aku selalu je marah Kurap. Tapi kalau aku marah sangat2, nanti die pandang dinding, bontot ke arah aku. Kureng kan.

    Kucing2 yg manja la. Yg tak makan saman ni, tengking kuat mana pon , kelip2 mata je.

  4. Hai Iz, saya antara seorang silent reader blog awak yang tegar..hehehe…sangat terhibur bila membaca blog awak dan bahasa2 sempoi yang awak gunakan. Rajin2 la update ye…dan jgn lupa letaklah banyak2 gambar adik2 bulus tu ye. (Dari Atas Pagar Kak Wok juga diantara blog2 yang saya suka baca ๐Ÿ™‚ )

    1. Alaaa.. jangan la jadi silent reader.. Mai la kita sembang-sembang ๐Ÿ™‚ Anyway thanks for dropping by.. ramai juga rupanya readers yang datang dari blog Kak Aidah ni, hehe. InsyaAllah akan terus menulis, tapi pasal kucing je lah, cam biasa. Hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post