Kalau dah namanya kat rumah ada kucing, benda yang wajib ada, selain litter box ialah.. scratching post. Tak kisah la rupanya macam mana. Berbentuk tiang je, berbentuk rumah ke, yang penting mesti ada tempat untuk dia mencakar. Kalau tidak, memang arwah la para perabot ko dalam rumah tu jadi port dia mencakar.
Nak marah? Sila marah diri ko sendiri sebab kedekut nau nak beli scratching post untuk kucing ko. Hahahaha.
Kat rumah aku sekarang, ada 4 scratching post. Satu dekat ruang tamu merangkap ruang main diorang, satu kat dalam bilik (ini baru beli semenjak diorang rajin sangat nak main dalam bilik aku.), satu dalam cage resaksa, satu dalam cage separa resaksa.
Sampai jahanam dah
Scratching post tu aku beli setahun lepas. Masa nak bawak balik Hachiko. Tengoklah apa dah jadi. Memang fully utilised sampai tali tercabut keluar. Tapi masih gagah lagi berkhidmat. Pakai la korang sampai jahanam lagi. Kalau rasa nak tempat cakaran best sikit, pegi cakar kat scratching post dalam bilik tu.
Chop! Nampak tak dlm video tu, Hachiko main cakar-cakar, Sookie pergi makan???!! Omg macam mana la ko tak debab? Hahaha
Normally kekenit aku ni mencakar bila baru bangun tidur. Atau bila boring. Hahaha. Oh dan juga bila lepas potong kuku. Tanda protes bengang kat kakak sebab lepas susah payah simpan kuku, kena potong. KAHKAH. Padan muka. Dah tu kang diorang tu main bukan reti nak sopan. Main kemain kasar. Kalau tak potong kuku, memang ada la luka kecik-kecik.
So far, aku memang suka scratching post yang macam ni. Tinggi dan semuanya tali. Aku ada satu yang tiang dia je tali. Tapak dia tu baldu. Tak best. Wahh aku suka ke tak suka ke, macam la aku yang guna kan. Haha.
Ahhh ko jangan banyak bunyik cakap “Ala, kucing yang biar lepas kat luar tu tak payah scratching post punnnn..” – kucing yang lepas kat luar tu mencakar kat pokok la samdol. Kucing ni nature dia memang suka mencakar.
Ada sesetengah orang yang declaw kucing. Tapi itu adalah perkara terbodoh yang dilakukan, oleh Americans kebanyakannya. Declaw ialah major surgery yang dilakukan untuk remove terus kuku kucing tu dan tak tumbuh dah sampai bila-bila. Kejam, bagi kebanyakan orang. Major surgery yang makan masa yang panjang untuk pulih. Bagi kucing, ia lagi menyakitkan dari spay atau neuter. Baca sini untuk lebih maklumat pasal declaw. Baca je, jangan terlintas langsung untuk buat macam ni kat kucing kau, paham?
Pernah tengok Puss in Boots? Makwe dia tu kan kena declaw. Takde kuku. Sebab tu dia tak boleh memanjat atau berpaut. Kucing perlukan kuku dia untuk panjat, berpaut dan melindungi diri dia. Kalau dah takde kuku, kiranya macam kau dah cacatkan dia. Sedih 🙁
Jadi, belilah scratching post. Tak mahal pun. Biar kucing tu mencakar kat situ. Oh ya, kalau kucing kau suka cakar sofa, tampal double sided tape dekat tempat yang dia suka cakar tu. Bila tangan dia melekat nanti dia tak suka dan takkan cakar situ lagi. Ini Cats101 yang ajar ye.
Ok bye!
Sofa rumah aku mmg utk dicakar oleh anak2 bulus. Sayam kuceng la katakan… hiii. Tapi aku pestime dengar ada org declaw kuceng dia. Moga2 nnt kuku manusia2 kejam itu dicabut live tanpa bius!
Hahaha amboi. Nah cakarlah sofa ni sayang.. Tanda kasih sayangku padamu. Hahahaha.. Wei aku baca pasal declaw tu pun dah terasa sakit. Imagine la kuku kannn.. bodoh punya Americans.
Kat rumah akak ni kan, beg pakaian akak yang lama semua dijadikan scratching post. Atuk Milo lah yang mengajar anak2 buat jenayah tu. Geramm betul akak. Atuk ni sekarang tengah kuat protes, Iz. Nak makan pun mencakar, nak keluar bilik tengah2 malam utk aktiviti qiamulail dia tu pun mencakar jugak kat scratching post tu. Pelik tul akak, asik nak buat demonstrasi jalanan je, atuk Milo ni. Hahaha.
Akak paling tak setuju dgn declaw ni. Ngilu memikirkan. Kesian kat kucing2 tu.
Bag saya pun kak!! Luggage beroda tu. Huii suka sangat buat tempat cakar. Puas la bising, tu yang tambah lagi scratching post dalam bilik tu. Nak cakar sila ke tempat cakar. Milo protes sbb akak dok tambah anak2 angkat untuk dia ke? Hahahaha..
Saya pun sedih org sampai hati declaw kucing kan. Meh cabut kuku dia tengok dia happy ke tidak.
Salam,
Saya nak tanya
Kucing saya tak nak mencakar.
Kenapa ye?dia xcakar kerusi atau mana2 tempat.
Saya belikan tempat cakar ade tikus tu.
Saja nak bagi die bermain.
Tapi die xheran pon.
Guna pon tak.
Untuk pengetahuan,kucing saya telah di spay.
Terima kasih
Wsalam.. baguslah dia tak cakar, hehehe.. kena bersyukur nih 🙂 mat saleh sampai buat perkara bodoh pegi cabut kuku kucing (declaw) sebab taknak diorang mencakar. Tapi tu prosedur yang sangat dilarang.