Hai. Seperti yang korang sedia maklum, dari kecik Hachiko memang tidur dengan aku. Peneman setia waktu malam terutama bila suami outstation. Kalau takde Hachiko, memanglah aku ni pengecut nak tidur sendiri. Sunyi. Sepi. Sendiri.. wah drama sangat hihi.
Dan mungkin jugak korang sedia maklum yang Hachiko ni seekor penido yang super lasak. Sambil tidur, dia boleh pusing satu katil tu relax je. Kalau dia pusing, maksudnya kau sekali pun secara otometik kena pusing jugak. Hasilnya, suami cakap aku dan Hachiko sama-sama tidur lasak. Kadang-kadang kalau dia terjaga tengah malam, dia tengok kaki aku relax je hempap badan Hachiko. Tapi si kenit tu pun apa kurangnya, kadang-kadang sedap je dia buat muka aku ni sebagai alas kaki. Selamba je kaki kat muka aku.
tengok space yang diambil
Masa dia kecik-kecik, aku berjaga-jaga jugak la takut terhempap dia ke apa kan. Dah beso ni, kemain sedap aku peluk dia. Sekali bila dia stretch badan dia, memang separuh katil lahhh. Maka aku dan suami tidur berhimpit-himpit macam kat katil single. Sebab nak bagi space dekat si kenit ni. Huiii.. memang raja laa..
tidur nak mengimpit
Dia nak haba badan kita, tu yang berhimpit tu. Tu pun share selimut dengan aku tu. Dah tu bila dia himpit, aku ke tepi. Asal dia himpit, aku ke tepi. Tu yang jadi berpusing satu katil tu hahaha.
Dah la tidur ternganga. Hahaha. Kelakar tau budak ni.
Ehemm.. itu baru mukadimah ye. Gila panjang mukadimah aku dah macam satu entry dahhh. Haha. Mahap la ye. Ok ni baru nak start cerita. Bila difikir-fikir, aku rasa maybe Hachiko ni rasa sejuk tidur atas tilam je kot. Jadi aku pun mula operasi carik pet bed. Aku nak yg macam tilam je. Tapi takde yang berkenan. Dah la mahal. Size paling besar pun aku rasa kecik. Mula-mula aku mintak Nonie jahitkan. Tapi bila discuss dengan husband, maka baik juga buat sendiri. Guna mesin jahit ibu mertuaku, hehe.
Lalu mulalah operasi mencari kain flannel yang super lembut dan comel. Beli kat Kamdar. RM5.80 semeter. Aku beli semeter je. Dan sebagai isi tilam tu, aku gunakan fiber. Sabtu itu aku pun mula lah menjahit. Heii bukan senang ok. Last aku menjahit guna mesin ialah masa form 3 ok. Subjek Kemahiran Hidup, hehe. Selepas bertungkus lumus, maka akhirnya siap juga…
tadaaaaa… sebesar tilam bayi. Made with lots of love 🙂
Hamik ko, ikut kesedapan aku nak tilam besar mana kan.. Kalau nak beli ni, half size tilam yang aku buat ni je dah RM80. Ni modal aku beli kain dengan fibre je. Best kan? hehe. Ada kain lebih tu, aku siap buat bantal, kihkih.. Mak mertua aku yang merupakan cikgu pencen subjek Kemahiran Hidup mesti rasa bangga tengok menantu dia buat tilam ni, hahahahaha.
Memey tolong rasmikan. Suka benor dia.
Sebenarnya aku risau juga takut Hachiko tak mahu guna tilam ni malam tu. Tapi alhamdulillah.. dia elok je tidur atas tilam tu. Sampai ke pagi. Memang la ada gerak sana sini tapi masih atas tilam. Seronok aku. Berbaloi aku jahitkan dia tilam, hehehe.
syoknye tidur atas tilam ni
Terharu aku bila dia tidur lena atas tilam tu. Sampai pukul 11 pagi tidur, hahaha. Biasanya pukul 7 pagi, dia akan terjaga, main gigit-gigit kaki aku kejap.. jalan-jalan pusing bilik.. lepas tu dia naik balik kat tilam dia, sambung tidur.. cute kan?
ada tilam kecik atas tilam besar. LOL comel kan?
Jangan la pelik ye bantal aku berwarna warni. Bantal aku ada enam. Bolster belakang sekali. Tak cukup sarung bantal, tu yang bedal je lah pakai apa yang ada. Hahaha. Tu pun tak matching dengan comforter. Comforter tu geng dia bedsheet lain, hehe. Takpelah ye, kita-kita je.
hati mana tak cair bila bangun pagi tengok ada makhluk comel tengah tidur macam ni?
Lilo pun suka!
Semalam tiba-tiba aku nampak Lilo tidur atas tilam tu. Haha. Aku memang ada lagi dua kain. Plan nak jahit lagi weekend ni. Wah melampau kan. Hahaha. Tapi memang pun aku rancang nak jahit banyak. Nak buat ikut size carrier sekali. Buat tilam untuk carrier, hihih..
Oh nampak kan ada selimut Lilo and Stich kat atas tilam tu? Itu ialah hadiah dari kawan Twitter aku 🙂 Thanks so much @nrsl_ali 🙂 Masa tu aku dok mencari fleece blanket secara online. Puas mencari yang murah tapi takde. Kat petshop sini jual RM15. Mahal la bagi aku. Kalau RM5 baru murah, hehehe. So kawan aku ni cakap dia nak hadiahkan. Yay!
dapat dua pulak tu. Happy weyyyy..
Lilo sekarang rajin nap dalam bilik aku. So aku pun selimutkan dia bila nampak dia merekot je macam kesejukan. Hachiko pun dah mula guna selimut ni malam-malam. I am one happy kakak!
Comel betul. Macam tilam baby je. Berbaloi buat sendiri, Iz. Kalau beli memang terkejut badak betul dgn harganya. Mahal. Akak beli sofa Milo tu pun masa ada sale kat Pet Shop kat IKANO tu. Dia main lambak2 je benda tu. Akak pulak dapat harga member lagi. Dalam RM 50 jugak tu.
Seronoknya ada kucing macam Hachiko ni. Manja betul dgn Iz. Teringin nak bela sekor. Kucing2 akak ni ikut mood dia je. Kdg2 ada lah atas katil akak ni, kadang2 tah kemana hilangnya. Tapi kalau time kita bergossip ke, timbul pulak tetiba minah kaktus tu. Hihihi.
Ha’ah memang macam tilam baby. Sengaja buat besar kak. Kang kalau buat ikut size kang apalah gunanya kalau bila tidur asik terkeluar dari tilam kan. Haa amik ko tilam besar terus. Kalau pegi Ikano tu saya rajin jugak pegi pet shop kat situ tapi selalunya time tu takde sale. haha. So rasa menda sofa sofa ni memang mahal gila. Kat sini kalau RM50 dapat yang kecik je, Puteri Peah pun belum tentu rasa selesa kalau sofa kecik, hihi.
Ala kak, Hachiko tu manja bila time tidur je. Kalau tidak, jangan harap la dia nak menempel kat kita. Memang dia rajin ikut bontot tapi nak peluk peluk, mintak mahap laaa dia kata. Dia tak minat, hehe..
wah bestnyer dier tido atas tilam tue
Hahaha tilam fevret dia tu, masih bertahan sampai sekarang.