Kitties Sesi Mandi Mandian

Sesi Mandi Mandian

Hari tu aku beli shampoo Johnson’s White n Bright, yang katanya diformulakan khas untuk kucing yang berwarna putih. Lalu semalam, aku dan cousin berganding bahu memandikan kekenit ni. Hehehe. Dalam entry ni, cuma menampilkan Aoi dan Hime je. Sebab diorang ni banyak ragam, husband amik gambo pun tak dapat yang clear. Banyak gambar gerak la apa la. Hish..

20120930_123312

Β bahan pemandian

Kitorang ada tiga jenis shampoo. Yang White n Bright tu, baru beli hehe. Yang Tea Tree tu, medicated bath untuk mengusir kutu ataupun hama. Yang Bengy tu, shampoo biasa je. Tak pernah habis lagi since beli dulu. Kucing tak perlu dimandikan kerap sangat, apa lagi kalau dia cuma indoor cat. Tak kotor.

Kucing pandai menjaga diri, terutama kalau kucing tu dah dimandulkan. Memang pembersih. Kalau tengok bontot Aoi, fulamak memang cantik gila, takde kotoran sikit pun. Dia rajin grooming πŸ™‚ Yang perlu mandi tu, kalau diorang kotor sangat, busuk, ataupun berkutu. Kalau berkutu, kena medicated bath la. Ataupun dah berkurun tak mandi, hehe.

Sikat tu, untuk menyental dan membuang kotoran yang melekat celah-celah bulu. Macam massager tau, best πŸ™‚ Ok nah saksikan drama diorang ni.. Sookie dengar je orang ajak mandi, dia dah bantai tidur dulu, hahaha.

20120921_210704 [640x480]

20120930_124724

20120930_125321

20120930_125804

20120930_130013

20120930_130416

20120930_130745

20120930_131619

20120930_131656

20120930_131700

32 thoughts on “Sesi Mandi Mandian”

    1. Ada entry mandikan Sookie. Tengah pilih gambar. Sebab Sookie baik sangat masa mandi, so gambar dia banyak. Pening nak pilih. Hahaha. Asingkan entry dia sebab kang jadi meleret-leret pulak panjangnya, hehe

  1. hahahhah……..comel la……suka tgk expression yg awak yo yo beri kat kenits ni….masa tu Sookie dh mandi ke belum…..berlambak dia tido tau……yg paling best …si Hachiko tu, mcm yo yo je dia rela tak mandi,….kelakar betul la Iz ni…….mesti lagi cantik si Diva n princess tu , dh mandi, dh blow….sure sweet je……suma2 mandi ke ada session hr lain ? Ninja 2 ekor tu mandi sekali tak?

    1. Hachiko ngan Ninja dua ekor tu tak mandikan kak. Hachiko wangi lagi hahaha. Sebenarnya waktu suntuk sebab assistant saya nak keluar berjalan. Tu je masa yang dia free. So sempat mandikan tiga ekor ni je kihkih..

  2. hahaha..baru nampak muka tensen sekor2 kena mandi….dalam sebulan Iz mandikan diorang berapa kali? Saya memang jarang mandikan anak2 bulus, kecuali diorang termasuk longkang atau busuk..sebab diroang rajin grooming sendiri kecuali si comel saya yang lumpuh tu je kena mandikan hari2 dgan air suam. (mummy dia sendiripun tak pernah mandi air suam tau..hehehe).

    1. Wahh mandi hari-hari? Rajinnya.. Respect betul orang mcm ni. Jaga kucing macam jaga anak πŸ™‚ Aoi tu dia sebenarnya okay je mandi, tapi dia cuma nak adik ipar i je yang pegang dia. Adik ipar tu, memang abang kesayangan dia lah dari dulu, kini dan selamanya. Kalau adik ipar tu pegang, memang Aoi la kucing paling baik di dunia. Hehe. Saya pun jarang je mandikan diorang ni, tu yang shampoo tak habis-habis hahahahaha

  3. aku pon br jek mandikan cici ngan anak2 dia.. anak2 dia sikit punya senang nk mandikan sebab kecikkn..siram air suam dok diamm jek.bila time cici ya rabbi.. huru hara aku.hahahha last2 berjaya gak mandikan.dh lm xmandikan sejak dia lepas beranak hr tu phiewww

  4. smti..

    pon baru mandikan bebudak semalam..habes lencun baju sekali..kekeke..pastu memasing tido tak sedar diri..hachiko eksen tau..mentang2 x kena mandi..diva tetap diva si AOI nie kan….muka pas mandi pon diva lagi..hihihi

    1. Betul! Normally lepas mandi, memang tidur pengsan kan. Macam kita lepas swimming la. Letih yarabi. Hahaha.. Aoi memang la, hanginnn je dia. Dari mula mandi, sampai habis mandi, dia dok membebel je entah apa..

    1. Kann.. Aku selalu memang potong kuku semua dulu sebelum mandi. Sebelum ni pernah kena cakar dekat leher dek Hachiko. Dapat la pangkat sarjan free. Hahahaha

  5. Baik jenampak Hime kena hair dry. Kurap Ya Allah… die rase hair dry tu mcm monster. Die hissing2 berludah bagai kat. Hair dryer tu. Lagi sakit nyawa hair dry die dari mandi, tu yg selalu aku jemur tengah panas dalam sejam. Haha. Sebab dahla tak suke hair dryer, malas pulak tu grooming. Selsema aku jugak susah. Tapi kalo dah balik malam kotor2, takleh dibantu la. Hala hair dryer tu kat cage,. Troma die

    1. Heee.. pemalas grooming tu cam Sookie. Letih aku. Dah la sambil keringkan tu, bulu dia berterbangan dan melekat kat tangan tu tayah cakap la. Nak harapkan dia grooming, memang kirim salam. Yang lain tu memang rajin grooming. Hachiko paling cepat kering sbb bulu dia nipis dan sikit. Aku rasa kalau kurap tu mampu pegang hair dryer, time ko pegi keje, mesti dia buang hair dryer tu hahahaha

  6. eh same la sikat tu.. Tp, kitrg pnye wane biru.. Hehehe tp x gne time mndi x smpt nk sental sental ngn sikat.. Pakai tgn je.. Ahahah..
    X sabar tunggu entry sookie.. Nk beguru.. Kekekek mohon suruh sookie turunkn petua utk jadi cooool..

    1. Hahaha dah tu guna time bila sikat tu? Ye la kan, time mandi memang kena pantas. Kitorang bila mandikan Sookie barulah ada masa nak bersantai sikit sebab dia suka main air. So layankan la dia dulu, hehehe.. Sabar ye, Sookie punya gambar banyak. Pening nak pilih ni, hahaha..

  7. Salam Iz..
    Nak tanya sikit laa, itupun jika tak keberatan nak assist kte. Maaf kalau mengganggu yer…
    Sebenarnya saya selalu dtg baca kisah kat blog ni. Fun sgt. Saya bukanlah penggemar kucing tapi bukan juga anti-kucing. Cuma tak punya minat & kesabaran untuk membela pets. Malangnya jiran2 saya ada bela kucing & kian hari kian beranak pinak. Yang tak bestnya kebun kecit cinonet blkg umah saya menjadi fav kucing2 diorg utk melepaskan hajat. Saya nak tanya laa dengan Iz, ada tak any cara/petua utk jauhkan kucing org dari dtg dekat dgn kawasan rumah kita.
    Again .. sorry jika soalan saya ni tak relevant.

    1. Salam Sara.. thanks for dropping by, hehe.. Ada satu produk namanya Get Off My Garden. Dia spray. Boleh spray dekat sekitar kebun kecil Sara tu.. Ni link dia, kalau nak tengok gambar spray tu macam mana. https://www.petandvetproducts.com.au/ruddocks-get-off-my-garden-spray.html

      Sorry la kalau saya cakap jiran Sara ni tak bertanggungjawab. Sepatutnya dia mandulkan semua kucing dia supaya tak mengganggu jiran dan orang sekeliling. Ini sudahlah tak dimandulkan, dibiar beranak pinak, semua dilepas keluar pulak tu. Kucing nature dia memang nak kencing berak dekat pasir. Sebab tu la kawasan kebun Sara yang jadi sasaran. Yang salahnya bukan kucing tu, tapi owner dia sendiri. Geram bila org bela kucing tapi tak bertanggungjawab macam ni πŸ™

      1. Ok thanks Iz.. minggu ni saya akan jengah ke Petsmore utk cr spray tu. kdg sedih gak tgk jiran2 ni. Bela kucing mahal2 tp dah besar terbiar. Agak kalu tak jd gak spray tu nampak gaya saya kena pasang dawai besi nak elak kucing2 tu lompat masuk..

  8. haah, bila da pusingkan litterbox tu, nti sume jatuh.. yg letak2 kat plastik pun jatuh.. sokie muat je, jgn risau..hehe.. kalau bminat bgtau la, kwn kw jual gak.. rm180.. πŸ™‚

    1. Okeh, kenalah menabung macam ni. Nak harapkan bebudak enam ekor tu yang bagi duit sorang sikit untuk beli jamban, memang takde harapan lah, hehehehe

  9. Akak kalau mandikan kucing ni dalam singki je Iz. Lutut akak ni sakit nak mencangkung. Ini pun dah lama tak mandikan bebudak 3 ekor ni. Bizi beno gamaknya akak semenjak 2 menjak ni. Nasib baik bebudak ni tak pijak tanah pun. Kalau tidak kompom kepam terutama Minah kaktus. Hehehe.

    1. Dulu mandi dalam sinki jugak kak. Bila masing-masing dah gedabak, sinki pun tak muat. Takpun bila jirus je, habis merecik air. Tu yang mandi kat shower jelahhhhh.. Cepat sikit bila nak bilas tu. Pulak tu kalau mandikan Hachiko, dia punya menggelupur tu, macamkan ada gempa bumi. Kita pulak yang naik takut. Tengok la dia tak payah mandi pun siap menyorok, tapi terjenguk-jenguk intai yang lain mandi. Hahahaha.. Tu la si Aoi dengan Hime, kadang keluar setengah jam je, balik dah kuning. Hahahaha. Sabo jelah. Tu yang sental diorang tu. Padanlah muka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post