Birthday Party,Kitties Happy 2nd Birthday, Sookie

Happy 2nd Birthday, Sookie

Hai..

Sorry sebab lama menyepi. Amboi mengalahkan artis. Cam orang heran sangat je dia menyepi bape lama pun haha. Sebenarnya otak blank dan rasa macam tak tahu nak update blog. Cewahh.. Ini semuaaa POYOOOOOOO..!!

Okey 16 Januari lepas, birthday cik Sookie yang ke dua tahun. Seminggu sebelum tu, aku ke KL. Carikkan Sookie baju. Sebab aku dah janji kat dia, besday dia nanti dia akan pakai gown cantik. Ye, janji dengan kucing pun kita kena tepati hehe.

Dan inilah yang berlaku pada 16 Januari 2013..

20130116_235354 [640x480]

20130116_235358 [640x480]

20130116_235407 [640x480]

20130116_235413 [640x480]

HAHAHA poyo je Sookie kengkonon nak merajuk taknak kawan konon. Pastu puji gown sendiri cantik, cih. Aku belikan dia baju puppy okeh!! Puppy pun banyak jenis, kalau Chihuahua ke, Toy Poodle ke, memang size yang kalau Sookie hempap, terus hilang bawah perut la.. so baju utk anjing camtu, kecikkk. Yang aku beli ni puppy jenis besar gamaknye. Tak kisah la kan, janji Sookie muat. Dan comel pulak tuu, hehe..

20130116_235445 [640x480]

Β the ice cream cake

Kebetulan birthday Sookie selang sehari dengan birthday our cousin’s mom (makcik kami lah tu, hehe), dia letakkan nama Sookie sekali atas cake, tu yang minah ni kemain melaram sebelah kek tu.

NASIB BAIK DIA TAK TEPUK KEK TU WOII..

Hahahahahahahah!!!

Party dengan adik beradik lain, kita postpone dulu ya sayang.. Sookie good girl, hari-hari pun party bagi dia, so dia tak kisah, hehehe.. Anyway, oleh sebab terpaksa postpone party, maka kakak pun menebusnya dengan memberikan lagi satu hadiah kepada Sookie..

20130118_192434 [640x480]

tadaaaaaaaa… Omey takkkk?

Tadi polkadot, ni star star pulak. Sesuai dengan Sookie yang terhangat di pasaran macam superstar (ayat bodek). Sookie bangga je jalan ke hulu ke hilir tayang baju baru dia. Maklum lah ni first time dapat baju, sempena besday pulak tu. Sekali dapat, dua terus. Mana tak bangga? hihih..

20130118_192448 [640x480]

kenapa yang awak tengok kita? Jeles eh?

Amboi bulatnya mata Sookie. Bila Sookie pakai baju comel, satu rumah gelakkan dia. Yelah dah la bambam kan, pastu terkedek kedek jalan tayang baju. Angkuh sangat. Hahaha..

20130118_192628 [640x480]

Dah letih jalan, haruslah menung tepi sliding door

Tu memang port dia lepak la. Siang ke, malam ke, kalau tak jumpa carik dia, mesti kat belakang langsir ni ha. Kadang kami pun terbongkok bongkok sekali tengok mende la yang dia ralit sangat tengok tuh.. Selalunya takde apa. Memang dasar kuat berangan. HAHAHA

20130118_192636 [640x480]

Awas ya siapa yang cuba curik baju star kita!

Takde siapalah nak curi baju awak Sookie, longgar. Kalau Memey pakai, satu badan boleh bungkus sampai kaki. Hahaha.. Tahukah anda, ukuran perut Sookie ialah sama dengan ukuran perut kakaknye ni? Hahaha.. walaupun begitu, Sookie jangan risau, kakak tak curi pakai baju awak. Hehehehe..

Baiklah, ini ucapan dari kakak dan mereka yang menyayangi Sookie.. Happy birthday yang ke dua tahun, sayang.. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki, disayangi oleh semua orang dan terus comel selamanya. Diet sikit ya sayang, kakak taknak kesihatan awak terganggu sebab mok sangat, nanti doctor marah, hehe.. Semoga Sookie terus menjadi kucing kakak yang baik, yang cool, tak suka bergaduh dan wrestling, dan selalu suka mandi air sejuk. Walaupun Sookie berak tak kambus, kakak tetap sayang Sookie dan tolong kambuskan kuih awak tu -___-

22 thoughts on “Happy 2nd Birthday, Sookie”

  1. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….cantiknyaaaaaaaa sookie dengan gown2 die…..eeeeeeee…akak geram sgt tgk awak yg comel tu sookie. Happy Birthday Sookie yg ke-2 tahun. Sookie jaga kesihatan ye… =D

    1. Mekasih kakak Yana.. Kita pun harap kita sihat selalu. Boleh la makan banyak sikit hahahahaha.. Gown kita memang cantik kan, secantik kita jugak πŸ™‚

  2. owh sookie..nape perangai awak sama mcm kucing auntie…. tak suke kambus yak2…. hahahaha……sookie sgt omei laaa…… bam bam betol……haoppy beday sookie…

    1. hmmm biasalah auntie.. kita ni semua kucing perasan cantik, tak kuasa nak kambus kambus ni.. hahaha.. tq sebab wish kita πŸ™‚

  3. Sookie sayang, Happy Birthday… Walaupun Sookie bambam tapi tetap comel macam akak pepari ni hahahahahahaha….. Alahai Kakak kesayangan dia ni baik hati sangat.. siap ada kek ok.. ko mampu??? Kalau akak turun Kuantan Sookie nak tak jumpa akak? Muehehehehehe…

    1. wow kita sama-sama comel la nampaknya hehehe.. kalau kakak nak datang kuantan jumpa kita, boleh je.. hihihih.. tapi kita ni pemalu sikit

  4. Happy Birthday Cik Sookie!Semoga terus sihat dan happy serta menjadi adik yg selalu di sayangi oleh abg dan kakak ye…sorry lambat wishh…kakak sibuk mencari PC baru supaya kembali aktif berbelogging seperti dahulu kala..

    heheh..hope sookie tak cakap ‘tak pernah kisah pun..’ kui2 *tutup mulut*

    1. Mekasih kaka.. takde hadiah pun takpe, lambat wish pun takpe, yg penting bagi kakak kita best price hahahahahaa… *ketawa tutup mulut*

  5. Laaa…baru 2 tahun ke? Ingatkan dah 4 tahun. (stetmen sengaja mintak hempap dgn kak mok Sookie) Hahaha. Tapi betullah. memang Sookie sangat cute dgn gown tu. Seksi lagi. Macam Amoi pakai nightie dgn seluar super pendek tu. Hahaha.
    Kat mana Iz beli baju ni? Mahal tak. Akak tengok sekarang baju2 kucing dah naik hargalah pulak. Semuanya over RM30 selai. Bilalah kerajaan nak jadikan baju kucing ni barangan terkawal agaknya. Hihihi.

    1. Amboi auntie ni memang mintak kena hempap agaknya. Jaga-jaga auntie nanti kalau sesak napas kita taktauuuu.. hahahaha

      Baju polkadot tu saya beli kat petshop kat Pandan Indah ke apa tah. Area tu memang banyak petshop. Nama petshopnya udah tak ingat dah. Ada la dalam RM30 jugak kot. Tu la baju kucing mahal gila kan, nak pitam saya tgk harga dia kekadang. Lagi mahal dari baju baby

  6. assalamualaikum, saya ada masalah tp x tau nak ngadu kat mana, tp terjumpa dgn blog saudari ni, jadi biarlah saya cerita masalah kcg jiran saya ni kat sini kalau2 saudari dpt tolong. Jiran ni selang 3 buah rumah dari rumah saya. saya duk rumah teres di Cenderawasih. Jiran saya ni kematian suami tahun lepas tinggallah dia dgn anak pompuan masih sekolah. 2 anak dia kerja di KL. Oleh kerana banyak masalah dia duduk di KL dgn anak sulung dia. Dia ni seorang yg baik dan sangat sayang kucing. Kucing dia ada 4 ekor (kalau x silap). Tinggallah kucing manja dia. Sian saya tengok, ada jiran yg kesian bglah makan, saya pun tolong juga kadang2. Kucing tu duduk depan rumah kosong tu, kadang2 lepak kat depan rumah jiran sblh tu, Seekor tu parsi warna oren, tiga lagi tu kcg biasa aje. Mereka tu perlukan tuan tempat bermanja. Haraplah saudari tolong kalau ada kekawan yg boleh tolong bela kucing tu. Terima kasih.

    1. Time kasih kakak πŸ™‚ kakak kita ni pun bertuah sebab dapat kita ni ha.. hari-hari dia dapat chance tolong kambuskan kuih kita. Hewhew

  7. Aduhaiii…comelnya Sookie pakai baju ..eh lupa plak nak wish..Selamat Ulangtahun, moga Sookie dapat susutkan badan bam bam tu dengan jaya nya..(hahaha..jangan bagi bon *tuut* kat Auntie, kat rumah ni bila sentap je sure dia sure bon *tuut* kat muka kita..adehh) Sayanggg Sookie muahhhh!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post