Kitties Bobbirolina

Bobbirolina

Sekarang ni aku mencuri masa untuk update blog waktu jaga kiosk dengan Jerry.

Nasib baik ada Jerry peneman setia. Walaupun most of the time dia akan habiskan masa dia tidur, makan, main dan tidur semula. Tapi boleh la tu kan. Makcik kedai sebelah ni selalu pandang pelik kat aku. Mesti ingat aku ni bercakap sorang-sorang, walhal aku cakap dengan Jerry. Kui kui. Bercakap dengan kucing tu bukan perkara gila okey. Ianya boleh menbantu mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih happy. Sebab apa? Sebab kucing tak pandai komplen. Walaupun kau cakap benda yang tak relevan dengan dia. Wakakaka..

20130511_155349

 tidur selepas overdose bermain

Untung budak Jerry ni sebab dia pandai pilih apa mainan yang dia nak. Dia suka hati rentap mainan dari rak. Lepas tu aku cuma “JERRRRYYYYYY…!!!” then aku bagi dia mainan tu buat main –_- Habis la lepas ni Jerry mesti jadi spoiled brat. HAHAHAHA..

Kat rumah pulak, sekarang tengah ada sekor jantan hitam yang agak kacak tapi badan slim tengah gatal nak mengorat Lady Jemah. Rumah kitorang tu memang port kucing jantan datang mencari makwe. Kalau dulu, boleh la diorang menekel Lady Jemah. Sekarang LJ mana mau dah. Dia busy dengan yoga class dia. Kalau mana-mana jantan datang nak mengorat, memang dia marah la. Maklumlah dah spay kan. Apa lagi mau? Haha..

20121225_195039

few months ago, yang ini datang kat rumah

Penampilan si putih ni sebijik macam Aoirolina kitorang. Yakni kepala dan ekor je yang kaler lain. Sampai mak mertua pernah terpekik-pekik panggil dia Aoi sebab nampak dia luar pagar. Disangkanya Aoi. Rupanya Aoirosli. Hahahaha.. Nama Aoirosli tu husband aku la dok panggil dia. Jiran sebelah panggil dia Poppy. Tapi kucing siapa, tak dapat dikenal pasti. Masa tu si Aoirosli ni sangat sangat annoying sebab dia suka harrass kucing aku, panjat tingkap woi. Mencarik gaduh. Menjerit-jerit si Lilo dari tepi tingkap, nak protect adik-adik perempuan dia.

Last-last, aku hantar dia pegi neuter. Terus molek perangai dia. Kalau mula-mula dulu, jiran aku pun cakap susah nak dapat tangkap si putih ni. Sekarang aku tengok dia kemain lagi berdukung ke sana-sini. Most of the time, dia kat rumah jiran kitorang tu. Tapi malam-malam dia datang makan kat rumah aku. Dah takde panjat tingkap dah. Kiranya dia jadi kucing komuniti la hahaha..

Haa.. sekarang pulak, yang ni dok cuba menekel Lady Jemah kami..

C360_2013-05-16-18-43-18-572

 handsome kan? Kitorang panggil Bobbi. Mata dia kuning striking

Banyak je kucing hitam datang rumah kitorang. Yang dirindui, Abang Jem.. sampai sekarang tak jumpa dah. Dulu ada satu kucing hitam tu kitorang panggil Boboi. Tapi kucing tu pemalu sangat, ekor lurus. Yang ni pulak tak tahu malu, ekor bengkok. So panggil Bobbi lah.Dia ni takde sampai memanjat tingkap. Tapi bising subhanallah. Kalau dia bukak mata je, siap dengan mulut dia sekali bukak. Meow sana, meow sini.

C360_2013-05-16-18-27-12-113

abang Lilo ketua kawasan, konfem lah tak suka kan

Lilo, bila aku ada dekat dengan dia, tak berani la dia marah si Bobbi. Aku berpaling je, terus dikejarnya Bobbi keliling rumah. Especially kalau sebelum tu, Bobbi didapati telah cuba mengorat salah seekor anak gadis kucing di rumah kami. Kemain lagi garang ye Lilo. Haa.. so jangan ingat kucing jantan yang telah di-neuter tak pandai protect diri ya.

Pernah sekali tu, aku nampak telinga Bobbi macam penuh dengan benda putih. Aku ingatkan kurap. Pelik jugak sebab sebelum tu aku memang dah check badan, telinga, muka dia semua, molek je takde apa-apa. Yelah sebab dia dalam kawasan rumah aku kan. Kang membahayakan kucing aku sendiri jugak. Sekali bila tengok dari dekat, aaaaaaaaaaaaaaa… KUTU BABI penuh keliling telinga, kiri kanan. Grrrrr… marah betul aku. Entah dari mana dia kutip kutu babi pulak.

“Bobbi! awak tunggu sini! Jangan pegi mana-mana!” memang masa tu aku marah sebab sakit hati tengok kutu babi. Meremang bulu roma!

Aku masuk dalam bilik kekenit tu, amik Frontline spray, tisu dan peralatan lain. Nak banteras kutu babi. Hahaha.. Dengar kata pulak si Bobbi. Dia duduk je depan pintu, tunggu aku. Terus aku spray telinga dia kiri kanan sampai lencun. Yang mana kutu dah gemuk tu, tik tik tik jatuh ke tanah. Terus aku pijak. Yang lain tu aku tarik keluar pakai tisu. Erghh sakit hati betul dengan kutu ni. Berdarah telinga Bobbi. Tapi bukan cedera pun. Darah dari kutu tu lah. Terus aku spray sekali badan dia.

Tak memasal-masal sejam aku terkorban di tengah panas sebab dok kelebet telinga dia. Dah la lambat pegi keje. Penyudahnya aku amik half day terus. Thanks Bobbi.

Semenjak tu, Bobbi jadi mengada-ngada dengan famili kami. Asal nampak orang je, dia datang nak menempel. Kalau jalan, dia mesti nak jalan sekali celah kangkang. Kadang-kadang aku sampai tersadung. Ingat nanti nak hantar dia pegi neuter jugak.

Okey bye!

17 thoughts on “Bobbirolina”

  1. aku nak google macam mana rupa kutu babi ni. Good luck! (eikkk.. Bobbirilinaaaa gi kejar anak babi hutan kutt)

    eh kutu babi tu tick ke? bahaya kan handle? Kurap penah bawak balik sekali. Eii meremang aku. Bawak balik kutu babi and terus bontot ranap ( yg anal gland die ruptured tu kena sew balik bontot. vet duk kate mana tahh die pegi ni)

    1. Iye. Ticks. Yang kaler putih punya. Imagine la penuh keliling telinga dia. Huiiiiiiii… Selalunya kutu babi tu hisap darah sampai kenyang lepas tu jatuh sendiri. Tapi meninggalkan beribu telur la. Memang Frontline SPray la ubatnye. Sepuas hati aku spray. Geram gilaaa. Rumah aku kan dekat dengan hutan. Tu yang aku syak entah dia masuk hutan mana tah. Aku risau kutu tu bertaburan atas lantai je. Tu yang cepat2 banteras. Kang tak memasal panjat kucing lain pulak

  2. Macho nye Bobbi ! Hehe.. kucing jalanan mmg suka dtg umah org yg banyak kucing. Bukan dia takut pun. Lagi dia berlagak ngan kucing2 kat umah tu ada la..

  3. As salam akak… hehe
    Bobbi macam tam yang slalu datang kat umah sy, pagi petang datang makan… tapi dia tak bagi langsung pegang dia…adehh… ingat nak bawak pegi vaksin budak tu… skarang ni kucing jiran plak suke berebut makanan die…

    1. wsalam.. memang la some strays takut dengan manusia. Agaknya selalu kena buli sblm ni kot. Makan masa skit la. Lady Jemah dulu pun sama. Susah gilaaa nak dpt tangkap dia..

  4. Iz, kat mana saya leh hantar “kasi” kucin jalanan ni? sya ada beberapa ekor yang bermukim di rumah saya..diorang ok dan sy slalu bg makan..better kasi sebelum diorang bermukah!

    1. Awak dekat area mana? Kalau di Kuantan, boleh ke Klinik Haiwan Kuantan. Jalan Hj Ahmad 5. Call dulu sebelum datang. 095172233.

  5. Meriahnya rumah iz sekarang. Jadi pot kucing jantan melepak pulak sekarang ni. Akak saspek sbb keayuan datin dan anak2 buahnya kot. Entah2 sebab kak mok sookie. Dia tu walaupun debab…manis tatap ada. Hehehe.

    1. memang kak, rajin je jantan datang merayau. Yang letihnya bila ada jantan ni, saya kena lebih berjaga-jaga sebab potensi diorang nak lari bila kena kejar tu, tinggi. Grrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post