Kitties,Pet Shop,Sadness,Sookie's Store Kucing & Kegagalan Buah Pinggang a.k.a Chronic Kidney Disease (CKD)

Kucing & Kegagalan Buah Pinggang a.k.a Chronic Kidney Disease (CKD)

Kami ada seekor kucing yang ada sakit buah pinggang sejak bulan July 2017. Yang follow blog ni sejak berabad yang lepas, mungkin kenal lah dia ni. Nama dia Mak Jemah ataupun nama manjanya Babygirl. Dulu masa Mak Jemah masih conduct kelas yoga, kita panggil dia Lady Jemah hahaha.. Kalau la korang ingat lagi kan, Mak Jemah tu kucing yang kami rescue masa dia lepas beranak tu. Siap berlawan dengan sudip tu, hahaha..

Boleh klik link-link di atas untuk baca cerita pasal MJ Babygirl.

Gambar latest Babygirl

Sebelum ni, si Mak Jemah (MJ) ni memang duduk kat rumah. Bebas bermain dengan Bobbi. Asal petang je, kami bawak dia masuk.. Tido kat dalam. Semuanya nampak normal sehinggalah saya diberitahu yang MJ takde selera makan dan lebih banyak tidur. At first ingatkan dia memang tak berapa rajin nak berjalan kan, sebab dah makin tua. Tapi terasa badan dia susut sangat.

Lalu bawak dia ke klinik. Doc suggest buat blood test sebab MJ dah tua, takut ada masalah dengan liver (hati)Β  ataupun kidney (buah pinggang). Berdebar. Rasa tak sedap hati. Hasilnya, bacaan fungsi buah pinggang MJ memang dah tak cantik. Doc sahkan MJ ada Chronic Kidney Disease (CKD). Atau biasa juga orang sebut sebagai Kidney Failure (Kegagalan Buah Pinggang)

CKD ialah penyakit buah pinggang yang biasa dihidapi kucing yang dah tua. Mengikut perkiraan doktor, MJ berkemungkinan sudah berusiaΒ  lebih kurang15 tahun.

Masa tu lagi beberapa hari nak start cuti raya. Risau hati bukan kepalang, macam mana nak uruskan MJ? Lalu semua staff yang bertugas secara bergilir-gilir sepanjang cuti perayaan tu kena tahu macam mana nak handle MK. Macam mana nak bagi makan, bagi makan ubat, dan sebagainya.

Ni antara ubat yang MJ kena makan waktu tu.

Nefrotec kena makan 1 biji, 2 kali sehari

Saya tanya doktor, kenapa kena bagi Nefrotec sebab MJ bukan ada masalah nak kencing. In fact, kencing dia lawas sesangat sebab setiap kali scoop, seketul besar macam bom tu haa.. Rupanya kucing yang ada CKD memang kena makan supplement untuk bagi kencing dia lawas sebab buah pinggang dia tak dapat nak proses protein dalam air kencing dengan baik. Lebih kurang macam tulah. Kalau tak makan, nanti protein dalam air kencing tu akan buat salur kencing dia tersumbat. Kang kena batu karang atau infection pada salur kencing pulak.

Ada lagi 1-2 jenis ubat lagi. Untuk tambah darah dan antibiotik. Sebab masa tu MJ lemah sangat. Taknak makan apa-apa pun. Tapi ubat tu makan kejap je macam dalam seminggu.

Ini pulak RC Convalescence Support

Dalam dia macam susu tepung. Vet suruh bancuh pekat-pekat macam nestum dan bagi dia makan. Kalau dia taknak makan sendiri, kena syringe feed. MJ memang tak mahu makan awal-awal tu. So kami memang syringe feed dia. Guna syringe besar yang 10ml tu, suap sampai dia tolak taknak telan dah.

Sambil tu kena lah sulam dengan air masak juga, untuk tambah water intake dan sekaligus cuci bahagian dalam mulut dia. Sebab kucing yang kena paksa makan ni, biasanya dia taknak bersihkan mulut dia sendiri. Maklum la kucing sakit kan. Kalau bahagian dalam mulut tu tak bersih, nanti mudahlah kena jangkitan lain pulak.

MJ sangat dehydrated masa tu. Sampaikan sehari sebelum kami start cuti raya tu, doc subcut bagi masuk air. Dan kena datang lagi masa hari raya ketiga kalau dia masih dehydrated.

Kalau sebelum ni MJ tinggal kat rumah, sejak sakit tu, dia memang tinggal kat kedai supaya dapat extra attention dari kami semua. Siap halakan CCTV kat cage MJ supaya kami dapat perhatikan dia selalu.

Setiap hari staff akan update pasal semua kucing kat kedai, dan keadaan MJ juga. Paling risau bila MJ langsung tak makan. Wet food taknak, dry food taknak. Memang bergantung kat RC Convalescence Support tu je. Tapi manalah cukup kan, kalau lapar macam mana? Staff memang datang check 2 kali sehari, tapi kita ni risau la kalau dia lapar tetengah malam ke apa kan.

Sedih, nampak dah tua sangat dia.. Dah la kaler hitam, uban-uban tu memang obvious dah

Hari raya ketiga, staff bawak MJ ke klinik untuk subcut lagi. Macam biasa, diorang akan update keadaan MJ. Makan ke tak, berak banyak mana, kencing banyak mana, minum air sendiri ke tak. Masa MJ sihat, berat badan dia 4.6kg. Masa kali pertama bawak dia ke vet waktu sakit tu, berat badan dia cuma 3.4kg.

Lepas 2 minggu macam tu, kami nampak perubahan positif pada MJ. Dia dah mula minum sendiri. Tapi minum yang amat banyak. Kucing CKD memang banyak minum. Sebab buah pinggang dia tak dapat nak proses air tu dengan baik. Dia minum banyak, dia akan kencing banyak jugak. Jadi selalu rasa dahaga. Takpe lah, janji minum kan. Kalau tak minum kang, dehydrated pulak lagi susah. Makan masih belum. Jenuh la kami dok tukar-tukar wet food. Dari tuna ke ayam, ke turkey, ke salmon. Ehh memacam flavor la. Konon nak tengok yang mana satu kesukaan dia. Kalau dia boleh cakap dia nak makan apa kan senang. Hahaha..

Staff begitu eksaited bila nampak MJ minum sendiri. Siap snap amik gambar pastu hantar kat Whatsapp group bagi sumorang tengok. Maka bersorak sorailah kami semua haha..

Imagine la kitorang sampai kira berapa bijik kibbles dia makan. Letak 20 bijik je, lepas tu setiap hari kira berapa banyak yang luar, berapa banyak yang jatuh, berapa banyak yang patah. HAHAHAHA!. MJ makan Royal Canin Renal, so far dia memang suka. RC Renal ni, vet prescription diet, so memang klinik veterinar sahaja yang jual. Petshop takde jual tau.

Makanan kucing yang ada sakit macam CKD ni, kita tak boleh sesuka hati tukar makanan dia. Baik dry food, atau wet food. Better consult dengan vet dulu, sebab kena bagi makanan yang sesuai untuk kucing CKD jugak.

Sehinggalah lebih kurang 2 bulan kemudian, kami nampak air liur dia asyik meleleh. Bawak ke vet, doc cakap gigi dia reput dan rosak. Doc suggest cabut giginya, kami setuju je lah kan, sanggup buat apa je untuk kucing asalkan dia happy dan sihat.

Tetapi, tidaklah kami tahu bahawa ubat bius sangatlah merbahaya untuk kucing tua apa lagi penghidap CKD πŸ™

MJ collapsed selepas settle prosedure cabut gigi tu. Amik masa yang lama untuk sedar, dan lepas sedar tu, dia tak bergerak! Duduk je macam patung sampai kami takut nak pergi sentuh dia, takut dia dah tak bernyawa πŸ™ Kami bawak dia ke vet, doc test darah dan bacaan kidney dia masa tu dah sampai Stage 3 dah! Sedihnya, tak payah cakap. Bacaan darah dia sampai terkeluar dari graf sebab tinggi sangat.

Doc subcut MJ, sebab dehydrated sangat.

Tapi subcut buat badan MJ jadi sejuk. Kami dah kecut perut. Janganlah jadi apa-apa dekat dia. Melilau carik heating pad. Bila time carik tu, mula la tak jumpa kan. Kalau tidak, merata-rata je nampak orang jual heating pad tu. Akhirnya dapat juga order.

Sementara tunggu heating pad sampai, kami letak air panas dalam botol dan balut dengan towel untuk panaskan badan MJ.

Hati berdebar toksah cakaplah. Rasa bersalah pun ye jugak. Adakah aku berdosa sebab setuju untuk cabut gigi MJ? Tapi kalau tak cabut, dia rasa sakit dan tak boleh makan, satu penyeksaan juga tu. Malam tu tak boleh tidur, asyik teringat macam manalah MJ kat kedai. Macam manalah bila air tu dah sejuk nanti kan, mesti badan dia sejuk semula.

Tapi MJ ni sangat kuat semangat. Dia lah kucing yang paling tua bawah jagaan kami, tapi dialah yang paling kuat. Few days bertarung nyawa, MJ gagah semula.

Dapat bangun makan berdiri pun perlu direport juga hihihi..

Sekali lagi kami bersorak sorai pabila mengetahui yang MJ semakin sihat lepas pegi follow-up check-up πŸ™‚

Sekarang ni, kami dah tukar supplement MJ. So far nampak dia serasi sangat dengan supplement tu.

Zendin ni supplement untuk urinary health – sesuai untuk anjing dan kucing

Fungsi dia sama macam Nefrotec, juga sesuai untuk kucing yang kena batu karang atau crystal. Yang buat ia berbeza, Nefrotec kena makan 2 kali sehari, tapi Zendin cuma sehari sekali dan ubat dia pun kecik je. Bulat dan nipis. Kaler purple sebab dia mengandungi ekstrak Cranberry.

Sebotol ada 60 biji. So kalau makan sehari sekali je, dapat la tahan untuk 2 bulan kan. Harga dia dalam RM56 sebotol.

Ini pula Cordy Plus

Cordy Plus ni pulak fungsi dia untuk menyegar dan menyihatkan buah pinggang, paru-paru, dan boleh bertindak sebagai supplement untuk hilangkan tear stain. Tear stain ni yang mata sentiasa berair macam kucing Persian flat face tu. Boleh juga mengawal immune system kucing.

Cordy Plus ni pun ada 30 biji sebotol. makan 1 hari sekali je. Harga dalam RM55.

Setakat ni MJ memang serasi dengan dua jenis supplement yang dia kena makan seumur hidup ni. Dedua pil yang kecil dan nipis, makan sehari sekali je. Kesian juga kalau kena makan ubat sampai 2 kali sehari, dah la kena makan sepanjang hayat kan. Kang stress pulak.

Kalau korang ada kucing yang tua macam 7 tahun ke atas, better tukarlah makanan diorang. Bagi yang Senior diet pulak. Sebab senior diet biasanya kandungan protein dan phosphorus tak tinggi supaya dapat jaga buah pinggang. Macam kes MJ, dari mula kami bela dia, memang dia makan RC 7+ untuk kucing tua. Bayangkan kalau kami tak jaga pemakanan dia, maybe dah lama dulu dia sakit kot?

Pastu kan, ni nak share lah simptom atau tanda-tanda kucing kena CKD, dan MJ pun memang tunjukkan kebanyakan tanda-tanda ni masa dia sakit dulu.

  • kerap kencing dengan banyak
  • kuat minum air. Kalau minum air tu lama sangat
  • berat badan merosot dengan mendadak
  • muntah atau cirit birit atau kencing berdarah
  • ulser pada mulut terutamanya pada gusi atau lidah
  • mulut atau nafas berbau
  • bulu sangat kering dan tidak terurus
  • sembelit
  • lemah badan

Berehat dalam banglo 2 tingkat beliau

Seronok layan MJ ni. Sebab dia seekor kucing yang sangat ayu, manja dan bersopan santun. Cage dia paling kemas. Takde pasir bertaburan, makanan tak bertabur, air tak tumpah. Selalu bersih je. Air MJ memang kami letak 2 bekas masa dia sakit dulu. Sebab dia banyak sangat minum air masa tu. Kalau memain dengan dia pun tak pernah keluar kuku. Kekadang dia pegang muka kita, terharu sangat. Memang jauh sungguh beza dengan perangai dia masa sebelum rescue dulu. Makan ubat pun relax je takde nak melawan ke apa.

Jangan taktau kami siap boleh main cak cak dengan dia tau hahaha.. kelakar pulak rasa main cak cak dengan kucing tua. Sebab dia baik sangat macam baby kan.. so kena la main cak cak πŸ™‚

Kalau kita lepaskan dia memain, dia akan jalan slow je meronda sana sini. Lepas tu kalau kita tak jumpa carik dia, hanya perlu panggil, “Babygirl… mana babygirl ni..?” – nama je MJ tapi sumorang panggil dia Babygirl ok -_-

Dan muncullah beliau dari tempat persembunyiannya hahaha..!!

Sekarang ni alhamdulillah MJ nampak sihat, makan selera dan cergas. CKD ialah penyakit yang takkan sembuh, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha supaya dia dapat hidup lebih lama. Doakan MJ terus sihat dan happy selalu ya πŸ™‚

1 thought on “Kucing & Kegagalan Buah Pinggang a.k.a Chronic Kidney Disease (CKD)”

Comments are closed.

Related Post