Si Manja, Seri Namanya

20120808_191927 [640x480]

nampak tak gambar kucing di atas? Kenal tak siapa dia?

Memang la korang tak kenal sebab aku belum mula cerita lagi hahahahaha #LawakHambar.

Maaf ye, haha. Comel tak kucing tu? Pakai topeng uols. Muka pun garang je. Dia ni kawan baik husband aku kat KT. Nama dia Seri. Siapa lagi yang bagi dia nama Seri, kalau bukan suami saya.. hehehehehe.

20120808_191908 [640x480]

 assalamualaikum.. nama saya Seri..

Cute gila kan? Dah la debab. Seri ni, sebenarnya aku pun tak tahu la apa status dia.. Aku tak tahu dia bertuan ke tidak. Tapi yang pastinya setiap hari dia pantang nampak kereta husband, mesti berkejar dan mula menegur husband aku. Macam gambar atas sekali.

So kiranya dia ni jadi kucing husband aku bila dia di KT, hahaha. Tapi bukan Seri je tau. Banyak kucing yang dia feed and each one of them, ada nama. So selain Seri, ada Kolam, Anggerik, Cempaka, Jasmin dan Lily. Amacam, klasik tak nama yang husband aku bagi kat ‘kucing’ dia? hahaha.

Sebenarnya nama-nama tu semua ialah nama block kat situ haaha.

20120808_191838 [640x480]

 Seri ialah die hard fan suami saya

20120828_185953 [640x480]

 budak mok

Aku syak dia bunting. Bulat lain macam je perut dia tu ha. Si Seri ni makan banyak gila. Kesian menengoknya. Muka sweet je kan. Hehe Dah la pakai topeng tu yang aku tak tahan tu. Kata husband, bila makan, mulut dia pun sama naik riuhnya, siap keluar air liur lagi. Sebab sambil makan sibuk nak berbual.

20120809_094918 [640x480]

 Seri dan Kolam. Di belakangnya ialah Lily

20120828_190845 [640x480]

Lily makan last sekali

Lily ni dulu husband panggil dia Lilo Junior sebab dia kaler hitam. Tapi aku yang tukar letak nama Lily, walaupun aku tak tahu apa jantina dia. Hahaha. Alah yang lain pun kami tak tahu jantina, main belasah je letak nama. Lily ni kecik lagi. So dia takut dengan kucing senior seperti Seri dan Kolam, tu yang dia tunggu kat belakang. Haha..

First day feed strays ni, cuma ada Seri dengan Kolam je. The next day, depa dua ekor bawak geng. Tu yang muncul Lily, Anggerik, Jasmin, Cempaka tu. Hahaha.

Tapi paling setia ialah Seri. Siap tidur atas kereta lagi. Amboi, ngadenye awak tau.. Tapi video ni ialah bukti kemengadaan yang nyata

dia punya tarikkkk meow  dia tu, sampai nak semput aku dengar haha

So kepada kawan-kawan, rajin-rajinlah feed strays ya.. Diorang pun boleh jadi sahabat yang baik.. Macam Mak Jemah dan Abang Jem, walaupun diorang suka nak sergah kucing aku, tapi diorang takde la pulak menyusahkan kami setakat ni. Tiap kali aku letak makanan, aku tarbiyahkan diorang, mana taknye. Hahahaha..

Mak Jemah tu aku rasa dia dah beranak, tapi anaknya macam biasalah, tak dijumpai. Aku nak tunggu sampai agak-agak dia habis menyusukan baby dia, nanti aku nak hantar dia spay. Kesian menengok Mak Jemah tu dah macam mesin beranak. Tak pernah aku tengok perut dia kempis. Bunting sesaje. Dah tu anaknye tak pernah jumpa pulak tu..

Abang Jem ni pulak, since balik raya haritu, aku tak nampak dia. Risau la jugak sebab biasanya dia pagi-pagi rajin berbual dengan aku. Moga Abang Jem selamat 🙂

 

10 Comments

  1. Iz, dulu ada stray yg dtg rumah aku mintak makan mmg ada yg bunting, tup2 perut kempis je bila dtg mkn. Aku pegang dia, pandang mata dia ckp “Esok ko datang bwk skali tau anak2 ko”. Memang esok tu dia bawakkk… Uuuuu… maka wujud la mcm2 kucem kat rumah aku yg dah arwah/ilang pun skang ni :'( Nanti cube ko ckp kat Mak Jemah camtu.. Sian kalo anak dia dok tempat panas/sejuk/basah 🙁

    1. Aku syak dia beranak kat rumah lain kot. Sbb area rumah aku tu byk binatang mcm biawak dan sebagainya. Aku rasa dia sendiri rasa tak safe. Hopefully la anak2 dia semua selamat

  2. Kemain montel lagi seri tu. Kak nam pulak tu. Yang lain tu mmg klasik namanya tapi akak muskil sikit tang nama si kolam tu. Hahaha.
    Mak jemah tu buat full time sewa rahim tu, iz. Kesiaaan dia. Eloklah kalau iz dpt hantar spay. Besar pahala. Abang jem tu tak pe jugak. Dah buat hal dia cabut lari je, bukan membawak pun kan.

    1. Montel kan kak. Sebenarnya tempat husband saya tinggal tu nama Seri Kolam. Masa memula dia feed strays tu, ada dua ekor kucing je. So dia namakan Seri. Satu lagi Kolam. Tetibe Seri datang the next day bawak geng, tu yang terpaksa letak nama block pulak. Anggerik, Cempaka, Jasmin. Hahaha.

      Tu la kak, saya kesian ke Mak Jemah tu. Jadi tempat pelepas nafsu je, lepas tu bohjan2 semua lari tinggalkan dia. Terkontang kanting dia dengan perut beso kesana sini. Nasib la dia rajin cari makan kat rumah kami. Sekali letak food dia, saya letak banyak2, biar dia kenyang. Maklum la ada baby kan. Hehehe. Ni dlm dua bulan lagi saya nak bawa dia spay, harap tak sempat mengandung lagi

  3. hahha…Iz klasik sungguh nama2 budak2 bulu kat sini…..sama la mcm K Aidah tu,…mula2 baca nama Kolam…..bior betul …..
    Korang mmg secocok la…..husband n wife suka kucing……..alhamdulillah, mudah2an rezeki u all bertambah lagi……..nanti suh hubby u kim salam kat Seri tu, kemain lagi….mmg berseri2 rupanya….

    1. Hehehe tu lah kan. Saya pun mula-mula tanya husband, awat la Kolam. Rupanya sebab nama rumah dia Seri Kolam hahaha. Mekasih kak, doakan kami. Alhamdulillah setakat ni kami takde pulak rasa nak kedekut dengan kucing. Walau bagi makanan murah je kan. Kesian dekat diorang. Nanti saya pesan kat suami kimsalam ke Seri, hehehe.

  4. tu name i!padanlah telinga i berdengung je lately ni..rupenye ade yang menyebut kann..keh keh..comey mereka-mereka ini semua…kirim salam kat seri ye..cakap kat dia seri senior kim salam..hahah =P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.