Surat Kelakar Buat Cikgu

Mak mertua aku baru je bersara selepas menjadi guru selama 33 tahun kalau tak silap aku. Sebelum ni dia ajar sekolah menengah, bila diorang pindah ke Kuantan, baru la ajar sekolah rendah. Dia kata dah tua-tua ni ngajo sekolah rendah ni senang sikit. Kurang tekanan.

5 Ogos haritu hari jadi dia yang ke 56, merangkap hari last day dia dia kerja.. dapat banyak hadiah.. biasa la budak-budak sekolah rendah kan memang suka bagi hadiah.. walaupun hanya sekadar pen, marker, highlighter, paper clip.. hari tu masa hari guru, ada yang bagi klip buaya tau. Kelakar ok, hahaha. Kalau mug, toksah cakap la. Mug kat rumah tu semua yang hadiah dari students. Tu pun ada lagi kat dalam store. Budak sekolah menengah je yang malas nak bagi hadiah kat cikgu, macam aku dulu jugak la. Haha.

Anyway, memandangkan nak bersara kan, kebanyakan hadiah disetai dengan sepucuk surat. Kitorang mengekek-ngekek baca surat-surat diorang. Ayat drama betul. Tapi setelah ditapis, kami dapati ini ialah surat yang paling kelakar..

DSCN7152 [640x480]Pandangan depan. Macam ribbon hantaran, hehe.

 

DSCN7154 [640x480]Siap ada background love tu tak tahan.

Kitorang dah agak dah kalau surat panjang lebar, mesti kelakar. So adik ipar aku baca la kuat-kuat. Memang pecah perut hehehe.

Assalamualaikum,

Cikgu, minta maaf atas perbuatan kami yang tak baik. Saya juga berharap agar cikgu bahagia di sana. Apabila cikgu gembira, kami juga gembira. Cikgu adalah cikgu yang terbaik di sekolah. Tetapi ramai juga cikgu yang terbaik. Kalau kita berpisah di sini juga. Kita akan kembali. Walaupun kita berpisah tapi kita tetap mengingatkan cikgu. Cikgu sangat baik. Saya suka akan cikgu apabila mengajar saya. Saya bersemangat belajar kalau cikgu ada di sini. Saya takkan lupakan cikgu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Tolonglah simpan surat ini buat kenangan dan jangan buang surat ini. Surat ini berharga bagi cikgu. Itu adalah pesanan saya kepada cikgu. Ucapan saya sudah tamat. Saya harap cikgu dapat baca dan faham perasaan kami.

Assalamualaikum

Kelakar tak? Ke tak kelakar? Hahahaha. Aku rasa seluruh isi surat ni kelakar, tapi part yang aku bold tu paling kelakar kot. Haha. Saya berharap agar cikgu bahagia di sana T______T

Adoi lawak la budak-budak ni. Tapi itulah dia ye, budak-budak pun pandai appreciate apa/siapa yang diorang sayang. So kepada semua, marilah kita hidup saling sayang menyayang.

Korang puasa tak hari ni?

12 Comments

    1. Hahahaha masa baca surat ni kitorang semua gelak sakan, boleh bagi A sebagai galakan untuk terus menulis. Lepas ni budak ni boleh register blog, hehe

  1. anak2 saya pun sayang mertua awak….hihihihihi masa penghantaran mmg budak2 ni nak ikut sokmo kata mereka dapat jumpa cikgu….itulah hebatnya jadi cikgu sampai akhir hayat dikenang orang….salam

    1. Hahahaha yer la kan kak. Especially kalau cikgu yang tak garang.. budak-budak suka la. Dulu masa saya sekolah rendah, ada cikgu garang. Kalau terserempak dengan dia kat mana-mana, mesti menyorok, hahaha.

  2. Aku rasa terharu sangat baca surat ni
    Macam ikhlas dan bersungguh sungguh budak ni doakan mil ko..
    Anak saper ni? kalau laki, aku nak cop buat menantu 😀

    1. Tak dapat la kau nak buat menantu. Budak perempuan tu. Nama dia ada kat muka depan surat tu. Hahaha. Budak ni memang tulis dari hati kan? Aku nak cadangkan dia buat blog 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.