Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Si Kecil Yang Kasihan

Balik dari rumah Zaida lepas bbq hari tu, kitorang singgah Tunas Manja sebab nak beli ayam. Makin spoil kucing aku skang ni makan ayam rebus pulak. Biasanya aku beli bahagian dada, sebab takde tulang dah. Senang koje, hehe.

Rebus tanpa garam. Lepas tu blend pakai food processor. Takde la sampai halus, sekadar bagi ayam tu hancur je. Aku tukang rebus dan blend je. Yang lain husband uruskan. Dia la yang masukkan dalam bekas, simpan dalam fridge, dan hari-hari pun dia yang panaskan ayam tu bagi bebudak kucing.

Masa nak melintas ke Tunas Manja, nampak ada sekor anak kucing kecik gilaaaa kat tepi jalan. So aku pun pegang kucing tu, belai-belai dia kejap dan suruh husband jaga jangan bagi kucing tu pegi mana-mana.

Aku jalan laju-laju, beli ayam dan amik Friskies kitten yang bungkusan kecil. Takkan aku nak beli wet food pulak kan, mana nak cekau sudu pulak. Dengan harapan, semoga anak kucing tu dah boleh makan makanan yang keras. Sebab dia kecik je, macam dalam sebulan kot. Jalan pun kengkang lagi tapi bulu boleh tahan banyak..


Aku bersihkan area tu, pastu tuangkan makanan tu kat atas batu tu je.. Sorry sayang..


Dia makan bersungguh-sungguh benar.. kesian aku menengoknya


Lama dia makan. Fokus betul.

Aku tunggu dia makan sambil suami pergi cari kotak kat dalam kete untuk letak anak kucing ni. Kesiannya la.. Mana mak kau dik? Orang yang lalu lalang tengok je aku teman si kecik tu makan 🙁

Ini la dia contoh kenapa vet seluruh dunia galakkan kita mandulkan kucing. Sebab taknak ada anak-anak kucing jadi mangsa, macam ni la. Merayau tepi jalan cari makan. Nasib tak baik, kena langgar pulak. Kau tak kesian ke?

Sorry la kakak tak dapat nak bawa awak balik sebab cukup la 6 ekor kat rumah tu. Kesian sangat… tapi apakan daya, tak termampu aku nak mandulkan dia kemudian hari pulak. Kucing aku kat rumah semua dah neutered/spayed. Kecuali Hime dan Hachiko sebab kecik lagi.

Aku tengok kat Must Love Cats, kat Florida ke mana entah, tempat tu banyak gila kucing. Kucing yang tak bertuan, tapi orang kat area situ semuanya bagi kucing makan tanpa rasa kedekut. Most of them ada bekal makanan kucing dalam beg diorang setiap masa. Bila nampak kucing, bagi makan. So kucing situ semua sihat belaka. The best thing is, semua kucing tu dah dimandulkan secara percuma oleh vet kat situ. So bilangan diorang takdelah makin bertambah.

Aku ingat lagi, ex-housemate aku kan, bila dia pergi jogging, dia bawa bekal cat food. Dia bagi makan kucing-kucing yang ada kat situ.

Si kenit tu, lepas makan, aku bawak dia jauh sikit, pastu aku tuang semua makanan tu.. harap-harap pandai la kau makan nanti ye dik. Aku cam sedih gila bila dia ikut aku pergi ke kereta. Nak ikut balik rumah T___________T

Nasib baik ada longkang besar, so dia tak dapat melompat. Dalam hati berdoa sangat jangan la kau lompat, kang tak pepasal aku kena masuk longkang pulak rescue kau, hehe.

Kakak doa ada la orang yang bawak kau balik rumah, or at least bagi kau makanan. Kalau kucing besar tu, aku tahu diorang boleh survive. Tapi kalau kecik ni yang meruntun jiwa..

Comments

comments

6 thoughts on “Si Kecil Yang Kasihan”

  1. zaiazmNo Gravatar says:

    Sedih okey..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Memang sedih.. kalau awak sanggup nak bela, haritu kita dah ambik dah, hehe

  2. kuehNo Gravatar says:

    yer.kucing harus dimandulkan..tapi mandulkan pun kesian juga..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      kalau mampu nak jaga anak-anak cucu cicit dia, takpe.. tapi kalau tak mampu, baik la mandulkan je.. daripada kita abaikan dia atau buang merata-rata kan..

      1. MissanoyNo Gravatar says:

        Selain kaedah mandulkan secara pembedahan..tak ada cara lain ke untuk mandulkan kucing

  3. Azrin ZakiNo Gravatar says:

    KIte nih dh banyak dh kucing, mencecah 11 ekor. jadik kene mandulkan sebab mana boleh tanggung banyak2 kan?? Jadik kene lah beli makanan kucing bnyk kat Sookie’s Store. Tapi kite seronokkkk sangat bila pergi kat Sookie’Store.hehehehehehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Wild Wild WestWild Wild West

Kat rumah aku ni.. ada macam-macam haiwan liar.. di luar pagar, memang confirm lah macam-macam ada.. Sebab keliling rumah masih banyak lgi tumbuhan hijau yang besar-besar. (read: hutan belantara, hehe).